Wednesday, April 16, 2025

Sensodyne Tangani Gigi Sensitif yang Meluas di Malaysia dengan Pelancaran Fresh Mint dan Kempen "A Happy Mouth is...a Happy Mind" Seluruh Negara sempena Hari Kesihatan Mulut Sedunia!

Hi Korang,

Satu tinjauan baharu* yang dijalankan oleh Haleon, peneraju global dalam kesihatan pengguna, mendedahkan kebimbangan besar dalam kesihatan awam di Malaysia, iaitu gigi sensitif. Daripada 248 rakyat Malaysia yang disoal selidik, sebanyak 69% mengalami gigi sensitif secara berterusan, dan sebanyak 61.8% memilih untuk bertahan dengan ketidakselesaan itu berbanding dengan mendapatkan rawatan pergigian. 

Sensodyne, jenama ubat gigi nombor satu untuk gigi sensitif di Malaysia*, kini memperkenalkan semula ubat gigi Fresh Mint dengan rumusan baharu yang ditambah baik untuk kelegaan berpanjangan - menyeru rakyat Malaysia supaya tidak lagi “bertahan” dan mula menikmati hidup yang lebih selesa tanpa gangguan gigi sensitif. Sebabnya – mengapa terus bertahan?


Tinjauan yang memfokuskan pada kumpulan usia 18 hingga 40 tahun ini menunjukkan bahawa generasi muda paling terkesan dengan isu ini. Sebanyak 38.4% responden terdiri daripada mereka yang berumur antara 26 hingga 40 tahun, manakala 34.6% berada dalam lingkungan umur 18 hingga 25 tahun, membuktikan keperluan untuk meningkatkan kesedaran dan mencari penyelesaian berkesan terhadap masalah gigi sensitif untuk semua peringkat umur.

Gigi sensitif menjejaskan rutin harian kebanyakan rakyat Malaysia, dengan makanan sejuk (58.5%) dikenal pasti sebagai punca utama, diikuti oleh makanan manis dan minuman panas. Keadaan ini menyebabkan ramai tidak dapat menikmati keseronokan hidangan harian secara sepenuhnya. Lebih membimbangkan, hanya sebanyak 13.1% responden mengambil tindakan menangani sensitiviti seperti memberus gigi untuk mengurangkan ketidakselesaan, sekali gus menunjukkan tahap kesedaran yang masih rendah terhadap amalan terbaik.

Sebagai respons terhadap isu yang meluas ini, Sensodyne mengumumkan pelancaran Sensodyne Fresh Mint - ubat gigi baharu dengan rumusan dipertingkatkan untuk membantu rakyat Malaysia hidup tanpa rasa risau terhadap gigi sensitif. Sensodyne Fresh Mint menawarkan pelbagai manfaat untuk menangani sensitiviti:

• Perlindungan 24 Jam: Dengan penggunaan berterusan dan memberus dua kali sehari, anda boleh menikmati makanan dan minuman kegemaran tanpa rasa ngilu.

• Kesegaran yang berpanjangan: Rumusan baharu Sensodyne Fresh Mint memberikan rasa segar yang berpanjangan.

· Teknologi Pembersihan Tiga Tindakan: Formula inovatif ini menggilap gigi, menghilangkan kotoran, dan menyingkirkan bakteria untuk senyuman yang lebih ceria dan manis.

Keberkesanan Sensodyne turut disahkan oleh kajian Real-World Evidence yang diterbitkan dalam International Journal of Environmental Research and Public Health (IJERPH). Kajian tersebut, yang berjudul Dentine Hypersensitivity Experience Questionnaire (DHEQ), mengenal pasti bahawa:

• 100% pengguna tetap Sensodyne berpuas hati setiap hari.

• 98% melaporkan simptom sensitiviti mereka bertambah baik.



