Friday, January 31, 2025

Mencari Rasa Nasi Lemak Sebenar Di Yalo Yalo Yumm, Jalan Klang Lama Kuala Lumpur

Hi Korang,

Seriously siapa yang tak suka dengan nasi lemak kan!!


Hidangan no. 1 pilihan rakyat Malaysia untuk bersarapan pagi tak kiralah masak sendiri, beli di tepi jalan mahupun makan di kedai-kedai makan ataupun fancy restaurant. Sekarang nasi lemak boleh di nikmati pada bila-bila masa sahaja asalkan teringin.

Namun pabila dah banyak gerai ataupun kedai yang menjual nasi lemak tumbuh bagai cendawan, yang mana majoritinya telah mempelbagaikan cara masakannya sampai kita sendiri tidak tahu bagaimana rasa keaslian nasi lemak itu sendiri.

Tapi tidak dengan yang satu ini.


Pemilik restoran Yalo Yalo Yumm yang terletak di Jalan Klang Lama Kuala Lumpur ini berkata chef di sini berusaha mengekalkan rasa sebenar Nasi Lemak itu seperti mana yang dinikmati dari zaman dulu lagi. Bukan sahaja rasa nasi yang cukup dengan santan dan rempahnya, malah yang paling penting dalam satu hidangan Nasi Lemak adalah sambalnya.

Tapi macam tak sangka kan ada kedai nasi lemak di Jalan Klang Lama yang pesat membangun ini.

Nasi Lemak Pelbagai Menu Lauk


Akhirnya kak lily dapat rasa sebenar nasi lemak itu.


Di sini korang boleh memilih samada mahukan sambal yang kering atau yang sedikit basah. Cukup dengan rasa pedas dan juga tidak terlalu berminyak dan ianya membuatkan Nasi Lemak lebih enak dan lazat. Nasi Lemak yang dihidangkan juga boleh dipadankan dengan pelbagai jenis lauk pauk istimewa seperti Ayam Goreng Berempah, Ayam Rendang, Daging Rendang, Sambal Kerang, Sambal Manis Udang, Sambal Petai dan Tempe Kicap Manis.


Kak lily suka hidangan menu lauk Ayam Rendang atau Daging Rendang, Rasa rendang cukup seperti dimasak dikampung-kampung dan daging cukup empuk. Kalau tak raya pun boleh datang makan rendang kat sini memang betul-betul puas. Bagi yang suka pedas-pedas manja boleh makan bersama Sambal Udang, Sambal Kerang dan juga Sambal Petai.



Bagi memastikan semua rakyat Malaysia dapat menikmati masakan Nasi Lemak kat sini mereka juga sediakan lauk yang tidak pedas langsung iaitu Ayam Goreng Sos Laici dan juga Ayam Goreng Sos Siam Mayo. Kedua-dua ini manis yang begitu pekat sosnya. Memang puas hati makan semua kat lauk dan juga Nasi Lemaknya.

Hidangan Lain Juga Ada



Kalau tak nak makan nasi lemak atau nasi putih boleh juga pilih hidangan Mee Goreng Bodo. Tapi bagi sesetengah orang mee goreng ni agak pedas tapi still ok for me. 




Juadah sampingan lain yang ada untuk kudap-kudapan kat sini sepeti Popia Mayo Udang Berjaring atau Popia Ayam Berjaring. Rengup dan lembut di dalamnya.

Minuman Istimewa Di Hidangkan








Minum pula special kat sini ada Thai Tea atau Thai Green Tea yang pekat tapi tidak terlalu manis. Minuman kopi vietnam juga ada, samada mahu yang panas mahupun yang sejuk, kesemuanya boleh di pelbagaikan. 


Pencuci mulut pula ada satu yang istimewa dibawa khas dari Philipina iaitu Yalo Halo. Dessert ini ada pelbagai rasa dalamnya korang boleh nampak ada puding jagung, ada cendol, dan macam-macam lagi. Kena makan setiap bahagian cawan tu baru dapat rasa nikmatinya.

Waktu Operasi Restoran Yalo Yalo Yumm



Restoran Yalo Yalo Yumm ni buka hari Selasa sampai Ahad dan Isnin mereka tutup. Operasi dari jam 12.00 tengah hari hingga 10.00 malam. Jadi boleh datang cuba makan tengahari atau makan malam. Restoran pun cantik kemas dan dekorasi yang menarik. Kalau korang dah datang cuba makan sini boleh tinggal komen kat sini. Nak tahu juga apa pendapat korangkan. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.

