Sunday, January 8, 2012

Sunday Post : Lontong Kering

Hi Korang,

Lama betul tak makan menu yang tak kurang hebatnya di JB ni iaitu Lontong Kering. Hah jangan memain lontong pun ada basah kering ek. Sempat jugak aku pi bedal kat Warung Saga hari tuh.


Kalau orang-orang Johor panggil menu ni Lontong Darat coz ianya kering dan tak berkuah. Kira kurang lah sket lemak kan coz kuah lodeh tak de. Of course lah mesti ada nasi impit dan juga serunding. Lauk or side dish untuk Lontong Kering ni boleh kita pelbagaikan. Ada yang letak rendang ayam, sambal tempe, sambal kacang, paru goreng, sambal tumis sotong kering dan memacam lagi lah. 

Nak buat bukan susah pun. Rebus nasi impit dan siapkan side dish je. Tapi untuk aku yang tinggal berdua kat umah nie rasanya pi beli kan kedai jelah. Tapi masalahnya kat Bangi ni mana nak cari Lontong Kering kan?

CLP notes : Itulah payah gak nak layan tekak orang Johor ni kan. Ada je menda yang di idamkan. Jawabnya selalulah Mr Big bawah aku pi JB ek.

Pelancaran Terhebat IPHONE 4S & IValue Plan Dari Maxis Kepada Pelanggan Setianya.

~Sponsored post for 48 hours, please scroll down for latest entries~


Hi Korang,

Aku dapat jemputan ke pelancaran Iphone 4S dari Maxis di KL Convention Centre hari tuh tepat pukul 12 tghmalam. Actually aku dah standby dari pukul 9 malam pada hari sebelumnya untuk menyaksikan sendiri betapa meriahnya pelancaran IPhone 4S ini.



Orang punyalah ramai beratur, rasanya sepanjang hall di convention centre ni, penuh dengan lautan orang ramai. Aku sempat juga bertanya salah seorang dari peminat produk Apple ni, katanya dia sanggup beratur dari pukul 6 petang lagi kerana terlalu minat sangat dengan Iphone 4S ni dan akhirnya dia mendapat no. 35 dari barisan yang teramat panjang tuh.


Rupanya aku baru tau yang pada masa yang sama, Maxis juga telah memperkenalkan device yang canggih  ni di Johor Bahru, Pulau Pinang, Kuantan, Kota Kinabalu dan Kuching. iPhone 4S boleh didapati di semua Pusat Maxis dan Rakan Eksklusif Maxis (Maxis Exclusive Partners - MEPS) di seluruh negara bermula Jumaat, 16 Disember 2011.



Apa yang mengagumkan mengenai IPhone 4S ini:-

iPhone 4S ini merupakan series terbaru dalam keluaran produk Apple yang paling hebat. Ianya merangkumi ciri-ciri yang canggih termasuklah cip dwi-teras A5 Apple untuk prestasi yang laju dan grafik yang menarik, fungsi kamera baru dengan optik yang di enhance dan resolusi video 1080p Full HD. Ianya di datangkan dengan iOS 5, sistem operasi mudah alih yang paling maju di dunia dengan lebih 200 ciri-ciri baru dan iCloud iaitu satu set perkhidmatan awan yang percuma yang berfungsi dengan iPhone, IPad, iPod touch, Mac atau PC untuk menyimpan kandungan data korang dalam iCloud dan menghantar kepada semua device secara automatik dan wireless. 


Oleh kerana sambutan penjualan Iphone 3G, 3GS dan 4 sebelum ini yang cukup memberangsangkan, sekali lagi Maxis memperkenalkan 4 pelan iValue yang baru kepada para pelanggannya dengan gabungan data mudah alih dan WiFi yang tertinggi sehingga 11GB membolehkan mereka menikmati Iphone 4S ni yang kaya dengan pelbagai ciri yang menakjubkan. Kebanyakan pelanggan setia maxis ini yang telah menjadi sebahagian daripada komuniti  iPhone Maxis dan juga telah pun menjadi yang terawal melanggan iValue plan ni dan seterusnya memiliki iphone 4s ni secara automatik


Sandip Das, Ketua Pegawai Eksekutif Maxis, menyatakan, "Mempunyai sebuah iPhone dengan Maxis merupakan satu pengalaman yang istimewa. Kami amat berbesar hati untuk membawamodel terbaru iPhone, iaitu 4S, kepada pelanggan-pelanggan kami, setelah membawa iPhonepertama ke Malaysia pada tahun 2009. Maxis terus menjadi peneraju dalam membawa telefon pintar kepada pelanggan, dan kami telah menawarkan pelbagai jenis sejak dua hingga tiga tahunyang lalu. Hasilnya di mana, kami sudah mempunyai lebih daripada 7.5 juta pengguna Internet mudah alih yang aktif.”

