Wednesday, January 11, 2012
Tuesday, January 10, 2012
Senang Menang
Hi Korang,
Aku ni bukan lah geng comper macam MZ, Ayu Rafikah, Hdyat ada ada lagi lah kan, but aku suka gak join-join simple giveaway cam ni. Nama pun suka-suka dan hadiah pun suka-suka gak lah kan.
Last 2 week, aku ada dapat email dari KL Vision. Kira macam online maganize pasal dunia entertainment gituh. Diorg bagitau yang aku menang jawab soalan quiz mengenai 'Westlife'. Hah, jangan tak caya aku memang minat gile dengan diorg nie sejak time sekolah dulu sampai la ni.
So pi lah collect kat opis diorg kat Bangsar. Nasib baik kira cam terrer gak nak ke situ kalau tak terus ntah kemana. Bangunan lama but bila masuk dalam cantik gak decoration, style chinese punya deco. Kejap je collectnya, check IC dan terus je sign.
Masuk-masuk kete je, terus pasang CD ni. Hah apa lagi terlalak-lalak x ingat orang lalu lalang kiri kanan. Boleh dikatakan semua lagu aku ingat, itu yang lagi seronok melalak. Sampai umah, sambung pasang kat dapur plak. Sambil masak sambil lah menyanyi lagi.
Betapa seronoknya tu sampai Mr Big balik pun tak perasan.
CLP notes : Orang kata kalau nyanyi kat dapur dapat laki tua, ermm dah memang aku dapat laki tua pun. Tua 7 bulan dari aku. kahkahkahakhak
Ditulis Oleh
Cik Lily Putih
Labels:
menang hadiah
,
online contest
,
Westlife greatest hit album
at
1:59 PM
9 comments
:
Sekali Jumpa Jadi Gamat
Hi Korang,
Semalam abis je pi memanah asmara dengan #GTBMY kat Star Archery Times Square, ktorg pi lepak2 kat mapley belakang shopping complex ni. Hah sebab lama sangat tak jumpa so memacam citer kuar lah kan. Daripada yang biasa-biasa sampai ke mengarut-mengarut.
Yelah bila mamat tourist bali jumpa dengan kaki makan tersohor di tambah plak dengan pasangan kaki wayang ni terus gamat jadinya mapley tuh.
So bila nak balik si mamat tourist bali ni, lambakkan hasil-hasil percutian beliau, hah berpinar mata aku kejap. Terus jadi rambang tak tau nak pilih yang mana satu. Bukan 1 atau 2, malah lebih dari 3 uolls..
Anyway, terima kasih lah kat tokeh astro bah icon for the gift dan jugak pada blogger kaki makan tersohor ni coz sudi belanje ktorg memanah asmara. Semoga murahkan rezeki korang berdua.
CLP notes : Tetiba berkobar-kobar nak pi Bali tahun nie. Surfingggggg...
Ditulis Oleh
Cik Lily Putih
Labels:
#GTBMY
,
Aktiviti lasak
,
Berjaya Times Square
,
blogger gathering
,
Gathering
,
Start Archery
,
Sukan memanah
at
9:54 AM
3 comments
:
Monday, January 9, 2012
My Lunch at Organic Recipe Restaurant @ Bandar Utama
Hi Korang,
Hari tuh (dah 3 minggu kot) aku di ajak oleh Jq Lee (blogger jugak) ke Restoran Organic Recipe ini untuk mencuba masakan yang berasaskan bahan organik. Ye memang pun segalanya organik kat situ termasuk kek tau.
Restoran ni terletak di Bandar Utama area. Terletak dalam satu apartment comel dan nampak agak terpencil but senang je nak pegi. Persekitarannya tenang dan pemandangannya hijau je aku tengok. Cozy sungguh kata orang kan.
Menu yang dihidangkan merupakan makanan yang menjadi kegemaran rakyat malaysia seperti segala jenis nasi, mee, mehoon goreng, makanan ala thai, western dan banyak lagi but kesemuanya mengunakan bahan organik. Tak caya korang leh klik kat entry aku sebelum ni. Leh tengok bebarang yang di pamerkan di bahagian dalam restoran ini.
