Wednesday, October 30, 2024

Konsert Dato Jamal Abdillah Sandarkan Pada Kenangan Mencari Azura Bakal Berlangsung Pada Februari 2025

Hi Korang,

Sudah menjayakan ribuan persembahan berskala besar don kecil sejak lebih 4o tahun bergelar penghibur bukan alasan untuk Dato Jamal Abdillah berhenti beraksi di atas panggung. Sebaliknya setiap pengalaman yang diperoleh lewat semua persembahan yang pernah dipersembahkan sentiasa diambil lalu disatukan untuk sebuah lagi pertunjukan yang penuh bertenaga dan semakin matang. Maka bukan satu 'dosa' apabila penghibur berusia 65 tahun tersebut bakal muncul dengan Konsert Dato Jamal Abdillah Sandarkan Pada Kenangan Mencari Azura.


Konsert Dato Jamal Abdillah Sandarkkan Pada Kenangan Mencari Azura yang dijadual berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 15 Februari 2o25 dianjurkan bersama oleh Live Injection dan NJ Resources.

la akan menjadi konsert solo perdana Jamal Abdillah pada tahun 2o25 sekaligus membuktikan kewujudannya dalam belantika muzik masih relevan dan sentiasa dilihat mampu menawan hati peminat. Membawa nama yang cukup ikonik di bawah 'bendera' konsert kali ini iaitu juduul lagu hit beliau, Sandarkan Pada Kenangan dan Azura, penganjur percaya dengan magnet penyanyi bersuara emas yang dimiliki Jamal Abdillah akan membuat ruang Zepp Kuala Lumpur penuh.


"Selaku penganjur kami di Live Injection don NJ Resources sentiasa melihat kualiti dan jenama seorang penghibur bersuara emas iaitu Dato Jamal Abdillah tidak akan pernah pudar selagi beliau berada dalam industri seni tempatan. Kami percaya dengan semua pengalaman, pesona dan untaian lagu hit yang telah dirakamkan Jamal Abdillah sejak awal pembabitan sehingga kini, penganjuran Konsert Dato Jamal Abdillah Sondarkan Pada Kenangan Mencari Azura akan menjadi sebuah pertemuan penuh nostalgia buat peminat. Sementelah ini adalah pertama kali Jamal Abdillah beraksi di panggung Zepp Kuala Lumpur secara solo dan suasana yang lebih intim ini akan mencipta momen tersendiri buat penghibur kesayangan ramai ini dan peminatnya," ujar Edy J dari Live Injection.

Bagi Jamal Abdillah meski sudah ribuan kali membuat persembahan, bukan bermaksud beliau boleh sambil lewa dan berasa tanggungjawab yang diberikan penganjur sesuatu yang 'ringan' hanya kerana telah memiliki segudang pengalaman.

Sebaliknya, setiap kali dilamar terbabit dalam persembahan apalagi berskala besar seperti Konsert Dato Jamal Abdillah Sandarkan Pada Kenangan Mencari Azura, beliau akan sentiasa 'melakukan kerja sekolah' demi menhadirkan persembahan terbaik. Perasaan berdebar akan selalu hadir namun ia 'dibunuh' dengan keterujaan yang besar buat Jamal Abdillah menyambut kehadiran peminat yang selama ini menjadi tulang belakang perjalanan kariernya sejak berabad lama.

Berbekalkan lagu-lagu nostalgia yang cukup pekat di ingatan dan 'sing along' seperti Penghujung Rindu, Gadis Melayu, Kekasih Awal Dan Akhir, Sepi Seorang Perindu serta Di Sudut Kamar Hatiku, Jamal Abdillah tidak memerlukan lebih banyak bukti untuk dijadikan daya penarik ke konsert tersebut.

