Monday, May 29, 2017

Majlis Perjanjian Diantara Jakel Shah Alam dan Ahli Parlimen Tanah Merah Bagi Penyerahan Sumbangan 60,000 Pasang Baju Raya

Hi Korang, 


Untuk sambutan aidilfiti tahun ini, sekali lagi Adun Tanah Merah YB Dato' Sri Ikmal Hisham telah berbesar hati untuk menyumbangkan sebanyak 60,000 pasang baju kepada semua yang telah mendaftar sebagai pengundi Tanah Merah sehingga Mac 2017. Jika tahun-tahun sebelumnya pemberian hanya diperuntukkan untuk golongan tertentu seperti PERMATA (Persatuan Mahasiswa Tanah Merah), ibu tunggal dan sebagainya. Namun untuk kali ini volume sumbangan adalah lebih besar dan ianya terbuka untuk semua pengundi di tanah merah. 


Apa yang lebih menarik, pembekal bagi 60000 pasang baju raya adalah daripada pihak Jakel yang sememangnya jenama pakaian yang cukup terkenal dengan rekaan dan kain yang berkualiti di Malaysia. 



Menurut YB Dato' Hj Ikmal Hisham Abdul Aziz Ahli Parlimen Tanah Merah, impian beliau untuk memberi sumbangan pakaian bersempena dengan kedatangan Aidilfitri tahun ini kepada semua pengundi Tanah merah bagi menggembirakan masyarakat di kawasannya serta membantu mereka yang kurang berkemampuan.


Dan lebih menarik, mereka yang datang menebus pakaian percuma ini boleh memilih warna, rekaan dan saiz yang mereka inginkan. Sumbangan ini bakal dilaksanakan secara berperingkat mengikut kumpulan penerima dan ke semua mereka akan menerima sebelum raya.

Untuk wanita melayu - Baju Kurung
Untuk lelaki melayu - Baju Melayu
Untuk wanita bukan melayu - Kain Pasang
Untuk lelaki bukan melayu - Baju Kemeja 

Antara koleksi pakaian yang bakal disumbangkan kepada semua pengundi Tanah Merah adalah seperti yang telah digayakan oleh model di bawah :- 

Untuk koleksi pakaian baju melayu lelaki. 

Untuk koleksi baju kurung wanita. 

Kemeja khas buat bukan melayu lelaki. 

Adalah diharapkan dengan sumbangan baju raya ini dapat memberikan kegembiraan kepada pengundi Tanah Merah dan seterusnya menyambut Aidilfitri dengan meriah. Dan syabas juga buat Jakel kerana bersama-sama menyokong usaha serta tanggungjawab sosial dari pihak ADUN Kawasan Parlimen Tanah Merah merealisasikan penyediaan 60000 pasang pakaian untuk diagihkan tidak lama lagi. 


Untuk pengundi yang sudah mendaftar di kawasan Tanah Merah bolehlah mendapatkan borang seperti di atas. Perlu di isi oleh setiap mereka yang telah layak dan sudah membuat pendaftaran sebagai pengundi di kawasan tersebut. Dan perlu dihantar ke Pejabat UMNO Tanah Merah. Penebusan baju raya adalah bermula dari 10 Ramadhan sehingga 15 Syawal 2017. Melalui penghantaran borang penebusan baju raya ini juga secara automatik melayakkan pengundi untuk menyertai cabutan bertuah. Memang hebat-hebat hadiah yang ditawarkan. 

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Jakel untuk tahun ini telah menyediakan pelbagai rekaan dan jenis fabrik yang disediakan begitu berkualiti tinggi. Anatara duta Jakel bersempena dengan koleksi lebaran tahun ini ialah Aaron Aziz, Nabil Ahmad, Awal Ashaari, Scha Alyahya, Lara Alana, Harith Iskandar, Hairul Azreen, Hanis Zalikha, Yusuf Iskandar serta 2 ikon kempen iaitu Janna Nick dan Rozita Che Wan. 

