Tuesday, July 20, 2010

Bergembira Dengan Gajah2 Yang Comel Di Kuala Gandah

Hi Korang,


Tak sabar rasanya nak citer pasal trip ke Kuala Gandah  nie. Memang adhoc plan lah. 2-3 hari je plan, dengan call sana call sini, bincang2 nak bawak apa kan, nak itu nak ini maka dapat jugaklah ke sini.


Tepat pukul 8pagi ktorg sekeluarga adalah orang yang first sampai ke sini. Masa tu pintu gate pun baru je pak guard tu bukak. Bukan apa, sebab nak cop pass all access itu yang datang awal tu. Pas register dan gaduh2 sket dengan adik kat registration counter tu, ktorg pun bercamwhore sana sini dalam small museum tu. Dah penat apa lagi, trus bukak bekal then makan lah. Sorry gambo makan tak sempat nak ambik sebab dah terlalu lapo, maklumlah bangun pukul 5 pagi untuk siapkan segala makan2 kan.

Disebabkan activities start pukul 2ptg, so ktorg melepaklah sana sini. Tengah jalan2 tetiba terdengar bunyi gajah mengaum. (Eh, mengaum ke? ala tak kisahlah). Trus berlari kejar bunyi tuh, then ternampak bayang2 gajah. Apalagi aku melonjak2 suker. Rupa2nya diorg tengah nak mandi, so chief staff kat situ pun panggil ktorg. So dapatlah tengok live, diorg mandi. Sempat lagi bagi makan tau. Best2..

So pukul 10 lebih camtu, ada special activities untuk yang booking under Perhilitan, so ktorg dapat lagi priviliages untuk join activitity nie. Truslah bercamwhore2 dengan gajah2 yang comel nie, si Pandan, si Langsat, si siput dan si selendang dan ramai lagi lah. Diorg nie memang well behave lah, pandai amik hati pengunjung. Seronok tengok telatah diorg nie. Budak2 lagi la suka kan.

So tengahari, ktorg makan kat cafe yang disediakan. Murah, sedap dan cepat. Bermangkuk2 laksa aku bedal. Menunya simple tapi bestlah. Bile dah kenyang, mata plak dah ngantuk trus je ktorg masuk bilik tayangan video pasal gajah. Sambil tengok tu, aku perasan yang tidur ada, yang meleleh airmata pun ada, dan macam2 lagilah gelagat.


Pukul 2pm official activities pun mula. Para pengujung di perkenalkan dengan seekor demi seekor gajah2 yang comel2 tu. Kemudian ada, mini performance la gajah2 nie. Seronoklah. Disebabkan ktorg dapat all access pass, so merasalah naik gajah. Cubalah korang bayangkan, gajah naik gajah. Tergelak2 orang lain tengok ktorg sekeluarga. Memang kelakar.


Acara yang di tunggu2, ialah mandi dengan gajah. Memang syoklah. Majoriti pengujung all access kebanyakan foreigner, ktorg untung lagi. So sanggup beratur panjang2 nie semata nak mandi dengan gajah. Bile turn ktorg, ramai yang gelak2 ktorg sebab memang kelakar.


Rupa2nya ktorg adalah pengujung yang terakhir yang tinggalkan tempat nie. Mestilah bestlah. Dahlah yang 1st datang dan jugak yang last balik. Rasanya nak pi lagilah tak puas main2 dengan gajah2 yang comel nie. Orang kata worth it lah bersusah payah bangun awal semua tu kan, akhirnya terbalas dengan kegembiraan yang superb!(apa yang aku mengarut ni ek..ishk)

Anyway, pengalaman yang sungguh menerujakan lah. Aku suker. At least release tension sket lah kan.

p/s: Gambo terlalu banyak sampai tak tau nak mane satu nak pilih dan edit.Nanti aku citer cam ne nak dapat all access pass nie ek. Kalau sesape nak pegi, aku nak ikut boleh tak?

Monday, July 19, 2010

Coffee With Nuffnang, Bagus Untuk Bloggers

Hi Korang,

Nie nak cerita pasal aku dapat invitation pi minum kopi with Nuffies kat Heritage House hari jumaat lepas.

Inilah Heritage House. Jalan Yap Ah Shak,sebelah dengan Kurnia Insurans belakang Sheration Imperial Hotel.

Office Nuffnang nie kecik je, bukan besar mana pun.

Tak delah best sangat pun kan tapi sangat-sangat superb lah orang kata. Aku orang yang 1st sekali sampai, so Xinxian or Fresh suruh aku lepak2 jap sambil tunggu yang lelain datang. A few minutes kemudian datanglah SharingInfoz then Elywn plak. Have chit-chat with them, then Michelle pun berborak dengan ktorg. Bila si Fresh nie dah free sket, barulah dia datang borak-borak dengan ktorg. Bukan borak2 korang okeh tapi borak2 berilmu. Kemudian, si Shahrul plak sampai, lambat sket. Katanya komuter stuck plak, kenalah tunggu kan.Tapi dapat jugak dia tanyakan soalan yang dah siap diprint dalam kertas A4 size tuh.


