Thursday, January 16, 2025

Twincity Marathon 2025: Sedekad Melakar Senyuman

Hi Korang,

Twincity Marathon edisi ke-10 melabuhkan tirai dengan penuh kejayaan, mencatat penyertaan lebih 13,000 pelari dari dalam dan luar negara. Acara ini turut memberi penghormatan kepada Cyberview Sdn Bhd, yang telah menjadi pencetus inspirasi kepada penganjuran Twincity Marathon sejak pertama kali diadakan pada tahun 2014.


Dengan kategori larian
42km, 21km, 12km, dan 5km, Twincity Marathon 2025 mencatat jumlah penyertaan tertinggi dalam sejarahnya, mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai acara larian yang paling dinantikan di Malaysia. Sejak sedekad lalu, Twincity Marathon telah menarik lebih 50,000 penyertaan, menjadi platform yang menyatukan komuniti larian dan memupuk gaya hidup sihat.

Edisi kali ini turut mendapat sokongan padu daripada Majlis Perbandaran Sepang, Perbadanan Putrajaya, dan Avisena Specialist Hospital, Shah Alam selaku Rakan Kesihatan Rasmi. Dalam pada itu, Putrajaya Sport Tourism Expo (STEX), yang berlangsung pada 10 dan 11 Januari, berjaya menarik lebih 20,000 pengunjung dengan penyertaan 40 jenama dan syarikat sebagai vendor, sekaligus menambah kemeriahan kepada acara tahunan ini.

Penganjur, Ten Senses (M) Sdn Bhd, mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang menjayakan acara ini.

"Kami amat menghargai sokongan rakan kerjasama seperti Cyberview yang telah mengilhamkan Twincity Marathon, serta Avisena Specialist Hospital yang telah bersama kami sejak 2024. Tidak dilupakan, Boom Beverage Sdn Bhd yang memastikan peserta kekal bertenaga sepanjang perlumbaan dengan minuman isotonik BOOM+. Semua ini tidak mungkin dapat dicapai tanpa sokongan padu daripada para penaja, peserta, dan seluruh komuniti larian," ujar Datuk Najib Ibrahim, Penasihat Ten Senses Sdn Bhd.

Dengan semangat kesukanan dan kejayaan edisi ke-10 ini, Twincity Marathon terus membuktikan dirinya sebagai acara larian ikonik tahunan yang wajib disertai.


Bagi edisi seterusnya yang dijadualkan berlangsung pada 25 Januari 2026, pihak penganjur dengan berbesar hati menjemput semua peminat sukan larian dari dalam dan luar negara untuk turut serta memeriahkan Twincity Marathon 2026. Bersama-sama, kita nantikan detik penuh keseronokan dan pengalaman larian yang tidak akan dilupakan!

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi di twincitymarathon.com dan ikuti media sosial @twincitycyberjayamarathon di Instagram atau Twincity Marathon di Facebook dan TikTok.

 

Wednesday, January 8, 2025

Kerjasama Strategik Antara LINCOLN UNIVERSITY COLLEGE dan CENGILD G.I. MEDICAL CENTRE Bagi Melahirkan Tenaga Pakar Terlatih Dalam Bidang Kejururawatan

Hi Semua,

Lincoln University College (LUC) hari ini mengumumkankerjasama strategik dengan Cengild G.I. Medical Centre melalui pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) yang bertujuan memperkukuhkan pendidikan dan latihan dalam bidang kejururawatan.

Atikah Nabilah Mohd Salleh - Coordinator Nursing Collaboration 
Pn Aslin Hafiza binti Ali - Chief Operating Officer
Ms Razlyn Amieza Aron - Director Clinical & Collaboration
Tn Amin bin Mohd Shukor - Vice President for Corporate & Regional Affairs
Thilashiny Lerchumanan - Human Resource Manager
Ms Ewe Boon Lay - Director of Nursing
Chua Huey Ling - Sister A&E
Chitra Krishnasamy - Nurse Educator/ Education

Langkah ini merupakan satu usaha penting ke arah menjadikan Lincoln University College sebagaipusat rujukan dan hab utama bagi melahirkan tenaga pakar kejururawatan terlatih di Malaysia.

