Thursday, June 10, 2010

Ketagihan Bowling @ Pin Junction Cineleisure

Hi Korang,

Nak cerita sket nie. Dah lama aku ketagih nak main bowling nie. Maklumlah last main hari tu masa kat gathering kat mines. Ala dah lama pun dah. So weekend lepas, semua orang balik kampung maklumlah cuti sekolah tapi aku dengan mr Big di ajak oleh geng anak2 polis depoh main bowling di Pin Junction, Cineleisure Damansara. Ala yang dekat dengan Ikea tu kan.


Kitaorg jumpa kat The Curve dulu, then berjalan kaki ke Cineleisure sambil mencuci mata kat flea market yang ada pada hari itu. Tetiba terasa, cam gatal je tangan nak bershopping tapi tahan nafsu dulu coz dalam hati tengah berkobar2 nak berbowling nie.

Pin Junction, Cineleisure Damansara

Kitorg main kat Pin Junction, Cineleisure Damansara. Orang dah confirm2 ramai. Ktorg dapat main 1 game je coz dah ada orang booking untuk tournement. So lepas gian gak lah kan. Tengoklah aksi2 yang dasyat nie.


Mr Big dengan gayannya spinning bola

Adam yang sibuk gak nak main

Cik Lily Putih yang power okeh

Mila Dot Com, tokeh Maybank Muor

Imran, si owner farm ville

Ramai yang tak main, datang duk lepak2 je.So dapat gaklah aku lepas gian nak main bowling nie. Eventho satu game pun jadilah. Yang penting aku dapat no. 2 okeh.

Aku yang dapat no. 2 je.

Aku suke tengok gambo nie,comel kan?

So kengkawan, jom kite buat gathering sambil main bowling lagi, nak tak? Korang rasa ada tak yang nak join aku buat gather2 kecil-kecilan nie ek.

Wednesday, June 9, 2010

TQ Nuffnang Sebab Bagi Aku Duit

Morning Korang,

Quick update.

Sesaje nak menunjuk kat korang nie.

Alamak, kang korang tau plak kat mane aku tinggal ek!

Sket je kan, tapi tak per aku bersyukur.


Walaupun sket, tapi aku cam rasa bangga sekali. Maklumlah walaupun baru je dalam dunia blogging nie, at least dapat jugak habuan sket kan.

So korang2 rajinlah update blog, jangan jadi cam aku yang tetiba ada angin rajin dan tetiba gak ade angin malas.

Tuesday, June 8, 2010

Aku Mudah Lupa

 Hi korang,

Aku nak cerita kat korang nie. Pelik tapi benarlah.
Aku rasa lately nie aku cam banyak makan semut. Nak tau sebab apa? aku lebih banyak lupa dari ingatlah. Dalam masa2 minggu nie, banyak betul benda yang aku lupa. Even dah diingatkan beberapa kali pun still aku leh lupa gaklah.
Korang bacalah nie.

a) Kat Office

Ajib : Beb, mana kunci bilik server nie, aku nak tukar keyboard baru lah.
Lily : La ko tengoklah kat key box tu, tag biru.
Ajib : Tak de lah dol, mana plak ko letak nie
Lily : La baru je tadi aku letak situ lah. Ishk ko nie
Ana : K Lily, yg kat tangan tu apa ek? kunci kereta ke?
Lily : Alamak... (sambil senyum sendiri)

b) Kat Dapur Umah

Lily : Dear, i dah masuk garam ke belum ek kat kuah nie
mr Big : la dia yang masak, kite plak yang di tanye. Meh rasa sket! Aduh berapa tan garam u masuk kan nie, masin gila lah. U nak bagi darah i naik ke ek?
Lily : Alamak, cam ne boleh tak perasan nie ek? ( sambil garu2 kepala)

c) Kat Parking Kereta

Lily : Apsal plak alarm nie tak bunyi2 ek. Ishk tak per tekan lagi sekali.
Org Lain : Kak, kenapa duk depan kereta saya nie ekl?
Lily : La salah kete rupanya, patutlah dari tadi akak tekan sampai nak tercabut jari tak jugak bunyi2 alarm kete nie. ( malunyaaaa)

Hah, teruk kan aku. Ishk boleh jadi cam nie ek. Itu yang aku pelik tu. Tapi tak per. Meh tengok sebab2 aku boleh lupa.

Secara alamiah, penurunan daya ingat dimulai pada usia 40 tahun karena pada usia tersebut ada beberapa sel otak sudah mulai mati. Sel otak yang sudah mati tidak akan mengalami regenerasi sehingga menyebabkan seseorang menjadi mudah lupa. Sedangkan bagi mereka yang pelupa di usia muda, penyebabnya mungkin karena kelelahan otak atau stres yang mengakibatkan ingatannya tidak cukup kuat.
Kaum wanita diduga lebih banyak dan lebih mudah untuk menjadi pelupa. Penyebabnya adalah faktor hormon pada wanita yang menyebabkan wanita lebih mudah mengalami stres dibandingkan pria. Stres yang berkepanjangan sebenarnya dapat memicu kelelahan pada otak. Bila hal itu tidak segera diatasi, maka lama-kelamaan fungsi otak akan menurun dan akhirnya menjadi mudah lupa. Bila seseorang juga kurang mengaktifkan kerja otaknya, maka sel-sel yang jarang dirangsang untuk bekerja tersebut akan mengalami kerusakan dan menyebabkan mudah lupa.

