Friday, February 10, 2012

Singgah Sebentar Di Johor Premium Outlets (JPO)

Hi Korang,

Macammana aku leh lambat post pasal citer sedangkan dah pi 3 kali ke Johor Premium Outlets masa bulan disember hari tuh. 


Johor Premium Outlets ni merupakan tempat shopping yang branded-branded dan glem2 gitu. Kesemuanya di jual dengan harga yang boleh tahan murah gak lah. 


Yang paling ramai orang masuk butik Coach, Burberry, Adidas, Charles & Keith. Some setengah butik tu, kene beratur tau nak masuk dan ada quota untuk sekali masuk.


Ada satu butik aku masuk, butik Fossil. Hah ko handbagnya boleh tahan murah dari RM1200 turun ke RM400 tak ke murah tu kan. Aku bukannya beli pun, sekadar cuti mata je. Brand local pun ada gak macam Padini, Voir, Bonia, Carlo Rino, Scholl.


Don't worry kalau duit abis, coz ada Maybank yang besau kat entrance JPO ni. So kalau tak cukup je pi cucuk kat dinding2 yang dah disediakan tu ek. Sebelah balai polis je.


Kalau lapo, jangan bimbang food court jugak di sediakan. Pelbagai makanan ada. Dari masakan kampung sampai ke masakan omputih, korea, jepun pun ado. Sedap jugak. Lama aku lepak kat situ makan hotdog besau dengan BBQ Korean style. Lazat sungguh.


Aku memang tak de beli apa pun but aku mengidam nak beli camera lomo-lomo tuh. Harga tak berape mahal but nak kene survey kedai gambo yang provide facilities untuk camera lomo-lomo ni. Until now tengah survey lagi. Takut-takut beli kang tak guna plak kan.

Model yang dah lama tak catwalk, sebab tu gemuk kahkahak

So korang yang nak kawin ke, nak beli barang hantaran branded, yang kaki barang branded ke meh lah datang sini. Cuba buat comparison harga dengan outlet biasa. Rasanya meman murah kot. Aku cuma singgah Charles & Keith je tengok kasut. Cantik2 ooo.


Nak pi ke Johor Premium Outlet? Hah senang je

Jalan Premium Outlets
Indahpura 81000 Kulaijaya
Johor Darul Takzim
Malaysia


Direction :-
Alah senang je dari Kuala Lumpur → Lebuhraya Utara Selatan → Lebuhraya Hubungan Kedua Malaysia Singapura → Exit 253 → Exit 304 → Exit 302A → Johor Premium Outlets (JPO) 

CLP notes : Kalau ada duit semua boleh beli ek..Tapi bila dah ada duit sayang nak guna duit tu kan


Thursday, February 9, 2012

Episod Akhir Drama Gemersik Kalbu

Hi Korang,

Hah, rasanya ramai dah tau ending drama gemersik kalbu ni kan. Of course lah menarik.


Meh aku citer sket:

Aria tu actually cousin Suffian, diorg berpakat dengan Zila (adik Suffian) untuk kenakan Raihana ni. Sampai lah si Raihana ni merajuk bawak diri balik ke Layangan. Nasib baik Hisham called Suffian and declare apa yang dah jadi dan bagitau ada kat sana. Kira Hisham tu dah redho lah apa yang jadi antara dia dengan Ana.


Suffian datang ke Layangan dan jelaskan everything mengenai salah paham yang berlaku. Then Ana dah mula accept apa yang jadi dan menerima Suffian seadanya.

Last part tu kelakar sangat, Raihan plak kenakan Suffian balik. Terkekeh aku gelak kan.


Itu je, happy ending kan. Kalau ending sedih harus ramai yang komplen/emo/marah-marah tak tentu arah kat Facebook dan Twitter.

Aku paling suke Suffian cakap 'Saya Nak Awak' alah sweet sesangat lah..

CLP notes : Kalau Mr Big cakap cam tu kat aku, rasanya terus hanyut di buatnya khakahkahkahak..







Petang Itu Di Sungai Petani

Hi Korang,

Cuti 4 hari ktorg bercuti ke utara. Hah memang pun tak jemu-jemu ke Penang kan. Ntah apa yang syok pun aku tak tau lah. But ktorg sempat jugak ke Sungai Petani. Kira jalan-jalan jugaklah kan.


Aku tak sangka jugak yang MS berjaya sampai ke utara semenanjung ni. Kira still kuat lagi keta aku ni kan. Walaupun dah di lenjan ke sana- kemari but still awesome performancenya. Tengok lah tuannya, mantop dah semua segi kahkahakhak


Actually umah yang ktorg pun kawan my BIL. Geng dia masa study kat UTM dulu. Diorg ajak makan kat umah kan. Sampai umah kawan dia ni, terus je ktorg di jamu dengan lauk-lauk orang kampung. Mantap ooo. Yang tak boleh tahan tuh, ulam-ulam yang di hidang dengan sambal belacan serta ikan masin goreng. Terbaek ooo. Gambo tak sempat nak snap coz dah terlalu lapo sangat, itu yang aku sampai bertambah makan 2 pinggan kan. 

