Thursday, October 20, 2011

Aku Memang Kaki Buku

Hi Korang,

Korang rasa aku ni kaki buku tak? Ermm nampak macam nan ado kan but reality is aku memang book worm okeh. 


So last week sempat jugak aku dengan bebudak opis aku pi ke Big Bad Wolf Book Sale kat MAEPS Serdang ni kan. Nasib baik dekat je dengan Safari ek. 

Tengok siap duduk2 kan.

Orang punyalah ramai kan. Masa aku pegi tuh hari jumaat so memang ramailah orang pompuan kan. Orang lelaki melayu tak do pun coz pi solat jumaat lah kan. Bukan setakat orang pompuan je yang ada, bebudak kecik, orang tua, budak sekolah, orang separuh tua pun ada. Nampak dah rakyat Malaysia ni dah rajin membaca kan.

buku pasal nenek pun ada tau

Yang best tuh, buku-buku ni semua di import dari oversea dan harganya plak turun sampai 80-90% aku rasa. Yelah majoriti buku-buku cerita harga dalam RM8 je. Buku-buku masak start dari harga RM5 pun ada. Buku bebudak lagi lah murah kan RM3 pun ada aku perasan. Oit memang seronok lah.


Di sebabkan dengan masa yang tak cukup coz lunch hour yang singkat, aku cuma sempat sambar beberapa buku je. 1 buku masak, 2 buku citer dan 1 buku motivasi. Tak perlah janji ado kan.

Ermm mintak ada lagi book sale macam ni lagi ek. Suker betul lah aku. Dapat aku penuh kan book self aku yang baru je beli ni kan





Wednesday, October 19, 2011

Sushi RM2 Sepinggan Je

Hi Korang,

Ada berita baik bagi peminat Sushi macam aku yang tegar nie kan.


This week ada promotion untuk member card area KL dan Selangor. Korang leh makan seberapa banyak sushi dalam masa 60 minit dengan hanya RM2 je sepinggan tau. 


Betul lah, aku tak tipu. Tengok lah banner tuh.

Apa lagi ktorg bebudak kat office ni tak lepaskan peluang lah kan. Mentang2 lah safari nie dalam Mines. So sempatlah ktorg terjah hari isnin hari tuh kan. Alah pergi berenam je. Muat satu Alza. Senang. Masa sampai tu tak ramai orang lagi. So ok lah. 


Di sebabkan ktorg meja hujung sekali dekat dengan kicthen, dapatlah makanan yang fresh2. Chef tu siap je buat kat kaunter tuh, ktorg sapu dulu. Ntah berapa pinggan aku bedal udang ni pun aku tak tau dah.


Dalam masa 40 minit je ktorg dah bedal 40 pinggan. Itu pun sebab mengenangkan x cukup masa nak pi shopping plak tuh. So stop kat situ jelah.

Totally memang kenyang betul lah. Masuk je office terus capai mug buat kopi untuk hilangkan ngantuk.

Korang belum pegi? Baik cepat nanti nyesal tak guna kan.

Cepatlah...




WW - Banyaknya Duit

Hi Korang,

This week punya wordless wednesday


Ermm banyak kan, cuba teka berape ek..

hehehehhe..


Yang menarik mengenai Sony NEX-5N

Hi Korang,


Meh nie aku nak citer tentang sambungan aku ke Sony Alpha NEX Blogging Challenge hari tu kan.


Since ktorg yang diberi peluang untuk guna Sony NEX-5N ni kan, aku pun tak lepas kan peluang yang diberikan. Boleh di katakan segala function aku cuba, cuma yang tak sempat function video je lah.

Some of the features yang aku rasa kan sangat menarik mengenai Sony NEX-5N ni dan di antaranya ialah :

Retro picture effect

Black and white photo effect

Sweep panaroma

Posterization Picture Effect


Macro Shoot


Skin Soft Tone

Ermm cantik kan gambar2nya. Aku memang kagum dengan keistimewaan Sony NEX-EN ni. Lagi plak functionnya yang agak friendly user.




Cuma aku ada few opinion mengenai Sony NEX-5N.

  1. Rekabentuk camera ini memang sesuai bagi mereka yang tidak suka camera yang bersaiz besar seperti DSLR. Senang di pegang dan senang dibawa kemana saja terutamanya bagi perempuan yang malas nak pikul bag DSLR macam aku kan.
  2. Function yang menarik. Dengan menggunakan Sony NEX-5N ni, rasanya dah tak payah nak buat editing dalam computer lagi coz dia ada function untuk photo effect. That mean, kita boleh terus buat setting untuk editing sebelum kita amik gambar lagi.
  3. Saiz lens cameranya boleh ditukar2 mengikut kesesuaian gambar yang akan di ambil. Belum penah aku jumpa lagi camera compact yang boleh tukar2 lens kan.


