Wednesday, December 23, 2020

Kempen Cerahi Kehidupan Bersama TOP Amalkan Norma Baharu Bantu Anak Orang Asli Kembali ke Sekolah Dengan Selamat

Hi Korang,

Dengan peningkatan kes COVID-19 di Malaysia dan peralihan pembelajaran dalam talian, kanak-kanak tidak sabar ingin kembali ke sekolah pada tahun 2021. Namun wabak Covid-19 yang telah menjejaskan ekonomi negara terutama dalam kalangan pelajar Orang Asli telah membantutkan rancangan mereka untuk kembali ke sekolah. 


TOP, pemenang anugerah Platinum Putra Brand Award 2019 bagi kategori produk keperluan rumah[1], kini kembali dengan kempen amal ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’ dengan matlamat menyediakan kelengkapan kembali ke sekolah bagi 364 orang pelajar Orang Asli di Pahang, Perak dan Johor bagi sesi persekolahan tahun 2021. 

Bagi mengurangkan risiko kanak-kanak ini dijangkiti COVID-19, TOP akan menyumbang dua pelitup muka kain guna semula di samping kelengkapan kembali ke sekolah seperti pakaian seragam baharu, kasut, stoking, beg sekolah, set alat tulis, pensil warna dan buku latihan untuk setiap kanak-kanak. Sumbangan ini bertujuan menyuntik semangat kanak-kanak ini untuk hadir ke sekolah dan meringankan beban kewangan ibu bapa mereka serta meyakinkan ibu bapa ini bahawa anak-anak mereka dilindungi daripada pandemik. 

Selama lima tahun ia berlangsung, kempen ini telah membantu kira-kira 2,500 orang kanak-kanak berumur antara 7 ke 17 tahun dari 79 komuniti yang memerlukan termasuk Orang Asli, NGO anak yatim dan anak dari keluarga ibu bapa tunggal. 



Dengan kerjasama JAKOA, TOP telah menyenarai pendek sekolah yang dihadiri sepenuhnya oleh pelajar Orang Asli dari komuniti yang paling terjejas mata pencarian mereka akibat pandemik, di samping meraikan kepelbagaian, pencapaian dan ketabahan komuniti ini. Tiga buah sekolah rendah Orang Asli yang menerima kelengkapan kembali ke sekolah adalah SK Kampung Kudong, sebuah sekolah Orang Asli berpretasi tinggi di dalam hutan simpan di Bekok Johor; SK Pos Dipang di Jeram, Perak yang telah mempamerkan semangat kental dalam pemulihan selepas tanah runtuh, banjir dan tragedi lain; dan SK Terisu di Cameron Highlands, Pahang yang terpencil dan terjejas mata pencarian. 



Dana akan dikutip menerusi sumbangan sebanyak RM0.30 dari jualan produk detergen TOP di pasaraya TESCO dan TESCO Online dari 1 Disember ke 31 Disember 2020. JAKOA akan menghantar kelengkapan kembali ke sekolah ini kepada komuniti Orang Asli menjelang 15 Januari 2021 sebelum bermulanya penggal persekolahan yang baharu. 



TOP dari Lion Jepun tekenal dengan konsep kehidupan yang bersih menyeluruh dengan menggalakkan cucian pakaian yang lebih bersih, selesa dan kesejahteraan hidup yang lebih baik menerusi inovasi teknologinya. TOP Micro-Clean dengan teknologi Anti-Sebum menanggalkan kotoran ketara dan kotoran yang tidak kelihatan dengan berkesan. 

“Populasi Orang Asli merupakan antara yang paling terjejas mata pencarian akibat COVID-19. Dalam kerjasama kami dengan JAKOA, kami telah mengenalpasti penambahan pelitup muka jenis kain boleh guna semula sebagai satu cara untuk membendung penularan COVID-19 dengan melindungi kanak-kanak dan pada masa yang sama meringankan beban kewangan keluarga mereka.” 

