Sunday, May 29, 2016

‘DIDI & FRIENDS’

Hi Korang,

Bagi peminat Didi & Friends terutama sekali anak-anak lah kan heheheh

Meh baca ni ek


Siri lagu kanak-kanak popular, Didi & Friends buat julung-julung kalinya memperkenalkan saluran lagunya yang pertama di Malaysia! Menerusi kerjasama Astro First,20 buah lagu baru yang dihasilkan khas untuk peminat setia Didi & Friends bakal menemui penonton Astro di rumah mulai Khamis, 26 Mei 2016 ini, di mana anak-anak dan ibu bapa berpeluang menyanyikan dan menari kesemua lagu-lagu terbaru ini secara eksklusif di saluran 480. Menerusi langganan serendah RM 15.90 (termasuk GST), pelanggan Astro boleh menyanyi bersama Didi dan rakan-rakannya tanpa henti, pada bila-bila masa sahaja selama lima hari berturut-turut.


Saluran istimewa ini turut membolehkan penonton di rumah menyanyikan kesemua 46 lagu Didi & Friends termasuklah 20 lagu baharu sama ada menggunakan pilihan vokal atau karaoke, yang boleh dipilih menerusi pilihan audio di alat kawalan jauh Astro masing-masing. Dengan tagline ‘Jom Nyanyi! Hora Horey!’, kesemua 20 lagu baharu dalam Bahasa Malaysia ini merupakan adaptasi lagu kanak-kanak dan rakyat popular daripada bahasa lain termasuklah Tepuk Amai Amai, Jambatan Sedang Roboh (Lagu Bahasa Inggeris – London Bridge), Keldai Comel (Lagu Bahasa Mandarin – Xiao Mao Lu), Pak Beruang (Lagu Bahasa Tamil – Karadi Mama) dan juga Bermain Dalam Bulatan (Lagu Bahasa Indonesia – Bermain Dalam Lingkaran). 

Sharmin Parameswaran, Penolong Kanan Naib Presiden, Saluran Astro First & Astro Best berkata, “Kami amat gembira apabila siri Didi & Friends yang disiarkan di saluran Astro Ceria sejak Disember lalu mencatat sejarah sebagai program kanak-kanak paling banyak ditonton di kesemua saluran Astro. Ibu bapa di luar sana memberikan maklum balas positif di mana anak-anak mereka cukup terhibur dengan lagu-lagu yang dinyanyikan Didi dan rakan-rakannya dan rata-ratanya mahukan lebih lagi kandungan. Maka dari situ, tercetuslah idea untuk menghasilkan saluran karaoke ini di mana ia memberi peluang kepada anak-anak di rumah menyanyikan lagu-lagu Didi & Friends yang biasa mereka dengari. Kami begitu teruja menantikan reaksi anak-anak dengan adanya edisi karaoke istimewa ini. 



Peminat Didi & Friends turut boleh merasai pengalaman saluran karaoke ini secara eksklusif di acara Fun Escapade 2016, 28 dan 29 Mei 2016 ini bertempat di Sunway Pyramid. Selain booth karaoke Didi & Friends, pengunjung juga boleh beramah mesra dengan maskot Didi & Friends yang akan menemui adik-adik semua. Pelbagai aktiviti pentas melibatkan Didi & Friends turut menawarkan hadiah menarik untuk dimiliki pengunjung.

Sinan Ismail, Pengasas Digital Durian pula berkata, “Kami amat gembira apabila siri Didi & Friends diterima baik semua lapisan masyarakat di luar sana. Peluang berkerjasama dengan Astro dalam menjadikan Didi & Friends ke dalam format karaoke menunjukkan bidang animasi di Malaysia kini sesuatu yang boleh dibanggakan. Terima kasih kepada pihak MDEC dan MAC3 yang telah banyak menyokong siri animasi Didi & Friends. Sudah pasti, elemen pendidikan menerusi penerapan nilai-nilai murni dalam lagu Didi & Friends di samping pemantapan bahasa Melayu yang kita tampilkan dalam lirik lagu Didi & Friends antara faktor yang berupaya membantu perkembangan minda anak-anak di rumah”.

Kesemua 26 lagu Didi & Friends yang terdahulu juga telah dialih bahasa ke Bahasa Mandarin dan disiarkan di saluran ‘edutainment’ kanak-kanak berbahasa Mandarin, Astro Xiao Tai Yang. Di masa hadapan, Didi & Friends juga dijangka akan menemui penonton setia di rumah dalam format siri animasi yang lebih panjang dan lebih interaktif. 


Khas untuk peminat Didi & Friends di luar sana, kesemua 26 lagu siri pertama akan turut menemui penonton dalam format DVD di mana ia boleh didapatkan di kedai-kedai muzik terpilih mulai 27 Mei 2016.

