Friday, November 25, 2011

Suatu Malam Kubur Berasap, Menakutkan Sungguh

Hi Korang,


Akan datang, filem pertama outLOUD Studios berjudul SUATU MALAM KUBUR BERASAP akan menemui anda di pawagam. Filem yang diarahkan oleh Ernie Chen ini dibintangi oleh Angah Raja Lawak, Along Raja Lawak, Zac Diamond (X-Factor), Azrul Raja Lawak, Ruminah Sidek, Allahyarham Pak Zami Ismail dan ramai lagi. Filem SUATU MALAM KUBUR BERASAP juga filem yang unik kerana menampilkan kisah-kisah hantu yang berlainan mengikut budaya dan kepercayaan rakyat Malaysia. Filem ini akan ditayangkan di pawagam pada 22 December 2011.

Meh layan jap, sinopsis Suatu Malam Kubur Berasap ni. Tajuk je dah seram kan.



Filem Suatu Malam Kubur Berasap ini mengisahkan mengenai 3 orang sahabat kampung iaitu Atan, Bun, Pet dan seorang kawan bandar yang baru berkenalan iaitu Mie dimana selepas kereta Mie mengalami kerosakkan dan tersangkut di kampung mereka.


Sejak kedatangan Mie, berlakuya perkara-perkara yang suspens dan menakutkan bila Hantu Cempaka muncul apabila kuburnya mula mengeluarkan asap.


Satu hari, mereka berempat setelah besama-sama berkongsi cerita berkenaan dengan Hantu Cempaka, dimana mereka diusik. Apakah yang sebenarnya berlaku? Dari mana datangnya Hantu Cempaka? Apakah sebabnya mereka diusik? Apakah yang sebenarnya telah berlaku di Kampung Angan Tak Sudah?


Rasa tak sabar nak tunggu filem ini dipawagam. Tambah-tambah gabungan Along dan Angah mesti buat kita tak kering gusi nanti. Sama-sama kita menyokong filem tempatan. 

Majulah filem negara kita..:-)

Lama dah tak tengok filem2 melayu seram ni, tajuk sudah seram so memintak jalan citer pun seram gak kan baru ada ummph!


Thursday, November 24, 2011

Sedap Betul Ayam Pongteh Dari Mychef

Hi Korang,

Perasan tak, hari tuh aku ade pi majlis pelancaran produk MyChef tu kan? Of course lah dapat few sample untuk dicuba kat umah kan. So malam before aku ke Penang tuh, ktorg cuba lah resipi Ayam Pongteh nie.


Actually resipi Ayam Pongteh ni adalah makanan turun-temurun baba nyonya so Chef Florence Tan dah buat some adjustment coz nak bagi rasa lagi enak dan sedap kan.


Memula baca cara-cara nak masak Ayam Pongteh ni. Ala senangnya, baca dan ikut je segala instruction yang tertera kat belakang kotak ni. Aku guna yang microwave punya cara. Panaskan, keluarkan, bukak plastik sket then panaskan balik.


Ermm inilah hasilnya. Enak makan panas2 dengan nasi yang panas-panas jugak. Aku masak nasi satu pot je, licin dibuatnya. Mr Big cakap not bad untuk microwave produk ni. Rasa cam rasa asli lah.

Thank you MyChef for these sample. Now Mr Big sibuk suruh aku pi cari kat mana jugak produk Mychef nie. Dia kata senang aku tak de nanti, dia balik umah terus je boleh masak dan makan kan.




Wednesday, November 23, 2011

Welcome To My New Home

Hi Korang,

Kan hari tuh aku ada citer yang aku akan tinggalkan Mr Big untuk quite sometimes kan. So dalam jangkamasa 2-3 bulan nie aku akan tinggal di sini. Jeng jeng jeng.. Meh aku tunjukkan rumah baru aku. 

Pinjam pintu jiran selevel nie ek.

Katil empuk aku

Dapur yang comel

Tempat nak berendam

Free flow interner 24/7

Apa macam best tak? For sure korang mesti cakap best punya. Yelah duk hotel kan for 2 months, siap dengan breakfast hari2 kan. Yelah segalanya di tanggung kan. But windu dalam hati nie tak leh nak di gambarkan lah kan.

Later, aku akan tunjukkan plak site baru aku nanti ek.

Anyway korang, meh lah tolong vote aku sekejap kat entry ni ek. Alah klik je sini. Then korang tolong lah retweet, FB like dan click kat G+ tu ek. Untung2 aku menang lah kan.



WW - Patutlah Gemuk

Hi Korang,

Wordless wednesday for this week


Ye ke tak ek? Satu troli tuh. Penuh dengan junk food. Memang patutlah gemuk kan.




Tuesday, November 22, 2011

Hadiah Dari Seoul

Hi Korang,

Last few weeks aku jarang dapat masuk office coz banyak sangat keje luar nak kena handle kan. Kira berabuk gak lah meja aku. Tup-tup hari jumaat hari tuh, aku tengok atas meja aku ada ni.

Fridge magnet dari Seoul

dan

Anting-anting dari Seoul gak.

Rupanya hadiah dari officemate aku. Dia baru je balik bercuti dari Seoul. Nothing to buy katanya so itu je yang dapat dia bagi as souvenir. Haruslah aku gembira kan, dapat hadiah free. Cuma anting-anting tu aku tak boleh pakai coz ada tanda salib kan.

Aku cakap dengan dia, anting-anting tu aku x leh pakai coz ada tanda salib kan. Trus dia said sorry coz dia memang tak perasan langsung dan dia pesan kalau tak boleh pakai buang je. Dia takut nanti jadi apa-apa susahkan aku plak kan.

Yelah hal cam nie tak leh nak bawak main kan. Isu sensitif tuh. Anyway thanks tau Natalie for such a lovely gift ni.

Anyway, korang dah vote aku blom? Kalau blom meh meh klik kat entry nie. Korang boleh komen, retweet dan like kat entry aku ni ek. Moga-moga dapatlah apa yang aku idamkan.

Thank you tau. 

NotaKaki:
This week may be entry aku agak simple2 sket coz aku tengah bekerja bersungguh2 kat tempat orang ni. Internet access very limited lah... Hope bebanyak lah bersabar ek... Banyak citer aku nak citer sebenarnya.