Friday, August 5, 2011

L'Oreal White Perfect Micro Vibration Eye Brightener Media Launch

Hi Korang,

Dalam bulan puasa ni, aku dimurahkan rezeki lagi. Ms Connie Sr PR dari L'Oreal sudi jemput aku lagi ke launch of L'Oreal new product 'White Perfect Micro Vibration Eye Brightener' kat Mid Valley hari tuh. 


Ni first time aku  pegi media launch kat open place yang beribu2 mata memandang ke arah ktorg. Dah rasa macam dalam akuarium plak kan tapi cam best plak rasanya dah macam artis2 plak kan. hehehehe

Dah, jangan merapu lagi. Meh kita sambung balik.


Majlis di mulakan dengan welcome speech by Ms Jennifer Bay, GM of L'Oreal Consumer Product. Aku pernah jumpa dia nie masa Maybeline Media Launch dulu. Baik orangnya, senyum je.


Kemudian ada acara product revelation and presentation mengenai Eye Brightener nie. Dapatlah ktorg tengok TVC mengenai product terbaru keluaran L'Oreal ni. Lepas tu ada Q&A session with all the L'Oreal Duta iaitu Maya Karin, Vanidah Imran dan Lynn Lim. So mereka ini menceritakan pengalaman mereka mengenai product Eye Brightener ini. 


Then ada plak demo tentang cara pemakaian Eye Brightener Cream ini. Kira melopong kejaplah aku di buatnya. Yelah orang tak pandai make-up kan. 


Acara kemuncak ialah penyampaian hadiah bagi pemenang yang main game kat IPAD masa memula sampai tadi. Aku tak main pun coz aku tak tau pun ada game ek. Alah tak per lah lelain kali boleh main game lah kan.   Last but not least sessi photo opp. Hah apa lagi, sibuklah ktorg ni cara duta2 L'Oreal ni untuk bergambar. Diorg ni semua memang sporting lah. Lepas orang tu, orang ni plak. Bertukar2 camera lah kan.


Yang best tuh, selain dari dapat amik gambo dengan duta2 L'Oreal ni la tak caya korang ek click kat entry nie, aku sempat jugak amikm gambo dengan Shidee, alah husbandnya si Vanidah Imran tuh. Alah bukan apa pun minat gitu2 je tambahan plak dia nie pun sporting gak.



 Thank you L'Oreal especially Connie yang susah payah menjemput ktorg ke media launch yang best ni dan dapat goodies bag lagi kan.


L'Oreal Because U Worth It!

By the way, kalau korang nak rasa eye cream yang ada vibrator nie boleh datang kat Centre Court, Mid Valley sampai Ahad ni coz diorg nie ada demo pasal cream nie.


Date: 3 - 7 August 2011
Time: 10am - 10pm 
Venue: Centre Court Concourse, Ground Floor, Mid Valley

Bila dah sampai sana, korang boleh beli produk dan produk L'Oreal yang lain jugak then dapat banyak freebies, lepas tu dapat make-over if pembelian korang more than RM120 dan ada dapat tote bag lagi. 

Mehlah reramai datang ke Mid Valley tau.



Thursday, August 4, 2011

Buka Puasa @ Paya Serai, PJ Hilton KL

Hi Korang,

Semalam sempat jugak aku buka puasa kat Paya Serai, PJ Hilton ni. Ala aku tolong wakilkan Hazman pegi coz dia rasanya x sempat nak pi dia cakap semalam.


Dia dapat jemputan tu dari Ivy selaku FOOD fanpage admin. So kiranya ini first time aku nak meet up with new faces kan. Nasib baik si Jard tolong temankan. 

 Ivy ( FOOD- Admin) and Shuian (PJ Hilton PR Marketing)

KY and Firdy

Ivy, Wilson dan Tian Chad

Lepas makan, apa lagi borak2 time

Budak charger camera rosak - Jard

Makan kat sini totally sedap lah. Mesti lah more choices kan. Nak makan melayu boleh, cina boleh, india boleh. Kiranya makanan satu malaysialah.