"Memang Konsert Dato Jamal Abdillah Sandarkan Pada Kenangan Menoari Azura akan menjadi siri persembahain skala besar dari saya sekali lagi sebagaipenghibur namun peminat akan melihat dan menikmati rendisi lagu bersifat nostalgia yang di sampaikan dalam suasan baru. Harapan saya peminat yaang tahu mengenai penganjuran Konsert Dato Jamal Abdillah Sandarkan Pada Kenangan Mencari Azura di Zepp Kuala Lumpur, 1s Februari 2025 datang beramai-ramai ke konsert ini.



Kenapa kena hadir? 
Kerana ia akan menjadi sebuah kenangan terbaik yang akan diberi lalu dinikmati bersama-sama pada awal tahun 2025 nanti," ujar Jamal Abdillah.


Dan untuk peminat dan pengikut setia Dato' Jamal Abdillah, hadirlah ke Zepp malam itu nanti dengan berpakaian era 8o'an kerana itu tema pakaian yang ditetapkan untuk malam itu. Semoga kita semua hadir bukan hanya dengan memori zaman Boan tetapi juga jiwa segar di tahun-tahun itu!


Untuk mengetahui keunikan dan kelainan yang bakal ditonjolkan pada Konsert Dato Jamal Abdillah Sandarkan Pada Kenangan Mencari Azura, peminat boleh membeli tiket pada kategori berbeza bermula 
harga RM 360 (CAT 04)
RM 380 (CAT 03)
RM 340 (CAT 2)
RM 395 (CAT 1)
RM7,500 (VIP BOX- 8 orang)

Pembelian boleh dibuat melalui atas talian menerusi TICKET2U.COM dan untuk maklumat lanjut, sila layari www.live-injection.com atau email hello@live-injection.com.

Tuesday, October 22, 2024

PERFUME PARADISE PENAJA UTAMA HAVOC FOOD FESTIVAL 2024-2025

Hi Korang,

Memasuki tahun kelima penganjuran, Havoc Food Festival di bawah platform Havoc Event Management Sdn Bhd masih mempunyai matlamat yang sama iaitu menjadi hub atau karnival makanan terbaik buat para usahawan bumiputera dalam menjana pendapatan.


Terbaharu, Havoc Food Festival akan bermula 24 Okt sehingga 27 Oktober 2024 di Dtempat Country Club Sendayan, Negeri Sembilan bermula pukul 11 pagi hingga 12 tengah malam,



Mereka akan ke terbang buat julung kalinya ke Sabah bersempena Havoc Tour Sabah 2024 mulai 30 Okt sehingga 3 November di SICC Kota Kinabalu Sabah dan meneruskan Havoc Food Festival di Komplek Sukan Sandakan pada 6 Nov hingga 10 Nov 2024.

Havoc Food Festival sekali lagi juga bukan tentang karnival makanan semata-mata tetapi diisi pelbagai aktiviti buat pengunjung dan menampilkan vendor-vendor tempatan, serta memberi peluang kepada usahawan makanan untuk memasarkan produk mereka kepada lebih ramai orang, seterusnya meningkatkan pendapatan dan memperluas pelanggan.

Buat julung kali, bermula Havoc Food Festival 37.0 2024 menerima tajaan daripada Perfume Paradise yang menyifatkan karnival makanan ini selaras dengan matlamat mereka dalam usaha membantu para usahawan bumiputera berkembang.


“Kami di Perfume Paradise berbesar hati menjadi penaja utama Havoc Food Festival 2024 -2025 kerana melihat usaha yang dilakukan karnival ini adalah selari dengan matlamat kami iaitu membantu golongan usahawan bumiputera berkembang dengan perniagaan mereka. Sebagai syarikat bumiputera juga, Perfume Paradise mahu bersama-sama mengukuhkan platform Havoc Event & Management dalam menjalin kerjasama bukan hanya dalam kalangan para usahawan sektor IKS tetapi juga bersama para selebriti, pempengaruh dan semua pengguna media sosial yang dapat menyokong ekonomi setempat. Menerusi pembabitan julung kali Perfume Paradise dalam Havoc Food Festival , kami berharap agar orang ramai dapat hadir dan menyokong karnival makanan ini selain mendapat manfaat daripada beberapa program yang dianjurkan sepanjang empat hari ia berlangsung,” ujar Ketua Pagawai Eksekutif Perfume Paradise, Nur Afiqah Amran.