Saturday, May 28, 2016

Coca-Cola dan Muslim Aid Malaysia jemput warga Malaysia menyambut Ramadhan dengan penuh keprihatinan

Hi Korang,

Untuk bacaan di hujung minggu...

Coca-Cola Malaysia akan bekerjasama dengan Yayasan Kemanusian Muslim Aid Malaysia dalam musim Ramadhan ini untuk meneruskan aktiviti amal tahunan yang telah diadakan sejak 2010 lagi.

Coca-Cola akan menyokong NGO tersebut dalam program tahunan Fast2Feed untuk membekalkan hidangan berbuka puasa, wang dan pakaian kepada anak-anak yatim, kanak-kanak keluarga daif, pusat jagaan orang tua, Orang Asli dan kaum pelarian. Coca-Cola akan menaja hidangan berbuka puasa di 25 lokasi, termasuk tempat kegiatan komuniti di Negeri Sembilan berhampiran kilang pengeluaran produk Halal Coca-Cola.


"Penglibatan Coca-Cola dalam kegiatan Muslim Aid Malaysia selama lima tahun yang lepas telah membantu kami meluaskan jangkauan dalam komuniti Muslim yang daif, dan kami ingin mengambil kesempatan ini untuk menggalakkan lebih ramai lagi orang dan syarikat Malaysia untuk bersama-sama menjana harapan, bantuan dan perlindungan kepada mereka sepanjang Bulan Ramadan ini," kata Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Muslim Aid Malaysia, Pn Habsah Marjuni di Kuala Lumpur hari ini. 

Mereka yang ingin membantu dalam program Fast2Feed Muslim Aid Malaysia boleh melayari http://muslimaid.org.my/fast2feed/ untuk mendapat maklumat lanjut tentang bagaimana sumbangan mereka akan dimanfaatkan sepanjang musim Ramadhan ini.

“Warga Malaysia melihat bulan Ramadhan sebagai musim untuk mengeratkan silaturahim dalam kalangan anggota keluarga dan komuniti, selain menderma kepada golongan kurang bernasib baik. Dalam meraikan ulang tahun ke-80 Coca-Cola di Malaysia, kami berbesar hati dapat meneruskan tradisi membantu komuniti tempatan melalui usaha sama dengan pertubuhan amal seperti Muslim Aid Malaysia. Dalam pada itu, kami mengalu-alukan penyertaan semua warga Malaysia dalam kegiatan kebajikan sepanjang bulan Ramadhan tahun ini,” kata CEO Bottling Investment Group Coca-Cola Singapura – Malaysia – Brunei, Stephen James Lusk. 

Dalam bulan Ramadhan ini, Coca-Cola Malaysia akan membekalkan minuman jus Asam Jawa istimewa keluaran cawangan pembotolannya di Palestin, National Beverage Company (NBC), yang merupakan majikan terbesar dalam sektor minuman di kawasan itu, dengan kilang-kilang perusahaan di Gaza, Ramallah, Tulkarem dan Jericho. 

Jus Asam Jawa merupakan minuman berbuka puasa yang popular di Palestin dan ia akan dikeluarkan oleh NBC khas untuk bulan Ramadhan sahaja. Kini sukarelawan program Fast2Feed Muslim Aid Malaysia dapat merasai minuman keraian dan acara komuniti dari Palestin ini.

Sempena acara kebajikan yang akan dilancarkan itu, Coca-Cola akan mengadakan kempen Ramadhan melalui televisyen, radio dan di kedai. Kempen kreatif dan grafik itu telah direka secara kolaborasi oleh pasukan Coca-Cola di Timur Tengah, Afrika Utara dan negara-negara lain yang menyambut Ramadhan seperti Pakistan, Indonesia, Malaysia dan juga negara-negara di Afrika Barat.


Kempen tersebut bermatlamat mengetengahkan detik-detik istimewa sepanjang Ramadhan termasuk keriangan antara ahli keluarga dan kawan semasa mengadakan majlis makan Iftar, dan keistimewaanan bulan Ramadhan dalam kehidupan umat dan keluarga Islam di seluruh dunia, termasuk Malaysia.

Di Malaysia, Coca-Cola akan memanfaatkan penglibatan stesen radio utama untuk menghantar DJ radio popular ke rumah pemenang peraduan untuk membawa hidangan Iftar yang lazat untuk 10 orang.

Fund4Food & Fast2Feed 2016

What is Fund4Food?

Fund4Food is an annual event organized by Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia to kickstart fundraising for its Ramadhan programme. Bubur lambuk will be sold to the public where funds collected will go towards the Fast2Feed programme. This year will be the fifth edition of the event.

What is Fast2Feed?

