Thursday, February 16, 2012

Nasi Ayam Simple Cik Lily

Hi Korang,

Weekend ni memang selalu ada acara masak-masak kat dapur aku yang sekangkang kera tu kan. Yelah tak kemana haruslah kena masak tak kan nak berlapo plak. 

Teringin nau nak makan nasi ayam coz kedai kat depan jalan tu boleh tutup plak. Kata Mr Big agaknya dah kaya kot, itu yg tutup tuh pi melancong. Terus dia suruh aku masak. 


Hah, gabra ko. Manalah aku pernah masak nasi ayam kan, nasi tomato tuh ada gak lah 2-3 kali. Apa lagi terus on laptop pi google cari resipi nasi ayam. Nasib baik jumpa kat blog ManjaIxora ni (kenal plak tu kan), terus cilok tanpa was-was. Tak per nanti kalau aku jumpa dia time beauty event aku bagitau dia lah. 


Aku ikut semua bahan-bahan yang dia tulis dan caranya sekali. Tapi aku suka modified sket supaya jadi lebih kaw kan. Tambah itu, kurangkan ini, banyakkan rasa ni. Pendek kata ikut tekak aku lah kan.


Hasilnya, Mr Big bedal 3 kali tambah dengan ada a few comments cam biasa lah kan. Kicap tak berapa nak masin, cilinya kurang cuka dan halia, nasinya kena kurang butter time tumis, cuma dia puji ayam goreng terbaek ooo. Bangga kejap lah. Hah ko dah macam MasterChef Malaysia plak lah kan. 

Kira ok kot untuk first timer cam aku. Maklumlah bukan pandai masak pun sangat.  Sedap tak sedap belakang kira, janji aku dah boleh masak nasi ayam.

CLP notes : Korang kalau nak datang umah aku, aci tak aku hidangkan nasi ayam ni? Senang je buat dia lah



Sayangi Kereta Anda : Alternator Rosak

Hi Korang,

Rasanya lama betul tak citer bab kereta ni. 

Alhamdulillah kereta sihat itu yang jarang pi workshop good fren tu kan. So hari tuh masa nak service biasa kat kedai dia aku encounter ada satu kereta lain punya masalah, which is Alternator dah kong. 


Apa plak Alternator tuh ek?
Alternator adalah electrical energy storage utk kereta. So, bila alternator sudah rosak, maka tiadalah energy storage untuk membolehkan kereta terus bergerak. Bateri hanya sebagai penghidup sementara enjin  semasa kereta bergerak. Alternator akan berfungsi sambil mengecaskan dirinya untuk enjin terus bergerak.

Tanda Alternator tu ok je dah kiok kan?

1) Radio akan ter'off' dengan sendirinya dan akan blink2 .....
2) Tanda Break dekat dashboard keta akan menyala.
3) Kereta seperti x cukup power.... tersengguk2 bila kte tekan minyak


Cara nak check Alternator tuh, meh baca ni?
Senang je but suruh orang lelaki buat ek, kite orang pompuan mana lah tau hal-hal cam ni kan. Memulalah start enjin kereta dulu, then biarkan running dlm 1-2 minit, pastu cabut kepala bateri dan sebelum cabut kepala bateri, pastikan air-con, lampu, radio semua dah off, kalau enjin masih idup, alternator ok lg kalau tak jawabnya memang dah rosak lah kan.

Solutionnya cam no plak?
Tukar jelah yang baru, abis citor. Bukan apa, kalau korang nak repair balik tu balik but still one day for sure mesti akan rosak balik, nak buat apa buang duit untuk menda2 yang sepatutnya tukar kan.


Harga Alternator Di Pasaran
Lepas aku survey lebih kurang RM400+ ikut jenis kereta. Macam kereta bro tu lebih kurang harga tu gak lah. Kena plak rosak tengah bulan tak ke payah kan, so don't worry yang recon pun ado lebih kurang RM180+ gitulah, still ok daripada korang nak repair2 kan.

Hah, aku dapat info ini punya banyak survey kat google dan website kete, kemudian tanya2 sifu sket kan. 

Korang kalau ada nak tau pasal kereta, leh komen kat sini untuk tanya aku soalan. Insyallah kalau aku pi lepak kat workshop good fren tuh, aku leh tanya kat dia kan.

CLP notes : walaupun tak pandai bab kereta but kena tau jugak sesket kan, takut apa-apa nanti senang.

Info : Google and car forum



Wednesday, February 15, 2012

WW - Serupa Tapi Tak Sama

Hi Korang,

Wordless wednesday for this week...


Amacam, comey tak? Apa yang sama dan apa yang tak ek? Cube komeng sket...

CLP notes : Ramai orang cakap yang ktorg ni cam adik beradik, betul ke? Korang rasa camno... tak kan..


Tuesday, February 14, 2012

My Awesome Office For Today

Hi Korang,

Hari ni mood cam ke tasik depan office aku ni. Idea dah di block akibat banyak nau tengok tv malam tadi ni. 

Di tambah plak, mood nak keje pun kurang gara-gara bebudak opis aku ni plak pi ke China ada site visit, then tinggalkan aku sengsorang coz passport aku hampir mati dan buat visa tak lepas.

So duk melanguk je lah...



Betullah aku tak tipu, totally kosong tak de orang kan. 

So apalagi, meh buat keje yang berfaedah untuk diri aku sendiri seperti melukis, melukis dan melukis. Alah lagipun dah lama tak pegang pensel dan pemadam kan. Dapat gak release tension.

Korang mesti tergelak2 kan tengok apa yang aku lukis ni, biasalah skill melukis tu dah hilang lah..

CLP notes : Tak sia-sia ayah aku anto aku pi school of architecture kan..




Cantik! Name Card Percuma Dari UK

Hi Korang,

Ni lah hasil berblogwalking ke website HafizRahman hari tuh. Kat blog dia ada mentioned sesapa nak name card free dari Facebook punya design just klik kat situ. Aku pun cuba nasib je lah kan. 


So isi lah segala details yang diorg nak kan. Design plak ikut Facebook Timeline je. Senang tak yah nak perah-perah otak nak letak gambo apa, font apa kan.

Ingatkan tak sampai, maklumlah FREE kan. So confident level tu cam kureng sket lah.


Tup-tup 2 ari lepas, aku check mailbox kat umah ada plak parcel dari UK ni. Memula ingatkan Ulu Klang tapi dari United Kingdom ok.


Tengok-tengok, cantik tak? Simple je kan. Ingatkan sekeping 2 je dapat, rupanya 50 pcs tuh. Banyak gak.


Sayang plak nak kasi kat orang lah. Tapi nak simpan pun buat apa gak kan, dah functionnya untuk diberikan kat orang. So bagi lah. Sesapa yang dapat name card special edition ni dari aku ni korang memang bertuah lah.

Korang nak? rasanya boleh lagi ko diorg tu terima design cuma tak tau lah kena bayar ke tak kan. Cubalah nasib kat sini www.moo.com then search Facebook timeline name card. Semalam Mr Big cuba still boleh lagi kan, buat make sure korang punya facebook dah tukar ke timeline lah kan

CLP notes : Rasa cam VIP plak kan, nak bagi2 name card kat orang. Pirahhh