TOP memasukkan pelitup muka tiga lapis guna semula dengan penapis tersedia dalam saiz kanak-kanak ke dalam kelengkapan kembali ke sekolah kerana pelitup muka jenis ini tahan lama dan ekonomi dalam jangka masa panjang berbanding pelitup muka jenis pakai buang. Sebagai melengkapkan usaha kelestarian ini, TOP akan menyumbang serbuk pencuci TOP Super Hygienic kepada setiap keluarga Orang Asli bagi menyediakan serbuk pencuci berprestasi tinggi yang boleh membersihkan pakaian mereka dengan lebih sempurna termasuk pakaian seragam sekolah dan pelitup muka kain. 

“Serbuk pencuci TOP Super Hygienic Powder dan cecair pencuci TOP Odour Buster Liquid Detergent amat sesuai digunakan terutamanya pada musim pandemik kerana formulasi anti bakterianya mampu menghapuskan 99.9% bakteria* untuk perlindungan maksimum dan ia juga mempunyai wangian anti peluh berprestasi tinggi bagi menghilangkan bau hapak, bau peluh dan menanggalkan sebum yang terperangkap. Kempen ini telah mendapat sambutan baik pengguna TOP selama lima tahun kebelakangan ini. Kami berharap mereka akan terus menyokong ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’ pada tahun ini kerana keperluan kali ini lebih memerlukan,” kata Pengurus Pemasaran Southern Lion Sdn Bhd (Bahagian Penjagaan Fabrik) Cik Ling Ai Li. 

Kempen ini selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025[2] yang menekankan pemulihan nasib pelajar Orang Asli menerusi kerjasama antara kerajaan dan swasta dalam mendekati ibu bapa dan komuniti bagi mengubah sistem pendidikan. Ia juga tepat pada masanya di saat negara sedang dilanda gelombang ketiga COVID-19. 

“Pandemik yang melanda ini secara tidak langsung memberi kesan yang mendalam terhadap masyarakat Orang Asli. Ada keluarga yang berasa bimbang dengan kesihatan anak-anak mereka kerana tidak mampu membeli pelitup muka, namun tidak mahu anak-anak ketinggalan dalam bidang akademik. Pembelajaran secara dalam talian agak sukar bagi komuniti ini yang tiada sambungan internet dan peranti elektronik yang diperlukan di rumah malah guru-guru perlu menghantar kerja rumah terus ke rumah para pelajar. Komuniti Orang Asli dan JAKOA mengalu-alukan sokongan rakyat Malaysia terhadap kempen kembali ke sekolah ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’ dan penambahan pelitup muka kain guna semula yang pasti akan membantu melindungi kanak-kanak, memberi keyakinan dan meringankan beban ekonomi ibu bapa,” kata Ketua Pengarah JAKOA, Prof Juli Edo.
 


Semasa tempoh kempen dari 1 hingga 31 Disember 2020, produk detergen TOP akan ditawarkan pada harga istimewa di semua pasar raya TESCO dan TESCO online. 

Untuk maklumat lanjut, layari http://www.southernlion.com.my atau hubungi talian khidmat pelanggan di 1800-88-0133. 

Cerahi Kehidupan Bersama TOP 2015 hingga 2019

Tahun

Bil. Pelajar Yang Mendapat Manfaat

NGO/Komuniti

2015

440

20

2016

400

16

2017

439

18

2018

500

18

2019

674

7

Jumlah

2,453

79



[2] Malaysian Education Blueprint (MEB) 2013-2025 https://www.moe.gov.my/dasar/1207-malaysia-education-blueprint-2013-2025/file

Friday, December 18, 2020

Hannah Delisha Duta Terbaru Jenama Minuman VIDA Vitamin C

Hi Korang,

Sebagai pengeluar minuman terkemuka dan inovatif di pasaran, DyDo Drinco Malaysia Sdn Bhd mengambil langkah yang memberi kelebihan kepada mereka memandangkan terdapatnya minat yang mendalam oleh orang ramai terhadap kesihatan imun, dengan memperkenal minuman baharu - vida Vitamin C yang mengandungi 1000mg vitamin C; yang bakal memenuhi peningkatan permintaan di kalangan pengguna berikutan pandemik ini. 


vida Vitamin C serba baharu ini adalah peluasan kepada jenama minuman sparkling vida yang diformulasikan menggunakan R&D dan kepakaran negara Jepun yang maju. Dengan kandungan 



1000mg Vitamin C dalam setiap tin, vida Vitamin C adalah minuman Vitamin C sparkling sedia untuk diminum pertama di Malaysia. Selain mendapat pengesahan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), minuman sparkling vida Vitamin C juga mendapat penganugerahan Healthier Choice Malaysia and Singapore kerana kandungan gula yang rendah dan untuk mengandungi dos Vitamin C harian yang disyorkan. 