Untunglah orang Tanah Merah ek!! hehehhe


Sunday, May 28, 2017

Botaneco Garden dan Persatuan Pencinta Alam Malaysia Lancar Kempen ‘Plant A Seed, Grow A Forest’ Sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia 2017

Hi Korang,

Hari Alam Sekitar Sedunia merupakan acara tahunan terbesar yang menyokong alam semula jadi kearah yang lebih positif. Tema sambutan tahun ini adalah Mengeratkan Hubungan Antara Manusia dengan Alam Sekitar (Connecting People to Nature). Ia merupakan peringatan bahawa kita adalah sebahagian daripada alam sekitar dan bergantung kepadanya, selain menyeru melindungi bumi yang kita kongsi bersama ini. 


Sebagai maklum balas terhadap seruan itu, Botaneco Garden, jenama produk penjagaan rambut serta badan yang inovatif dan sofistikated, yang diperbuat daripada gabungan kandungan botanikal dan minyak-minyak yang mendapat pengiktrafan eco; menjalin kerjasama dengan Persatuan Pencinta Alam Malaysia untuk melancarkan kempen ‘Plant A Seed, Grow A Forest’. 

Kempen ‘Plant A Seed, Grow A Forest’ akan menyalurkan satu peratus daripada jualan semua produk Botaneco Garden sepanjang bulan Jun kepada usaha penghutanan semula paya bakau oleh Persatuan Pencinta Alam di Kuala Selangor.

Persatuan Pencinta Alam (MNS) ialah persatuan bukan kerajaan yang paling besar dan tertua di Malaysia. Fokus MNS adalah untuk memulihara kepelbagaian habitat di Malaysia, melindungi warisan alam semula jadi negara, terutamanya landskap ekologi yang sensitif. Hutan paya bakau dikategorikan sebagai landskap ekologi yang sensitif. 

Paya bakau memberi pelbagai manfaat kepada ekosistem. Ia menyediakan tempat tinggal serta makanan kepada haiwan akuatik dan marin, serta burung-burung yang bermigrasi. Ia juga bertindak sebagai penampan ribut, penampan pasang surut dan arus air, mengurangkan pencemaran air serta menghalang hakisan tanah di bahagian pantai. 


Produk-produk Botaneco Garden merangkumi Organic Argan & Virgin Olive Oil, Organic Inca Inchi & Aloe Vera serta rangkaian Trio Oil yang revolusionari. Koleksi itu terdiri daripada Pembersih Badan, Mentega Badan, Krim Badan, Krim Pelembap Badan, Krim Mentega Badan), Skrub Badan, Krim Tangan serta Losen Badan, selain dari koleksi penjagaan rambut iaitu Syampu Rambut, Perapi Rambut dan Serum Rambut. Ia boleh didapati secara eksklusif di cawangan Guardian seluruh negara dan Guardian e-store. Terdapat lebih 400 cawangan Guardian di seluruh negara.

Menurut Pengarah Pemasaran Guardian Malaysia Sdn. Bhd., Christina Low, sokongan Botaneco Garden terhadap Hari Alam Sekitar Sedunia dilihat selari dengan falsafah jenama serta gaya hidup dan keprihatinan para penggunanya. 

“Botaneco Garden mempunyai kelompok pengguna yang bijak dan sayangkan alam sekitar. Koleksi ini mengandungi ramuan yang mesra alam dan ditawarkan pada harga mampu milik. Pada masa sama, ramuan terpilih ini dihasilkan secara beretika dan prihatin kepada alam untuk memenuhi keperluan pengguna yang mengambil berat terhadap alam semula jadi, seterusnya mengurangkan pendedahan kepada bahan kimia berbahaya. 

“Kempen ‘Plant A Seed, Grow A Forest’ dengan MNS yang membantu usaha penghutanan semula kayu bakau di Kuala Selangor sememangnya cukup sesuai dengan kami dan pengguna. Sebab itulah kami menganjurkannya sepanjang bulan Jun ini,” jelas Low. 