Lokasi : 

Yalo Yalo Yumm
G-09, Residensi Platinum Arena,
Jalan Klang Lama, Taman Sentosa,
Kuala Lumpur


Maklumat lanjut layai sosial media:



Thursday, January 30, 2025

Whisked Away In Love at BANYAN TREE KUALA LUMPUR

Hi Everyone,

Celebrate the enchanting season of love as Valentine’s Day arrives. Treat your loved ones with thoughtfully curated offerings where every moment is designed to rejuvenate your body and soul. Immerse yourself in the spirit of love and create joyful memories that will last a lifetime at Banyan Tree Kuala Lumpur.

A VIEW WITH LOVE AT VERTIGO TOO



Introducing the Valentine’s Day special at our rooftop bar, Vertigo TOO. Featuring a specially curated six-course dinner located at Level 60 of Banyan Tree Kuala Lumpur and enjoying the 360° breathtaking city skyline views that will elevate your Valentine’s Day celebration.

The “A View with Love” Valentine’s Day dinner at Vertigo TOO is available on 14 February, 2025, 6:00 pm to 12:00 am.

● MYR 5,999 NETT per couple

For reservations, call Vertigo TOO at +603 2117 2807, or email vertigo-kl@banyantree.com.

TORITO SAN VALENTÍN AT TORITO



Embark on a culinary journey at Torito with a six-course menu blending Peruvian flavors with a Japanese twist this Valentine’s day featuring the finest Kumamoto oysters. Enjoy Kuala Lumpur’s first authentic Peruvian-Japanese dining outlet and delight in the new gastronomy experience here at Banyan Tree Kuala Lumpur. Additionally, dine with us and stand a chance to win exclusive prizes, including a luxurious stay at Pavilion Hotel KL, a couple’s spa treatment at Banyan Tree Spa KL, or a cocktail experience with a snack platter at Vertigo.

The “Torito San Valentin” Menu is available at Torito Level 53, Banyan Tree KL, from 12:00 pm to 4:30 pm (Lunch) and 6:00 pm to 10:00 pm (Dinner).

● MYR 750 NETT per person

For reservation, contact Torito at +60 16 313 2968, or email kualalumpur@banyantree.com

VALENTINE’S AFTERNOON TEA AT HORIZON GRILL



Indulge in a refined afternoon tea experience featuring artisanal desserts, dainty savories, and pairings of premium teas available at Horizon Grill, Banyan Tree Kuala Lumpur. Savour the flavors, and create lasting memories with loved ones during Valentine’s Day with the exquisite delicacies crafted by our pastries chefs. Reserve with us now to secure a place for an unforgettable afternoon tea experience in this lovely season.

The “Valentine’s Afternoon Tea” Menu is available at Horizon Grill Level 58, Banyan Tree KL, from 3:00 pm to 5:00 pm, Daily.

● MYR 148 NETT per person

For reservation, contact Horizon Grill at +60 10 566 0968, or email us at horizongrill- kl@banyantree.com

HEARTS IN THE SKY AT HORIZON GRILL



This Valentine’s Day, celebrate love in the skies at Horizon Grill, nestled high above the city on Level 58 of Banyan Tree Kuala Lumpur. Embrace the stunning city view with a luxurious set menu, including fresh oysters, crab salad, and Australian Wagyu Sirloin. An unforgettable evening awaits, let us help you to set the mood right for a romantic dinner with extraordinary culinary excellence for you and your loved ones.

The “Heart in the Sky” Menu is available for 14th & 15th February 2025, from 6:00 pm to 10:00 pm at Horizon Grill, Banyan Tree KL.

MYR 998 NETT per couple

For reservation, contact Horizon Grill at +60 10 566 0968, or email us at horizongrill- kl@banyantree.com

Saturday, January 25, 2025

AYAM GEPUK PAK GEMBUS Cipta Sejarah, Terima SIJIL HALAL JAKIM!

Hi Korang,

Ayam Gepuk Pak Gembus, makanan berasaskan resepi asli Indonesia yang disesuaikan dengan citarasa masyarakat Malaysia, mengumumkan bahawa mereka telah menerima pensijilan HALAL secara rasmi daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi 12 daripada keseluruhan 70 cawangannya di Malaysia. 