“Terlalu ramai rakyat Malaysia menahan ketidakselesaan yang berpunca daripada gigi sensitif, sehingga terlepas momen-momen kecil yang indah dalam hidup - seperti menikmati kopi ais atau ais krim. Ramai yang hanya menunggu rasa ngilu itu hilang, tanpa berusaha menangani punca sebenar. Penemuan ini menekankan betapa perlunya penyelesaian yang berkesan dan kesedaran yang lebih tinggi terhadap masalah sensitiviti. Inilah sebabnya Sensodyne, bersama-sama Persatuan Pergigian Malaysia, memperhebat usaha kesedaran dan menggalakkan intervensi awal – kerana jika dibiarkan tidak dirawat, sensitiviti boleh membawa kepada masalah pergigian yang lebih serius,” kata Law Chen, Pengarah Pemasaran Haleon untuk Malaysia, Singapura dan Brunei.

Dr Mohd Salman bin Masri, Periodontis wakil Persatuan Pergigian Malaysia, turut bersetuju: “Sensitiviti gigi bukan isu kecil - ia boleh menandakan masalah kesihatan mulut yang lebih mendalam. Namun, ramai rakyat Malaysia hanya bertahan tanpa menyedari sejauh mana sensitiviti menjejaskan kehidupan seharian mereka. Kajian terkini yang diterbitkan dalam International Journal of Environmental Research and Public Health menunjukkan bahawa 93% responden menyatakan bahawa sensitiviti mengurangkan nikmat makan dan minum, malah memberikan impak kepada keselesaan fizikal dan kesejahteraan emosi. Oleh yang demikian, penting untuk menangani sensitiviti seawal mungkin, iaitu sebaik sahaja rasa ngilu itu muncul. Jika diabaikan, sensitiviti boleh membawa kepada masalah yang lebih besar pada masa hadapan.”

Sempena sambutan Hari Kesihatan Mulut Sedunia, Sensodyne melancarkan kempen seluruh negara “A Happy Mouth is...A Happy Mind” untuk menyatukan rakyat Malaysia. Sebagai sebahagian daripada inisiatif ini, Sensodyne dengan kerjasama Persatuan Pergigian Malaysia menawarkan pemeriksaan gigi percuma selama sebulan di lebih 500 klinik di seluruh negara, dari 21 April hingga 21 Mei 2025.


Sensodyne Fresh Mint kini boleh didapati di seluruh negara termasuk di farmasi, klinik pergigian, pasar mini, pasar raya, pasar raya besar dan kedai runcit.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ini, layari www.sensodyne.com.my atau ikuti akaun rasmi Facebook dan Instagram Sensodyne Malaysia.


Friday, April 11, 2025

Majlis Penyampaian Hadiah Kempen ‘Double Treats, Double Fortune’ ELBA Malaysia

Hi Korang,

ELBA Malaysia mengakhiri kejayaan Kempen ‘Double Treats, Double Fortune’ dengan majlis penyampaian hadiah yang menarik, meraikan pemenang bertuah yang membawa pulang ganjaran yang luar biasa. Kemuncak acara ini ialah saat Encik Tang Chee Hing membawa pulang Kereta Elektrik BYD Seal Premium 2024 baharu bernilai RM180,000!


Sambutan Besar Rezeki Perayaan


Bertempat di BYD Ara Damansara, majlis penyampaian hadiah telah dihadiri oleh pengurusan kanan ELBA, rakan kongsi dan wakil media. Acara itu menandakan kemuncak kempen seluruh negara yang berlangsung mulai bulan November 2024 hingga 31 Januari 2025, menawarkan rakyat Malaysia peluang untuk memenangi hadiah hebat hanya dengan membeli peralatan rumah berkualiti tinggi ELBA.

Ditubuhkan pada tahun 1979, ELBA telah menjadi jenama utama di Malaysia selama lebih empat dekad dan secara konsisten menyampaikan kualiti, kebolehpercayaan dan inovasi dalam peralatan rumah. Selama bertahun-tahun, ELBA kekal berdedikasi untuk mempertingkatkan kehidupan pelanggannya dengan menawarkan produk yang bergaya, cekap tenaga dan berteknologi maju yang memenuhi keperluan isi rumah moden. Sama ada menyatukan keluarga melalui hidangan yang dimasak di rumah, memastikan penyimpanan makanan yang cekap atau memudahkan kerja harian, ELBA terus menjadi teman yang dipercayai dalam setiap rumah.