Katanya, jenama ini telah menetapkan sasaran untuk menanam 200 batang pokok kayu bakau daripada dana yang dapat dikumpulnya nanti. 

“Kami harap pengguna akan mendalami dan mempraktikkan mesej Hari Alam Sekitar Sedunia 2017 iaitu Mengeratkan Hubungan Antara Manusia dengan Alam Sekitar, serta memberikan sokongan mereka terhadap kempen Plant A Seed, Grow A Forest’.” 


Formulasi koleksi produk Botaneco Garden bebas daripada kandungan berbahaya seperti parabens, sabun, pewarna dan silikon. Ini memberi ketenangan minda kepada pengguna yang mementingkan kesihatan dan produk yang mesra alam. Ia juga diuji dan terbukti dari segi dermatologi. 

Pengarah Eksekutif Persatuan Pencinta Alam, I.S Shanmugaraj Subramaniam menyatakan bahawa sokongan terhadap langkah pemuliharaan alam sekitar semakin berkembang di Malaysia. Jenama-jenama seperti Botaneco Garden membantu meningkatkan kesedaran, selain menyediakan landasan untuk para pengguna mengambil bahagian dan memberikan sumbangan. 

“Kesedaran tentang pentingnya hutan kayu bakau kepada ekosistem sungai dan pasang surut air masih rendah. Usaha seperti kempen ‘Plant A Seed, Grow A Forest’ oleh Botaneco Garden dan MNS cuba membawa mesej penting ini kepada orang ramai dan menjadikannya lebih jelas. Para pengguna boleh memberi sokongan terhadap usaha ini dan melawat Kuala Selangor untuk Mengeratkan Hubungan Antara Manusia dengan Alam Sekitar. Di samping dapat melihat bagaimana sokongan mereka kepada Botaneco Garden boleh membantu menghasilkan sebuah hutan,” kata Shanmugaraj.

Taman Alam Kuala Selangor merupakan habitat buat 150 spesis burung, haiwan-haiwan kecil, ikan, amfibia dan reptilia seperti memerang, langur (Silvered Leaf-monkey), kera berekor panjang serta banyak lagi. Namun begitu, penebangan kayu bakau secara haram telah meletakkan habitat ini dalam bahaya dan usaha penghutanan semula memang perlu dilaksanakan. 

Kempen ‘Plant A Seed, Grow A Forest’ Botaneco Garden bermula pada 1 Jun dan berakhir 30 Jun 2017. Kunjungi cawangan Guardian berhampiran anda untuk menyokong kempen ini. 

Saturday, May 27, 2017

Siap Sedia untuk Raya pada bulan Ramadan ini dengan Dettol dan Air Wick

Hi Korang,

Ramadan adalah bulan yang mulia di mana umat Islam berpuasa dan bersyukur dengan nikmat kurniaan, serta menjalankan persiapan bagi menyambut Aidilfitri. Bermula dengan mengemas rumah, membeli baju baru, merancang menu berbuka puasa, sehingga membuat kuih raya, ini sememangnya musim yang sangat sibuk buat semua.


Sempena bulan yang mulia ini, Dettol dan Air Wick mengambil kesempatan untuk memastikan anda kekal bebas dan terlindung daripada kuman sebelum anda sibuk menjalankan persiapan sepanjang musim perayaan ini, dan pada masa yang sama, memastikan rumah anda kekal harum bagi pengunjung dan orang tersayang, terutamanya setelah memasak juadah Ramadan mahupun Aidilfitri! 

Bayangkan adanya warna-warna menarik untuk menghidupkan suasana di ruang tamu apabila ada yang berkunjung. Sepanjang bulan Mei dan Jun 2017, anda hanya perlu berbelanja sebanyak RM25 atau lebih bagi produk-produk Dettol dan/atau Air Wick dalam satu resit, dan anda layak mendapat sebuah bekas kuih Raya untuk menyimpan kuih-muih kegemaran anda. Kumpul keempat-empat warna untuk menceriakan rumah anda! Semuanya boleh anda dapati di farmasi utama dan pasar raya di Malaysia. 


