Thursday, September 16, 2010

Selamat Hari Malaysia - 16 Sept 2010

Hi Korang,


Sambutan Hari Malaysia
Tempat : Padang Merdeka, Kota Kinabalu, Sabah
Tarikh : 16hb September 2010.


Selamat Hari Malaysia di ucapkan. First time kita menyambutkan? Ala lebih kurang cam Hari merdeka tapi more to penggabunggan Sabah dan Sarawak ke Semenajung Malaysia. Pembentukkan Malaysia lah katanya.

Nak baca lebih lanjut, click sini :



Credit to : Google

Wednesday, September 15, 2010

Raya Di Rantauan-Superb!

Hi Korang,

Aku rasa lama betul tak update. Bukan beraya sakan okeh tapi tak de masa nak cilok2 conteng blog lah.

Raya di Rantauan? Yeap. Nie 1st time aku beraya dengan family sebelah ayah mr Big. Lain rasanya. Walaupun sama dengan cara aku beraya sebelum2 nie tapi perbezaan tu tetap jugak aku nampak. Citer dengan korang? Ala tak payahlah tau. Rahsia keluarga okeh!

Apa-apa pun korang layan gambo2 tak berapa cun tapi comel nie tau.

Ktorg beraya 1st time di Rembau nie. Masa mantai raya tu, jem teruk kat pekan Rembau nie tau!

Family Sebelah Papa. Comel kan?

Yang sempat dicapture dalam Sony A300 nie. Yang lain? Selamat masuk dalam perut.

Dapat jugak beraya dengan family mama jugak. TQ to my BIL & SIL.

Aku paling suka gambo nie sebab berbackgroundkan banjaran Titiwangsa okeh! Jangan jeles!

Semua nie di ambil masa 1st day raya. Actually banyak lagi tapi esok2 la aku update lagi ek. Actually seronoknya sebenarnya beraya di tempat baru. Bak kata pepatah 'Tak kenal maka tak cinta'.

Friday, September 10, 2010

Live-Jom_Main_Mercun.jpg

Live-Jom_Main_Mercun.jpg
Originally uploaded by CikLilyPutih


Malam ni nak main bunga api, mercun. Meriam buluh pun ada. Hehehe jangan jeles! Bersungguh main bunga api dan mercun nie mengalah kan anak2 sedara aku yang kecik nie.

Thursday, September 9, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Hi Korang,

Ktorg, aku + mr Big lah sapa lagi kan nak ucapkan


Selamat Hari Raya Aidilfitri 2010

Berhati2 di jalan raya, pandu cermat jiwa selamat dan jaga2 saman ekor. Kalau makan tu, ingat2lah kat aku sket tau. Sedey nie, dapat makan laksa je nanti 1st day raya.

Insyallah, kalau ktorg buat rumah terbuka for surenya korang semua akan di jemput tau!

Episod Akhir Syurgamu Ramadhan- Aku Terkesima

Hi Korang,

Bagi peminat setia drama Syurgamu Ramadhan nie, episod akhirnya baru kejap je tadi habis. Nasib baik aku duk tekan2 remote tadi. Kalau tak confirm malam nie aku tak boleh tidur sebab tak tau penyudahnya.

Dah beberapa hari aku miss nak tengok citer nie. Aku rasa episod terakhir nie, memang buat aku sedihlah.

Nah aku summarizedkan episod nie tadi.

Datuk Halimahton dah sedar akan kesalahannya dan mula berubah kembali sayang kepada cucu2nya. Sejak Aishah di tampar pada episod semalam, dia juga kembali sedar akan segala perangai buruk yang telah dia lakukan terhadap Yassin. Bekas kekasih lama Yassin Adura, bekerja dengan Datuk Halimahton dan di sini segala yang tersirat menjadi tersurat. Yassin dengan egonya menyangkalkan apa jua tindakan Datuk Halimahton untuk menyatukan kembali dia dengan Aishah. Aishah datang minta maaf kepada Yassin dan tanpa usul periksa Yassin bertindak melulu terhadap Aishah. Selepas kejadian Datuk Halimahton menghalau semua orang keluar dari rumahnya, Yassin mula berfikir yang sebenarnya dia memang sayangkan Aishah dan pergi minta maaf. Datuk Halimahton kembali ke rumah yang anaknya Marlia tinggal dan berhari raya dengan cucu2nya.

Yang aku jadi terkesima tu bila, Datuk Halimahton cakap pada Yassin cam nie :
"Kamu boleh berkata kepada aku dan Aishah yang kami menjadi batu penghalang di atas cinta kamu, tapi bolehkan kamu berkata begitu kepada Allah?"

Woi, terus aku terdiam sekejap. Lepas je Elly Suriati cakap cam tu secara automatically air mata aku pun turun dengan renyai2 tanpa henti. Sedih siot!

Memang happy ending tapi untuk sampai ke hujung episod nie, aku rasa kalau tadah air mata aku nie boleh dapat secawan lah.