Wednesday, December 21, 2011
Tuesday, December 20, 2011
Patutlah Hitam
Hi Korang,
Mesti ramai yang belum tau lagi yang aku officially dah abis keje kat Penang. Tak sampai 2 bulan pun. Maknanya aku memang terrer lah kan. Keje 2 bulan dapat siapkan dalam sebulan cam tu. Jangan nak perasan ek, aku Cuma setupkan a few procedure untuk contractor untuk project baru ni. Dah siap itu yang boss aku suruh balik kan.
Balik2 je, dah banyak event menanti.Tak menang tangan aku nak handle kan. Merata orang mencari aku rupanya. Hah, baru diaorg tau betapa pentingnya aku kan. Kalat tak de aku kira macam tak meriah lah even tu kan. Aik perasan lagi, ishk suka nau cakap takbur lah aku ni.
First soalan yang bebudak ni suka nau tanya aku ialah apsal aku nampak hitam /gelap / tinted sangat? Ishk terus terguris hati mak nok bila dengar kata2 tuh. Balik umah terus tengok cermin, hitam sangat ke aku nie ek?
Meh sini aku citer kat korang, dengan tetiba aku boleh jadi Dayang Senandung ek selama aku kat Penang ni.
Penang Memang Panas
Tiap-tiap pagi matahari naik awal kat Penang ni, even kul 8 pagi kuar pun dah macam 11pagi. Memang terik. Memang pakai spek itam bile driving. Tapi aku malas nak pakai. Hah, terimalah padahnya.
Semuanya Tepi Laut
Baik hotel ke office ke semua tepi laut. Confirm lah hari2 berjemur kan. Nak pegi site lalu tepi laut then balik hotel pun lalu tepi laut. Cam ne tak kena panas. Bahang laut tuh dekat nau dengan aku.
Parking Jauh
Memang pun parking jauh betul kena jalan. Kawasan kilang kan so they only allowed staff je leh parking dalam. Kena lah menapak jauh. Nak berebut cari parking lagi. Kemudian nak masuk site, kene register dengan mak guard yang tak berapa nak laju buat keje.
Main Panas
Ini bukan terpaksa ek. Ini memang suka. Main air kat tepi pantai, tengok orang main paragliding, amik gambo lompat2, lepak2 main pasir dan segala mak neka yang boleh buat kat pantai tu lah.
Hah pas ni. Janganlah ada lagi orang tanya aku lagi pasal hal ni ek! Semua aku dah citer kat sini. Siapa yang sibuk tanye tuh, aku nak suruh dia baca entry.
Eh, korang pun tau!
Jom Join Giveaway Dari www.kakinakl.com
Hi Korang,
Ermm nampaknya Bloggger K ina KL iaitu President 'Geng Tali Barut' bermurah hati lagi untuk menyedekahkan hasil berbloggingnya kepada follwers dan readersnya yang setia.
Ermm dia buat giveaway lagi lah. Itu je caranya nak balas jasa baik readers yang tak henti2 lepak kat blog dia sampai 2 juta view kan. Hebat tuh! Kalah aku ni..
Nie aku copy bulat2 dari blog Kak Ina KL ni.
Syarat syarat untuk menyertai Giveaway (GA) akak ialah
1. Mesti mempunyai blog
2. Buat satu entry khas utk giveaway ni....tajuk entry wajib begini "GIVEAWAY FROM WWW.KAKINAKL.COM
2. Buat satu entry khas utk giveaway ni....tajuk entry wajib begini "GIVEAWAY FROM WWW.KAKINAKL.COM
3. Linkkan Ke Entry Ini Dan Bagi 3 Sebab Kenapa Anda Suka Baca Blog Akak
4. Semua perserta di kehendaki LIKE Facebook akak sebelah kanan
6. Setelah Siap Entry Anda, Tinggalkan URL Entry Anda Itu Di Ruangan Komen Di Bawah Entry Ini.
4. Semua perserta di kehendaki LIKE Facebook akak sebelah kanan
6. Setelah Siap Entry Anda, Tinggalkan URL Entry Anda Itu Di Ruangan Komen Di Bawah Entry Ini.
Hah senangkan. Tak yah korang selongkar entry dia lama2 untuk cari jawapan. Korang bagi sebab kenapa suker nau lepak kat blog dia je.
Hadiahnya? Cash money tuh. Dengan murah hatinya pramugara tak jadi dari Mas Kargo ni pun nak berkongsi rezeki dengan sponsor cash jugak tau.
Aku, tak yah lah korang tanya join ke tak? Memang lah aku malas nak join. Bukan apa. Kalau aku join confirm aku menang kan! kahkahkahakhaka Tak lah bagi korang chance berkongsi rezeki dengan K Ina KL je.
Apa apa lagi, moh join lekas. Kang orang lain menang korang jugak yang duk terlopong kan.
Ditulis Oleh
Cik Lily Putih
Labels:
cara buat duit
,
cash money
,
geng tali barut K Ina
,
giveaway
at
10:44 AM
4 comments
:
Monday, December 19, 2011
The Making Of 'Sepah The Movie'
Hi Korang,
Sepah The Movie bakal muncul di layar perak tidak lama lagi. Mesti korang tertanya-tanya masih wujud lagi ke kumpulan Sepah? Jawapannya adalah demi komitmen mereka kepada Filem Sepah The Movie ini sahaja Kumpulan Sepah bergabung kerana mereka telah menandatangani perjanjian untuk pembikinan filem ini sebelum kumpulan itu berpecah menjadi kumpulan Sepahtu yang terdiri cuma Jep dan Syuib sahaja.
