Tuesday, July 14, 2020

MH17: Sebuah Dokumentari Khas ‘MENCARI KEBENARAN‘ Untuk Anda Semua

Hi Korang,

Masih teringat lagi dengan trajedi MH17?

Of course masih segar ingatan kak lily walaupun ianya sudah hampir 6 tahun berlalu.


Kak lily imbaskan sedikit infomasi mengenai kejadian tersebut

Penerbangan 17 Penerbangan Malaysia (MH17), juga dikenali sebagai Penerbangan 4103 KLM, adalah sebuah penerbangan penumpang antarabangsa yang dijadual berlepas dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.
Pesawat Boeing 777-200ER tersebut telah terhempas berdekatan Torez di Donetsk OblastUkraine, kira-kira 40 km (25 batu) dari sempadan dengan Rusia pada 17 Julai 2014. Semua 283 penumpang dan 15 anak kapal dalam pesawat tersebut maut.
Menurut laporan awal oleh pihak berkuasa Ukraine, pesawat ini telah ditembak jatuh oleh peluru berpandu permukaan ke udara jenis Buk oleh para pemisah bersenjata semasa berada pada ketinggian 10,000 meter (33,000 kaki).
Kejadian ini merupakan kejadian malang kedua bagi Penerbangan Malaysia, kira-kira empat bulan selepas peristiwa kehilangan pesawat MH370 pada 8 Mac 2014. Ia juga merupakan peristiwa terbesar penerbangan ini setakat ini; dengan 280 penumpang terlibat, kejadian ini melibatkan lebih ramai penumpang berbanding peristiwa MH370 yang melibatkan 227 penumpang

Pebagai siasatan telah di jalankan namun tanda-tanda untuk menampakkan kebenaran masih belum lagi di temui dan salah seorang individu yang merupakan bekas pegawai Perkhidmatan Khas Ukraine berkongsi hasil siasatan persendirian dalam dokumentari khas untuk tatapan umum.

Vasily Prozorov - Head of the Vasily Prozorov Investigation Center-UkrLeaks

Encik Vasily Prozorov, bekas Pegawai Perkhidmatan Khas Ukraine (SBU) dan Ketua Pusat Siasatan Vasily Prozorov “Ukrleaks” (ditubuhkan pada tahun 2019) mengumumkan penerbitan dokumentari berjudul “MH17: Mencari Kebenaran” yang memfokuskan tentang tragedi pesawat Malaysia Airlines (MH17) yang ditembak jatuh pada 17 Julai 2014 dalam penerbangan ke Kuala Lumpur.

Walaupun pihak berkuasa Ukraine menuduh kumpulan pemberontak pro-Rusia di wilayah Donbass, Ukraine atas kejadian tersebut dengan pembabitan kerajaan Rusia, Prozorov mempunyai teori lain.

“Kebanyakan penyiasat persendirian menyedari pelbagai kelemahan dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak Kiev. Oleh itu, saya memulakan siasatan sendiri untuk mencari maklumat yang tidak dinyatakan dalam laporan tersebut,” kata Prozorov yang pernah berkhidmat dalam SBU selama lebih 15 tahun.

The MH17 plane crash site

Desas desus mengatakan terdapat kunjungan dari pegawai khas British (British Special Services) di tapak kejadian sebelum trajedi ini berlaku, namun adalah ianya kebetulan.

Atas dasar konspirasi ini Prozorov dan beberapa sukarelawan telah mengeluarkan dana sendiri untuk membiayai projek tersebut yang memakan masa kira-kira 5 bulan untuk disiapkan, apabila beliau menyedari tentang laporan yang diterbitkan mempunyai maklumat yang tidak tepat.

Terdapat banyak persoalan yang misteri dalam tragedi MH17 ini, di antaranya :

Siapa sebenarnya dalang di sebalik kejadian tembakan tersebut?
Siapa yang mendapat manfaat daripada tragedi ini?
Siapa yang memutuskan untuk mengecualikan kerajaan Malaysia daripada siasatan rasmi tersebut dan mengapa?
Mengapa Kiev tidak menutup ruang udara di atas zon konflik?
Apa yang berlaku terhadap kakitangan penghantar yang terlibat sejurus selepas siasatan?