Bukan itu sahaja! Layari laman Facebook Dettol Malaysia untuk mendapatkan Resepi Koleksi Khas daripada Chef Anis Nabilah, sertai pertandingan dalam talian kami dan anda mungkin berpeluang untuk membuat kuih bersama chef selebriti, Anis Nabilah! Anis dikenali ramai sebagai seorang chef yang versatil dalam masakan Malaysia dan antarabangsa, dan merupakan hos bagi beberapa rancangan masakan yang popular, seperti Eat Clean with Anis di Astro Bella dan 1, 2… Bakar! di TV3. 

Dengan pembelian produk-produk Dettol dan/atau Air Wick yang bernilai RM25 itu, hantarkan penyertaan anda di laman Facebook Dettol Malaysia (www.facebook.com/DettolMalaysia) dan siapa tahu – anda mungkin menjadi salah seorang antara 8 pemenang yang dapat membuat kuih bersama Chef Anis Nabilah! Tempoh pertandingan adalah dari 1 hingga 14 hari bulan Mei 2017, jadi jangan lepaskan peluang keemasan ini. Pertandingan dalam talian Dettol ini terbuka kepada rakan runcit terpilih Dettol iaitu Mydin, Econsave, Giant dan Tesco. 

Tiffany Tang, Pengarah Pemasaran RB Malaysia & Singapura, berkongsi keterujaannya akan kerjasama bersama Chef Anis Nabilah untuk menceriakan persediaan Hari Raya tahun ini. “Kami gembira dapat bekerjasama dengan Chef Anis bagi kempen Raya tahun ini, dan Chef Anis juga telah menghasilkan beberapa resipi kuih Raya yang unik khas hanya untuk kami! Anis merupakan salah seorang chef kegemaran Malaysia, dan kami ingin membawakan sedikit kegembiraan di rumah setiap rakyat Malaysia dengan perwatakannya yang ceria dan juga mengeratkan silaturahim dengan menggalakkan semua orang untuk meluangkan lebih banyak masa bersama menerusi aktiviti seperti membuat kuih dan biskut raya,” kata Tang lagi. 

“Reckitt Benckiser sentiasa berusaha untuk menggembirakan para penggunanya dengan produk inovatif dan berkesan yang dapat menyihatkan para pengguna dan menceriakan seisi keluarga. Dengan Dettol dan Air Wick serta Resepi Koleksi Khas Chef Anis Nabilah untuk menyambut Ramadan tahun ini, kami benar-benar berharap agar kami dapat mengeratkan silaturahim antara ahli keluarga dalam kalangan masyarakat Malaysia,” kata Tang. 


Chef Anis Nabilah turut meluahkan kegembiraannya untuk menyambut Raya hari ini bersama Dettol dan Air Wick. “Ramadan sentiasa merupakan bulan yang sibuk bagi saya kerana saya perlu membuat persiapan Raya, daripada menyediakan makanan sehinggalah membuat kuih Raya bagi keluarga dan rakan-rakan. Satu tip yang ingin saya kongsikan kepada semua adalah betapa pentingnya bagi anda untuk memastikan kebersihan ruangan dan alatan memasak, dan jangan lupa untuk membasuh tangan sebelum dan selepas memasak atau membuat kuih. Setelah penat memasak, saya pastikan rumah saya kekal harum dengan semburan wangian Air Wick – saya lebih menggemari semburan wangian automatik kerana ia memudahkan saya!”

Kami berharap agar Ramadan kalian berjalan dengan tenang dan penuh keberkatan dengan perlindungan bebas kuman dari Dettol serta wangian Air Wick di rumah. Untuk maklumat lanjut, layari laman Facebook Dettol Malaysia bermula dari bulan Mei.