Filem 'Sepah The Movie' ini ditunjangi oleh Kumpulan Sepah sendiri iaitu Jepp dan syuib, Jehan Miskin, Yus kumpulan Jambu, Asrul Raja Lawak, Analza Nasir dan juga Ramona.
PTV Film Production telah memberi kepercayaan kepada En. Mp Roslin Md Sharif sebagai pengarah untuk filem 'Sepah The Movie' ini.
Meh layan sinopsis filem 'SEPAH THE MOVIE' nie:-
Sepah yang berkawan rapat serta mempunyai hobi yang sama sejak kecil lagi,terpaksa menghadapi peristiwa yang telah melahirkan konflik persahabatan mereka,semenjak kemunculan seorang gadis cantik bernama Ayu Sofea (Anzalna) yang mana bertugas dibahagian kawalan kualiti di kilang elektronik tempat mereka bekerja.
Maka berlaku, strategi dan juga ragam tiga lelaki bujang ini didalam situasi untuk memenangi hati Ayusofea.
Gadis yang berkacukan melayu bugis itu sangat pandai menyesuaikan diri bila berhadapan dengan karenah dan juga ragam tiga bujang sepah .
Terjadilah sketsa serta babak-babak yang kelihatan membodohkan diri sendiri serta buli membuli sewaktu tiga bujang itu mengatur strategi. Namun semuanya gagal.
Persoalannya, siapakah yang dapat memiliki hati Ayu Sofea? Bujang Sepah ataupun insan lain?
Pelbagai aksi yang ada didalam Filem Sepah The Movie ini antaranya adalah aksi lasak, romantik dan yang pasti adalah lawak yang bakal dibuat oleh Kumpulan Sepah itu sendiri. Oleh itu nantikan Sepah The Movie di pawagam yang berhampiran dengan anda semua.
Aku mestilah nak tengok, Sepah tu mesti kelakar kan.
Ditulis Oleh
Cik Lily Putih
Labels:
filem review
,
sinopsis filem Sepah The Movie
at
10:52 PM
1 comment
:
Nuffnang Asia-Pacific Blog Awards 2011 @ JW Marriot Putrajaya
Hi Korang,
Di sebabkan dah ramai yang tulis pasal NAPBAS Night ni, so aku pun dengan rasa gatalnya pun nak tulis gak lah. Walaupun gambo yang aku snap sket je but kalau korang perasan muka aku nie ada kat merata-rata blog orang ramai. Dah macam celebrity dah aku rasa. Sket2 gambo sana sket gambo sini kan.
Aku sampai kira awal jugak lebih kurang dalam 6 lebih cam tu then terserempak plak dengan Eyriqazz. So duk bantai borak kosong je lah kan. Then dating plak sekumpulan ladies blogger yang aku tak berape nak kenal so bersocial media kejap kan, salam2, tukar2 URL, sembang2 bodo. Then sorang demi sorang sampai. Blogger lelaki biasalah geng GTB jelah. The rest tuh banyak blogger baru.
Rasanya inilah first time aku kuarkan IC untuk registration, coz selalunya guna email kan. Sampaikan Nuffies Farah gelak bila tengok muka aku kat IC. Katanya lain betul muka. Then its camwhore time. Amik gambo sepuas hati. Snap sana sini, tegur2 blogger lain memacam lagi lah.
Lebih kurang kul 8pm, ktorg di jemput masuk ke Grand Ballroom. Mak oi besaunya. Ada 50 table so confirm 1 table 10 orang. Aku meja no. 37. Tak ramai pun 6 orang je. Ok lah. Kenal2, tukar2 URL, gelak2, gossip2 sket.
Ktorg dihidangkan western cuisine. Dah lama x makan western time dinner cam ni. Selalu Chinese food je kan.
Western Cuisine
Oleh kerana meja ktorg dah terlalu belakang sangat dan aku malas nak bawah camera gajah so amatlah kurang aku mengambik gambo. Itu yang banyak cilok gambo2 dari blog orang lain.
Tapi aku dapat lah tengok pemenang2 awards ni secara live. So dah kenallah blogger2 terhebat ni siap dapat amik gambo lagi. Tengok gambo atas, betapa jauhnya aku duduk kan. Nampak kepala orang je.
Tapi aku dapat lah tengok pemenang2 awards ni secara live. So dah kenallah blogger2 terhebat ni siap dapat amik gambo lagi. Tengok gambo atas, betapa jauhnya aku duduk kan. Nampak kepala orang je.
Performance pun not bad jugak, semuanya according tu itinerary dalam programme book yang ktorg dapat tuh. Dapat tu memang dapat tengok but dari jauh so nak tak nak tengok kat screen beso jelah. Ada James Baum, Reshmonu, Harith Iskandar, ada penari pole dancing bermuscle dan memacam lah.
Abis semua acara, ktorg sambung lagi ambik gambo. Kali nie dapat amik gambo dengan blogger2 yang level yang dah tinggi/otai lagi. So bertambah lagi kenalan blogger. Yang penting networking tuh.
Anyway, Nuffnang Asia-Pacific Blog Awards 2011 adalah event berprestij yang terbaik yang pernah aku hadiri. Thks Nuffnang coz sudi jemput blogger picisan cam aku nie kan.
Ditulis Oleh
Cik Lily Putih
Labels:
bloggers gathering
,
hanis zalikha
,
JW Marriot Putrajaya
,
Nadia Heng
,
NAPBAS 2011
,
Reshmonu
,
www.redmummy.com
at
3:10 PM
4 comments
: