Saturday, September 22, 2012

Manis Sungguh Diana Danielle Lepas Bertunang Ni

Hi Korang,

Semalam petang sempat gak ke VEET Event walaupun semua jalan masuk ke KL di tutup akibat demonstrasi yang amat menyusahkan warga ibu kota kan.

Nasib baik event belum abis lagi masa aku sampai so sempatla mencuba beberapa produk dari VEET ni. Best dan wangi.


Tapi yang paling best ada pelakon Diana Danielle yang baru je bertunang dengan Farid Kamil baru-baru ni. Memang cantik orangnya, sangat peramah.

Ok nanti citer lagi ye..


Friday, September 21, 2012

Seminggu Dengan MF-230 MiFi Hotspot

Hi Korang,

Ingat tak entry aku pasal aku dapat review MF-230 MiFi Hotspot

Ye, dah seminggu lebih aku ada kat tangan but baru dapat pakai 5-6 hari cam tu sebab some of the setting aku tak reti nak buat. So kesudahannya lepas call P1 careline pun diorg tak dapat detect, aku terus bawak balik device MiFi Hotspot ni ke P1 Paddock untuk di setting balik. Nasib baik tak yah beratur coz aku under P1 Seeding Program, dalam 10 minit dah boleh guna dah.

Memula pasang kat rumah, line tak berapa nak cun sangat coz MiFi Hotspot ni mean to be outdoor atau pun on the go. So tak perlah aku tak berapa kisah sangat coz kat umah ni aku dah ada fixed internet line.


Bawak pasang kat office plak, memula letak kat tepi meja sebelah laptop. Signal langsung tak de, so aku letak kat tepi tingkap office aku ni menghadap tasik kan. Hah keluar signal, tapi sekejap warna merah sekejap warna oren.

Takperlah cuba gak surfing lah, ermm dapat line ko. Walaupun signal tak cun tapi speed surfingnya laju jugak. Aku bukak beberapa TAB pun still laju lagi.


Wah! Ini sudah cukup bagus. Kalau signal tu tukar colour biru rasanya lagilah laju aku surfing kan.


Ok ok nanti aku nak try plak surfing kat outside area ye, macam dalam kereta ke, kat kedai makan yang tak de WiFi kan. Ntah-ntah mesti lagi best agaknya.

Thanks P1 for this special opportunity, kalau sambung lagi review sampai sebulan kat best.

Memintaklah ek..



Tiger Balm Neck and Shoulder Rub, Tiada Sakit Lagi


Hi Korang,

Nowdays kerja semua pakai computer mana ada orang pakai typewriter lagi, so sepanjang hari lah kita duk mengadap computer tu, itu belum kira bila kat rumah waktu malam sambung main facebook, twitter, update blog, main game.

Kan urat dah tegang kat leher.. ishk

Itulah di antara punca-punca kita mula rasa sakit di bahagian bahu dan leher, yelah duduk tegak je sepanjang masa. Bukan tu je dengan jadual seharian yang pack, stress yang amat, postur duduk yang tak betul  itu pun menjadi sebab kenapa kita selalu menghadapi sakit di bahagian leher dan bahu. Rasa tak uncomfortable sangat lah.

Tapi kita buat tak kisah je.

Tambahan pula, dengan tak de masa nak ke spa atau panggil orang untuk urut, rasanya ramai yang hanya berdiam diri dan beranggapan sakit bahu dan leher ini akan pulih dengan sendirinya. Kira macam magic gitulah. Ada ke kan?

Rasanya Tiger Balm macam paham je dengan penyakit terkini rakyat Malaysia ni, lalu ia pun memperkenalkan produk mereka jeng jeng jeng…


TiGER BALM NECK and SHOULDER RUB

 (REGULAR/BOOST)

Keluaran terbaru dari Tiger Balm ini merupakan cara penyelesaian yang effektif dan mudah untuk cara hidup kita masa kini. Ianya dapat meredakan sakit leher dan bahu dengan cepat dan selesa.


Ianya merupakan krim berasaskan air yang di campur dengan camphor dan  'mentol/menthol' menjadikan ia tidak berminyak dan cepat meresap ke bahagian yang sakit. Baunya juga akan hilang serta merta so tak de orang lain tahu yang korang gunakan Neck dan Shoulder Rub ni. Sesuai untuk sakit leher dan bahu.

Tiger Balm Neck and Shoulder ini di datangkan dalam 2 jenis


Regular Variant
Di datangkan dengan haruman lavender yang mampu meredakan sakit leher dan bahu dengan kadar sederhana dan berpanjangan.


Boost Variant
Mempunyai haruman yang menyegarkan dan mempunyai kadar kekuatan tambahan untuk menghilangkan rasa sakit, stress yang berlebihan, penat dan kesakitan yang amat di bahagian leher dan bahu.

Bagi aku Tiger Balm Neck and Shoulder Rub ni merupakan ‘massage-on-the-go’ yang bersesuaian dengan lifestyle kita masa kini. Kira macam spa juga tapi macam 2 tangan halimunan yang sibuk duk mengurut bahu dan leher kita yang sakit tu lah. Rasanya sesuai dengan orang-orang yang mempunyai cara hidup yang aktif seperti ahli sukan dan mereka yang gemarkan aktiviti sihat.


Produk ini di datangkan dalam tube bersaiz 50g yang memudahkan kita membawa kema-mana sahaja terutamanya yang senantiasa bergerak ke sana sini. Warna dan reka bentuknya sangat moden dan sleek mampu menyaing produk-produk kelegaan yang lainnya.

Neck and Shoulder Rub ini dikeluarkan dari Tiger Balm satu salah jenama yang dikenali dan dipercayai oleh dunia yang khusus dalam menyediakan produk berkualiti untuk kelegaan kesakitan selama hampir satu abad.


Bila dah tak berapa kuat lagi ni, kenalah senantiasa ada penawar untuk kesakitan sebegini. Kita tak tau dengan tetibanya sakit bahu dan leher ni boleh muncul kan.