Monday, August 1, 2011

Dugaan Hari Pertama Berpuasa - Kenalah Sabar

Hi Korang,

Hari ni merupakan 1st day puasa untuk tahun ni. Pagi tadi sahur cornflakes dengan susu coklat je. Memang dah jadi rutin ktorg berdua ni. Mr Big kurang sket nak makan2 nasi pepagi buta ni kan. Aku pulak bukan jenis kaki sahur so itu je lah yang kitaorg bedal.


So masuk2 office pagi ni, ON apa yang patut, buat keje sket, bagi kucing makan then terus je ke Cyberjaya. Hantar kereta balik. Rasa sedih jugak nak tinggalkan WVD 865 tu kan. Yelah rasa cam dah keta sendiri. 


On the way balik office, bos call plak. Suruh cari bebarang hardware untuk project kat belakang site nie. Aku pi amik supervisor aku, terus ktorg pi shopping. Berejam gak lah mencari bebarang hardware ni kan. 


Dah abis shopping, masuk site belakang plak. Hah ko letak itu, susun ini, sambung sinun. Ermm memacam keje gak lah kena buat. Dah macam site worker pun ada kan. 

Then dah abis semua tu, barulah masuk office balik. Bukak pintu bilik, tup-tup ada meja dah berlambak2 folders kena review sebelum anto balik kat contractor. Aduh masak aku hari ni, so duduk bukak file satu-satu, review apa yang patut kan. 

Tapi baru je bukak file yang kedua, ingatan dah kurang plak coz dek letih ulang-alik kesana kemari duk dalam kereta je kan. So apa lagi rehat sekejap, update blog lah kan. Lagi menarik... hehehhehehe

Korang plak cam ne? Dugaan 1st day posa ni kan. Ada macam aku tak?


Sunday, July 31, 2011

Sunday Post : Bersarapan Dengan Mee Kari

Hi Korang,

Aku still kat tempat percutian lagi. Petang sket baru balik KL kot. Rasanya tak puas driving 320i Sport ni. Tak tercakaplah kehebatannya kan.

Ok ok later citer pasal BMW tu ek

Percutian kitorg memang tak sah kalau tak ke restaurant ni untuk breakfast. Memang dah jadi rutin kalau bercuti ke sini mesti nak makan kat sini. Eventho kedainya majoriti pekerjanya cina but mereka ni masak makanan halal cuma cara masakannya style cina sket. 


Mee karinya sedap. Ramuan cukup rasa. Isi ayam berketul2. Kerang jugak boleh tahan banyak. Kuahnya itu yang buat aku hirup sampai licin. Selain mee kari ada jugak mee kicap. Menu kedai ni memang tu 2 jelah. 

Kedai ni bukak waktu breakfast sampai ke tengahari pas tu tutup lah. Orang memang ramai ke sini, kalau lambat kena tunggu turn lah jawabnya kan. Ktorg ni pun sampai kul 8.15am cam tu pun, meja dah tinggal satu je. 

Itu je nak citer, nanti sambung lagi.


Happy Sunday...




Saturday, July 30, 2011

Tarikh Melihat Anak Bulan Ramadan & Syawal 2011

Hi Korang,


Sedikit informasi aku nak citer kat korang nie.


Ala mesti dah tau bila date nak tengok anak bulan ramadan kan. La apsal plak ada yang tak tau lagi nie ? Meh sini aku bagi tau.


Tarikh melihat anak bulan ramadan 2011 (1432H) iaitu:

Tarikh mencerap anak bulan Ramadan untuk penetapan tarikh awal puasa 2011 pada 31 Julai 2011

Tarikh mencerap anak bulan Syawal untuk penetapan tarikh Hari Raya Aidilfitri 2011 pada 29 Ogos 2011


Tempat tengok anak bulan ialah di..


Kuala Lumpur
Menara Kuala Lumpur (Kuala Lumpur); Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya

Selatan Tanahair
Pontian Kecil di Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu (Melaka); Teluk Kemang (Negeri Sembilan); Bukit Melawati (Selangor); Pulau Angsa (Selangor); Bukit Jugra (Selangor) 

Utara Tanahair
Pantai Pasir Panjang (Perak); Pantai Aceh (Pulau Pinang); Kampung Pulau Sayak (Kedah); Pemandangan Indah, Pulau Langkawi (Kedah); Menara Alor Setar (Kedah). Kuala Sungai Baru, Simpang Empat (Perlis).