Ketua Pegawai Operasi Perfume Paradise, Mohd Safwan Shari pula memaklumkan Havoc Food Festival akan menjadi tajaan penuh pertama daripada syarikat mereka sebelum mempunyai beberapa projek lain bersama Havoc Event & Management.

“Perfume Paradise bakal menjalin banyak kerjasama dengan Havoc Event & Management pada masa akan datang dan kami mempunyai banyak rancangan perniagaan bersama yang mahu dilakukan sepanjang tahun 2025,” ujar Safwan.

Sementara itu, Havoc Event & Management selaku penganjur berikrar karnival yang diadakan selama empat hari di Sendayan akan berjalan dengan lebih lancar dan tidak mengecewakan pengunjung.

Selain disertai oleh para usahawan yang menjual pelbagai produk berasaskan makanan, Havoc Food Festival juga dimeriahkan dengan pembabitan barisan selebriti dan pempengaruh.

“Selaku penganjur kami akan memperbaiki mutu penganjuran karnival pada setiap tahun dan begitu juga yang telah dilakukan Havoc Event & Management menerusi Havoc Food Festival kali ini. Selain pesta atau karnival makanan, pengunjung boleh terlibat dengan pelbagai aktiviti yang dianjurkan sama ada bersifat riadah atau pengisian rohani. Dan ramai selebriti serta pempengaruh yang menanti pengunjung bukan hanya untuk menjual beli tetapi beramah mesra dengan selebriti yang mereka minati,” ujar Encik Faizul Ketua Pengarah Urusan, Havoc Event & Management.


Antara selebriti dan pempengaruh yang akan memeriahkan penganjuran Havoc Food Festival kalini termasuklah Ojen Aiwahh, Azza Elite , Reen Rahim ,Qistina Raisyah , Syura Badron, AI Sulong , Vicha Saywho, Cat Farish, Shikin Maembong, Asfan Shah, Liya Maisara, Vokey, Eira Aziera , Pablo Faka , Afiqah Hasanah , Daud Reny Latah, Cikidot,Aliyah Balqis , Mat Alip , Zaki Azman , Raa Suzuran, Baby Ainatul dan ramai lagi.

Tidak lengkap Havoc Food Festival 37.0 kalini tanpa pengisian lain seperti acara Havoc Berselawat dan Qasidah Perdana yang diterajui Sheikh Imran Angulia , Ustaz Bashir Mohammed Azhari bersama kumpulan qasidah Nur Ahli Badar.

Program “Our Next Guest “ sebuah program podcast baharu yang diperkenalkan di Havoc Food Festival kalini , membawakan pengacara popular daripada Singapura iaitu Dynn Norahim sebagai moderator serta menampilkan selebriti-selebriti popular yang sedang berhijrah yang akan dijalankan penggambaran di setiap lokasi Havoc Food Festival dan disiarkan di saluran youtube SoutulDeen.

“Kami sebolehnya ingin menganjurkan sebuah karnival yang seimbang bukan hanya buat golongan usahawan bumiputera yang terlibat tetapi memberi manfaat kepada pengunjung yang hadir.

“Maka dengan itu jangan lupa kunjungi Havoc Food Festival 37.0 2024 bermula 24 Okt hingga 27 Oktober 2024 bermula pukul 11 pagi hingga 12 tengah malam di Dtempat Country Club Sendayan, Negeri Sembilan.

“Semoga penganjuran kali ini mendapat sambutan dan kami terus menganjurkan karnival yang sama pada tahun akan datang,” Faizul lagi.

