Wednesday, September 8, 2010

Cik Lily Si Pembuat Kuih Bahulu Tradisional

Hi Korang,


Korang perasan tak live blogging entry aku minggu lepas. ala hentak telur tuh. Hah, sementara ada free time sket nie. Aku bolehlah tunjukkan kat korang camne nak buat kuih bahulu style tradisional nie. aku sebenarnya malas nak amik pot pasal buat kuih nie. Tapi disebabkan ayah aku duk bising2 suruh aku belajar so kenalah. Kang jadi anak derhaka plak aku nanti.

So project berjalan lepas sahur sampai ke tengahari. Berpeluh2 lah ktorg duk depan 2 dapur nie


Bab sukatan nie mak aku cakap kena agak2 sendiri. Yang kitaorang buat satu mangkuk telur (lebih kurang 20 biji cam tu) campur satu mangkuk gula. Tepung gandum korang kene jemur dulu kat matahari so lagi superb lah rasanya kan.


Memula kena kasi telur dan gula bersatu dan menjadi kembang. Korang ingat 10 minit dah boleh kembang ke? Aku hentak telur dalam 15 minit pas tu dah penat dah. Nasib baik mak aku mempunyai muscle lengan yang kuat untuk menghentak telur tuh. Lebih kurang dalam 1 jam lebih telur tu pun kembang. Bila dah kembang automatically warna pun bertukar. Korang tengok lain kan.

Mak aku marah betul, biar aku amik gambar dapur nie.

Acuan dah ready dengan api membara kat bawah tu tau.

Bila telur dan kembang, bolehlah set up kan dapur untuk bakar. Kalau orang dulu pakai dapur arang. Tapi mak aku nie dah improvised sket. Dia guna dapur gas tapi yang atas tu still guna bara api lagi. Sebab tak payah nak jaga api atas bawah coz api dari dapur gas tu static je. Senang nak control. Cuma yang bara tuh kene pandai2 jaga.


So bila dapur dah cun setting, telur pun dah bertambah kembang dan bolehlah campurkan aduanan telur dan tepung tu sket2. Kacau sebati. Cara nak check cun ke tak, bila angkat adunan tu dengan sudu dia cam likat2 gitu.


 
Apalagi masukkan adunan dalam acuan yang disediakan. Mak aku ade mould yang nie je, yang bentuk ikan dan udang besau tuh dia dah tak ingat letak mana.

Bawah sekali api dapur gas, Kemudian tudung periuk yg tak pakai letak pasir sket, then acunan kuih, then cover acuan yang atasnya letak bara api. Mencabar tak?

2 besen besau aku dapat bakar tau.

Dah sejuk sket, trus masuk dalam tin. Kalau tak kucing aku sibuk nak bedal kuih nie. Sedap agaknya kot!

So process pembakaran cukup senang, once dah bubuh adunan dalam acuan. Cover atasnya dengan tutup yang ada bara api tuh. Nanti sekejap2 intailah tengok dah kuning ke belum. Jangan sampai hangus dah lah.
Bila dah betul2 kuning, keluarkan je dari acuan tu. Sambunglah dengan bancuhan adunan yang lain. Buat sampai habis. Betul mak aku cakap, buat kuih2 tradisional ni kena banyak bersabar, rileks. Mesti kuih tu jadi punyalah.

Terasa mencabar betul buat kuih bahulu. Yelah, kalah buat Autocad drawing kat opis tu tau. Now aku betul2 really appriciate bakat yang mak aku ada okeh. Raya nanti korang mesti rasa kuih bahulu yang aku buat nie tau.

Hah, korang rasa2 boleh challenge aku tak?

Buka Puasa Dengan Digi Angels & Nuffnang Di The Apartment, KLCC

Hi Korang,


Nak cerita sket pasal buka puasa dengan Digi Angels dan Nuffnang di The Apartment KLCC yang aku pergi semalam.


Aku ke sini di atas jemputan Nuffnang. Robb yang call tau. Wah bangga sekejap tau!.Ktorg (aku & mrBig) sampai awal. Mr Big tolong gantikan tempat HamzahIan sebab dia sedang beronok2 balik kampung ke Terengganu. Bila dah sampai awal sempatlah berkenalan dengan bloggers yang lain. 1st time aku rasa ramai betul bloggers melayu perempuan tau. Kalau tak asyik2 muka aku, sumijelly, K Ina KL itu je. Impressed jugak tau.


Sebelum makan ada sessi berkenalan among bloggers. So ramai jugaklah yang aku baru kenal. Ternyata diorg nie baik2 dan peramah2 belaka.


 Kemudian acara mentekedarah sampai pengsan. Tapi yang bestnya si Robb siap ingatkan pergi solat maghrib tau.