Banyak jugaklah si Fresh & si Yuen Yee nie bercerita. Rasanya macam-macam ilmu dapat. Antaranya pasal sejarah Nuffnang, info pasal account Gliterati Nuffnang, pasal cam ne nak dapatkan advertorial, pasal click fraud dan macam2 lagi lah. Aku tak akan tulis pasal info nie pasal ramai yang dah tulis rasanya. Kalau tak pun korang boleh refer kat blog SharingInfoz, dia memang catit satu per satu apa yang si Fresh cakap. Aku nie malas nak tulis, pakai ingat je info dalam kepala otak aku nie.

Tapikan aku rasa Nuffnang office nie memang cool lah. Memang sempoi habis, bukan macam office2 yang lain. Nak tau sebab apa,korang tengok nie:-

Inilah mesin kopi yang diorg kasi ktorg minum tuh.

Ada Wall Of Fame, tengok muke2 bloggers yang cun2. Yang baju hijau tu paling comel kan? hehehehhe

Kata XinXian kalau nak rehatkan mata kejap, bolehlah lepak kat sini.

Bila dah tension sangat, jom main PSP3 GuitarHeroes sambil tengok MTV ek.

Bukan kata, entertainment je cool, Tengoklah nuffies yang lelain nie.

Tengok si tokeh Nicholas nie, dah siap sedia nak menembak sales team.Pistol dia tu boleh tahan besar gak tau.

Yang kat hujung tu, team IT support, nampak cam serius tapi kelakar sebenarnya tau.

Dah penat perah otak, rehat sekejap main GuitarHeroes. Eh, sempat lagi si Elwyn nie ek!

Memang tak rugilah pi minum kopi dengan diorg nie. Pendek kata, macam2 dapat. Dan satu lagi aku nak pesan kepada blogger newbie kat luar sana, bukan senang nak senang tau. Blogging nie korang kena minat, bukan korang tulis 10 entry dah boleh dapat duit dari Nuffnang okeh.

Itu je yang XinXian pesan.

p/s: Kalau ada lagi, nak pi lagi boleh tak? plz plz plz..

Sunday, July 18, 2010

Weekend Yang Penat Tapi Best!

Hi Korang,

Lama x update ek? Tak per nie quick update nie.

Last weekend sangat-sangat menarik lagi tertarik. Macam-macam benda dapat buat. Di antaranya ialah :

Dapat Pi Minum Kopi Dengan Nuffies


Dapat Beriadah Dengan Gajah2 Yang Comel2 Di Kuala Gandah.

Nanti citer lagi pasal aktivities nie ek.Lagipun banyak gambo2 yang kene update dan kene edit lagi nie. Mata dah ngantuk tapi nak menulis gak. So apa-apa pun sambung esoklah.

Nite-nite..

Selamat Malam....
Tidurlah Sayangku..

Thursday, July 15, 2010

Dah Naik Dah Harga Minyak!

Korang,

Dah tau ke belum, minyak naik harga lagi? La korang tak tau lagi ke? Ishk tak up to date korang nie tau.


Aku pun baru je dapat tau nie, dari FB member aku tadi. Dia tulis kat wall dia lah. So aku pun searchlah link yang dia bagi dan ternyata betul.

So di antara yang naik harga adalah:


•Petrol RON 95 - RM1.85 seliter.

•Diesel - RM1.75 seliter.

•Gula - RM1.70 sekilogram

•Gas LPG - RM1.85 sekilogram

Berikut adalah harga baru gas:

•Tong 14KG - dari RM24.50 kepada RM25.90 (naik RM1.40)



•Tong 12KG - dari RM21.00 kepada RM22.20 (naik RM1.20)



•Tong 10KG - dari RM17.50 kepada RM18.50 (naik RM1.00)

Sementara itu, Berita Harian online memetik Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai berkata, kerajaan perlu mengurangkan subsidi bagi menjimatkan perbelanjaan kerajaan dan mengurangkan defisit fiskal supaya pasaran dunia dan dalaman lebih yakin dengan kekuatan ekonomi negara.

Nampaknya, aku kenelah teruskan niat nak beli motor tu untuk bawak pi keje.Kecik pun keciklah janji jimat. Eventho naik 5 sen bagi aku dan juga pengguna kete beso2 dan mahal2 nie amatlah berharga tau.

Nasib baik Melaka tu dekat, jadi tak delah terasa budget duit minyak tu naik ek. Tapi melampau plak, nak cakap dengan mak aku nak balik kampung tak de duit minyak, betul tak? Kang disumpahnya kau jadi batu cam Tanggang baru tau kan. huhuhu....

Anyway, Selamat Hari Jumaat....

p/s: Padan muke aku kan, sape suruh beli kete beso2 padahal orgnya kecik je... hehehehhe

Sumber dan artikel rujukan:
1. Government To Reduce Subsidies For Petrol, Diesel And LPG di http://www.bernama.com/
2. Fuel, sugar prices up as subsidy cuts start di http://www.themalaysianinsider.com/
3. Harga gula diselaras 25 sen, diesel dan petrol 5 sen mulai esok di http://www.bharian.com.my/

Lapar

Korang,

Sekarang nie sangat lapo, tangan pun gigil. Ntah kenape?

Padahal, pagi tadi dah makan Kellog Special K tuh.

Ermm ntah2 x boleh makan kot coz tak biasa...

 Lapar....

Khakhakhakhakhakahkaha... Cam ne nak kurus nie ek?