“Oleh itu, saya percaya dokumentari ini boleh membuka mata masyarakat untuk terus berfikir tentang perkara yang sebelum ini tidak terlintas di minda” kata Prozorov lagi.

Persoalannya masih tidak terjawab…

The investigation and cleaning process of the crashed plane debris

Prozorov juga mendapat hak eksklusif maklumat orang dalaman yang merupakan saksi tidak langsung tragedi Boeing tersebut. Sepanjang siasatan, beliau mengkaji banyak laporan dalaman yang dikeluarkan oleh badan kerajaan Ukraine dan menemu ramah ramai saksi.


Dokumentari MH17 ‘Mencari Kebenaran’

Satu dokumentari khas yang berdurasi kira-kira 40 minit ini dibahagikan kepada dua bahagian dengan analisa Prozorov berkaitan laporan rasmi yang dikeluarkan dan kompilasi kenyataan yang dibuat oleh pihak berkuasa Ukraine dan pasukan penyiasat bersama. Dalam bahagian kedua, beliau berkongsi pandangan dan mengutarakan hujahnya untuk mendesak orang ramai membuat kesimpulan sendiri berkaitan tragedi MH17. Dokumentari ini turut mengandungi perspektif beliau sepanjang perkhidmatannya dalam SBU.


Dokumentari tersebut boleh ditonton di:

Atau menerusi Youtube:

Dokumentari ini boleh ditonton secara percuma di laman sesawang dan platform Youtube dengan sari kata dalam Bahasa Melayu, Jerman, Perancis dan Sepanyol. Sehingga hari ini, dokumentari tersebut telah disaksikan oleh lebih daripada 2 juta penonton.

Vasily Prozorov dan sukarelawan yang lain mahu masyarakat global amnya dan khususnya kepada semua rakyat Malaysia untuk mendapatkan kebenaran dari tragedi ini dan tidak mudah mempercayai laporan berat sebelah yang diterbitkan.


Untuk info lanjut, boleh hubungi Encik Vasily Prozorov (Ketua Pusat Siasatan Vasily Prozorov “UkrLeaks”)


Laman Sesawang: https://ukr-leaks.com


Monday, July 13, 2020

GOGOPOT Delivery, Di mana-mana Boleh Makan Steamboat dan Grill

Hi Korang, 


Boleh plak sekarang ni musim hujan petang ek, rasenya mostly area Klang Valley dan Selangor je kot, bile kak lily tepon mak kat Melaka dia cakap ujan apo?? Semedang panas terik je hah, kipas asyik bukak full sampai rasanye nak pasang aircond plakkk arghhhh… mak akak memang cam tuh, ada je chance dia nak paw duit anak dia kan haahaha


Di musim hujan-hujan petang agak payah sangat nak makan luar lately ni sebab PKP, Mr Big selalu menyalak kat telinga akak yang bestnya kalau sejuk-sejuk dapat makan steamboat kan, lega perut bila sejuk bertemu dengan panas. Bukan akak tak sediakan bahan-bahan untuk steamboat tuh tapi kak lily kene beli dapat kuantiti yang banyak hah untuk sesuatu hidangan walaupun yang makan hanya 2 orang sajor. 

Kebetulan iklan GOGOPOT delivery ni lalu lalang kat Facebook timeline so apa lagi, malas nak fikir panjang terus je kak lily order hah. 

Bila bukak website Gogopot Delivery nieh mak oi memang rambang sebab tak tau nak pilih yang mana satu hah, ade set bajet, ade set have-have, ade set bisye-bisye ermm korang pilihlah ikut kemampuan korang kan. 

Tapi yang best tuh siap dapat periuk wei. Yeahhh!! 

nampak tak? siap periuk, siap beg cooler untuk bahan-bahan basah dia bagi sekali

Periuk-periuk ini ikut pakej yang korang pilih, ada periuk silver, ada periuk kuning yang macam kak lily order ni periuk pink. Comey seh pink, just nice untuk ktorang berdua makan. 