Sistem imun tubuh sangat penting untuk kelangsungan hidup kita dan tanpa sistem imun yang kuat, tubuh kita akan terbuka untuk mendapat serangan bakteria, virus, parasit, dan banyak lagi. Cara yang berkesan untuk meningkatkan daya tahan tubuh adalah dengan pengambilan Vitamin C secara berkala kerana ia adalah komponen pemakanan penting yang terkenal dengan pelbagai manfaat kesihatan dan melindungi tubuh daripada jangkitan. Diktiraf di peringkat antarabangsa sebagai ‘Your Immunity Shield’, minuman sparkling vida Vitamin C diperkaya dengan 1000mg Vitamin C dan tawaran utamanya adalah untuk menjawab keperluan kepada minuman Vitamin C dalam format sedia untuk diminum yang penuh dengan nutrien dan manfaat kesihatan yang penting untuk kesihatan dan kesejahteraan badan kita semasa pandemik ini. 

Minuman sparkling vida Vitamin C ini sesuai untuk semua peringkat umur terutamanya bagi golongan pengguna yang selalu sibuk dan menjalani gaya hidup yang aktif serta senantiasa mencari minuman kesihatan berasaskan Vitamin C yang tidak renyah. Diperkaya dengan 1000mg Vitamin C, minuman sparkling vida Vitamin C adalah pilihan yang tepat semasa pandemik ini kerana ia menguatkan sistem imun, mengurangkan risiko penyakit jantung dan mencegah kekurangan zat besi di dalam badan kita serta mencerah dan menyerikan kulit kerana manfaat antioksidan. Dengan minuman sparkling vida Vitamin C pengambilan Vitamin C harian yang disyorkan menjadi lebih mudah. 


Minuman sparkling vida Vitamin C didatangkan dalam dua perisa menyegarkan iaitu vida Vitamin C Lemon Sparkling dan vida Vitamin C Orange Sparkling dengan khasiat dan vitamin dari 18 lemon dan 19 oren masing-masing. 

Setiap perisa memenuhi pengambilan Vitamin C yang disyorkan dalam saiz tin 325ml. Kedua-dua perisa ini boleh didapati oleh pengguna secara eksklusif di kedai serbaneka 7-11, petrolmart dan boleh dibeli melalui pembelian atas talian. 


En. Takeshi Suma, Ketua Pegawai Eksekutif, DyDo Drinco Malaysia Sdn Bhd berkata “Mengambil kira kriteria kerjaya yang progresif, gaya hidup dan penekanan kepada penjagaan kesihatan terutama semasa pandemik ini, kita tidak dapat mencari yang lebih baik daripada Hannah Delisha untuk untuk kami jadikan sebagai duta jenama minuman sparkling vida Vitamin C iaitu minuman Vitamin C sparkling sedia untuk diminum pertama di Malaysia. kerana Hannah mengamalkan gaya hidup moden yang sihat. Kedua, dia memiliki keperibadian seorang go-gether, di mana dia mengejar cintanya pada dunia lakonan tetapi pada masa yang sama, dia tidak alpa untuk mengamalkan kehidupan yang sihat. Terakhir, kami melihat Hannah sebagai pencetus trend yang aktif berkongsi perihal kerjaya lakonan dan nyanyiannya dengan peminat yang merupakan kumpulan sasar yang sama seperti vida C". 

