Thursday, February 2, 2012

Sengkuang Calit Muncul Kembali

Hi Korang,

Korang ingat masa kecik-kecik dulu, time balik sekolah akan ada je pakcik jual sengkuang calit ni kat tepi pagar sekolah. Sekolah aku ada, korang ada tak? Memang favourite aku dengan adik aku ni, time ktorg tunggu bas sekolah sampai, sempat jugaklah ktorg bedal 2-3 keping kan.

La tak kan tak tau kot sengkuang calit tu apa ? Ishk meh lah aku citer sket apa menda sengkuang calit tuh.


Actually Sengkuang Calit ni merupakan makanan ala-ala snack kegemaran bebudak sekolah dulu-dulu. Diperbuat daripada sengkuang yang dah di basuh dan dipotong  berkeping2 macam roti dan atasnya di sapu kuah rojak dan ditaburkan kacang tanah tumbuk.

Berkhasiat apa, sengkuang mentah tu banyak vitamin leh dapat tau.



Now, agak payah gak lah nak cari Sengkuang Calit ni but aku dapat jugak makan snacks ni masa HyppTV event hari tuh. Ada satu gerai ni yang jual sengkuang calit ni. So sempatlah interview orang yang jual sengkuang calit.

Rupanya bussiness Sengkuang Calit ni dah di franchisekan. Kira agak senang nak dapat lah memana je ada event mesti diaorg akan ikut berniaga di sini. Kalau tak pun boleh dah order online.

Kelas ko bang, jual Sengkuang Calit online kan. Kagum aku sekejap. 


Mr Big memang tak lepas peluang lah kan. Memula dia beli sekeping je, bile dah rasa sekali terus dia pi beli lagi 5 keping. Hah ko, cam no lah ktorg ni tak membesar bagai johan. Makan mesti nak lebih kan.


Kalau korang teringin nau nak rasa Sengkuang Calit ni, leh check it out diorg punya website/blog www.oldtimesengkuang.blogspot.com untuk order online ke, tengok kat mana dirog berniaga untuk pi beli ke kan.

Teringat time kecik-kecik dulu lah.

CLP notes : Rasanya bebudak zaman sekarang tak tau kot sengkuang calit  ni ape, maklumlah dah banyak makanan snacks yang lagi best kan






Premiere Screening Of 'Chronicle' @ E-Curve Damansara

Hi Korang,

Dah lama tak dapat movie screening dari Nuffnang (padahal baru 3 week lepas tengok kan), so ktorg pun merayap lah ke Cineleisure Damansara coz screening 'Chronicle' kat sini. Tak ramai yang ada maybe time weekdays kot diorg ni malas nak berjalan. 


Aku mintak tolong khairi amikkan tiket dan sempat jugak ktorg borak-borak kosong dengan Nuffies Farah dan Joel sampai sreening start.

Meh baca dulu sinopsis 'Chronicle' movie ni ek


New technologies and social communities allow us to record, post and comment on every second of our lives, sharing our every emotion and opinion with the world, no matter how mundane.
For three high school classmates who suddenly gain superpowers from a mysterious substance, the chronicle of their ordinary lives is about to take on extraordinary turn. Initially they use their powers to play innocent pranks on each other and people around them, but soon they gain confidence and learn to control their powers better to take on more difficult tasks.

Their newfound sense of immortality and impunity will force them to evaluate their own morality to ultimately decide where to draw the line about how far they should go.

Bagi aku :

Okla jalan citer straight forward boleh agak endingnya. Action memang terperanjat-terperanjat aku tengok. Masa  bebudak bertiga ni lepak kat awan tup-tup kena langgar dengan aeroplane. Yelah bebudak remaja yang biasa-biasa tetiba dapat superpower, tak ke jadi bongkah dengan mengenakan orang ramai yang sampai bawak maut. Kesudahannya memang terbaik ooo. Korang pi tengok sendiri lah ek.

Mr Big kasi 3 / 5 rating. Ok ok je dia kata

Dah start pun filem ni kat panggung mulai 1hb Februari 2012. 

CLP notes : Kalau aku ada superpower, haruslah aku angkat kereta2 yang lembap duk sebelah kanan tu campak je kat tempat lain. Baru diorg tau kan. hahahahahaha



Wednesday, February 1, 2012

Terglamer Sekejap Dalam Volkswagen Bloggers Review Video

Hi Korang,

Semalam masa aku pi Chronicle Sreening, Farah Nuffies ada cakap pasal video ni kat aku but aku still can't catch up lagi, until Merryn tag aku this video then baru aku faham.

Meh, layan video mengenai Volkswagen Test Drive nie jap.



Ermm tup tup termalu plak aku tengok video tuh, masa interview session tu aku tengah berpeluh2 coz matahari tercarak atas kepala kan, itu yang cam bersinar je muka tuh.

Meh, check out my review on this test drive.

Anyway, thanks to Volkswagen and Nuffnang for this great experience.


CLP notes : Malu konon sebenarnya suker kan kahkahakhakhak




WW - Malu Lah

Hi Korang,

Wordless wednesday for this week..



Kan aku dah cakap dia malu.

Tuesday, January 31, 2012

Ayam Goreng Italiano

Hi Korang,

Aku memang suka cuba mende yang akan menyenangkan aku bila kena memasak cara express time balik keje. Kat dapur aku tu memang banyak berpaket-paket rempah segera, bahan-bahan segera untuk memasak. Yelah balik sampai umah pun dah malam so masak cincai je lah janji kenyang. Lagipun Mr Big tak berapa bising sangat pasal hal ni, janji ada yang nak dimakannya


Aku ternampak tepung ni masa shopping kat Melaka hari tuh dan terus beli. Tepung ayam goreng italiano keluaran Bestari Food. Alah murah je tak sampai 4 hengget je pun. 


Ikut je instruction kat kotak tu. Kira senang gak lah. Tak susah mana pun. Very straight forward. Ada bahasa melayu, cina dan english. Eh, bahasa arab pun ado. 3 step je.


Hah, bancuh lah ayam dengan tepung serbaguna tuh. Tak yah guna telur pun. Bancuh tepung dengan air je. Yang hijau-hijau tu rempah italiano tu lah. Macam baru tymes pun ada gak.


Kemudian goreng. Ikut lah cara korang goreng. Janganlah api kuat sangat kang kulit masak dalam berdarah lagi kaw-kaw kan. Api sederhana je


Dah siap pun, ayam goreng italiano. Sedap di makan begitu sahaja. Ranggup dan terasa rempah-rempah italiano tuh.  Tak sempat nak amik gambo time makan coz terlupa dek makan ayam sedap tu kan.

CLP notes : Nampak nau aku ni isteri pemalas kan, semuanya nak senang je.

Senang kan.