Thursday, November 17, 2011

First Time Pekena Nasi Dagang

Hi Korang,

Entah apa mimpi agaknya malam tadi yang sampai aku lunch dengan Nasi Dagang kan. Yelah first time in my life makan nasi dagang time breakfast. Rasanya cam dah macam kat Pantai Timur plak.

Citernya cam nie, selalunya aku breakfast kuih + biskut + kopi je tiap2 hari. But harinya agaknya kena jalan jauh coz parking dah penuh plak kat Safari ni, tup2 aku jadi lapo semedang. Sangat2 lapo yang sampai nak pengsan.

On the way naik, singgah jap kat cafe bawah building nie. Check punya check, semua dah licin tinggal bekas je. Then abang yg jual tuh offer nasi dagang ni. Aku dengan x fikir panjang, terus je sambar kan coz dapat lapo. Bila masuk lift baru teringat yang aku tak pernah makan nasi dagang ni time pepagi, kot2 sakit perut ke apa kan. 

Alah malas nak fikir panjang, masuk pantry terus bukak.


Wah, nampak cam sedap. So transfer ke mangkuk microwave then panas kan. Tunggu 2-3 minit jap. Then terus supdek tanpa segan silu dengan bebudak opis lelain, walaupun time tuh dah pukul 10am aku sampai. 

First Impression :


Rupanya nasinya bercampur dengan beras pulut. Baru aku tau. Campur santan sket. Tapi tak de lah rasa mual sangat. Di tambah plaj dengan sambal belacan dan acar mentah sket. Mengagumkan. 


Ya allah kari ikan tongkolnya sangat masyuk. Kuahnya pekat dan sedap. Nampak cam sket je kuah but bila dah di tuang ke nasi walauwei.. superb lah.

Sekali sekala makan nasi cam nie pepagi ok gak kan. Terus kenyang tak payah lunch langsung. Sampai jari pun leh bau2 lagi kuah kari nie.

Lazatttttt....

Note : Tapi kalau hari2 makan, confirm aku sama gemuk dengan Mr Big. Cam no plak tu ek


The Strand, Kota Damansara

Hi Korang,

Semalam first time aku pi ke Red Carpet Avenue The Strand dekat Kota Damansara ni. Ada event sket. The day before, aku search dalam google map. Tempat ni aku tengok cam tak de ape je. 


Bila aku pegi je semalam, ermm rupanya ianya commercial area punya tempat. Banyak shoplot baru2 yang da dipenuhi dengan kedai2 makan, kedai2 aksesori kete, offices dan memacam lagi lah. Bab kedai makan tuh, korang pun boleh pening nak pi kedai mane sebab terlalu banyak kedai2 yang aku rasa cam best gak lah. Maybe next time kalau aku datang lagi bolehlah cuba kot.


Tapi ada satu tempat yang aku tertarik sangat which is Red Carpet Avenue. Tempat ni ala-ala dataran gitu lah. Open space concept. Kat area boulevard tu banyak kedai makan ala2 western, middle east, pubs dan memacam lagi.


Aku rasa kalau ada event or product launching buat kat sini mesti cantik lah. Coz ruangnya besar dan berangin. 

Tengok ada air pancut yang belakang tuh, tapi dah diblock oleh orang-orang beso ni semua

Tapi yang tak berape best tuh, parkingnya agak payah sket. Aku pi semalam pun parking punya lah jauh kan. Cuma kalau ade event tertentu je para media or VVIP dapat parking dekat2 situ. 

Ini mapnya




The Strand, Kota Damansara 
Persiaran Mahogani, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor

Direction : Kalau datang dari IKEA tu korang straight je. Sampai nampak Sunway Giza sebelah kanan korang, terus belok kanan. Terus je sampai nampak signboard beso Encorp Strand tu korang masukkan kanan. 

Note : Aku buat entry nie sebab ramai nau yang suka call aku bila sesat nak ke The Strand ni, diorg ingat aku nie GPS bercakap ke ek.



Tuesday, November 15, 2011

Special Screening ‘Misteri Jalan Lama’ With Afdlin Shauki


Hi Korang,

Rasanya korang mesti tertunggu-tunggu dengan filem ‘Misteri Jalan Lama’ yang nak kuar tak lama lagi nie kan? Aku dah tengok pun semalam dengan geng-geng #MJLTwtUp. Diorg tweet event ni last week then aku leh ternampak plak, apa lagi terus je sign up lah. Dapat jugak tengok wayang free kan.

pelakon Misteri Jalan Lama yang baru

Sesampai je kat E-Curve, ktorg yag memula dulu book tiket. Itu yang best tuh. Terjumpa plak blogger Sha. Borak jap then pi makan. 

dengan Akim, penyanyi lagu cornetto tuh


Sementara nak tunggu show start tu sempat jugak bercamwhore dengan bebudak AF Akim, Amir Johari dan Azri. Sporting je diorg ni bila nak amik gambo.

dengan team Boboi, ala tomey tomey..

Sebelum show start, pihak Tayangan Unggul ada bukak citer sket di sebalik of ‘Misteri Jalan Lama‘ nie. Seram2 jugak aku dengar citer dari diaorg nie. Yelah extra dari 100 orang bertambah jadi 150 orang. Costume tetiba tak cukup dan memacam lagi lah.