Falsafah utama kami di DyDo adalah menghasilkan dan menyediakan minuman sihat yang bermanfaat kepada pengguna. Minuman sparkling vida vitamin C ini, kami menawarkan minuman Vitamin C 1000mg keluaran tempatan yang pertama dalam format siap untuk diminum. Melihatkan jumlah kes COVID-19 yang semakin meningkat setiap hari, ditambah pula dengan gaya hidup semasa yang penuh stres serta sibuk, wujudnya keperluan yang penting untuk meningkatkan imuniti dan kami mahukan minuman sparkling vida vitamin c menjadi jawapan kepada keperluan itu. 

Dengan rasa segar dan manis buah lemon dan oren, minuman sparkling vida vitamin C adalah puncak pertahanan harian kita. Ia mudah dinikmati dan boleh dibawa kemana-mana kerana didatangkan dalam tin bersaiz 325ml. Sesuai dalam apa jua keadaan dan tidak renyah, dengan minuman sparkling vida vitamin c, untuk mendapatkan dos vitamin C harian yang disyorkan kini menjadi lebih mudah. 

Untuk mempromsi manfaat kesihatan minuman sparkling vida vitamin C, kami bakal tampil dengan kempen yang akan bermula pada Januari 2021. Kami yakin bahawa kerjasama kami dengan Hannah hari ini membolehkan kami untuk menggalakkan rakyat Malaysia hidup penuh berseri dan meningkatkan perlindungan sistem imun dengan minuman sparkling vida vitamin C." 



Pelantikan Hannah Delisha sebagai duta jenama minuman sparkling vida Vitamin C amat tepat kerana beliau melambangkan maksud sebenar vida C sebagai sebuah jenama - sparkling, cantik, berpewatakkan anggun dan sentiasa ceria. Hannah memulakan kariernya di Singapura sebagai ahli kumpulan Delisha, kemudian muncul di beberapa rancangan televisyen yang diterbitkan oleh MediaCorp Suria yang kemudian membawa kejayaan sulung dan komersialnya di Malaysia menerusi adaptasi drama novel Mencintaimu Mr. Photographer pada tahun 2017. 


Dengan penglibatannya dalam lebih daripada 15 buah drama, telefilem serta filem yang menonjolkan kaliber lakonannya, kerja keras Hannah Delisha sebagai pelakon dan usahawan diiktiraf apabila dia dicalonkan dan memenangi anugerah Pasangan Serasi Filem pada malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2019, Artis Paling Popular Singapura pada Anugerah Planet Muzik ke-16 serta merangkul anugerah Asean Top Social Media Influencer serta diiktiraf dengan anugerah Special Talent Entrepreneur oleh The 100 Top Young CEO Awards pada tahun 2019. 


Hannah Delisha menjadi idola dan ikutan kepada 2.6 juta pengikutnya di laman Instagram dan telah membuktikan dirinya sebagai pelakon muda yang berpengaruh serta berjaya menempatkan namanya menjadi barisan utama di dalam industri filem dan drama tempatan. 

MENGENAI DyDo DRINCO MALAYSIA SDN BHD 

DyDo DRINCO, INC ('DyDo'), pengeluar minuman bebas alkohol yang terkemuka di Jepun dan berhasrat untuk mengubah landskap perniagaan minuman di Malaysia. Semua minuman DyDo diperakui halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan telah melalui kriteria penyelidikan yang berkualiti tinggi menggunakan teknologi canggih farmasi kumpulan DyDo iaitu DAIDO Pharmaceuticals Corporation (DAIDO Pharmaceuticals). DAIDO Pharmaceuticals mampu menghasilakn produk terkini seperti suplemen kecantikan dan minuman antioksidan untuk memenuhi trend semasa. 

Senarai produk di bawah DyDo Drinco Malaysia Sdn Bhd: 

● vida C 

● vida 

● BeFine 

● Yobick 

Untuk info lanjut, boleh ke :

Laman sesawang DyDo Drinco Malaysia Sdn Bhd: 

Laman sesawang DyDo Jepun: 

Laman Facebook Rasmi vida: 

Laman rasmi Instagram vida: 


MITSUI OUTLET PARK KLIA MEMBERI HARAPAN SEMPENA KRISMAS SEWAKTU PANDEMIK COVID-19

Hi Korang,

Mitsui Outlet Park KLIA Sepang (MOP KLIA), pusat beli-belah barangan Outlet Mall yang berasal dari Jepun ini memberi harapan kepada para pengunjung dan mereka yang kurang bernasib sempena Krismas dengan menyediakan hadiah-hadiah menarik serta pelbagai keriangan termasuk pembukaan outlet Coach yang baru. 