 Kambing golek bakar satu

Blom raya dah boleh makan segala jenis ketupat

Ayam tandori satu

Later update lagi gambo makanan dan more details tau, kasi korang teruja nak pi buka puasa petang ni nanti.

Nota : Hari ni buka posa lagi kat luar dengan family members plak.. yeah hah.. gemuk! gemuk! gemuk! 

Ternyata Memang Cantik Vanidah Imran & Maya Karin Nie

Hi Korang,

Siang tadi ada L'Oreal media launch untuk produk terbaru mereka di Mid Valley. Aku haruslah pergi kan. Nanti apa plak kat Connie kalau aku tak datang.

Ingatkan media launch biasa rupanya ada duta-dutanya sekali. Sempat jugaklah aku bergambar dengan Maya Karin, Vanida Imran dan chinese model. Alamak nama dia aku boleh lupa plak. Nanti aku google lah kejap.


Ini dia Vanidah Imran. Cantik kan. Aku first time nampak dia cam terlopong kejap lah kan. Yelah first time jumpa. Dia peramah plak tu. Sempat lah borak2 kejap.


Maya Karin plak, dapat jumpa kejap je. Tapi memang sporting abis. Bila mintak suruh pose, terus je pose okeh.

Yang penting diorg nie cantik in person. Memang sesuai lah jadi duta L'Oreal kan.

Ok, nanti update citer ni lagi.

Note : Aku tengah mood jelesssssss nie coz ada 3 orang blogger dapat panggilan untuk shooting TVC Garnier  jumaat nie.. Apsal aku tak dapat nieeeee huhuhuhuhu....

Wednesday, August 3, 2011

WW - Al Fatihah

Hi Korang,

Al- fatihah di ucapkan kepada arwah nenek (consider nenek jugaklah, ada masa nanti aku citerlah pertalian aku dengan dia) yang telah pulang ke rahmahtullah pada malam tadi di Kuantan.


Sempat jugak ktorg pi melawat di hospital weekend hari tuh. Badannya lemah sangat, tinggal tulang je. Semoga rohnya dicucuri rahmat.


Tuesday, August 2, 2011

Mums Biggest Worries On Newborns Media Workshop

Hi Korang,

Cam ne kau leh terlupa nak update citer pasal event ni aku tak tau lah. Mungkin dah terlalu banyak kot.  Budget retis lah kononnya kan!


Rasanya 3 minggu lepas kot, aku sempat hadirkan diri ke 'Answering Mums Biggest Worries on Newborns Media Workshop yang di anjurkan oleh PET PET Diaper product kat Restoren My CookBook Sunway Giza. Diorang ni personally invite aku thru email. Eventho aku ni belum jadi hot mom lagi kan but aku join gak as tambahkan lagi experience aku if aku ada anak nanti. 


Media workshop ini memang bagus untuk aku tau tak langsung pasal hal2 baby ni kan. Dalam media workshop ini juga ktorg diajar macamana penjagaan seseorang bayi tu dari dia lahir sampai lah dia besar. Consultant pediatrician dari Sime Darby Medical Centre Dr Khoo Phaik Choo dan celebriti Dynas Mokhtar juga menceritakan pengalaman mereka bila berhadapan dengan masalah2 mengenai bayi ini.

Dynas Mokhtar bersama anak perempuanya

Dr Khoo menerangkan dengan terperinci.

Mereka ini membuat demontrasi cara pemakaian lampin bayi yang betul dan juga cara urutan lembut untuk bayi jugak.

PET PET Products

Bagi aku memang bagus, dari media workshop ini aku dapat tahu pelbagai info penting mengenai bayi ini. Yelah cara nak mandikan, dapat kesan punca2 bayi meragam, bagaimana cara pemakanan, breastfeeding,  dan memacam lagi lah. 


Anyway thank you kepada GSD iaitu distributor PET PET diapers yang sudi ajak aku pi media workshop ini.
Rasa2nya pas ni lebih bersemangat nak jadi 'supermak' hehehe

Eleh korang yang dah jadi mak ok lah kan, dah tau banyak benda tapi aku... nan ado ye lah.. 

Kenalah banyak bersabar ek..