Friday, October 25, 2013

Dinner at Genji Japanese Restaurant

Hi Korang,

Suker cerita pasal makan ni.


Yelah dapat membangkitkan selera orang-orang yang tak tau nak makan apa kan.

Hari tuh, masa lepak chill dengan geng tech blogger untuk gadget WD, ktorang had dinner kat Genji ni. Dah nama pun Genji so haruslah japanese food.

Pasal gadget tu aku citer nanti ek.

Seharuslah order yang aku boleh makan kan.


Kaze Set (RM90 per set)

Memacam dalam satu hidangan. Ada sushi, tempura salmon grilled dan daging lembu segar.

Mr Big dengan Cipotz (blogger Selebriti Online) order 


Teppanyaki (RM85 per set)

Sama gak cam set aku, but ada yang tak sama cam diorang ada udang galah aku tak de.


Majoriti bebudak lain makan yang raw (mentah) macam sashimi, tuna dan apa jua yang mentah lah ek.

Setiap set ada nasi, salad, miso soup dan buah. Kira lengkap satu hidangan makan malam yang sempurna. Ada appertizer, main dish dan dessert.

Best kan.


Alah sekali sekala makan dalam bento apa salahnya kan.

Thursday, October 24, 2013

Menang Tempat Kedua Di Dalam Vanish Trick Contest

Hi Korang,

Kalau korang perasan, aku ada pernah join contest my.vanishtrick.com ni. Rasanya 2-3 bulan yang lepas kot. Alah cuci soft toys aku yang berkeladak tu kan.

Last 2 week, pihak penganjur call up.


Dia mentioned aku dapat tempat kedua dalam contest penghilang kotoran vanish ni. Mak oi tak sangka sungguh, padahal aku sesaje join contest tuh.

Hah ko, sebuah mesin basuh sampai ke rumah hari Sabtu lepas, dahlah aku tak de kat rumah nasib baik Mr Big tercinta ada. Dialah yang uruskan pakcik driver lori tu masuk kedalam kawasan aptment ni.

Terus buangkan kotak sekali.

Balik-balik je mesin basuh tercongok kat tengah rumah.

Dah tu dia tanya, nak guna ke nak jual.


Aku cakap, alah kita guna je lah. Yang lama tuh, kalau tak de orang nak beli kita anta balik umah mak. At least time cuti-cuti nanti bila sedara mara balik kampung senang nak cuci baju kan.

So kalau ada sesiapa nak beli mesin basuh lama aku ni, bolehlah tanya-tanya aku ni. Mana tau kena dengan budget korang, di persilakan mengambilnya.

Terima kasih kat Don dan Yuki dari Manoah Consulting yang suruh aku join contest ni,kalau tidak, tak merasalah nak pakai mesin basuh baru ni ek.

Inilah namanya rezeki terpijak..


online contest, varnish pembersih kotoran, penanggal minyak melekat di baju, Baju Rosak Boleh Putih KembaliHarga VanishPencuci VanishVanish Power O2 Crystal White Fabric Stain Remover + WhitenerVanish Power O2 Fabric Stain Remover

Wednesday, October 23, 2013

Seafood Buffet Dinner At Chatz Brasserie, PARKROYAL Hotel

Hi Korang,

Bab makan-makan ni aku memang no. 1. Yelah makan je pun.

kitaorang si kaki makan

Kali ni ktorang berdua dapat jemputan makan di Chatz Brasserie, Park Royal Hotel. Lama tak kesini, last masa buffet ramadhan dulu.

Now ada promotion Seafood Buffet Dinner kat restoran ni.

Yeah, seafood I like. Sangat terbaek ooo. Nasib baik tak de penyakit Gout lagi, so bolehlah makan bebanyak sket kan tapi kenalah berjaga-jaga ye.




Hidangan segar yang di sediakan secara LIVE, kira cam korang boleh tengok sendiri cam ne chef-chef ni masak seafood tersebut. Ada yang di goreng macam ketam bercili, ikan bakar, udang yang di buat sup dan memacam lagi.












Meh tengok, apa yang aku sempat rasa masa malam tu ek

fried crab chili

baked salmon

cam biasa, menu melayu mesti ada

semua yang bercengkerang, terbaek oo

semua yang mentah

Di samping tu plak, ada Juice Bar yang pihak restoran sediakan. Ini satu konsep baru gak ni, kita boleh pilih beberapa jenis buah mengikut tekak kita, dan di Juice Bar ni diorang akan proses untuk jadikan juice. 









Tak kisahlah berapa jenis buah pun, yang penting korang boleh pilih. Ada 12 jenis kombinasi buah-buahan dan sayur-sayuran yang bolehkan korang senantiasa nak order minum je ek.


Disebabkan busy berborak daripada makan, so aku cuma sempat menjamah beberapa pinggan makanan je. Biasalah, PR networking tu penting ye. hehehehhe



Untuk ‘Best Of Malaysia:Seafood Buffet Dinner’ ni, ianya pada setiap Jumaat dan Sabtu  dari 6.30pm - 10.30pm setiap hari.

Harga seafood buffet dinner 2013 ialah
RM98++ untuk seorang dewasa
RM49++ untuk kanak-kanak

Untuk lebih details, sila hubungi +603 2147 0088 ext 6350 atau emailchatz.prkul@parkroyalhotels.com  



Terima kasih pada Park Royal team for this special invite, memang makan tak ingat dibuatnya lah