Meh refer kat jadual yang aku attach supaya korang boleh paham lagi iValue Plan yang Maxis tawarkan kepada para pelanggannya

Pelan iValue Maxis iPhone 4S
iValue 1
iValue 2
iValue 3
iValue 4
Komitmen Bulanan




Minit Tempatan Percuma
333
667
1500
2500
Data Tempatan Percuma
1GB
3GB
5GB
7GB
WiFi Percuma
4GB
4GB
4GB
4GB
SMS On-Net Percuma
200
400
600
800
MMS On-Net Percuma
20
40
60
80
Pelan iPhone 4S 16GB
12 bulan
1,750
1,650
1,250
1,150
24 bulan
1,450
1,250
500
FREE
Pelan iPhone 4S 32GB
12 bulan
2,050
2,000
1,600
1,450
24 bulan
1,750
1,600
800
350*
Pelan iPhone 4S 64GB
12 bulan
2,400
2,300
1,900
1,750
24 bulan
2,100
1,950
1,150
750

Antara tambahan baru pada iValue plan ni ialah :

peningkatan kuota data serta sambungan WiFi percuma sebanyak 4GB setiap bulan merentasi semua hotspot Maxis di seluruh negara. Dengan tambahan sambungan WiFi percuma, Maxis kinimenawarkan pelanggan peruntukan data mudah alih yang tertinggi. Untuk memeriksa hotspot WiFiyang terdekat, pelanggan boleh memuat turun aplikasi Maxis WiFi dari kedai App secara percuma.

Pelanggan juga akan menikmati pelan ansuran dengan kadar faedah 0% dan pelanggan-pelangganyang sedia ada akan dapat menaiktaraf kepada pelan baru yang menampilkan ciri-ciri data yang telah dipertingkatkan dan WiFi.


Apa yang untungnya bila melanggan dengan pelan Maxis ni, iPhone 4S yang baru ini datang denganaplikasi yang dibangunkan oleh Maxis. Antaranya adalah aplikasi Perkhidmatan Pelanggan Maxis,yang merupakan aplikasi perkhidmatan pelanggan syarikat telekomunikasi yang pertama yang terdapat pada iPhone di Malaysia. Dengan aplikasi ini, pelanggan Maxis boleh mengakses akaun mereka dan maklumat bil dengan mudah, melanggan atau membatalkan langganan kepadaperkhidmatan tambah nilai dan menghubungi Khidmat Pelanggan Maxis menggunakan saluranpilihan mengikut keselesaan mereka.

Ermm memang aku betul-betul kagum dengan iPhone 4S ni. Disebabkan telefon yang sedia ada ni pun dah mula buat perangai rasanya aku macam nak angkat jugak lah Iphone 4S ni.

Untuk korang yang minat dengan iPhone 4S ni, korang boleh check it out kat www.apple.com/iphone untuk informasi yang lebih detail lagi mengenai telefon nie

Bagi korang pelanggan setia Maxis atau pun baru nak berjinak2 dengan Maxis untuk nak beli Iphone 4S yang awesome nie, meh layari katUntuk maklumat lanjut mengenai www.maxis.com.my/iphone untuk nak tau lebih lanjut pasal harga dan pelan tarif Maxis nie




Friday, January 6, 2012

Jom Lompat

Hi Korang,

Nak ambik gambo lompat tak? meh tengok sini.


Memula kena standby dulu. Pasang kuda-kuda kan. Ok Ready 1 2


Itu bukan lompat. Itu eksen je lebih. Pemalas betul, patutlah gemukkan.


Hah, kan dah boleh tu. Bukan main tinggi lagi. Siap posing sambil melompat kan.


Ok ok cuba lagi sekali bertiga plak. Lain pose ek. Kan cantik tuh!


Apa macam? boleh tak korang ikut. Senang je kan.

Actually aku amik gambo lompat ni lebih kuran 45 minit cam tu untuk gambo tu jadi perfect cam korang tengok tu kan. Dah lah time ni matahari tengah mencarak naik kan. Bukan main gelap muka aku time tuh. Mana taknya suruh orang gemuk melompat, haruslah amik masa kan. Ingat senang ke nak lompat2 sesuka je. Boleh putus nafas ooo.

CLP notes : terasa ringan jap coz boleh lompat tinggi kan. Tapi lepas tu sakit belakang bukan main lagi tau.


Thursday, January 5, 2012

Panduan Untuk Ke Universal Studio Singapore (USS)

Hi Korang,

Untuk korang yang komen kat entry aku yang sebelum ni pasal USS, tanya pasal USS ni kan,  meh aku citer kat korang



Travelling
Bagi yang tak biasa dengan Singapore ni, better naik coach yang straight masuk ke Universal Studio Singapore ni. Aku malas nak bawak kereta masuk ke Singapore so ktorg naik Odyssey Coach dari Tune Hotel kat Danga Bay tuh terus ke USS.  Harga tiket bas RM25 return trip (pergi-balik) Tapi kalau korang check-in kat Tune Hotel tuh dapatlah murah sket RM23 je.


Entrance Tiket Masuk USS

Normal pass

Normal pass ni ada dua. Satu Non-peak season satu lagi Black Tiket yang tiket peak season lah kan.Yang nie kena beratur sepanjang alam untuk main games/rides kan.