Aku rasa itu je kot yang mampu aku kongsi dengan korang coz aku dapat guna pun sekejap je, jadi aku komen pun sket jelah.

Aku rasa harganya sekarang kat pasaran lebih kurang RM2,199.00. Rasanya sangat bepatutan dengan kredibiliti yang di tawarkan.


Hopefully review aku ni akan korang jadikan panduan dalam membeli Sony NEX-5N ni. 


So selamat bershopping yeah...











Tuesday, October 18, 2011

Sony Alpha NEX Blogging Challenge @ Federal Hotel, KL


Hi Korang,

Bukan tak nak pegi ke Final Astro Blogger MasterChef tapi aku pergi mencuba nasib ke Sony Alpha NEX Blogging.  Satu-satunya event yang mencabar diri untuk mengupdate blog secara live di Federal Hotel, Bukit Bintang Sabtu lepas.

Federal Hotel, kalau nak pi kena park kereta kat Low Yatt Plaza

Kali nie Mr Big tak de coz dia bukan blogger tapi aku ditemani oleh ahli #GTBMY Hazman. Dia pun register last minute gak, nasib baik dapat tau. Ktorg hang out dulu kat Paparich sebelum melangkah kaki ke Selangor Suite dalam Federal Hotel ni.


Once masuk je, Mr John sibuk meregister nama ktorg dan memberikan ktorg camera Sony NEX-5N ini sorang satu. Sementara menunggu peserta lain, ktorg sempat bercamchore dulu dengan Sony NEX-5N ni.


Bila semua peserta dah ready then, he welcomes Mr Donovan Chan for his talk regarding Blogging and Photos Tips. Nampaknya banyak perkara lagi yang aku tak tau pasal blogging ni kan, tetiba terasa cetek je ilmu aku mengenai blogging ni kan.  


Untuk hilangkan rasa ngantuk dan lapar ktorg di hidangkan dengan light lunch yang aku rasa ok gak lah.


Acara yang di nanti2kan oleh semua peserta but first Mr John bagilah penerangan sket pasal Sony NEX-5N ni, tak kan nak petik2 gambar sesuka hati kan. Tekan sana pusing situ kan.  After a few minutes belajar pasal camera ni, ktorg di bawa turun ke pool site dalam Federal Hotel untuk buat outdoor photoshoot.


Its time to take photos guys.  So dalam masa 45 minit tuh, memacam shoot dan angle yang ktorg dapat belajar. Aku yang first time join photography workshop ni memang rasa teruja sangat. Yelah dapat belajar benda baru kan. Abis photoshoot je, ktorg terus start live blogging. Bayangkan dengan dah penat kat luar tup tup masuk dewan kena menulis kan. Hah terasa tercabar gak lah aku kan. 


Dah nama pun ‘Live Blogging’ so tulis apa yang terlintas di otak je lah kan.  Nasib baik internet live memang super duper laju so semangat nak menulis pun membuak2 kan.


Lepas je ktorg submit entry untuk dinilai, aku sambung lagi bercamwhore dengan Sony NEX-5N kan. Snap je apa yang terlintas kat depan mata.  

Masa yang ditunggu dah tiba, semua entry di nilai oleh Mr Donovan. Apa yang baik dah buruk semua dia explain kan dan dengan itu aku cuma dapat tempat ketiga je coz ada few mistake yang aku buat kan.  Huhuhuhu tak per lah, janji bukan last tau.


Aku rasa photography workshop ni memang antara event yang terbaik yang pernah aku hadiri sepanjang career aku berblogging ni. Totally menduga akal dan minda lah.  Cuma aku nak komen sket ada lebih baik kalau duration workshop sebegini dipanjangkan menjadi satu hari. Rasanya lebih banyak lagi aku boleh explore mengenai Sony NEX-5N ini.

Anyway terima kasih to Mr John, Michelle dan Donovan for this very informative event. Hopefully kalau ada lagi event sebegini, jemputlah aku ek.


Later, aku akan cerita lagi mengenai Sony NEX-5N ni secara details.


Notes : Gambar yang di ambil dalam entry ni, menggunakan camera lapuk cap 'X' ek, yang dah jatuh banyak kali dan terlepas nak pegang. Bukan dari Sony NEX-5N