Majlis Meraikan Pensijilan Halal AGPG

Pencapaian penting ini mencerminkan komitmen teguh Pak Gembus dalam mematuhi peraturan penguatkuasaan Halal selari dengan menyokong inisiatif kerajaan 2025 untuk memperkukuhkan industri Halal di Malaysia, di samping mengekalkan kebersihan, keaslian dan makanan yang berkualiti tinggi.


Penyerahan replika sijil Halal oleh Tn Hj Jamali Adnan, Timbalan Mufti (kiri) kepada Pak Rido, Pengasas Ayam Gepuk (kanan)

Penyerahan replika sijil Halal oleh Tn Hj Jamali Adnan, Timbalan Mufti (kanan) kepada Zulkarnain Yusof, COO Ayam Gepuk Pak Gembus Malaysia (kiri)

"Kami amat teruja untuk mengumumkan bahawa usaha kami untuk meluaskan pensijilan HALAL telah dicapai seperti yang dirancang, Kejayaan ini adalah kejayaan pelanggan kami" kata Zulkarnain Mohd Yusof, Ketua Pegawai Operasi Ayam Gepuk Pak Gembus Malaysia. 

"Selepas berjaya memperoleh pensijilan HALAL untuk “Central Kitchen” kami pada pertengahan tahun 2024, kini kami telah mengembangkan pencapaian ini ke peringkat cawangan, bermula dengan 12 cawangan sebagai permulaan. Bagi tahun 2025 pula, kami menyasarkan 50 cawangan seterusnya untuk memperoleh sijil HALAL. Kami amat bersyukur dan berterima kasih kepada JAKIM atas sokongan kuat yang diberikan sepanjang proses mendapatkan sijil Halal ini. Kepercayaan yang diberikan ini membuktikan bahawa Pak Gembus sentiasa berusaha memastikan setiap hidangan kami memenuhi piawaian yang ketat, sekali gus memberi jaminan kepada pelanggan kami. Sijil Halal ini adalah pencapaian besar bagi kami dan menjadi satu langkah penting dalam memperkukuhkan lagi jenama Pak Gembus di Malaysia,” tambah Zulkarnain Mohd Yusof.

Demonstrasi Giling Sambal oleh Pak Rido

Setakat ini, cawangan yang telah menerima sijil HALAL adalah Saujana Utama 3, Puncak Alam,Setiawangsa, Putra Heights, Semenyih, Bandar Seri Putra, Kajang, Kampung Pandan, NeoCyber, Bandar Baru Nilai, Seremban 3 and Bandar Enstek.

Bagi cawangan yang lain, pelanggan tidak perlu risau kerana semua bekalan makanan ke semua cawangan adalah dari ”Central Kitchen” mereka yang telah diperakui Halal. Tambah beliau lagi, "Matlamat kami adalah untuk sentiasa menyediakan makanan dan layanan yang terbaik kepada semua pelanggan, dan dengan pencapaian pensijilan Halal ini, kami dapat meyakinkan lebih ramai masyarakat dan komuniti untuk menikmati hidangan di Pak Gembus tanpa ada keraguan dan was-was".

Sesi potong reben (dari kiri En. Effandy, En. Zulkarnain, Tn Hj Jamali, Pak Rido, En. Sharil)

Selari dengan kemajuan ini, Pak Gembus berhasrat untuk memperluaskan lagi cawangan di serata Malaysia dengan menyasarkan pembukaan lebih 40 cawangan baru yang berpiawaian Halal pada 2025. Tidak terhenti di situ, mereka juga sedang merangka plan strategik untuk membuka cawangan pertama di luar Malaysia. 

Sebagai tambahan, sidang media ini turut dihadiri Bapak Rido Nurul Adityawan, pengasas Ayam Gepuk Pak Gembus yang berasal dari Indonesia serta Sahibus Samahah Ustaz Jamali Bin Mohd Adnan, Timbalan Mufti Wilayah yang turut hadir memberikan ucapan tahniah atas kejayaan ini. Kehadiran mereka memberi semangat dan keyakinan kepada Pak Gembus untuk terus berkembang dan memenuhi permintaan pelanggan di Malaysia.