Makan ubat hilang lupalah, baru ingat kan!

Ooo cam tu rupanya, baru aku tau lah. Tapi bagaimana nak jadi pengingat balik ek?Takper kita baca baca nie lagi. Tips untuk kurangkan penyakit lupa nie
- Ambil sarapan
  maybe aku sarap terlebih kot, itu yg lupa tuh
- Jangan makan berlebihan
  hah itulah, aku rasa cam tu gak lah
- Jangan Merokok
  confirm tak buat, nak mampus kene lempang dengan mr Big
- Elakkan Penggunaan gula yang berlebihan
  Aku banyak sangat minum air C2 nie
- Elakkan menghidu udara tercemar
  Ya allah, hari2 hidu okeh coz opis aku nie kan construction site
- Elakkan tidur berlebihan
  Ini bukan aku, aku kurang tidur tau
- Elakkan Menutup muka ketika tidur
  Ini pun tak, kang cam ne plak mr Big nak tengok muke aku nanti kan
- Jangan biarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat
   Nak buat camne, MC pun bos call
- Elakkan Kurang berimaginasi
  Langsung tak sempat, nak berangan pun aku tak reti.
- Elakkan Jarang berfikir
  Eh mana boleh, setiap masa fikir tau

Ermm memang bagus tips dari blog Mindaaku ni. Sekurang-kurangnya aku tahu kelemahan yang selalu berlaku..
So apa-apa pun korang jangan jadi cam aku, muda2 lagi dah jadi pelupa. Ishk teruk kan. Sekarang nie dalam proses pembaikpulih.

p/s: Dengan tetiba, boleh tak aku cakap dengan mrBig cam nie "Dear, I dah lupa lah camne nak romen, so how?" Korang agak2 dia lempang tak muke aku.

Monday, June 7, 2010

Mari Bersenam Muka

Morning Korang,

Ini entry biasa2 je. Tak nak pening2 kepala, maklumlah monday blues kan orang kata ari nie.

Nah korang layan nie

Syaraf Ke Saraf ek


Cantik tempat nie kan

Kedai kereta mana plak nie

Comel kan!



Kelakarkan, cam ne lah bende2 nie boleh jadi ek. Yang best tu mana plak diorg nie boleh dapat gambo2 nie ek.

Hah, lepas layan gelak sengsorang pepagi nie pegi buat keje kang kene tembak plak dengan bos korang.


Aku tak per sebab aku bos!!!! huahuahuahuahuahua

Pics Credit to Google

p/s: petang2 sket lah baru buat entry gempak2 la.

Saturday, June 5, 2010

Lagenda Budak Setan. Siapa Kata Hambar?

Morning Korang,

Quick update nie.

Cuba cakap dengan aku, siapa kata Lagenda Budak Setan tuh, ceritanya cukup makan? Hambar? Mengarut? . Cakaplah Siapa ek! Pada mulanya aku ingat cerita ini, cam cerita jiwang karat romantis tahap cipan tapi sebaliknya bukan begitu.

So semalam, ktorg dibelanja oleh my BIL and my SIL tengok movie nie. Maklumlah diorg pun tahu pasal abang diorg nie tak akan bawak aku pergi tengok cerita melayu meleret cam nie. Mr Big suka tengok cerita omputih je. (Tau lah speaking english berabuk).So korg sekeluarga including mama sekali pergi tengok kat GSC Pavilion. Dah tengah2 malam nie, ramai betul orang kat Pavilion nie, maklumlah esok cuti.

Berbalik kepada Lagenda Budak Setan nie, kalau korang pembaca setia novel Ahadiat Akasyah nie, mesti korang suka giler lah dengan cerita nie. Aku tak nak cerita lebih2 sebab nanti korang malas nak pi tengok kat panggung plak kan.

Anyway, korang layan videoclip Bila Cinta OST Lagenda Budak Setan nie.

Bila Cinta


Bila cinta kini
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu

Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Yang ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Bila engkau pergi
Tinggalkanku
Hilangnya cintamu

Menusuk hatiku
Ternyata memilih
Cinta yang fana

Perginya dirimu
merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan
Uuu…
Dalam harapan


Kalau korang paham makna tersirat dalam lirik lagu nie, maknanya korang dah boleh dapat tangkap jalan cerita movie nie. Apa-apa pun cerita ini mengajar kita erti pengorbanan dan kesetiaan. Bukan untuk pasangan bercinta je tapi yang dah kawin pun bagus tengok movie nie.

Apa-apa pun, Lisa Surihani U memang superb!!