Wednesday, February 22, 2012

WW - Macam Tak Caya

Hi Korang,

wordless wednesday for this week


Hah, boleh muat plak dia dalam F1 car ni, macam tak caya lah

CLP notes : Tak kan dia dah kurus kot? ermmm musykil ni


Tuesday, February 21, 2012

Garrett Popcorn, KLCC

Hi Korang,

Aku perasan ramai nau yang dah cuba Garrett Popcorn dari Chicago ni, dalam hati cakap sedap sangat ke yang sampai semua memuja snacks ni.


Untuk menjawab persoalan yang bermain kat dalam hati ni, aku pun pi lah cuba beli Garrett popcorn ni kat KLCC hari tuh. 


Nasib baik tak ramai orang coz majoriti yang cakap que kat kedai ni sentiasa nau amat panjang but bila aku pi tak de lah panjang sangat, ermm may be tengah bulan kot tak ramai yang pi shopping.


Bila dah beratur aku duk sibuk tanya Mr Big nak flavour apa, dia senang je bedal je mana yang suka dan nampak banyak gula. Hah, ko tak ke nak kena potong kaki tu kan.Bila budak tu tanya nak flavour apa terus je yang terkeluar dari mulut aku 'Almond Caramel Crisp' sebabnya aku perasan almondnya besau-besau dan sebijik2 melekat kat popcorn tuh. 


Untuk sebungkus pek kecik ni harganya RM19 je sebab yang ni ada nuts kan. Kalau yang biasa tuh small pek baru RM16 je. Lepas dah rasa ni, aku memang berhajat yang beli yang dalam tong tuh lebih kurang RM90++ je kot sebab sedap betul. Tunggu lah kalau ada duit terpijak lagi kan. heheheh


Hah, ktorg enjoy makan Garrett Popcorn ni sambil tengok citer Hantu Kak Limah Balik Rumah, nasib baik tak tertelan biji almond tu duk asyik tergelak-gelak je kan.

Ternyata memang sedap! Aku terpaksa akui review2 blog yang pernah aku baca pasal Garrett Popcorn ni.

CLP notes : Kalau lah KLCC tu dekat dengan umah, rasanya tiap2 aku pi beli popcorn ni kan, buat kudapan time2 jem dalam kereta. Baru syiok!



All New PRIUS & PRIUS C Keluaran Terbaru Dari Toyota

Hi Korang,

Semalam sempat gak lah ke pelancaran model kereta terbaru dari Toyota which is Toyota Prius yang telah di upgrade dan juga Prius C. Majlis di adakan di Sunway Convention Centre.


Acara di mulakan dengan welcome speech  daripada Mr Ismet Suki, President UMW Toyota Motor mengenai model terbaru mereka ini dan di ikuti dengan penerangan ringkas mengenai teknologi Hybrid dari Mr Hiroshi Hatada, Deputy Chief Engineer Product Planning Group Toyota Motor Corporation Japan. 

Prius Luxury RM145,000 OTR

Prius C RM97,000 OTR

Aku rasa session tayangan video untuk TVC tu yang sangat menarik, kreatif sungguh diorg design TVC tuh. Kagum sekejap, cam ne kereta biasa diorg boleh buat effect yang sofisikated.


Walaupun Toyota dah pun mengeluarkan produk terdahulu Prius Hybrid tapi keluaran yang terbaru ni adalah model yang telah di upgradekan dari segala segi termasuk accesories nya dab bagi Prius C pula ianya merupakan model kereta compact yang pertama menggunakan Hybrid. 


Di harapkan Toyota Motor dapat mencapai sasaran penjualan kedua-dua model ni dengan jayanya. 


Thank you Toyota and Nuffnang for this invitation.

CLP notes : Kereta hybrid more to eco-friendly.




Monday, February 20, 2012

Its Gong Cha Time

Hi Korang,

Apa mende plak 'Gong Cha' ni kan? Main gong sambil ber cha-cha ke, yang aku tau yam cha tu ada lah. Kalau gathering or dinner orang cina ni kalau tak minum bukan yam cha lah namanya.


Ek bukan itu lah. Actually Gong Cha ni kedai minum yang jual segala mak neka bubble tea. Aku first time rasa masa pi Petrosains hari tuh. Mr Big yang suggest suruh aku try ber gong cha ni.


