Wednesday, September 1, 2010

Dia MilikKu - OST Cinta Kirana.

Hi Korang,


Hai, kenapa lah aku boleh terjebak dengan cerita Cinta Kirana nie ek? Tapi aku tak tengok pun cuma suka melayan lagu nie. Memang best lah kan.





Lirik Lagu Dia Milikku - Yovie & Nuno

semula ku tak tahu
engkau juga kan ingin memilikinya
bukankah ku lebih dulu
bila engkau temanku
sebaiknya tak mengganggu

reff:

dia untukku, bukan untukmu
dia milikku, bukan milikmu
pergilah kamu, jangan kau ganggu
biarkan aku mendekatinya

kamu tak akan mungkin mendapatkannya
karena dia berikan aku pertanda juga
janganlah kamu banyak bermimpi, oooh

dia untuk aku

bukankah belum pasti
kamu juga kan jadi dengan dirinya
dia yang menentukan
apa yang ’kan terjadi
tak usah mengaturku

reff2:

dia untukku, bukan untukmu
dia milikku, bukan milikmu
lihatlah nanti, lihatlah saja
biarkan aku mendekatinya
kamu tak akan mungkin mendapatkannya
karena dia berikan aku pertanda juga
janganlah kamu banyak bermimpi, oooh
kusarankan engkau mundur saja, ooo

Hah, apa macam? Best kan! Hah aku tahu korang pun dah terjebak sama kan. Citer nie tengah hebat diperkatakan. Al maklumlah hero dan heroinnya hensem dan cantik. Betul tak?

p/s : Sekarang nie pun aku tengah sibuk melalak2 nyanyi lagu nie. Nasib baik bos pi meeting. So hurayyyy... 

Monday, August 30, 2010

Happy 53rd National Day Malaysia

Hi Malaysia,


Aku nak ucapkan Selamat Hari Kebangsaan yang ke 53 kepada Malaysia. Semoga Malaysia akan bertambah maju, aman dan makmur kehendaknya.



Daripada anak bangsamu yang tercinta.

Sunday, August 29, 2010

Cerita Semalam, Hari Ini dan Esok

Hi Korang,

Quick update untuk melegakan perut yang tengah penuh dek air tembikai laici sejug.

Semalam :
- Bangun sangat awal untuk sidai kain, sapu rumah
- Pergi buat rambut kat one of the saloon kat bangi nie. Kat banner kata murah tapi sebaliknyaaaaa
- Balik rembau ada mr Big family buka puasa. Lebih 15 jenis menu ada.
- Pergi beli katil sebab dah tak nak tidur depan living hall kat umah rembau nie lagi. Konon nak privacy katanya... Kata Kau lah..


Hari Ini :
- Bangun lambat sebab sedap sangat tidur kat katil baru kan.
-Kemas dapur yang sangat bersepah tuh.
-On the way balik Bangi, singgah Jusco Seremban 2. Apalagi shoppinggggg.. Tapi bukan beli barang untuk raya pun, beli buku resipi masak BBQ and Grill.
- Bayar duit kereta kat Bangi. Orang lain 3-4 kali mesin duit tu tak nak accept. Aku sekali je mesin tu telan duit aku. Nampak sangat aku ikhlas kan bayar duit kete?
-Pegi bazaar ramadhan kat PKNS Bangi. Beli Ayam Golek, Rojak Singapore, Karipap cendawan cantik, Tempe goreng, Hati goreng dan nasi kukus ayam dara. Tak ketinggalan air li chi kang dan kelapa jelly.
-Sampai umah, mrBig buat lagi air tembikai laici satu jug besau.
-Sementara tunggu buka, tengok tv sambil baring2 sebab penat.
-Buka depan tv sambil tengok Uniknya Ramadhan Hafiz AF7
-Sekarang tengah update blog sambil tengok tv dan bertweet2 dengan bebudak nie


Esok :
-Bangun pagi.
-Pegi kerja.
-Settlekan kerja last week. Sambil bergaduh2 manja dengan engineer dan bergaduh2 besau dengan contractor.Sebab apa boleh gaduh? Sebab bos aku cuti yeah yeah yeah...

Sekian update untuk hari nie... Majulah blogging untuk kocek aku.. Hahahahahahahhahha

Friday, August 27, 2010

Makan Di Rumah Besar

Hi Korang,

Actually aku terlupa nak citer pasal nie lah.  Last week disebabkan tak de tujuan nak buka kat mana. so ktorg pun buka kat rumah besar nie. Ala dekat je dalam area Putrajaya dan very near to PICC.


So far not bad jugak tempat nie. Dengan harga berpatutan, ktorg dapat makan semewah-mewahnya. Kambing golek, daging panggang, lauk-lauk kampung dan memacam lagilah.

So di antara shot2 yang dapat di ambik:-

Kambing Golek

Pelbagai jenis rojak

Pelbagai jenis asam, acar, sauces

Dessert pelbagai Colour

Cencaluk! Sedap ooo.

Gambar tak banyak nak amik sebab ramai betul orang berebut2 nak amik gambo pakai DSLR. Agaknya baru beli kot atau nak menunjuk dengan kengkawan kan. Sebab aku cuba google kot2 ada orang masukkan gambar2 rumah besar nie dalam internet tapi haram tak de seekor pun kan. Aku cuma bawak camera kecik je. Bukan jeles okeh tapi sakit hati sebab setiap kali aku nak amik makanan diaorg sibuk betul nak amik gambo. Itu yang payah tu kan.

Ini je yang aku makan sekadar alas perut.

Selebihnya aku belasah makan daging panggang nie je berpinggan2. Maklumlah sos black peper dia sedaplah.

Errm ok tak? Tengok gambo memanglah sedapkan. Tapi hakikatnya memang sedap pun. La kalau korang tak caya, korang pi lah sendiri. Soal sedap ke tak tu, hak individu kan. Bagi aku sedap lah daripada makan rumput tepi jalan kan.

Anyhow 3 out of 5.