Kalau Non-Peak harganya SGD 68
Black tiket (Peak Season) SGD 74


Express Pass

Ini yang best ni, Express Pass ni membolehkan korang cross over orang-orang yang beratur kat Normal         Pass tu kan, kira macam cut Q. Kena tambah duit sket lah. Tapi memang worth it. Korang boleh jimatkan masa untuk main semua games/ride tu kan. Aku pun menyesal tak tambah duit masa beli tiket hari tuh.

Kalau Non-peak harganya SGD30
Peak Season plak harganya SGD 50


(Update) : Maknanya : Normal Pass + Express Pass = Hah itulah harganya untuk potong que tu tau. 
(Mahalkan but worth it sungguh tau)


Alah korang beli tiket kat travel agent kat Malaysia lah senang sket, sampai sana terus je pi tukar tiket kat Group Sales counter or masuk je terus dengan voucher yang korang dah print tu kan.

Kemudahan

Toilet, water dispenser untuk minum, wheelchair, stroller dan bersepah tempat duduk lah. Pendek kata kalau dah penat, memana leh duduk.

Cuma aku nak pesan sket, yang bab toilet tu. Memang tak de paip untuk cebok . Nasib baik aku bawah spare botol mineral water. So aku tadah air kat water dispenser or paip kat dalam toilet tuh, then basuhlah guna air tuh. Itu Mr Big cakap nasib baik bawak botol besar senang sket nak ber.. kan. Tak de lah selet-selet dengan tisu. Ishk geli plak aku dengar.



Restaurant

Tak silap aku ada 3-4 restaurant halal dalam USS ni. Semua ada lambang JAKIM SINGAPURA. So bedal lah tanpa was-was. Walaupun ada food court but ktrog prefer makan kat Goldilocks Restaurant dekat Far Far Away Parks tuh. Mana taknya macam Mc Donalds. Jual fast food. Ayam gorengnya sedap dan ranggup. Harga pun lebih kurang cam kat Malaysia je Cuma SGD lah kan.



Cartoon character

Ini kena take note, cartoon character ni akan kuar tak semena. Korang boleh jumpa bersepah-sepah dalam USS ni. Once dah nampak tu baik beratur cepat-cepat coz bila korang dah nampak sekali belum tentu lagi korang akan jumpa kali kedua. Sebab tu aku asal nampak je diorg ni terus pi beratur tak kiralah panjang cam ne pun kan.



Merchandise

Setiap parks dalam USS ni memang ada disediakan kedai souvenir mengikut parks nya lah. Kalau dalam Acient Egypt diorg jual bebarang yang berkaitan dengan Mummy lah. Kalau dalam Transformer haruslah jual barang Transformer. Kalau nak USS original punya merchandise, kat pintu masuk tu korang dah boleh nampak kedainya yang besar betul.  Harga taklah mahal sangat. Macam keychain SGD4.90, fridge magnet SGD5.90, t-shirt pun dalam SGD21.90 onwards. Kira oklah.

Update lagi :


Daydeck86 kata jangan lupa bawak towel untuk lap peluh. Yelah korang kan akan berjalan satu taman besor nie.

Aku rasa itu je kot yang patut korang tau pasal Universal Studio Singapore ni. Kalau ada yang tak paham or nak tau lagi lebih details meh tinggalkan komen kat entry aku ni. Nanti aku jawab untuk korang ek.


CLP notes : ermm rasanya cam nak pi lagi je USS ni next month coz tak puas lagi nak main lah.



Nak Cari Bilik Untuk Sewa?

Hi Korang,

Tengah duk surfing sambil bertweet2 kan, aku come across kat website ni iBilik. Hah ko hebat tak? Website yang menawarkan lebih 100,000 jenis segala jenis bilik untuk disewa samada untuk long term atau pun short term secara online. 


Boleh di katakan korang boleh search bilik sewa ni di merata tempat dalam Malaysia. Tak kiralah Perak ke, Sabah ke, Johor ke semuanya sudah disenaraikan. Ada jugak senarai yang digelar 'Hot Location', maknanya tempat-tempat yang paling dicari lah kan especially area KL lah kan. 


Eh bukan setakat bilik sewa je, ada jugak tempat-tempat macam apartment nak berholiday untuk weekend pun ada disenaraikan. Macam korang nak bercuti kat Port Dickson, search je kat Negeri Sembilan punya column then mesti kuar list bilik yang korang nak lah.


Kalau korang ada bilik nak disewakan pun boleh jugak ke website ni. Kene register dulu, then start advertise bilik yang korang nak sewakan tuh. Masukkan segala mak neka details yang penting kan. Sambil tu jugak korang leh baca review or testimonial orang-orang yang gunakan perkhidmatan iBilik ni. So senang sket korang nak refer kan, baik ke buruk ke. 

So apalagi meh check it out dan kalau korang ada kengkawan yang tengah sibuk nau cari bilik sewa tu, forwardkan je entry aku ni supaya senang diorg nak cari bilik untuk disewakan.