Pi la beratur kan, nasib baik crowd tak ramai, kalau time keje panjang giler que kata Mr Big, jadi nampak nau lah dia selalu minum Gong Cha ni ek.


Aku pun cuba lah, masa nak order tuh si cashier tanya sama macam notice yang diorg dah sediakan tuh. So ikutlah korang nak yang mano. Aku haruslah normal ice dan normal sugar. kahkahakkhha. Leh kena kencing manis cam ni lah.


Sedap gak Matcha & Red Bean Tea. Rasa cam pelik sket tapi sedap. Hah ko beli plak satu je, dah mencebik mamat tu coz tak cukup kan. Bila suruh pi beli satu lagi tak nak plak coz dia cakap rasanya dah lain plak nanti.  Ishkk memacam betul lah.

Korang cubalah 'Gong Cha' ni, dia lebih kurang cam Chat time, Ochado, ermm memacam lagi lah kedai minum yang ada pearl or bubble tea ni kan.

CLP notes : Lepas minum rasa nak main gong plak lah kahkahkahaka



Mata Cantik Dengan Maybeline NY Volum’ Express The Falsies Mascara


Hi Korang,

Pernah pakai bulu mata palsu? Aku pernah itu 2 kali dalam hidup aku ni. Masa tu time kawin dengan family photoshoot tahun lepas. Itu pun orang yang pakai bukannya aku sendiri. Rasanya kalau pakai sendiri boleh berlubang kelopak mata aku dek sebab manjang tercucuk je lah kan.


Bagi tak nak pening kepala cam no nak pakai fake lashes ni kan, aku dah cuba Maybeline New York Volum‘ Express The Falsies mascara. Hah ko panjang betul nama dia kan. Satu-satunya mascara yang boleh buatkan bulu mata korang lentik selentiknya macam pakai bulu mata palsu but actually real punya.

Betul ke boleh lentik ni?

La betul lah, ingat aku tipu ke. Actually Volum’ Express The Falsies Mascara ni mengabungkan 2 elemen yang iaitu pembentukkan dan penstabilan bulu mata korang tu. Ada gel matrix, multimax blend, setting polymer, pro keratin fibers, panthenol dan ceramides. Hah memacam kan, korang leh search kat google apa menda alah semua tu. 


Aku pun search dan semua tuh fungsinya ke arah kebaikan pada bulu mata kita. Lepas tu bukan setakat bahan dalam kandungan mascara tu je malah berus or spoon curler yang unik tu pun memain peranan yang penting untuk nak dapatkan more volume dan lift it up kan.

30 saat je ke untuk pakai mascara? Ermm jangan nak tipu. Actually bukan untuk pakai but untuk jadikan bulu mata korang tebal dan curlier dah macam bulu mata betul lah.


3 cara untuk guna Volum’ Express The Falsies Mascara ni

  1. Gunakan bahagian bulu berus yang pendek tuh dan sapu melawan arah bulu mata dekat bahagian akar2 yang dekat mata tu kan
  2. Pusingkan berus ke bahagian yang panjang dan sapukan ke arah bulu mata ikut flow cam biasa, ke atas dan ke depan.
  3. Last sekali gunakan berus tu bahagian yang rata dan tekan sket untuk nampakkan curve bulu mata tu kan.

Itu je, senang kan. Tengok gambo yang Mr Big amik tuh. Baru mudah nak faham. Memandangkan mascara ni waterproof, cara nak bersihkan senang je gunakan makeup remover or air. Tok sah nak bimbang bulu coz tak sakit pun macam nak cabut bulu mata palsu tau.

Kalau nak cantik lagi, gunakan dengan MasterLiner eyeliner dan juga Hyper Sharp Liner. Lagi outstanding makeup korang uolls.


Hah, dah mula mengedik nak beli lah kan. Maybeline New York Volum‘ Express The Falsies Mascara ni dah mula di jual Januari 2012 ke semua department store seluruh Malaysia dengan harga RM42.90 je sebatang. Jangan pi cari kat pasar sudah lah.

Beli jangan tak beli!

CLP notes : Takut aku bulu mata melentik-lentik ni kalah Rozita Che Wan plak kan, kang terovershadow terus terglam sekejap ek.