Pantai Timur
Bukit Besar, Kuala Terengganu (Terengganu); Bukit Kemuning (Terengganu); Pulau Perhentian (Terengganu); Balai Cerap KUSZA, Bukit Peraksi, Pasir Puteh (Kelantan); Bukit Kampong Tembeling, Kuala Krai (Kelantan); Menara Bangunan SEDC, Kota Bharu (Kelantan). Bukit Tanjong Batu, Nenasi (Pahang); Gunung Berincang, Cameron Highlands (Pahang); Bukit Pelindong, Kuantan (Pahang).

Sabah & Sarawak
Tanjong Lubang, Miri (Sarawak); Teluk Bandung, Kuching (Sarawak), Tanjung Batu, Bintulu (Sarawak); Balai Cerap Al-Biruni, Putatan, Sabah. Menara Universiti Malaysia Sabah (Labuan)



Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah serta Hisab, dan pengisytiharan tarikh permulaan puasa akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia melalui Radio dan Televisyen, menurut kenyataan itu.


Sumber Info :
http://www.majlisraja-raja.gov.my
www.bernama.com.my

Weekend Dengan BMW 320i Sport

Hi Korang,

Lambat sket update lah sebab tup tup kena demam ngada2 plak. Yelah dah nak weekend boleh demam plak kan, baru je nak pi bergumbira.


So masa aku update blog ni, aku tak de kat KL. Ktorg ada weekend gateway ke pantai timur. Dah sampai pun pun even demam2 gak kan. Siap dah lepak2 lagi kat sini. 


Comey je kan kunci kete baru aku ni. Bukan kunci pun but indicator untuk di cucuk kat dashboard. Tak de bende alah ni confirm tak leh nak gerak langsung.

Nanti lah aku update pasal  BMW 320i Sport ni, ternyata lagi best. Tak sia-sia beli kan. Hehehhe

Yang penting BMW okeh. Kaw hadoh ke?


Have A Great Weekend Korang...

Friday, July 29, 2011

Garnier AcnoFight & PureActive Media Launch @Celebrity Fitness, Lot 10 KL

Hi Korang,

Aku dapat jemputan dari Garnier untuk media launch AcnoFight For Men dan PureActive for Women di Celebrity Fitness Lot 10 KL. Nasib baik pernah ke sini dulu masa 100 Women so tak de lah sesat sangatlah.

Suka aku je pakai t-shirt ek, alah malas nak tukar2baju lah

The launch

Macam biasa aku mesti orang yang pertama sampai. Tak tau kenapa may be aku memang puntual kot hehehhe. Sementara launch start dan geng bloggers yang lain sampai, makan2 dululah. Semuanya menu breakfast yang sihat ok jugak lah. Kali ni ramai betul media yang hadir, majoriti dari majalah ternama di Malaysia ni. Menarik, dapat jugak aku berkenalan dengan diorg ni. 


Garnier specially GarnierMen memperkenalkan rangkaian set AcnoFight khusus untuk lelaki2 di luar sana yang mengalami masalah kulit muka yang teruk seperti jerawat, kulit berminyak, blackheads, open pores dan memacam lagi lah.


Untuk rangkaian Garnier Natural pula, di perkenalkan rangkaian set Pure Active untuk wanita masa kini yang rasakan penjagaan kulit muka tu penting kan. Sama jugak function dengan AcnoFight tapi ianya lebih lembut kerana untuk kulit wanita.

Dengan Duta Garnier Men - Fahrin Ahmad

Dengan Madeline - Garnier Team

Dengan harga yang berpatutan, rasanya set AcnoFight dan Pure Active ini mampu di miliki oleh semua golongan specially remaja kan. Murah dan mudah untuk digunakan dengan cara tunjuk ajar di pek pembelian.


Later, aku akan review lebih lanjut mengenai kedua-dua produk ini.