Encik Tok Sang Man, Pengarah Urusan Fiamma Sdn. Bhd., meluahkan keterujaannya atas sambutan yang menggalakkan terhadap kempen dan peluang untuk memberi ganjaran kepada pelanggan setia ELBA dengan hadiah yang hebat.


“Di ELBA, kami berusaha untuk menambahbaik kediaman dengan peralatan yang inovatif, bergaya dan cekap tenaga. Kempen ini adalah cara kami menyampaikan penghargaan kepada pelanggan dan kami sangat teruja untuk meraikan kemenangan mereka. Saya mengucapkan tahniah kepada semua pemenang -- melihat kegembiraan mereka pada hari ini benar-benar membuktikan komitmen kami untuk membawa kemudahan dan kebahagiaan kepada isi rumah di Malaysia. Kami berharap dapat meneruskan usaha ini dengan lebih banyak inovasi menarik dan pengalaman yang bermanfaat pada masa hadapan,” katanya.


Temui Pemenang Bertuah!


Pada majlis ini, ELBA dengan bangganya menyampaikan hadiah kepada pemenang utamanya, termasuk:


· Hadiah Utama: Kereta Elektrik BYD Seal Premium 2024 bernilai RM180,000 – Tang Chee Hing


· Tempat Pertama: Peti Sejuk ELBA PerfectFit bernilai RM8,999 – Khor Eng Tong


· Tempat Kedua: Peti Sejuk ELBA Side-by-Side bernilai RM5,289 – Ng Siao Chi


· Tempat Ketiga: Mesin Basuh & Pengering ELBA 2-in-1 Washer Dryer bernilai RM3,859 – Zaiton Abu Bakar


Selain itu, Hadiah Istimewa dan Hadiah Saguhati telah dianugerahkan dalam sesi berasingan, dengan lebih 100 orang pemenang menerima rangkaian peralatan rumah yang praktikal dan bergaya, termasuk ELBA Combi Smart Oven, multi-cooker, dispenser air, seterika penjana wap dan pengering rambut.


Kemenangan yang Tidak Dapat Dilupakan bagi Pemenang Hadiah Utama


Berasal dari Subang Jaya, Selangor, Encik Tang Chee Hing berasa amat gembira apabila menerima panggilan yang mengumumkan kemenangannya yang luar biasa.


“Memenangi sebuah kereta elektrik BYD Seal merupakan kejutan yang amat mengujakan dan menjadikan musim perayaan ini lebih bermakna. ELBA benar-benar mencipta detik yang tidak dapat dilupakan buat saya dan keluarga,” kongsi Encik Tang yang teruja, yang telah membeli peti sejuk ELBA untuk menyertai peraduan tersebut.

Sebagai pelanggan setia ELBA, Encik Tang percaya penuh terhadap kualiti dan kebolehpercayaan jenama ini, dengan lebih daripada 50% peralatan rumahnya terdiri daripada produk ELBA. Pilihan kegemarannya? Peti sejuk ELBA, yang dipuji beliau atas reka bentuknya yang bergaya namun praktikal, menampilkan susun atur dua pintu dengan laci penyejuk beku tarik keluar yang memaksimumkan kecekapan ruang dan memudahkan akses kepada makanan segar.

Lebih daripada sekadar kegembiraan, kereta elektrik BYD Seal juga bakal membawa manfaat sebenar kepada Encik Tang dan keluarganya. “Ini adalah satu kelegaan kewangan yang besar dari segi penjimatan. Caj untuk BYD Seal hanyalah sebahagian kecil daripada harga petrol, dan dengan penyelenggaraan yang rendah, saya akan dapat menjimatkan ribuan ringgit setiap tahun.”