Lepas makan, rileks + baring-baring (ye, aku memang menantu yang pemalas coz pas makan tido kan) but tak tido pun 10 minit je luruskan pinggang kan.

Then terus kuar keliling umah diorg ni dan snap a few photo.

Keringkan akar kayu


Musim menuai dah abis, terus kering kontang


Nak belajo jugak dia kan


Rupanya ayah kawan si mok ni, tukang buat ubat tradisional. So ktorg sempat lah rasa air akar kayu kan. Langsung tak pahit, manis ada lah but bau kayu lah kan. So tengok lah cam ne diorg proses akar kayu semua tuh untuk baut ubat.

Diam tak diam dah petang pun. So dalam kul 5 cam ktorg gerak dari Sungai Petani terus balik KL. Highway banyak kete so slow lah kan, di tambah plak dengan hujan + ribut petir + kilat masa kat teroowong menora tuh. Seram gak rasanya.

Anyway memang seronok bagi ktorg yang jarang tengok pemandangan menghijau keliling umah kampung ni kan, siap nampak Gunung Jerai tuh. Memang great experience lah.

Thank you to kawan mok Dollah dan Khairani yang sudi jemput ktorg merasa angin kampung ni kan.

CLP notes : Sekali sekala tukar angin best jugak ek..Best



Wednesday, February 8, 2012

Star Wars Episode 1 : The Phantom Menace (3D) Press Screening


Hi Korang

Kepada peminat setia citer2 sci-fiction Star Wars ni, Twentieth Century Fox and Lucasfilm Ltd mempersembahkan Star Wars Episode 1 : The Phantom Menace. Aku tau mesti korang cakap alah  dah tengok dah, apsal nak tengok lagi kan. Wei, yang korang tengok tu 2D biasa2 je, yang  kali ni 3D okeh. Pakai spekmata tau tengok filem ni.


Aku dah tengok pun last week bagi press screening filem ni. Sesangatlah.. Ah, korang layan lah synopsis filem Star Wars Episod 1 : The Phantom Menace (3D)


The Phantom Menace would be the first of a trilogy of stories to trace what happened in the intergalactic saga before the first film began. Here, Obi-Wan Kenobi (Ewan McGregor) is a young apprentice Jedi knight under the tutelage of Qui-Gon Jinn (Liam Neeson); Anakin Skywalker (Jake Lloyd), who will later father Luke Skywalker and become known as Darth Vader, is just a nine-year-old boy. When the Trade Federation cuts off all routes to the planet Naboo, Qui-Gon and Obi-Wan are assigned to settle the matter, but when they arrive on Naboo they are brought to Amidala (Natalie Portman), the Naboo queen, by a friendly but opportunistic Gungan named Jar Jar. Qui-Gon and Obi-Wan plan to escort Amidala to a meeting of Republic leaders in Coruscant, but trouble with their spacecraft strands them on the planet Tatooine, where Qui-Gon meets Anakin, the slave of a scrap dealer. Qui-Gon is soon convinced that the boy could be the leader the Jedis have been searching for, and he begins bargaining for his freedom and teaching the boy the lessons of the Force


Bagi aku:
Aku tak berapa sangat ikut series Star Wars ni, tengok pun lompat2 je. Untuk episode 1 ni, jalan ceritanya baru aku paham siapa watak2 dalam filem ni. Macamana setiap karaktor tu dibentuk kan. Now baru aku tau cam ne Anakin tu diorg discover.


Jalan cerita senang nak paham, walaupun lambat 10 minit masuk panggung kan. Actionnya best2. Memang real bila tengok dalam 3D ni. Masa berperang, masa lumba pod race, terbang kat angkasa. Memang awesome lah. Seolah-olah korang pun macam ada kat dalam dunia diorg ni.

Kali ni aku pi tengok sorang, so rating aku bagi 4.5/5 star.

STAR WARS EPISODE 1: THE PHANTOM MENACE (ONLY IN DIGITAL 3D) (FOX)
            Local Release: 9th February 2012
Director: George Lucas
Writers: George Lucas
Produced by: Rick McCallum
Stars: Liam Neeson, Ewan McGregor, Natalie Portman, Jake Lloyd, Ian McDiarmid
Genre: Action, Adventure, Sci-Fi
Official Site: http://3D.StarWars.com
FREE Darth Maul Me Mobile App: http://3d.starwars.com and click on the “Create” tab
Running Time: 136 minutes
Rating: P13


Korang yang gilakan Star Wars ni, of course lah pi tengok ek. Star Wars Episode 1 ni memang sesangat best. Filem ni start ada kat panggung pada 09th February 2012. Esok je. So dah boleh lah book tiket online ek. Confirm mesti fullhouse je lah kan


Anyway thank you  Fox Century dan Nuffnang. Dapat tengok filem best dengan popcorn dan coke free lagi kan.

CLP notes: Best jugak layan citer2 sci-fiction ni. Rasa cam terbang2 gitulah.


WW - Engineer To Be

Hi Korang,

Wordless Wednesday for this week..


Boleh ke orang yang ari-ari pegang duit tup-tup tukau pegang hammer plak kan. Risau aku lah