So sessi seterusnya Digi akan mempromosikan a few gadget yang tak lama lagi akan keluar iaitu Digi MiFi dan Digi HTC Aria. There's a few bloggers yang bertuah dapat mereview these 2 produk. Tak sabar rasanya nak tau pasal review diorg nie. Dan juga Digi jugak memperkenalkan website Go Green untuk memupuk minat pengguna mengenai alam sekitar. Nanti boleh lah korang check itu out kat website Digi Evangelist.

Bloggers2 Comel2 Belaka.

So as usual bila abis je satu2 event haruslah sessi bercamwhore kan. Tak banyak yang aku dapat amik sebab seronok sangat bercamwhore dengan camera orang lain.

Thank You Nuffnang & Digi

Anyway, this event was great! Full of knowledge regarding Digi. I like !

Tuesday, September 7, 2010

My 2010 Birthday Gift

Hi Korang,

Ini bukan entry menunjuk-nunjuk tau!

Tajuk entry cam gampang bagus2 je kan? La bukan apa. Ramai sangat sibuk tanya apa aku dapat untuk birthday tahun nie. Sampai letih aku nak menjawabnya.

So inilah dia, aku reveal kan.

Dari mr Big

Aku selalu complain kat dia yang aku asyik pakai jam Dunlop je. Padahal jam tu untuk bersukan dan swimming je. Tapi aku harung jugak sebab jam besi aku tu aku malas nak hantar service. So dia pun carikan yang sesuai untuk jiwa aku kan.


Sama umur dengan aku ok!


Nine West Casual Bag

Ini memang dari aku sendiri. Aku memang purposely hadiahkan untuk diri aku sendiri sebagai motivation untuk berkerja lebih kuat lagi. Actually bulan lepas aku ada dapat duit lebih sket, opis bayar outstanding duit travelling. Itu yang simpan tuh sampai jumpa yang berkenan. Harganya ermm tak mau cakaplah. Aku segan.

Hehehehehehhe apa macam? Dah puas dah hati korang. Betul2 aku menunjuk kan? Ala tak perlah setahun sekali.

Hehehehe jangan jeles nyah!

TQ Korang, I Love U All

Hi Korang,

Sempena hari jadi aku yang ke 32 tahun nie, aku nak ucapkan bebanyak terima kasih di atas segala ucapan, lagu2 burfday, MMS burfday dan apa-apa sajalah yang korang hantar kat aku melalui FB, Twitter, email, hp, blog, wish personal dan lain lain lagi.

Ini di antara mereka2 yang sudi mengwish aku hari nie...



Actually, banyak lagi tau tapi aku tak sempat nak buat editing lah. Apa-apa pun semoga korang juga dilimpahi rahmat serta murah rezeki.

So,


Aku Love Koranglah...

p/s: Nanti 1st giveaway aku nie. Tengah dalam rangka menyediakan pop quiz. so stay tune....

Monday, September 6, 2010

Yeah..Its My Birthday!

Hi Korang,


Hehehheheh quick update.. maklumlah jadi burfday girl hari nie kan. Tapi nothing special pun. Sama je macam hari2 biasa.

Anyway, aku nak citer sket karektor sesapa yang lahir dalam bulan September nie.


SEPTEMBER


sangat besopan santun dan betolak ansur

sangat cermat, teliti, dan teratur

suka menegur kesilapan orang lain dan mengkritik

pendiam tetapi pandai bercakap

sikap sangat cool, sangat baik, dan mudah simpati

sangat prihatin, terperinci, amanah, setia dan jujur

sensitif kepada sesuatu yang tidak diketahui

banyak berfikir

daya penakakulan yang baik

otak bijak dan mudah belajar

suka mencari maklumat

mengawal diri dari selalu mengkritik

pandai mendorong diri sendiri

mudah memahami orang lain ( daya firasat tinggi ) dan banyak simpan rahsia

sukakan sukan, hiburan, dan melancong

kurang menunjukkan perasaan

lama menyimpan jika terluka hati

terlalu memilih pasangan

sukakan benda yang luas

bersistematik

Apamacam? Korang rasa ada tak sama cam perangai aku? Aku rasa ada yang kena sket dengan aku.
 
Dapat makan cakes cam nie, best jugakkan.

Celebration untuk birthday aku? Ermm ntahlah. Tak de apa yang best kot but maybe dapat hang out dengan geng2 tali barut K Ina KL dan geng bloggers yang lain petang nie kat The Apartments KLCC would be great kan!.
 
Tak lupa jugak aku nak ucapkan happy birthday kat 2 orang lagi kengkawan bloggers yang share birthday dengan aku iaitu Elissmie dan Ummi Salsabila. Semoga mereka jugak dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.