Fast2Feed is a month-long event held annually in Ramadhan by Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia, specifically to serve the needy in the country. Through this event, the foundation acts as a link between donors and recipients by engaging in activities such as breaking of fast, gifts of food and clothing items. This year will be the 10th edition of the programme. The basic concept is for donors to give what they usually spend on food, to the poor.

Who are the recipients of this programme?

We aim to serve the needy in the following categories: orphans, children from poor families, refugee communities, Orang Asli, the old and people with disabilities. Annually, we aim to serve more than 2,000 recipients.

How are funds received going to be used?

The funds will be used in a variety of ways. The bulk will go towards breaking of fast at selected locations besides distribution of food items or cash. The decision will be made after an assessment of needs of each location is done.

How can the public or companies contribute towards this effort?

We have three packages that the donors can contribute to. 

Package A: RM40 per head to sponsor 1 recipient

Package B: RM60 for sponsoring 1 recipient and for 1 donor to join the event

Package C: RM150 to sponsor a suit of new Eid clothes

Where would these events be held?

F4F will be held at Pasar Tani Mega, Shah Alam on 5 June 2016 while F2F will be implemented at 25 locations throughout the country starting from 7 June 2016 until 1 July 2016.

Friday, May 27, 2016

FeedMyGuest Malaysia- Katering Online Di Malaysia Yang Memudahkan Korang

Hi Korang,


Dulu time mak-mak kite still kuat, kalau ada kenduri kendara dialah tekongnya.


Boleh masak berjenis-jenis lauk pauk kan, itu belum kira dessert yang di buat sehari sebelum majlis. Bila orang datang kenduri je tengok macam-macam jenis lauk, bila tanye tempeh ke? Ermm haruslah mak aku cakap eh masak sendiri lah, tak main tempah-tempah tau.

Itu dulu

Tapi sekarang ni..

Nak masak kenduri tahlil yang keluarga je jemputannya paksa semua orang balik tolong dia masakkan hehehe.. yelah korang pun, dia dah berumur so manalah larat nak buat ni semua. 

Itu mak aku!

Tapi aku? Ermmm kalau masak untuk 10 orang pun, sakit lenguhnye meleret-leret sampai MC hari isnin kann hahauhaua… pemalas memang cam tuh..


Sudahnya sibuklah tanya orang katering mana yang sedap dan senang nak deal. So kengkawan pun bagilah sebab dah ada pengalaman kan. Then up caterer tu buat perangai dan makanan tak sedap arghh sudah. Bayo dah mahal ni tapi hasilnya tak do huhuhuhuhu sedey ooo

Kena plak event last minit kan, mana plak nak cari catering emergency ni. Cari sana sini pun tak de yang available, jawabnya makan roti canai mamak jelah ek.

Ok bagi menyelesaikan masalah korang, so ini dia…


Hah apa plak website Feed My Guest ni ek

Feed My Guest ni merupakan satu laman web yang menghimpunkan segala jenis mak neka catering yang berada di sekeliling kita. Ada senarai makanan, jenis makanan mengikut occasion, harga, other services dan korang jugak boleh buat perbandingan bagi setiap caterer ni tau.
cara menggunakan website Feed My Guest

Eh, ada lagi ni. Boleh gak baca review or testimonial yang para pelanggan yang pernah menggunakan perkhidmatan catering tersebut.


Di antara TOP caterer di dalam senarai Feed My Guest ni

Eleh aku tau korang malas nak baca kan, ni aku tunjukkan beberapa jenis gambar untuk mempermudahkan kerja korang. 

Cam best je ek..

Boleh pilih caterer yang bersesuaian dengan majlis korang

Tengok ni aku cubalah pilih caterer Burger Giler Power

So kite pilih dan tengok di antara menu yang boleh kita order

bila dah berkenan, then terus je order

Tapi kalau dah betul-betul malas nak survey satu per satu, nah korang isi borang untuk request for quote


Senang, terus je diorang buatkan semua sekali tanpa korang sakit kepala yang mana satu nak fikir.

Bagi aku, website FeedMyGuest ini senang digunakan. 

Untuk kita-kita genX yang tech savvy ni, memang senang nak faham dan mudah menggunakan website FeedMyGuest ni even anak-anak sekarang ni lagi pandai daripada kita. 

Sekarang ni kat Lembah Klang je dulu, nanti banyaklah cater kan

Untuk caterer

Korang boleh register untuk masuk ke dalam senarai caterer dalam Feed My Guest ni, ermm berkembanglah lagi bisnes korang ek.

Mudah sahaja kan? kan? kan? 

Website FeedMyGuest ini sangat mudah, cepat loading dan efficient. Pelanggan pun senang hati. Jadi tunggu apa lagi? Jom booking (kalau nak buat event) dan kongsikan website ini kepada kawan-kawan, saudara mara, dan sesiapa je yang memerlukan ek


Facebook: Feed My Guest
Email: support@feedmyguest.com
Phone: 03-6203 2522