Antara yang dihidangkan pada ktorg ialah
Buffet Salad. Memacam ada
Fruit Punch. Ada banyak buah dalam air ni
Sweet sour fish
Tomyam Vege Dalam Kelapa Muda
Stuffed Tau Foo
Squid Floss
Spicy Mushroom
Ni aku lupa, sedap gak. Cam hotdog
Dessert Fruit Pizza
Tiramisu Cake
Totally memang impress aku dibuatnya. Langsung tak perasan yang sebenarnya semua tu organik. Rasa cam biasa malah sedap dari biasa. Dari entree sampai ke dessert memang cukup sedap.
Harganya tak delah mahal sangat, rasanya cukup berbaloi dengan apa yang di tawarkan. Alah lebih 2-3 hengget je.
Korang pun kalau teringin nak cuba boleh lah datang ke Organic Recipe Restaurant ni
Organic Recipe Restaurant
B3-07-09, Casa Utama, Lorong Lebuh Bandar Utama PJU 6A, Petaling Jaya
Tel : 03-7729 0236
CLP notes : masa cuba tuh memang nak makan bawah but malu plak coz duduk dengan anak-anak dara yang comey, yang menjaga tatasusila so aku makan sket je lah kan. Rugi betul lah
Ditulis Oleh
Cik Lily Putih
Labels:
Bandar Utama
,
Casa Utama
,
Food Review
,
Gathering
,
Makanan Kesihatan
,
Makanan Organik
at
12:57 PM
6 comments
:
Dah Macam Potong Rumput
Hi Korang,
Semalam kan hujung minggu, so selain pi tengok Twisties Grand Finale Konsert kat KL Live dan pi AgroMart Opening kat Serdang tuh ktorg duk melepak kat umah je. Nothing to do selain dari makan, tidur, tengok tv, surfing net, layan movie.
Tup tup terasa cam nak gunting rambut plak kan. Aku rasa rambut aku ni dah macam albert einstein punya assistant dah. Kembang semacam je. Bila lepas cuci lagilah cam Datin Maimun si ghost buster plak kan. So pi lah aku mencari salon rambut dekat umah aku ni.
Rupanya memang payah cari salon rambut bila time nak raya cino nie. Majoriti semua salon penuh. Yang nak colour rambut lah, rebonding, perm dan memacam lagi lah. Salon yang selalu aku pi tuh dia punya stylist cakap at least kene tunggu 1 jam. Aduiyai memang give up betul.
Dekat nak 5-6 salon aku terjah then barulah aku terperasan ada satu salon kecik dekat area umah aku ni. Nampak macam tak semengah je, seram gak bila masuk kan. Masuk je amoi tu tengah gunting sorang customer, apalagi terus je aku duk kerusi sebelah kan. Dia pun belek-belek rambut aku, terus dia cakap gurau-gurau 'U punya rambut manyak keras and tebal'. Bila dia potong dia cakap lagi 'Betul-betul macam potong rumput, tebal cuma tak de itu bau rumput lepas potong je'. Nasib baik angin aku baik, kalau tak baik dah kena amoi nie.
Walaupun salon dia nie kira taraf 3 star cam tu but service macam 5 stars. Masa sampoo siap dia urut sekali badan kan. Mana tak bagus, siap iron lagi rambut. Seronok gak dibelai-belai cam tu kan dan untuk service sebegitu aku kena bayo RM30 hengget. Aku tanya apsal mahal, ermm mau raya lah moi kene naik harga sket lah.
Ermm lain kali janganlah gatal-gatal nak pi gunting rambut time-time kritikal cam ni, confirm harga cekik darah. Itu salon kecik, kalau salon yang selalu aku pi tuh entah berapa lah harganya kan.
CLP notes : nasib baik cantik kalau tak...amoi nie aku lipat-lipat cam lipat kain nanti kan.
Ditulis Oleh
Cik Lily Putih
Labels:
diary
,
gunting rambut
,
keterampilan diri
,
nak cantik
,
Personal
at
12:02 AM
1 comment
: