Thursday, September 26, 2024

Malam Amal Kempen Tabung Pahlawan 2024/2025 Dan Pelancaran Kad Veteran Digital

Hi Korang,

YABhg Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail, Penaung Kempen Tabung Pahlawan telah menyempurnakan Majlis Malam Amal Tabung Pahlawan 2024/2025 bertempat di Dewan Perkasa, Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia (ATM). 


Beliau turut diiringi, YB Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin, Menteri Pertahanan Malaysia dan Mejar Jeneral Dato’ Haji Semaon bin Haji Marjuki, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV ATM).


Pada dasarnya, objektif utama Majlis Malam Amal Tabung Pahlawan 2024 diadakan bagi menghormati jasa dan pengorbanan wira-wira negara yang telah berjuang demi keamanan dan kedaulatan tanah air. Tujuan utama program ini dilaksanakan adalah untuk mengumpul dana bagi menyokong program kebajikan veteran dan orang tanggungan. 

Sumbangan daripada tabung ini pasti akan digunakan untuk meringankan beban kewangan keluarga veteran termasuk pembelian peralatan pesakit khas yang tidak dapat dibekalkan oleh JHEV ATM berdasarkan kepada isu kesihatan yang disahkan pegawai perubatan. Selain itu, inisiatif ini juga dapat merangsang dan meningkatkan tahap patriotisme, sekaligus memupuk semangat menghargai jasa veteran di kalangan semua lapisan rakyat Malaysia. Melalui program KTP ini, masyarakat berpeluang menghayati sejarah perjuangan dan pengorbanan para pejuang negara terdahulu, khususnya dalam usaha mencapai kemerdekaan.


Pelbagai program dijalankan sempena Kempen Tabung Pahlawan antaranya Pertandingan Pancing, Larian, Pertandingan Golf dan Malam Amal. Pada tahun 2023, Kempen Tabung Pahlawan telah berjaya mengumpul lebih daripada RM1.3 juta melalui pelbagai acara amal dan sumbangan.

Dana ini telah digunakan untuk membantu lebih daripada 10,000 orang individu, termasuk anak yatim, warga emas, dan mereka yang kurang berkemampuan. Melalui Majlis Malam Amal tahun ini yang turut dirasmikan oleh Penaung, JHEV ATM mensasarkan kutipan sebanyak RM3 juta bagi meneruskan agenda kebajikan Veteran ATM.




Terdahulu, Yang Berhormat Menteri Pertahanan telah menerima sumbangan korporat dari para penyumbang Tabung Pahlawan bagi tahun 2024. Penyumbang-penyumbang tersebut terdiri daripada Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Bousted Petroleum Marketing Sdn. Bhd. (BHPetrol), DRB-HICOM Defence Technologies Sdn. Bhd. (DEFTECH), Pasukhas Development Sdn. Bhd., Rasumi Medipharma Sdn. Bhd., Bank Muamalat Malaysia Berhad, Affin Bank Berhad, Koperasi Tentera dan yang lain.


Dalam pada itu, orang ramai juga berpeluang menzahirkan sokongan kepada kempen ini dengan cara menyumbang terus ke akaun Kempen Tabung Pahlawan menerusi akaun berikut: -

a. Yayasan Veteran ATM

(Malayan Banking Berhad – 5643 4262 2956)

(CIMB Islamic Bank Berhad – 8604 2715 71)

b. Tabung Rayuan Hari Pahlawan

(Affin Islamic Bank Berhad – 1059 5000 3201).

Selari dengan tema Majlis Makan Malam Amal, Kempen Tabung Pahlawan 2024/2025, “Meraikan Bintang, Metamorfosis Ke Masa Hadapan”, JHEV ATM juga telah memperkenalkan penggunaan Kad Veteran Digital Veteran ATM. Inisiatif ini merupakan transformasi Kad Veteran ATM manual (kad plastik) kepada Kad Veteran Digital dengan pelbagai fungsi yang akan memberikan kebaikan dan faedah kepada keseluruhan warga veteran ATM. Kad tersebut akan dipaparkan dalam peranti mudah alih seperti telefon pintar dan tablet melalui aplikasi Veteran Integrated Benefit System (VIBES) 2.0.


Penggunaan kad veteran digital ini akan memudahkan veteran untuk mengakses setiap perkhidmatan yang disediakan oleh JHEV ATM. Ianya akan mengurangkan kebergantungan kepada kad fizikal yang mungkin hilang atau rosak, selain dapat menguruskan maklumat veteran dengan lebih efisien. Intihanya, inisiatif ini membawa harapan dan kesejahteraan kepada veteran, menunjukkan bahawa mereka masih penting dalam struktur sosial dan ekonomi negara.


Untuk info lanjut, boleh ke sosial media Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV ATM) seperti berikut :

FB: www.facebook.com/JHEVATM
Twitter: twitter.com/MYJHEVATM/
IG: https://www.instagram.com/jhevatm/

Wednesday, September 25, 2024

Arexvy Vaksin Dari GSK Dapat Melindungi Warga Emas Dijangkiti Penyakit Respiratory Syncytial Virus (RSV)

Hi Korang,

GlaxoSmithKline Pharmaceutical Sdn Bhd (GSK) telah mengumumkan bahawa Arexvy (MAL24086007ARZ) telah diluluskan di Malaysia untuk RSV, iaitu virus pernafasan yang lazim yang boleh membawa kesan klinikal yang serius, seperti penyakit saluran pernafasan bawah (LRTD) dan pneumonia.


Ini merupakan vaksin RSV yang diluluskan untuk golongan warga emas berumur 60 tahun ke atas di negara ini. Vaksin adjuvan ini berpotensi untuk mentransformasikan usaha dalam mengurangkan beban RSV kepada golongan warga emas, sistem penjagaan kesihatan, dan masyarakat.


Kelulusan ini berdasarkan data positif daripada percubaan fasa III yang menunjukkan keberkesanan vaksin keseluruhan sebanyak 82.6% terhadap LRTD. vii Keberkesanan sebanyak 94.6% diperhatikan terhadap RSV-LRTD dalam kalangan orang dewasa dengan komorbiditi.

Dalam pelbagai kajian, vaksin ini secara amnya diterima baik dengan profil keselamatan yang mencukupi. Antara kesan buruk yang diperhatikan ialah kesakitan di tapak suntikan, keletihan, mialgia, dan sakit kepala. Kesan-kesan ini lazimnya adalah ringan hingga sederhana dan bertahan dalam masa beberapa hari selepas divaksinasi.

Walaupun RSV ialah penyakit yang menyerang semua peringkat usia, pada tahun 2019 kesan RSV pada orang dewasa berusia 60 tahun dan ke atas adalah ketara, mengakibatkan lebih 470,000 dimasukkan ke hospital dan 33,000 kematian di negara-negara berpendapatan tinggi. ii Orang dewasa dengan komorbiditi sedia ada, termasuk penyakit paru-paru obstruktif kronik (COPD), asma, diabetes, dan kegagalan jantung kronik (chronic heart failure, CHF) berisiko tinggi untuk mengalami penyakit RSV yang parah.

Sejak pandemik COVID-19, terdapat perubahan dalam corak jangkitan bermusim akibat langkah-langkah perlindungan COVID-19. Khususnya di Malaysia, jangkitan RSV berlaku sepanjang tahun, dengan kemuncak yang ketara lazimnya berlaku antara bulan Julai hingga Ogos, serta Oktober hingga Disember.


Profesor Dr. Ahmad Izuanuddin Ismail, Timbalan Pengarah & Perunding, Perubatan Pernafasan, Hospital Al Sultan Abdullah Universiti Teknologi MARA (HASA UiTM) berkata 'RSV boleh menyebabkan kesan yang parah, terutamanya dalam kalangan warga emas dengan komorbiditi seperti asma, COPD, dan kegagalan jantung kronik. iii Mereka juga berisiko tinggi untuk hospitalasasi selepas dijangkiti RSV. iii Oleh itu, adalah penting untuk kita melindungi pesakit berusia 60 tahun dan ke atas yang mempunyai komorbiditi. Di Malaysia, menurut Tinjauan Morbiditi Kesihatan Nasional 2023 (NHMS), lebih daripada setengah juta orang dewasa hidup dengan empat komorbiditi. Daripada jumlah ini, 15.6% daripada populasi dewasa mempunyai diabetes.

Sudah tiba masanya kita melindungi warga emas dengan keadaan kesihatan yang mendasari daripada jangkitan RSV untuk membolehkan mereka menjalani kehidupan yang berkualiti terutamanya ketika usia emas mereka. Dengan mengutamakan kesejahteraan golongan warga emas, secara kolektif kita dapat memupuk masyarakat yang lebih sihat dan lebih cergas, dan meningkatkan kualiti hidup untuk semua generasi'.


Dr. Alap Gandhi, Pengarah Perubatan, GlaxoSmithKline Pharmaceutical Sdn Bhd (GSK) Malaysia dan Brunei berkata 'Pengunuman hari ini merupakan langkah besar ke hadapan dari perspektif kesihatan awam kerana ia membolehkan kami menyediakan vaksin bagi RSV di Malaysia bagi melindungi golongan warga emas. Kami berharap dapat bekerjasama dengan pelbagai pihak berkenanaan untuk memastikan mereka yang berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan RSV yang parah ini dapat akses sewajarnya kepada vaksin ini'.


Jadi, sudah tiba masanya kita melindungi warga emas dengan keadaan kesihatan yang mendasari daripada jangkitan RSV untuk membolehkan mereka menjalani kehidupan yang berkualiti terutamanya ketika usia emas mereka.

Tuesday, September 24, 2024

AINZ & TULPE Menampilkan Pelancaran TIRTIR Eksklusif di Malaysia

Hi Korang,

AINZ & TULPE merupakan pembekal kecantikan Jepun yang terkenal dan berbangga untuk menjadi yang pertama di Malaysia yang memperkenalkan rangkaian produk TIRTIR yang digemari secara eksklusif, menawarkan pengalaman yang tiada tandingan kepada penggemar kecantikan. Sempena pelancaran, AINZ & TULPE mengadakan promosi istimewa bermula dari 13 hingga 29 September 2024. Sepanjang waktu promosi ini berlangsung, pengguna boleh menikmati diskaun sebanyak 10% eksklusif untuk semua produk TIRTIR di kedai AINZ & TULPE di Mid Valley Megamall, Sunway Pyramid, Pavilion Bukit Jalil, dan IOI City Mall.

AINZ & TULPE, berasal dari Jepun sejak tahun 2002 telah berkembang hingga 83 kedai di seluruh Jepun menawarkan produk-produk kecantikan dan kesihatan terkini. Pada Mei 2022, ia berkembang di peringkat antarabangsa dengan cawangan pertamanya di Malaysia, dan menjadi destinasi utama kepada mereka yang mencari trend kecantikan Asia yang terbaik khas bagi penggemar kecantikan. 


Berpegang teguh pada misinya untuk menjadi pembekal kecantikan Asia terkemuka yang memperkenalkan jenama dan trend yang menarik, AINZ & TULPE berbangga untuk menjadi antara yang pertama membawa masuk produk kecantikan TIRTIR yang sangat digemari oleh pengguna Malaysia.


TIRTIR diasaskan pada 2015, telah mencipta nama dalam industri kecantikan dengan menghasilkan produk yang maju dengan gabungan terbaik dari alam semula jadi dan sains. Penawaran terbaru di AINZ & TULPE termasuk produk terkenal TIRTIR yang dinanti-nantikan seperti TIRTIR Mask Fit Red Cushion, TIRTIR Tone Up Essence, Titir Mask Fit Aura Cushion, TIRTIR Mask Fit Cushion, TIRTIR Mask Fit All-Cover Cushion, TIRTIR Tone Up Cream, dan TIRTIR Mask Fit All-Cover Dual Concealer. 

Produk ini menjadi kegemaran ramai kerana perlindungannya yang sempurna, tekstur yang ringan, dan mempunyai khasiat yang menyuburkan kulit, menjadikannya sempurna untuk sebarang rejimen kecantikan.



TIRTIR Mask Fit Red Cushion, merupakan produk yang terlaris di Jepun, menawarkan perlindungan sehingga 72 jam dengan kemasan separa “matte”, memastikan kulit berseri dan kelihatan licin bak kaca. Rekaan “puff” berbentuk telur yang unik membolehkan aplikasi yang tepat, meliputi setiap sudut wajah.


TIRTIR Tone Up Essence ialah produk asas serba guna yang melindungi kulit daripada sinaran matahari, memberikan manfaat penjagaan kulit, dan hasil kulit yang berseri. Dengan pilihan warna Mint, Lavender dan Beige, ia bukan sahaja melindungi kulit daripada sinaran matahari tetapi juga memperbaiki tona kulit, melembapkan, dan memberikan efek kulit yang segar.

Sebagai pelopor dalam menawarkan produk-produk kecantikan kepada ramai, AINZ & TULPE merupakan yang pertama untuk memperkenalkan produk kecantikan TIRTIR di Malaysia, menawarkan diskaun sebanyak 10% untuk semua rangkaian produk TIRTIR dari 13 hingga 29 September 2024, menggalakkan pengguna merasai pengalaman produk kosmetik berkualiti tinggi ini.

“Kami sangat teruja untuk membawa rangkaian produk TIRTIR yang menarik ini ke Malaysia, memberi peluang untuk pengguna-pengguna kami untuk mengalami inovasi kecantikan terkini daripada jenama terkenal ini. Komitmen TIRTIR terhadap produk berkualiti dan kesihatan kulit sejajar dengan misi kami untuk menawarkan hanya yang terbaik kepada pengguna kami,” kata Seiji Kato, Ketua Pegawai Operasi AMC Retail Malaysia Sdn. Bhd.

AINZ & TULPE mengalu-alukan semua peminat kecantikan di Malaysia untuk mengunjungi AINZ & TULPE untuk meneroka produk TIRTIR yang ditawarkan. Program kesetiaan jenama AINZ & TULPE turut menawarkan manfaat dan diskaun kepada pelanggan setia, memastikan pengalaman beli-belah yang berbaloi dan tidak dapat dilupakan.

Untuk maklumat lanjut mengenai AINZ & TULPE, 
layari www.ainz-tulpe.com.my, kedai atas talian Shopee https://shopee.com.my/atmy2024

and ikuti kami di laman sosial: