Monday, December 5, 2011

Vitagen Punya Angkara

Hi Korang,

Mr Big dengan baik hatinya telah bekalkan aku Vitagen 2 botol dan sebantal roti chocolate gardenia untuk jadi bekalan aku on the way balik Penang pagi nie. Ermm kalau dah tersayang yang bekalkan siap bubuk dalam beg bekal kan of course aku bedal walaupun aku jarang minum air cuci perut pepagi buat breakfast kan.


Hah, apa lagi belum sampai Toll Rawang aku dah abiskan sebotol Vitagen tu dengan 2 kali sedut termasuk 3 keping roti chocolate tu kan. Hah ko tak sampai 10 minit, perut dah bagi signal kurang baik. Aduiyai in between Sabak Bernam nak sampai Behrang ni tak de R n R plak. Kena la bertahan semahu mungkin. 

Nampak je R n R kecik tuh, terus je aku masuk tanpa fikir panjang. Yelah perut dah sakit kan. Mati enjin, turun kereta terus berlari. Nasib baik tak berapa ramai orang sangat kat toilet pompuan ni. Terus lakukan apa yang di plan tadi. Tak sampai 10 minit lega rasanya. Rehat kejap then sambung journey. 

La belum sampai Tapah lagi, perut buat hal lagi. Berhenti lagi kat petrol station kan. Settle kan apa yang patut. Ishkk teruk betul lah. Rasanya nak sampai Toll Juru ni dekat 8 kali aku stop buang air kan. 

Sampai site, aku tepon Mr Big ngadu dengan dia pasal hal nie. Dia boleh cakap apa, I dah letak minyak senyonyong dalam Vitagen tu, jangan kasi orang2 Penang mengurat U. Terus aku tergelak2 tak jadi nak marah dia. 

Itu lah kalau tak leh minum jangan minum kan. Huhuhuhuhu...

P/S : Nak tengok Ombak Rindu sekali lagi lah... Gurney Plaza? malam nie.. ermm fikir jap lah..

Tidur

Hi Korang,

Hati tak tenang, apatah lagi nak menulis blog kan. So adalah lebih baik rehat kan mata seketika



So selamat berehat untuk aku sementara waktu yeah!

Saturday, December 3, 2011

Rindu Pada Ombak

Hi Korang,




Raut wajah...Mendamaikan...
Dan sesuci..Selembut hatimu..
Sinar mata...Mempersona...
Bagai gugur seluruh jantungku...

Aku Ingin engkau tahu...
Cinta aku satu...
Tercipta buat dirimu..
Hanya... Untuk kamu...

Huuu....Huuu...Huuu....
Huuu....Huuu...Huuu...

Aku ingin engkau tahu..
Cinta aku satu.....
Tercipta buat dirimu...
Hanya untuk kamu....

Tetiba aku tersuka plak dengan Harris dalam Ombak Rindu. Overall memang superb!. Review? nanti aku tulis ye.

Best!


Friday, December 2, 2011

Padan Muka Aku Buruk Sangka Sangat Kan


Hi Korang,

Aku ni kalau ada je barang aku yang hilang ke tak jumpa ke mesti nak mengamuk cam kap lam nye nge (ala korang rumi kan jelah kan).  Contohnya cam ni

1)      Dah 2-3 hari lip gloss aku hilang kat bilik hotel tuh. Abis semua tempat aku selongkar.Atas safe deposit box, bawah meja macam2 tapi tak jumpa gak. So terus je aku assume yang housekeeping dah rembat lip gloss aku ni. Dalam hati ni dah nak buat report lah kononnya barang hilang kat bilik aku tuh.

2)      Kat site, korang tau lah kan cam ne keadaan duk kat site ni. Dengan drawings bersepah sana sini, stationery ntah kemana , kekadang tempat nak duduk pun tak de.Aku memang simpan semua stationery aku kat satu tempat ni, which is semua orang leh nampak dan gunakan. Dah seminggu aku perasan pen favourite aku manager Safety pakai tanpa rasa bersalah betul . Dia boleh buat dek je, bila aku pegang2 pen tu kan.

Memang sakit nau hati aku kan. Rasa cam nak campak je diorg ni ( macam aku kuat nak diorg ni kan) kat laut depan Gurney Drive nie lah.


Then, dengan tak semenanya.

1)      Tetiba je lip gloss yang hilang tu ada je belakang toner muka yang selalu aku duk tenyeh tiap2 hari tuh kan. Elok cantik je terletak tak berusik pun

2)      Pen yang aku ingat Safety manager aku rembat tuh, rupanya terpacak dalam kocek beg laptop aku ni. Siap dengan tutup dia sekali.

Aku betul-betul malu dengan diorg ni. Walaupun aku tak de lah cakap apa2 kan. But still rasa bersalah tu ada. Sedap je aku main tuduh2 but aku yang salah kan.


So kesimpulannya kat sini, jangan buruk sangka kat orang. Cuba selidik betul2. Tup-tup aku dah dapat dosa  hari ni kan sebab buruk sangka kat orang kan.

Korang jangan ikut perangai aku ni ek


Kedai Ikan Rakyat 1 Malaysia Kini Di Buka

Hi Korang,

Kita dah biasa dengar or perasan kedai runcit 1 Malaysia kan? Now muncul plak Kedai Ikan Rakyat 1 Malaysia. Wah nama kedai dah gempak kan.



Untuk pertama kalinya Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia ini di Centrum, Setiawangsa di sini bakal menawarkan produk runcit termasuk barangan basah yang segar. Kira-kira 80 peratus daripadanya terdiri daripada pelbagai jenis ikan yang harganya sangat berpatutan 30-40% jauh lebih murah dari harga di pasaran dan terjamin mutunya.

Premis yang dimiliki oleh Restoran Sekinchan Ikan Bakar itu akan dibuka kepada orang ramai bermula Jumaat ini.
Bagi korang yang duk dekat2 area Setiawangsa ni boleh lah ke sini untuk membeli belah tanpa ragu-ragu tentang harga dan kualiti barangan di sini.
Aku? may be someday akan ke sana kot. Nak cuba gak , betul ke harganya murah kan.