Thursday, October 27, 2011

Make Up Artist Datang Rumah

Hi Korang,

Semalam rumah aku di banjiri oleh dengan anak2 dan mak dara. Nak tau sebab apa? Ermm sebab ada Profesional Meke-Up Artist datang umah aku tau.

Betul lah, dari Maybeline lagi

Nak buat smooky eyes

Aku pun tadah je muka kan. Dah orang nak tolong cantikkan muka kan, jangan lepaskan peluang lah kan.


Ermm tengoklah semua orang teruja nak di make-up jugak tau. Masing-masing tak sabar nak tunggu giliran untuk di conteng muka kan.

Untuk cerita hangat, jap lagi aku citer ek...


DiGi Presents the HTC Sensation

Hi Korang,

Bila citer mengenai HTC Sensation ni, aku jadi tak menentu. Yelah satu-satu phone yang menjadi idaman aku kan. Tup tup masa aku pegi Buka Puasa dengan DiGi hari tuh,aku di beri peluang untuk review HTC Sensation ni selama 2 minggu. Wah seronok tak terhingga, celik mata je HTC Sensation sebelum tidur pun still nak main jugak dengan HTC Sensation kan.

Hah, teruk kan? Betapa aku jatuh cinta sangat dengan HTC Sensation ni. Dah meh aku citer sket tau sebab apa aku suka sangat dengan telefon ni.


1. Saiz Dan Designnya
Bagi aku saiznya mudah di pegang, just nice to hold. Tak de lah berat sangat pun tapi dia nipis (11.3mm). Screennya plak sebesar 4.3 inch. Walaupun warnanya hitam but designnya solid.(polimer + steel + aluminium) Cantik. Ada USB function so boleh charge dan transfer gambar terus ke laptop tau.


Application dalam HTC Sensation ni sangat mudah di fahami, very straight forward. Slide atas bawah pun laju je. Boleh buka banyak application dalam satu masa. Yang penting ANDROID!


Ini memang best. Bab social network ermm memang mantap. Facebook dan Twitter tip top. Memang terbukti. Update status atau upload gambar ke Facebook sekejap je. Lagi plak tengok Youtube langsung tak de buffering. 


Bila amik gambar tu tak yah tunggu lama, just snap dan view tak yah tunggu pun. Gambar pun cantik dan tak goyang pun. Very clear. Video plak HD so lagi lah cantik. 


Selain daripada Facebook dan Twitter, ada pelbagai application yang lain menyeronokkan jugak. Seperti ada arah kiblat, boleh tengok function Cuaca yang menarik, GPS jugak jelas dan up to date. Ada plak apps Mirror, sesuai untuk wanita2 cantik seperti aku ni kan yang suka sangat nak melawa je. Main game pun syok jugak.


Actually banyak lagi aku nak citer but ini pun dah cukup membuatkan aku terpukau dengan HTC Sensation. Walaupun harganya di pasaran lebih kurang RM1,799 tapi ini tak membuatkan aku patah semangat untuk mendapatkan nya.

Kalau korang tak de teman atau selalu keseorangan, HTC Sensation ni memang sesuai menjadi peneman di kala boring. Memang 'Teman Setia Anda' lah.


Now DiGi tengah buat tawaran HTC Sensation dengan harga murah  lagi berpatutan. Rasa-rasanya aku mampu untuk memilikinya. Ada pakej untuk setahun dan 2 tahun.

So meh check it out kat website nie : http://www.digi.com.my/internet/smartplan/smartplan.html

Terbaek lah DiGi!


Tuesday, October 25, 2011

Belajar Jaga Muka @Avene Beauty Workshop

Hi Korang,

Lepas je dari main masak2 kat Restoran Rebung pagi tuh, aku dengan kelam kabutnya terus ke 2nd event plak. Nasib baik jarak dari Bangsar ke Jalan Yap Kwan Seng tu not so jauh sangat kan dan aku managed sampai lebih kurang 15 minit cam tu dengan kelajuan 90km/j je. Ok kan tak lah merempit sangat kot kan. 



Masuk2 je kat lobby Fullhouse Cafe ni dah nampak dah sign 'Avene Beauty Workshop' ni. Hah, lega pun belum start lagi. So cari2 tempat duduk, lagi terperanjat coz majoritinya female chinese kan. Sudah! aku sorang je melayu. Ermm tak per cekalkn hati duk dekat one of NN bloggers yang aku kenal lah kan. So duk diam2 je lah.


Semuanya putih belaka

Tengah duk layan FB kat IPAD, ada orang tegur plak. La rupanya Posh76, dia pun datang sorang gak. Sesama tak de geng kan. Disebabkn amoi NN blogger tu prihatin, dia dapat tukarkan meja ktorg jadi sebelah menyebelah. Ada pun geng, so borak2 lah sampai event start.

