Saturday, December 31, 2011

Semoga Di Murahkan Rezeki Lagi Di 2012

Hi Korang,

Ermm terlalu panjang nak diceritakan pada yang jadi dalam blogging journey aku pada 2011. Ada suka, ada duka, benci, sayang dan memacam lagi. Semuanya aku ceritakan dalam entry bulanan aku. Korang leh klik kat sini.

Sepanjang Julai

Sepanjang Disember

Ermm macam-macam rasa ada. Apa pun bila kita berblogging dengan ikhlas, help each other blogger, berblog kuat sket maka dengan secara automatiknya murahlah rezeki yang datang kat kita.

Semoga dengan datangnya tahun baru 2012 akan memberi lebih banyak lagi rezeki pada kita semua, betul tak?

Anyway, Selamat Tahun Baru 2012 untuk korang semua.


Friday, December 30, 2011

Tak Update Sebab Lenguh

Hi Korang,

Minggu ni memang aku tak de time sangat nak update blog lah. Yelah tuan punya blog pi bercuti so blog pun cuti gak lah kan.



Itulah kan, pas ni nak rehat kejap 1-2 hari kat umah coz terlalu lenguh sangat berjalan ke sana kemari kan.

Itu je..

p/s : pas ni mesti korang boring baca entry percutian aku percayalah..


Wednesday, December 28, 2011

Tuesday, December 27, 2011

Untuk Lebih Sihat

Hi Korang,

Demi untuk dapatkan kesihatan yang optimum, rasanya aku akan mula berjinak-jinak dengan barang-barang seperti ini

Organic raisin

organic herbal tea

organic meehoon

organic nasi dagang

Organic herbs

Aku memang rasa best sangat bila tengok barang-barang kat kedai Organik ni. Terus rasa bersemangat untuk jadi lebih sihat. Harga pun bukan mahal sangat, lebih kurang sama harga dengan biasa gak. 

Actually banyak lagi gambo yang sempat aku amik kat kedai Organik ni. Lepas aku masuk kedai ni baru aku tau rupanya majoriti barang yang kita gunakan setiap hari dah ada dalam bentuk organic terutamanya segala jenis rempah-rempah masakan. 

Confirm pas ni aku akan nak tukar segala mak neka rempah kat umah aku tu kepada organik, at least ada jugak inisiatif nak sihat kan.

p/s : still kat melaka lagi, bercuti di melaka dulu lah then baru ke tempat lain kan. cam biasa internet still siput vavi lagi..





Monday, December 26, 2011

Merah-Merah!

Hi Korang,

Memandangkan ktorg sekarang ni tengah cuti-cuti semalaysia, maka tempat pertama yang ktorg pi of course lah umah mak aku kan. Eh, mestilah check-in sini dulu kang tak berkat plak percutian aku kan.

So balik2 semalam, tengok kat laman tu


jeng jeng jeng

Tu dia buah rambutan bergayut2 kat pokok depan umah. Apa lagi turun kete terusje petik makan. Lama jugak lah aku lepak kat pangkin umah aku tu bedal rambutan ni kan. Dahlah segar manis plak tuh.

Nasib baik manis buah kalau manis gula mau kene potong kaki jawabnya, kena diabetes kan.

Ok nanti citer lagi, internet slow cam siput vavi ni.

p/s : Aku sempat pi Johor Premium Outlet tadi but tak leh nak masuk coz banyak giler kete nak masuk parking. Dekat 5km jem nak masuk. Ermm jawabnya kene datang lagi lah kan..