MOP KLIA membuat impian menjadi kenyataan pada sambutan Krismas ini apabila dua unit Toyota Vios, dua unit Honda Beat dan satu unit Vespa disediakan sebagai hadiah-hadiah untuk peraduan ‘Belanja dan Menang’. 


Untuk menyertai peraduan ini, para pengunjung harus berbelanja sekurang-kurangnya RM300 dalam maksimum dua resit berasingan. Peraduan ini berakhir pada 10 Januari 2020. Mulai 18 Disember, para pelanggan juga berpeluang untuk memenangi hadiah menarik ‘Putar dan Menang’ pada hari minggu dan juga pada cuti umum serta sehari sebelum sambutan Krismas dan Tahun Baru. 


Golongan kurang bernasib baik tidak dilupakan apabila MOP KLIA menyediakan peluang memenuhi senarai impian anak-anak daripada House of Joy (Children’s Home). House of Joy (Children’s Home) yang terletak di Puchong ini menempatkan seramai 50 anak-anak berumur dari 3 hingga 18 tahun. Pengunjung yang berhasrat memenuhi impian anak-anak ini boleh memilih kad impian, lakukan pembelian di MOP KLIA, kepilkan nama anak tersebut pada hadiah yang dibeli dan letakkan di Kaunter Informasi. 

“2020 bukanlah tahun yang memberansangkan bagi ramai yang terkesan dengan pandemik Covid-19 ini. MOP KLIA berharap aktiviti -aktiviti kecil sempena Krismas ini dapat mengukir senyuman di wajah mereka. Kami berharap para pengunjung kami akan turut berasa tenang dan ceria semasa membeli - belah di sini pada musim perayaan Krismas ini,” kata TJ Cheah, Timbalan Pengarah Urusan MFMA Development Sdn Bhd. 

MOP KLIA akan melanjutkan waktu operasinya sehingga jam 12 tengah malam bermula pada 18 hingga 20 Disember 2020 disertai diskaun-diskaun tambahan. Tawaran hebat untuk pembelian saat-saat akhir di samping diskaun sepanjang tahun turut diberikan. Ganjaran lain yang ditawarkan kepada pelanggan termasuklah pulangan wang tunai untuk pembelian minimum RM200 dalam maksimum dua resit berasingan bermula pada 24 hingga 27 Disember 2020 untuk 1,000 pelanggan pertama pada hari tersebut dan juga pada 31 Disember hingga 3 Januari 2021 untuk 500 pelanggan pertama pada hari tersebut. 


Tidak ketinggalan juga Kempen Pulangan Tunai Jenama Mewah yang berlangsung hanya dua hari (22 – 23 Disember 2020) dengan pulangan wang tunai sehingga RM200 untuk 500 pelanggan pertama yang layak pada hari tersebut serta penebusan baucar hadiah untuk pembelian seterusnya apabila pelanggan berbelanja dengan jumlah minimum RM1,000 dalam maksimum dua resit berasingan di mana-mana outlet jenama mewah di MOP KLIA. 

Coach yang dijadualkan untuk pembukaan pada 22 Disember turut menawarkan hadiah untuk pembelian sempena hari pembukaannya. Untuk setiap pembelian berjumlah RM1,200, pelanggan akan mendapat hadiah ikhlas Coach Holiday Ceramic. 

MOP KLIA yang terletak di lokasi yang strategik iaitu hanya 8 minit dari KLIA dan klia2 dan lebih kurang 45 minit dari pusat bandar KL. Gedung beli belah ini dihubungkan dengan pelbagai lebuh raya seperti ELITE, LDP, KESAS, MAJU Expressway, Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah, dan NKVE. Untuk sampai ke MOP KLIA juga mudah dengan tersedianya khidmat pengangkutan awam yang mencukupi. 

Untuk maklumat lanjut tentang tawaran baharu, promosi dan acara di MOP KLIA, sila layari 

atau