Settle buat payment bagai so petang rabu tuh Gogopot delivery sampai, guna Lalamove jer hah so senang dan tak boleh nak kata tak boleh sampai ek hehehhe. 

Lalamove yang hantar hah

Just nice kak lily sampai rumah je Gogopot pun sampai, ambil dekat bawah then naik-naik je terus setup meja makan. Carilah extension plug dari meja ke plug point kan, lelain tuh tak payah nak dirisaukan even cutlery pun di siapkan ek ermm kemain hebatlah. Tapi Mr Big nak gak guna pinggan dan mangkuk kengkonon macam kat kedai lah kan padahal kat rumah je nieh. 



Kak lily order Set Combo Campur 2 ini 1 (Steambot dan BBQ). Hah amik ko dua-dua ade, nak steamboat dan grill pun boleh, yeah dapat periuk Pink yang cantic nieh. 


Set combo Campur ni adalah pelbagai jenis bahan-bahan makanan samada daging, udang, sayuran, mee dan sebagainya. Begitu juga dengan pilihan kuah sup untuk steamboat dan sos, turut didatangkan bersama. 

Cara nak masak?? 



Ya ampun senang baget sihhh.. Hidupkan periuk dengan menekan butang ON dan biarkan seketika, kemudian letakkan bahan-bahan untuk di grill. Bagi bahagian steamboat pula, masukkan sup dan campurkan dengan air masak sedikit demi sedikit untuk dapatkan rasa keseimbangan dan keenakan sup tersebut. Bila dah mendidih apa lagi masukkan bahan-bahan yang nak disteamboatkan. 




Seronok makan panas-panas macam ni kata Mr Big sambil tengok berita hehehe.. Masak-masak kemudian makan then borak-borak, ermm ini kalau ramai-ramai lagi seronok. 

Ada banyak pakej dan set yang ditawarkan. Korang boleh rujuk kepada laman web www.gogopot.net untuk maklumat lanjut dan pembelian, di antaranya : 













Itulah siapa kata kalau nak makan steamboat, kena makan di kedai je kan, sekarang ni di mana-mana pun boleh samada di rumah, di pejabat ataupun di mana jua asalkan ada plug point hehehhe… 

Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 

Website : 

Facebook Page : 

Instagram Link : 


#gogopot
#gogopotdelivery
#orderonline


Sunday, July 12, 2020

Pengeluar Racun Serangga No. 1 di Jepun Terokai Pasaran Malaysia Dengan Enam Produk

Hi Korang,

Earth Corporation Jepun (EC), peneraju global dalam produk penjagaan rumah dan racun serangga, kini memperkenalkan produk bertaraf dunianya di Malaysia. 

Nobuhito Hosaka, Pengarah Urusan Earth Home Products (Malaysia) Sdn Bhd, syarikat subsidiari milik EC berkata: “Sebagai permulaan, kami memperkenalkan enam produk penjagaan rumah dan kawalan serangga di Malaysia. Kebanyakannya adalah produk terlaris di Jepun dan di negara-negara di mana produk Earth Corporation dipasarkan. Salah satu produk terunggul kami adalah penyembur penyahbau fabrik bebas alkohol yang dihasilkan menggunakan pati minyak, yang menghilangkan lebih 99% bakteria, virus dan menghalau tungau.” 

“Kami mendapati kebimbangan terhadap pandemik dan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh serangga seperti denggi, menimbulkan permintaan kepada keperluan rangkaian penjagaan rumah kami. Produk-produk ini membantu menjadikan persekitaran rumah lebih selamat dan sihat untuk seisi keluarga.” 

“Digabungkan dengan strategi harga yang berpatutan, kami yakin produk kami akan disambut baik di Malaysia,” tambah beliau. 

Earth Corporation telah ditubuhkan sejak 128 tahun lalu pada tahun 1892 dan merupakan peneraju pengeluar produk penjagaan rumah dan kawalan serangga perosak, penghalau serangga, penjagaan mulut, bahan tambahan mandian, penyegar udara dan penyahbau, serta alatan berkebun dan produk haiwan peliharaan. 

Syarikat tersebut telah mambangunkan dan membekalkan pelbagai barangan berkualiti tinggi kepada pengguna selama lebih satu abad, meningkatkan kebersihan dan keselesaan kehidupan seharian. Dengan kemudahan R&D yang canggih dan menghasilkan lebih daripada 100 produk baharu setiap tahun, syarikat itu sentiasa berusaha untuk kekal berada selangkah di hadapan di dalam pasaran. 

Hosaka berkata: “Sejumlah besar produk kami merupakan produk terlaris di negara dimana ia dipasarkan. Di Jepun, produk kawalan serangga perosak kami merangkumi lebih 50% bahagian pasaran (angka 2018) untuk pasaran domestik. Ini mencerminkan kepercayaan dan keyakinan pengguna Jepun yang bijak menilai pelbagai produk yang telah kami perkenalkan selama ini. 

Enam produk yang kini dijual di pasar raya utama di Malaysia dipasarkan di bawah beberapa jenama yang berbeza. Antaranya adalah: 

Penyembur Fabrik NATUCAIR 


Penyembur fabrik yang dihasilkan menggunakan Pati Minyak Semulajadi. Ia menyahkan bau hapak, menghilangkan lebih 99% bakteria dan virus, menghalang tungau dan 100% bebas alkohol. 

Terdapat dalam 3 varian - Relaxing Purple, Sparkling Yellow dan Pink Blossom. 

Harga Runcit Yang Disyorkan (RRP): RM 12.90 



Gel Penyegar Udara dan Penghalau Nyamuk NATUCAIR 




Penyegar udara semulajadi tidak beracun dan juga penghalau nyamuk. Terdapat dalam 3 varian – Relaxing Purple, Lively Green dan Pink Blossom. 

Harga Runcit Yang Disyorkan (RRP): RM 13.90 



ARS Hoy Hoy Trap-A-Roach 


Perangkap lipas No 1 di Jepun dengan umpan penarik bebas racun serangga yang diperbuat daripada makanan kegemaran lipas. Gam perangkap bergelombang yang kuat dapat menampung berat sehingga 15kg. Perangkap berbentuk rumah itu direka khas sesuai dengan tabiat lipas dan menyembunyikan pandangan lipas yang terperangkap pada gam yang kurang menyenangkan. 

Harga Runcit Yang Disyorkan (RRP): RM 5.60 



Umpan Lipas Semulajadi ARS White Cap 


100% bahan semulajadi. Umpan ini dirumus berdasarkan makanan kegemaran lipas dan asid borik, bahan aktif yang dihasilkan secara semulajadi. Ia berupaya menghilangkan keseluruhan sarang lipas dan berkesan sehingga enam bulan. 

Harga Runcit Yang Disyorkan (RRP): RM 11.90 



Perangkap Tikus Bergam ARS 



Perangkap tikus bergam terlaris di Thailand! Gam yang sangat kuat dan bebas bau. Termasuk alas plastik kalis air tahan lama dalam dua saiz (satu alas besar dan dua alas kecil) 

Harga Runcit Yang Disyorkan (RRP): RM 10.90 



Penyembur Pembersih Penyaman Udara EARTH 


Ringkas, mudah digunakan dan efektif! Hanya acukan dan sembur. Penyembur Pembersih Penyaman Udara Earth mempunyai muncung pemicu jet yang berkuasa untuk pembersihan yang efektif dan membantu mengurangkan pertumbuhan kulat dan kulapuk di antara bilah penyejuk. Ia membersih, menghilangkan bakteria dan virus serta menyahbau dengan wangian ekstrak daun teh hijau. 

Harga Runcit Yang Disyorkan (RRP): RM 24.90


Produk-produk yang di keluarkan adalah penyembur dan pewangi yang natural, jadi ianya sangat penting dalam memberikan aura kepada rumah agar sentiasa berada didalam keadaan bersih dan selesa.

Untuk info dan keterangan lanjut boleh layari,