INFORMASI

ACARA: HAVOC FOOD FESTIVAL 37.0 2024
PENAJA UTAMA: PERFUME PARADISE
PENGANJUR: HAVOC EVENT & MANAGEMENT SDN BHD

TARIKH: 24 OKT - 27 OKTOBER 2024
LOKASI: DTEMPAT COUNTRY CLUB SENDAYAN, NEGERI SEMBILAN
MASA: 11 PAGI - 12 TENGAH MALAM

SELEBRITI & PEMPENGARUH: 
Ojen Aiwahh, Azza Elite , Reen Rahim ,Qistina Raisyah , Syura Badron, AI Sulong , Vicha Saywho, Cat Farish, Shikin Maembong, Asfan Shah, Liya Maisara, Vokey, Eira Aziera , Pablo Faka , Afiqah Hasanah , Daud Reny Latah, Cikidot, Aliyah Balqis, Mat Alip , Zaki Azman , Raa Suzuran, Baby Ainatul dan ramai lagi.

AKTIVITI UTAMA MALAM :

HAVOC GAMES SHOW 9 MALAM- 25/10/2014
AZZA ELITE, VICHA SAYWHO , DAUD LATAH

PODCAST OUR NEXT GUEST LIVE 9 MALAM - 25/10/2024
MODERATOR : DYNN NORAHIM
ARTIS : AI SULONG

HAVOC BERSELAWAT DAN QASIDAH PERDANA 9 MALAM: 26/10/2024
Sheikh Imran Angulia , Ustaz Bashir Mohammed Azhari bersama kumpulan qasidah Nur Ahli Badar.

PENYANYI PERSEMBAHAN MALAM 9 MALAM- 27/10/2024
KuCAIMARZ
JELLY BELLY
ASFAN SHAH

Saturday, October 19, 2024

‘TAMASHII SPOT POP UP X ULTRA HEROES’ 2024 Kini di MyTown Kuala Lumpur

Hi Korang,

Ok mana dia peminat Ultraman di senantero Malaysia nieh!!

Mari kak lily nak kongsikan info menarik mengenai karaktor yang sentiasa menjadi pujaan kak lily sejak dari kecik dulu hehehhehe...


TAMASHII SPOT POP UP X ULTRA HEROES 2024 kini berada di Malaysia bersedia menemui peminatnya, dari 18 hingga 27 Oktober 2024 di Pusat Beli-Belah MyTown, Kuala Lumpur.

Seriously korang akan alami sendiri sorotan menarik yang dipersembahkan secara langsung yang pasti memikat hati peminat dan pengumpul figura dari siri aksi ikonik Jepun yang tidak lapuk ditelan zaman, ULTRAMAN! Oh ya korang akan jadi di antara peminat terawal bertemu dengan Ultra Hero terbaharu, Ultraman Arc, yang tampil di Malaysia menerusi persembahan pentas yang menarik.


Kemudiannya korang dapat bergambar dengan patung Ultraman Arc bersaiz manusia (setinggi 2 meter), yang diukir berdasarkan S.H.Figuarts! dan jika tahun lalu korang terlepas peluang bergambar dengan Ultraman Blazar, jangan bersedih kerana patung hero ini akan turut dipamerkan.




Selain daripada itu di roadshow ini juga akan ada pameran figura-figura Eksklusif Acara dan Tamashii Spot yang menjadi buruan ramai!

Semalam kak lily berpeluang untuk ke pameran TAMASHII SPOT POP UP X ULTRA HEROES 2024 ini dapat menyaksikan sendiri

Persembahan Pentas Ultraman Arc, Ultraman Zero, Ultraman Belial dan Bemzeed


Sebagaimana korang tau yang setiap tahun akan akan persembahan pentas dan tahun ini. ianya menjanjikan persembahan pentas yang lebih mendebarkan, penuh aksi hebat, mengasyikkan dan dekat berbanding tahun-tahun sebelumnya dengan barisan pelakon yang lebih ramai serta tempoh pementasan yang lebih panjang.






