Saturday, August 13, 2011

Its Sauna Time!

Hi Korang,

Hujung-hujung minggu ni korang buat apa ek? Shopping? tidoq? ishk Tak kan lah sepanjang hari duk kat dapur dan masak je kan. Sekali sekala kenalah restkan badan gak kan. Bukanlah rest satu hari but 2-3 jam mestilah ada our own time kan. 

Aku plak?


Haruslah ada aktiviti sendiri selain daripada duk lepak depan tv kan. Tup-tup terasa plak nak pi sauna lah. Maklumlah lemak rasanya makin banyak kan, so apa salahnya buang sket untuk raya ni. Boleh lah nampak kurus sket.. Huahuahuahuahauhau angan-angan bukan main hebat tapi katanya lah kan...

Itulah seronok rasanya kalau dapat bersauna. Walaupun bukan main panas duk dalam bendaalah tu kan. tapi bila dah selesai, rasa ringan je badan. Cam banyak je lemak2 cair kuar dari ruang2 perpeluhan. 

Oklah nak survey2 kat mane ada sauna dekat2 rumah aku ni.

Anyway

 happy weekend korang...

Friday, August 12, 2011

Premiere Screening Of 'Cowboys & Aliens' @ TGV KLCC, KL

Hi Korang,

Rabu lepas, ktorg buka posa kat KLCC coz malam tu ada premiere screening 'Cowboys & Aliens. Ermm di sebabkan ktorg kuar rumah lambat sket, so tak de tempat nak buka posa coz majoriti semua tempat makan dah penuh. Even Chillis tu waiting list pun dalam 12 orang. Baik tak payah kan.


Ktorg buka kat Starbucks je. Senang tak ramai orang. Lagipun Mr Big bukan nak buka berat2 kan. So order Hazelnut Hot Chocolate dengan Chicken Sandwich je. Lepas makan terus jejalan then pi amik tiket. Ramai jugak aku perasan ada Che Arm, Issac, Jess, Didie itu je. 

Ok citer pasal citer plak.


Mengisahkan John Lavergn (Daniel Craig) yang terlepas dari cengkaman Aliens yang bertapak secara tersembunyi di satu gurun. Akibat dari eksperimen si aliens tu, dia hilang ingatan. Dia kemudiannya berjalan ke arah satu pekan cowboy kecil dan dengan kedatangan beliau ke pekan itu,pelbagai kejadian pelik berlaku. Penduduk pekan itu mula hilang satu persatu. Hanya John sahaja yang boleh kalahkan aliens nie sebab dia ada alat yang cukup canggih lah kononya


Bagi aku, not bad lah jalan citernya, senang nak paham. Banyak action dan kelakar sket je lah. Aku suka mata hero tuh, biru betul. Cantik. Aliens plak nampak cam kelakar, jalan macam monyet. Masa time berlawan cowboys + red indian lawan aliens tu memang best lah. Kagum aku  sekejap.

Ermm cam biasa, Mr Big kasi 3/5. Ok ok je actionnya


Nasib Baik Ada Kawan Blogger Doktor Kalau Tak....

Hi Korang,

This week rasanya most of the time, masa aku di abiskan atas jalanraya je. Yelah ulang alik ke site lama untuk archive documents, dengan ada event lagi sket, ada plak premiere screening dan memacam lagi lah. 

Akibat lama nau duk mengadap icon ketedan duk lama sangat depan PC maka mata aku jadi kering di sebabkan perubahan nie. Aku dah mula rasa 2 hari lepas but aku still but bodo je. I thought that contact lens aku yang buatkan mata aku kering kot. So aku tukar lens yang baru on the next day, but still result je sama gak. Lagi mencarak matahari atas kepala, makin sedih aku dibuat, air mata tak henti2 keluar kan macam orang nangis mata bengkak lah kan. 

So kemuncak mata aku berair nie bila malam rabu hari tuh aku pi tengok premiere screening Cowboy and Aliens kat KLCC. Dapat seat plak yang ala-ala mendongak kan. So apa lagi bercucuran air mata aku keluar sampai basahlah jaket yang aku pakai tuh. Mr Big siap perli lagi, sedih nau ke movie nie yang aku sampai bengkak2 mata kan. hehehehhehehe


Kesudahannya aku nekad kan diri pi clinic member blogger aku ni. Lepas aku tanya Sumijelly kat mana clinic minah nie, terus je aku pecut pegi. La rupanya dekat sangat dengan umah aku kan. Masuk2 je, terus dia cakap baru dia tau nama aku sapa kan. hehehhehehe. Dia plak tak de patient, so borak panjanglah ktorg kan.  Dia pun explain apa yang jadi kat mata aku. Baru aku tau rupanya mata aku kering, itu sebab air mata ni keluar kononnya nak lembapkan mata but overacting plak kuar kan. 