MoU bermakna ini menyaksikan tiga fokus melibatkan tiga komponen utama iaitu Penajaan PelajarDiploma Kejururawatan. Pihak Cengild akan menyediakan biasiswa kepada pelajar yang layak dibawah perjanjian yang telah ditetapkan, Latihan Klinikal dan Penggunaan Fasiliti Hospital dan pelajarakan mendapat pendedahan praktikal di hospital di bawah pengurusan Cengild bagi memastikan merekamemenuhi keperluan Lembaga Kejururawatan Malaysia dan Penggunaan Identiti Jenama Hospital serta untuk tujuan promosi pengambilan pelajar dan pembangunan latihan.

LUC sebagai sebahagian daripada tanggungjawab di bawah MoU ini akan memastikan pelajarmematuhi etika profesional semasa latihan klinikal. LUC juga akan bekerjasama dengan Cengild dalammenyelaraskan jadual latihan serta menyimpan rekod akademik pelajar. Di samping itu, LUC akanmemastikan insurans mencukupi untuk melindungi pelajar dan staf semasa tempoh latihan klinikal.

Vice President for Corporate & Regional Affairs University College, Tuan Amin bin Mohd Shukor, menyatakan: “Kerjasama ini adalah langkah strategik untuk menjadikan LUC sebagai pusat kecemerlangan dalam menyediakan tenaga kejururawatan yang berkemahiran tinggi. Melalui gabungan pendidikan berkualiti dan pengalaman praktikal, kami yakin dapat menyumbang kepada keperluan tenaga kerja sektor kesihatan negara. Sebagai rakan kongsi, Cengild komited untuk memastikan pelajar bukan sahaja mendapat pendidikan berkualiti tetapi juga pengalaman industri yang relevan. Pusat perubatan ini akan memantau perkembangan akademik pelajar secara berkala dan menyediakan insurans bagi melindungi keselamatan awam dan liabiliti hospital sepanjang tempoh MoU.”


Antara yang hadir pada majlis ini adalah Tuan Amin bin Mohd Shukor (Vice President for Corporate & Regional Affairs), Puan Aslin Hafiza Ali (COO of Lincoln University), Cik Razlyn Amieza Aron (Director Clinical & Collaboration Scholl of Nursing & Applied Health Science) dan Puan Thilashiny Letchumanan (Human Resource Manager Cenglid G.I Medical Centre) dan Ms Ewe Boon Lay (Director of Nursing).

Dengan termeterainya MoU ini, LUC dan Cengild berharap akan dapat melahirkan generasi baharu jururawat yang mampu memberikan perkhidmatan kesihatan bertaraf dunia. Kerjasama ini mencerminkan komitmen kedua-dua pihak untuk memperkukuh bidang kejururawatan dan menyumbang kepada pembangunan sektor kesihatan di Malaysia.


Friday, January 3, 2025

VITAHEALTH melantik pemain PICKLEBALL NO. 1 ASIA – COLIN WONG sebagai duta jenama, menyertai PEARLY TAN

Hi Korang,

VitaHealth dengan bangganya mengumumkan Colin Wong, pemain pickleball No. 1 Asia, sebagai duta jenama terbarunya. 

Dr. Beh menyampaikan jersi kepada duta jenamaVitaHealth, Pearly Tan dan Colin Wong.

Bersama ikon badminton Olimpik, Pearly Tan, Colin mempromosikan kesihatan, daya tahan, dan inspirasi, mendorong rakyat Malaysia untuk mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat dan aktif serta menyebarkan aura positif.

Peserta Offline16: Jingle Smash bersama duta jenama berkumpul untuk foto kumpulan yang
tidak dapat dilupakan, meraikan semangat kesejahteraan, gaya hidup aktif, dan penglibatan komuniti.