Actually Avene Beauty Workshop ini adalah untuk memperkenalkan produk Avene untuk Kulit Sensitif. Bagus tak? Aku memang dah tergolong dalam group ni so sememangnya sangat bersesuaianlah dengan aku. 


So event di mulakan dengan kata2 aluan dari Cheryl, Avene Senior Manager dan diikuti oleh Mr Avene's Trainer Mr. Damien Tavernier. Beliau menceritakan mengenai pelbagai jenis kulit sensitif dan cara penjagaannya dengan menggunakan produk Avene ni. Walaupun screen projector tu kecil nau rasanya disebabkan silau but aku still leh tangkap lagi apa yang dia cakapkan.

Avene Thermal Spring Water - sangat mujarab 

Abis dengan presentation, acara yang di tunggu. Test produk Avene ni lah kan. So ktorg dah di siapkan dengan sorang satu make-up station berserta produk Avene sekali. 


Teruslah ktorg di ajar cara menggunakan produk Avene ni kan.


Memula bersihkan muka

Sapu toner

then letak mask. 


Muka dah bersih

Seronok jugak muka dibelai2 gitu kan. Terasa begitu berharga plak kulit muka aku yang lebar ni kan. Lepas siap acara jaga muka tuh. 


Mix Grill Seafood


Ktorg di hidangkan dengan late lunch. Not bad jugak menunya. Eh, sebelum balik sempat lah bercamwhore kejap kan. 


Teman setable, Posh76


Dengan Shazwani Hamid


Sebelum balik, moh kite collect goodies bag dulu. Orang dah kasi free mestilah amik kan. Berguna oo produk2 nie, buat muka aku jadi bersih lah. Dapat aku rasakan.




So terima kasih to Avene for this educational event. Banyak betul aku belajar mengenai kulit muka ni kan. 


Lepas nie, agak2 aku dah boleh jadi skin analyst ek... hehehhhe



Monday, October 24, 2011

Masak2 Dengan Chef Florence Tan @ Restoran Rebung, Bangsar.

Hi Korang,

Weekend lepas aku dapat jemputan ke Sessi demontrasi masakan bersama Chef Florence Tan kat Restoran Rebung Bangsar. Sessi masakan ini adalah anjuran Majalah RASA dan BestariFood yang merupakan pengeluar produk masakan yang terkenal dengan perencah ayam goreng yang sedap sekali.


Aku pi dengan Zurie, salah sorang geng GTBMY kan. Saja nak kasi dia explore sket camne nak cover event kan. So sementara menunggu event start, kitorg mengexplore segala tempat kat dalam Restoran Rebung ni. Actually restoran in split into 2 tempat satu memang tempat dining hall yang  besar dan satu lagi untuk private2 function gitulah kan. Deco2nya menarik gak, more to barang2 lama dan antik. 

Simple je set demo ni kan

Bagus produk ni, marilah cuba kan

Pembantu Chef Florence dari Bestari Food

Ok event start dalam kul 11 cam tu coz dek menunggu peserta yang lambat kan. Janji orang Malaysia betul. Even Chef Florence Tan pun kul 9 pagi dah sampai tau. So marketing manager Bestari Food Mr Eddy, membantu Chef Florence memperkenalkan segala jenis produk perencah masakan keluaran syarikat nya.




So sambil memasak, Chef Florence sempat juga tanya2 soalan sambil bagi ktorg hadiah lagi. Best tu bertambah lah dapat produk Bestari ni kan. Dapat jugak aku hadiah kecik kan. Then ktorg di bagi rasa segala makanan yang di masak tadi. 

Ayam goreng ranggup

Aku sempat rasa ayam goreng spicy, cauliflower tempura dan cucur udang je. But totally sedap lah. memang ikut tekak aku lah kan. 


Ternyata memang aku gemuk kan hahahahahah

Sebelum balik, sempat jugak lah aku dan Zurie bergambar dengan Chef Florence Tan ni. Ala buat kenang-kenangan katanya. Bukan senang nak jumpa chef terkemuka ni kan.

Then, terus je ktorg pi collect goodies bag kemudian pi makan plak kat area dining hall kan.

Dapat ni dalam goodies bag

Ada resipi istimewa lagi disertakan jugak tau

So terima kasih kepada Bestari Food dan Rasa kerana bagi peluang kat aku untuk enchance lah skill memasak aku dengan produk Bestari ni dan juga many thanks to Restoran Rebung sebab bagi ktorg makan masakan kampong yang sangat pedas tapi sedap sekali.