So jangan nak mengarut, meh layan sinopsis jap untuk kasi korang clear picture mengenai citer ni ek

SINOPSIS MISTERI JALAN LAMA

Sebuah kisah yang menakjubkan tentang dua dunia berbeza, namun berlandaskan kasih sayang. Dua beradik, Indra dan Ilya dalam perjalanan pulang ke kampung halaman mereka untuk urusan pengebumian ayah mereka, Iskandar. Indra adalah anak kandung Iskandar yang menjadi pelumba kereta profesional, tetapi kuat berjudi dan seringkali meminjam daripada Ah Long. Hidupnya kini diburu gangster. Manakala Ilya pula adalah anak angkat Iskandar yang diberikan oleh ‘seseorang’ ketika Iskandar melalui sebatang jalan lama 25 tahun dahulu. Ilya seorang anak yang baik, yang banyak membantu Iskandar membina kerjayanya. Iskandar juga sangat sayangkan Ilya. Ini jugalah yang menjadi punca ketidakpuasan hati Indra, lalu membawa diri jauh daripada keluarga.


Pada hari kematian Iskandar, buat pertama kalinya selepas 15 tahun, Indra ke pejabat ayahnya untuk mengambil surat wasiat yang ditinggalkan untuknya. Indra diminta membawa Ilya pulang, kerana Ilya tidak tahu memandu. Ketika di lebuhraya, Indra dikejar oleh gangster. Lalu Indra mengambil keputusan menggunakan jalan lama.


Ketika melalui jalan lama, tidak semena-mena mereka memasuki ‘dunia lain’. Pelbagai peristiwa pelik dialami mereka sepanjang berada di dunia tersebut. Daripada diganggu oleh makhluk mengerikan hinggalah kepada sesuatu yang mengasyikkan. Apakah akan terjadi mereka berdua ? siapakah sebenarnya mereka ? Apakah yang terdapat di jalan lama tersebut ?

Bagi aku :
Sesuatu yang baru dalam filem Afdlin Shauki ni sebab kita dah terbiasa dengan filem klise beliau iaitu filem komedi kan. Ianya bercorak fantasi. Ala macam citer Lord Of Rings, Merlin tu kan. Kisah dunia realiti dan fantasi yang kita tak tau. Ada citer suka, duka, pertarungan dan kisah family juga turut diselitkan. Jalan citer bagi aku ok. Senang nak faham. Ada flashback sket2 tu biasa lah kan.

Oleh sebab itu Mr Big kasi 4/5 bintang untuk filem ni.


At the end of the show, rupanya Afdlin Shauki ada Cuma dia lambat sket sampai dari Kluang. So beliau explain lagi mengenai jalan citer ni. Mengenai budget, costume, location, idea dan memacam lagi lah. So segala yang aku duk fikir2 masa tengok movie tadi dah terjawab dah.

SENARAI PELAKON

Ilya – QUE HAIDAR
Indra – HANS ISAAC
Sania – MARION CAUNTER
Old Lady / Queen Dewata – VANIDAH IMRAN
King Dewata – NASIR BILAL KHAN
Harak – AFDLIN SHAUKI
Iskandar – DATO’ AHMAD TAMIMI SIREGAR
Botak – NAMRON
Nina – LIYANA JASMAY
Zak – ADAM CORRIE LEE
Zaidi – MOHD SOBRI ANUAR
Sara – SABRINA HASSAN
Jannah – SARI YANTI
Tokey Warung – YALAL CHIN
Indra (20 TAHUN) – GAMBIT
Ilya (15 TAHUN) – A. RAZIF A. RAZAK
Indra (10 TAHUN) – MUHAMMAD HAZIQUE AHSYARAF
Ilya (5 TAHUN) – MUHAMMAD REEVES DANIEL
Indra (5 TAHUN) – IMRAN FARIS

  
Tarikh Tayangan : 24 November 2011
Pengarah : Afdlin Shauki
Terbitan : Tayangan Unggul Sdn Bhd
Penerbit Esekutif : Gayatri Su-Lin Pillai

Tengok jangan tak tengok okeh!!



Monday, November 14, 2011

Gambar | Pelbagai Aksi Anuar Zain Di AIM 2011

Hi Korang,

Entry ni aku tujukan khas untuk peminat setia Anuar Zain yang rasanya payah betul kita nak jumpa dia in public kan. Last aku nampak Bang Nuar ni tahun lepas kat KLCC time krismas, dia sorang je itu pun nampak cam in hurry je.

So Mr Big pun berusaha nak pi amik gambo Anuar Zain ni sebanyak mungkin kan. Dia kata, dia malas nak dengar aku membebel kenapa tak amik gambo Bang Nuar ni bebanyak. Rasanya lebih 25 shoot gambo Anuar Zain ni dia amik.







Aku letak sket je kat sini coz yang lelain tu aku nak print letak bawak bantal supaya lena aku tido kan.. hehehehhe tipu arr. Dia memang tetap di hatiku selamanya lah..

Disebabkan seat ktorg nie actually tak berape cun langsung, walaupun memang dekat dengan stage memang clear tengok muka artis tapi bila amik gambo, dapat amik dari tepi je. Itu yang fail tuh.

Apa-apa pun korang enjoy lah gegambo Bang Nuar tuh ek.

I lap U lah Bang Nuar..