Tuesday, August 10, 2010

Ingat Lagi Tak Niat Puasa Ramadhan?

Korang,

Saje je aku nak ingatkan korang nie. Dah nak masuk bulan puasa nie, so amalkan balik niat puasa. Nah baca kat bawah nie.

Niat Puasa Harian

Bismillaahirrohmaanirrohiim,
Nawaitu shouma ghodin ‘an adaa-i fardhi syahri romadhoona haadzihis sanati lillaahi ta ‘aala.


Niat Puasa Sebulan


Hah cepat2 ingatkan tau. Bagi yang pelupa macam aku nie, dah siap aku attached sekali niat puasa untuk sebulan. Senang sket.

Anyway, mrBig + aku cuma nak ucapkan

Selamat Berpuasa Kepada Kengkawan...

So sweet kan!

Semoga dapat pahala berlipat ganda dalam bulan Ramadhan yang mulia nie.

p/s: mintak2 lah ramadhan kali nie sempat pi solat terawikh kat majlis besi kat Putrajaya. Doakan tau!

Tarikh Melihat Anak Bulan Ramadan 2010

Korang,


Sedikit informasi aku nak citer kat korang nie.
Ala mesti dah tau bila date nak tengok anak bulan ramadan kan. La apsal plak ada yang tak tau lagi nie ? Meh sini aku bagi tau.

Tarikh melihat anak bulan ramadan 2010 (1431H) iaitu:

Petang Selasa, 10 Ogos bersamaan 29 Syaaban 1431 Hijrah

Tempat Melihat Plak :


Kuala Lumpur
Menara Kuala Lumpur (Kuala Lumpur); Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya


Selatan Tanahair
Pontian Kecil di Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu (Melaka); Teluk Kemang (Negeri Sembilan); Bukit Melawati (Selangor); Pulau Angsa (Selangor); Bukit Jugra (Selangor)


Utara Tanahair
Pantai Pasir Panjang (Perak); Pantai Aceh (Pulau Pinang); Kampung Pulau Sayak (Kedah); Pemandangan Indah, Pulau Langkawi (Kedah); Menara Alor Setar (Kedah). Kuala Sungai Baru, Simpang Empat (Perlis).


Pantai Timur
Bukit Besar, Kuala Terengganu (Terengganu); Bukit Kemuning (Terengganu); Pulau Perhentian (Terengganu); Balai Cerap KUSZA, Bukit Peraksi, Pasir Puteh (Kelantan); Bukit Kampong Tembeling, Kuala Krai (Kelantan); Menara Bangunan SEDC, Kota Bharu (Kelantan). Bukit Tanjong Batu, Nenasi (Pahang); Gunung Berincang, Cameron Highlands (Pahang); Bukit Pelindong, Kuantan (Pahang).


Sabah & Sarawak
Tanjong Lubang, Miri (Sarawak); Teluk Bandung, Kuching (Sarawak), Tanjung Batu, Bintulu (Sarawak); Balai Cerap Al-Biruni, Putatan, Sabah. Menara Universiti Malaysia Sabah (Labuan)

Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah serta Hisab, dan pengisytiharan tarikh permulaan puasa akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia melalui Radio dan Televisyen, menurut kenyataan itu.

Sumber : BERNAMA dan KulanzSalleh

Mesti best dapat pi tengok anak bulan kan. Tapi korang ingat senang ke nak join group2 yang tengok anak bulan nie. Mesti orang2 yang bijak pandai je. Tapi kalau nak tengok bulan, tiap2 malam pun boleh kan.

Monday, August 9, 2010

Jom Karaoke Dalam Kereta.

Korang,


Nak citer sket je nie tak nak lebih2. Maklumlah hari isnin kan penuh stress so malas nak bebankan otak korang dengan heavy2 entry.


Masa dalam jem teruk + manusia lembab hari sabtu hari tu yang jadi mangsanya ialah aku sebab turn aku kene drive plak, mr Big sibuk ajak aku karaoke dalam kete sebab nak hilangkan boring. Siaran radio macam jahaman sebab stuck kat area hutan2 kecik. Nak pasang DVD boleh terlupa bawak plak, so jawabnya cucuhlah thumbdrive kat USB port tuh.

So memula bukak lagu Aizat, so terlalak lah ktorg dalam kete tu. dah puas Aizat, sambung plak lagu  Faizal Tahir. Bila time lagu Selamat Malam plak dia ajak nyanyi sorang sebaris. So mulalah memasing..

mr Big : Biarkan berlalu Semua kepedihanmu

Aku : Lelapkan matamu Biarkan mimpi membawamu

mr Big : Ke mana kau mahu

Aku : Selamat malam Tidurlah sayangku...

mr Big : zzzzzzzzzzzzzzzzzzz......zzzzzzzzzzzz (siap dengkur)

Sekejapan dia boleh tidur. Pas tu yang aku dengar dengkuran yang maha hebat, lebih hebat dari lagu Faizal Tahir nie. Terus aku tukar lagu lain.


Apa perasaan korang? geram tak? Yelah lah dia syok2 tido dengkur yang aku plak terkebil2 bawak kete yang semput2 sebab jem... Ishkkkkkk oh.. tidak........

Nota : Maybe dia penat kot lepas bersukaria di Mali Cove Sunway Lagoon untuk Sony My Water Momments TX5. Ermm aku lagi penat tau, dah lah aku jadi team leader okeh!!! Alamak yang tu belum update lagi lah. Gambo pun belum transfer lagi. Esoklah.

p/s: Dear, jangan marah tau! Gurau je.. Korang jangan nak gelak2 tau. Ketawa kuat je boleh okeh!

Pics by :Goggle

Saturday, August 7, 2010

Live Blogging-Highway PLUS Jem!


Live-Highway_Jem!.jpg
Originally uploaded by CikLilyPutih

PLUS highway jem! Sebab naik bukit. Bongok betullah.Nampak macam tak jem tapi hakikatnya dah dekat 1/2 jam aku kat takuk tuh jugak. Tak gerak2.

Friday, August 6, 2010

Live Blogging - Masih Di Office

Mas
Resize_P060810_18.521000003.jpg
Originally uploaded by CikLilyPutih


Masih di office, menyiapkan keje opis yg melambak nie. Hai bila nak abis agakya. Dah nak hujung minggu nei plak melambak2 keje nie. Ishk.. tak boleh jadi nie