Pengumuman ini dibuat semasa acara Offline 16: Jingle Smash with Ambassador yang dinanti-nantikan, bertempat di Hyprground Pickleball-S19. Acara ini bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai kesejahteraan mental dan kecergasan fizikal, berlangsung dari jam 10 pagi hingga 2 petang sebagai sebahagian daripada siri inovatif Offline 16 VitaHealth. 

Inisiatif ini, selaras dengan komitmen ESG jenama ini, bertujuan mempromosikan kesejahteraan mental sambil membina hubungan komuniti yang bermakna. Para peserta diberi peluang untuk berehat daripada dunia digital selama empat jam. Inisiatif ini menyediakan peluang untuk berinteraksi secara bersemuka, mengurangkan tekanan yang berkaitan dengan penggunaan teknologi dan memperbaiki kesihatan mental.

Peserta sedang bertindak semasa Kejohanan Pickleball Jingle Smash, mempamerkan kemahiran dan kerja berpasukan mereka.

Duta jenama VitaHealth Colin Wong menerima rawatan kiropraktik oleh Chiropractor Henry Lim untuk pemulihan sukan.

Sepanjang acara, terdapat pelbagai aktiviti menarik termasuk sesi latihan pickleball, pertandingan santai, serta sesi pemulihan sukan yang dikendalikan oleh pakar kiropraktor dan fisioterapi. Colin Wong, seorang pemain berpengalaman dan jurulatih bertauliah IPTPA Tahap 2, berkongsi tips latihan dan manfaat pickleball terhadap kesihatan fizikal, sambil menekankan kesejahteraan holistik.

"Kerjasama dengan VitaHealth membolehkan saya mempromosikan manfaat gaya hidup sihat, dan tiada cara yang lebih baik daripada melalui pickleball, sukan yang menyatukan masyarakat dengan cara yang menyeronokkan," kata Colin Wong. "Sebagai duta jenama VitaHealth, saya teruja untuk menginspirasi individu agar mengutamakan kecergasan fizikal dan kesihatan mental mereka."

Dr. Beh, CEO VitaHealth Malaysia dan Singapura, menyampaikan ucapan pembukaan beliau di acara tersebut.

Dr. KS Beh, Ketua Pegawai Eksekutif VitaHealth (Malaysia dan Singapura), berkata, “Sebagai syarikat yang komited untuk meningkatkan kualiti hidup, kami memahami keperluan menangani cabaran kesihatan mental masa kini. Offline 16 diilhamkan untuk membantu individu kembali berhubung dengan diri mereka dan orang lain. Dengan kehadiran duta jenama seperti Pearly Tan dan Colin Wong, kami terus menjadi peneraju dalam mengubah kehidupan melalui kesihatan dan kecergasan.”

Pearly Tan, ikon badminton Olimpik Malaysia dan duta jenama VitaHealth yang telah lama berkhidmat, turut menyatakan: “Adalah luar biasa untuk melihat bagaimana sukan dapat menyatukan masyarakat untuk meningkatkan kecergasan fizikal dan kesejahteraan mental. Offline 16 benar-benar membutktikan kekuatan hubungan sebenar, dan saya berasa bangga menjadi sebahagian daripada pergerakan luar biasa ini.”

Ditubuhkan pada tahun 1947, VitaHealth ialah syarikat farmaseutikal milik Australia yang dipercayai, dengan lebih 350 produk di seluruh Asia Tenggara dan China. Dikenali dengan fokusnya terhadap kesihatan fizikal dan kesejahteraan mental, VitaHealth terus menjadi peneraju dalam menyediakan suplemen kesihatan premium yang meningkatkan kualiti hidup.

Acara ini adalah satu sambutan perayaan kesihatan dan kecergasan yang menyerlahkan misi berterusan VitaHealth untuk mempromosikan pendekatan holistik terhadap kesihatan, merangkumi aspek fizikal dan mental, untuk kualiti hidup yang lebih baik.