Lepas dia bagi ubat, terus dah ok sket mata aku ni. So every 4 hours kenalah titik mata ni kan.

Nasib baik ada geng blogger doktor kan, senang sket kalau ada apa2 pasal sakit demam kan.hehehhehehe

Thank you Dr Hanie. Pas nie aku lantik ko jadi family doctor aku lah. Senang sket...


Thursday, August 11, 2011

Tiada Kesan Noda & Rona Di Muka Dengan Garnier BB Cream


Hi Korang,
 
Kalau orang pompuan yang kulit mukanya ala-ala cam aku ni kan, berminyak semedang sampai boleh goreng telur, kata adik aku ni. Mesti payah nak cari krim muka yang boleh cover kita punya blemish or kesan-kesan jerawat kan, betul tak? Aku walaupun tak de jerawat but scar-scarnya still ada lagi.
 
Nak buat cam ne?

 
Hah, hasil dari inspirasi Korean BB Cream, Garnier dah memperkenalkan Blemish Balm Cream or BB Cream untuk kulit muka kita-kita orang Asia ni.


Yelah dah lah berminyak, tup-tup macam2 benda keluar kat kulit muka kita nie. So ianya terbukti dapat hilangkan dark spots dan kesan2 jerawat, kurangkan fine lilnes dan juga ratakan warna kulit muka. Tak ketinggalan juga dapat buatkan kulit muka kita ni lembap dan berseri. 
 
Rahsia Garnier BB Cream nie?

 
Di pilih bahan-bahan secara terperinci iaitu Ekstrak Lemon  dan Pigmen Mineral yang mempunyai anti-oksida yang boleh mengembalikan keserian kulit muka serta menhasilkan warna kulit muka secara semulajadi.

 
Garnier BB Cream ini boleh di dapati di mana-mana major retailers dan farmasi seluruh Negara bermula 1hb Ogos dengan harga RM19.90

Nak cantik kan, mestilah kuar modal sket. Alah bukan mahal pun.

Wednesday, August 10, 2011

Nasib Baik Masih Ada Yang Sudi

Hi Korang,

Lately ni kalau aku pi event mesti aku bawak camera compact or guna hp camera aku je untuk amik gambo kan.   Bila orang tanya, aku cuma cakap malas nak pikul DSLR aku yang gedabak tu kan. 

Actually bukan itu sebenarnya.


Citernya cam nie, ktorg kalau pi event mesti bawak DSLR siap dengan complete set of accesorries. tak kiralah standard lens ke, zoom lens ke, micro lens kan. Dek sebab asyik tukar2 lens je. Tup tup satu hari one of the lens which is yang standard punya lens tu, motornya naik giler. Bunyi crack yang macam nak nangis lah bila dengar kan. ON bunyi crack bila OFF pun bunyi crack. Memang irritating betul lah. So we decided untuk simpan je camera nie buat sementara waktu sambil cari lens baru kan.


So mulai hari tuh, pantang ada kedai camera ktorg duk singgah dan tanya ada ke tak lens tuh? Majoriti semua kedai cakap Sony dah tak produce lens tu lagi, dah di gantikan dengan product yang lain. Alamak jawabnya memang nan ado lah kan. Kalau ada pun brand Tamron dan Sigma. Tapi mr Big tak berapa minat. Dia still suka dengan Sony lagi. 


Until one day dia duk lepak2 kat Sony pun fanpage kat FB. Tup tup ada orang buzz dia pasal lens tuh. Apa lagi teruslah mr Big tanya details dengan budak tuh. Rupanya dia memang nak jual lens tu coz dia dah ada lens yang lain. Teruslah dia nego harga dan mr Big terus setuju tanpa dakwa dakwi lagi. 


So malam tadi, lepas buka terus je ktorg ke Kelana Jaya to meet him personally. So lepas borak2 sket pasal camera, sony and everything. Dia pun tunjukkan lens tu. Walaupun 2nd tapi nampak cam baru coz dia jarang pakai. 


Lepas ni, dapatlah ktorg bercamwhore dengan camera ni balik. Rindu tau nak lenguh2 tangan pegang camera nie, rindu nak pose2 gaya photographer kan kahkahkahakhakaha....