Menampilkan Ultraman Arc, Ultraman Zero, Ultraman Belial dan Bemzeed, tempoh persembahan dipanjangkan daripada 5 minit ke 20 minit untuk mementaskan kelincahan aksi Ultra Hero kami beradu tenaga.

Jangan lupa tandakan tarikh ini di kalender anda supaya anda tidak terlepas peluang menyaksikan persembahan pertama pada 19 Oktober, jam 1 petang. Persembahan ulangan pula dijadualkan pada hujung minggu iaitu pada 19, 20, 26 dan 27 Oktober, jam 1 petang, 3.30 petang dan 6 petang untuk setiap tarikh. (Jadual ini tertakluk pada perubahan tanpa notis awal)

Meet & Greet Ultraman Arc dan Ultraman Zero





Sesi Ramah Mesra pula akan diadakan sejurus selepas setiap persembahan tamat. Hanya dengan berbelanja sebanyak RM200 di lokasi acara atau membeli figura S.H.Figuarts Ultraman Arc, akan melayakkan korang mendapat tiket Ramah Mesra untuk bersama Ultraman Arc dan Ultraman Zero untuk merakam gambar kenangan dengan hero kesayangan korang! Bagaimanapun, tiket adalah terhad dan diberi berdasarkan ‘siapa cepat dia dapat’


Pameran Tamashii Nations


Oleh itu rancang kunjungan korang ke sini, supaya korang boleh menjamu mata sepuasnya melihat keistimewaan yang dipaparkan pada figura-figura terbaharu dari Tamashii Nations.


Ia bukan sekadar hero S.H.Figuarts siri Ultraman bahkan watak-watak popular lain daripada siri Jump seperti ‘DRAGONBALL’, ‘ONE PIECE’, ‘NARUTO’, ‘DEMON SLAYER: KIMETSU NO YAIBA’ dan ‘KAIJU NO.8’ turut dibawa ke acara in untuk menemui peminatnya.

Sekiranya anda berminat pada mana-mana figura berkualiti tinggi yang kami pamerkan, singgahlah di sudut jualan untuk menambah koleksi anda.



Semua pengumpul setia anime dan figura juga boleh mendapatkan figura acara Tamashii Nations yang eksklusif, S.H.Figuarts Ultraman Belial - Clear Color ver.!


Atas permintaan ramai, S.H.Figuarts Ultraman Zero - Clear Color ver., S.H.Figuarts Ultraseven (THE MYSTERY OF ULTRASEVEN), dan S.H.Figuarts Ultraman (THE RISE OF ULTRAMAN) akan turut kembali ke sini untuk bertemu peminat di Malaysia.

Bersempena Ulang Tahun CHOGOKIN ke-50, figura eksklusif CHOGOKIN ke-50 iaitu METAL ROBOT SPIRITS WING GUNDAM ZERO dan METAL BUILD EVANGELION TEST TYPE-01 akan turut dijual sepanjang acara ini.

Menyusuli TAMASHII SPOT POP UP X ULTRA HEROES di Malaysia, acara Tamashii Nations seterusnya dijadualkan akan berlangsung di beberapa negara lain di Asia Tenggara! Dapatkan makluman terkini mengenainya di halaman Facebook rasmi Tamashii Nations South Asia.

Jom ramai-ramai jangan lepaskan peluang ke:


Lokasi:
Central Town, Aras Bawah,
Pusat Beli-Belah MyTOWN, Kuala Lumpur.

Tarikh:
18 – 27 Oktober 2024

Masa:
10.00 Pagi – 10.00 Malam

Masuk adalah PERCUMA ke acara TAMASHII SPOT POP UP X ULTRA HEROES.

Jadi, jangan lupa untuk berkunjung ke TAMASHII SPOT POP UP X ULTRA HEROES 2024 dan pasti korang gembira melihat aksi Ultraman di hadapan mata!


#Tamashiispotpopup2024
#Ultraheroes2024
#UltramanArc
#TamashiiNations
#Ultraman