Sementara itu, Encik Khor Eng Tong dari Kedah pula begitu bersyukur apabila menerima berita tentang kemenangannya — sebuah peti sejuk ELBA PerfectFit yang bernilai RM8,999.

“Saya sangat gembira dan bangga! Saya tidak pernah menyangka akan menang, lebih-lebih lagi ini adalah pembelian ELBA pertama saya. Ini satu pengalaman yang sangat bermakna, dan saya amat berterima kasih kepada ELBA kerana menjadikannya lebih istimewa,” ujar Khor.


Membawa Kegembiraan ke Rumah di Malaysia



Kempen ini benar-benar mencerminkan komitmen ELBA untuk mempertingkatkan kehidupan seharian. Daripada Koleksi Mastro unggul yang direka untuk penggemar kulinari hingga ke Peti Sejuk PerfectFit untuk penyimpanan makanan yang optimum, ELBA kekal sebagai pilihan yang dipercayai untuk isi rumah Malaysia.

“Kempen ini bukan sahaja tentang memenangi hadiah - ia tentang mencipta detik bermakna untuk pelanggan kami. - ia adalah untuk mencipta detik yang bermakna untuk pelanggan kami. Kami amat menghargai sokongan berterusan mereka dan berharap untuk membawa lebih banyak inovasi menarik dan kempen yang bermanfaat pada masa hadapan,” tambah Encik Tok.



Para tetamu di majlis itu juga berpeluang untuk mencuba pelbagai peralatan rumah ELBA, yang dipamerkan pada majlis itu, selain sesi pandu uji kereta BYD yang menambahkan lagi kemeriahan sambutan.

Memandang ke Hadapan


Berdasarkan kejayaan kempen ini, ELBA kekal berdedikasi untuk menyampaikan penyelesaian rumah yang inovatif, boleh dipercayai dan bergaya yang mempertingkatkan kehidupan seharian. Nantikan lebih banyak inovasi, ganjaran dan kejutan daripada ELBA dengan melayari https://elba.com.my atau mengikuti ELBA di saluran media sosial rasminya.

Thursday, April 10, 2025

Dododots Lancar Koleksi Istimewa Powerpuff Girls!

Hi Korang,

Siapa je yang tak suke dengan kecomelan Buttercup, Bubbles & Blossom?


Kalau korang peminat The Powerpuff Girls dan juga tengah cari cara comel untuk jaga kulit, berita ni pasti buat korang teruja! Dododots, jenama "pimple patch" dari Malaysia, telah melancarkan koleksi edisi terhad bertemakan Powerpuff Girls pada hujung Mac 2025.


Koleksi ni akan dijual dalam bentuk "blind pack" – maksudnya, korang tak tahu design mana yang korang dapat sampai korang buka pek tu. Menarik kan? Setiap design diinspirasikan daripada watak-watak ikonik Powerpuff Girls: Blossom, Bubbles dan Buttercup.


Berikut adalah pilihan design yang tersedia:

❤️ Awesome Blossom
Warna merah menyala dengan sentuhan merah jambu, khas untuk si pemimpin berani.

💙 No Trouble Bubbles
Warna pastel biru dan kuning yang ceria, sesuai dengan si manis yang periang.

💚 What’s Up, Buttercup?
Gabungan hitam dan hijau limau yang garang, ideal untuk tutup jerawat dengan penuh keyakinan.

🌈 Sugar, Spice and Everything Nice
Pek kejutan khas yang pasti buat anda teringat zaman kanak-kanak!




Patch edisi Powerpuff Girls ni sudah mula dijual pada 25 Mac 2025 melalui laman web Dododots, platform e-dagang, dan di semua 600 cawangan Guardian di Semenanjung Malaysia dan Singapura. Setiap pek dijual pada harga RM18 atau SGD$9 – selagi stok masih ada!

Kalau korang suka Powerpuff Girls dan nak rawat jerawat dengan cara yang lebih fun, koleksi ni memang wajib cuba!



Sedikit info tentang Dododots
ia adalah jenama tempatan yang diasaskan semasa pandemik oleh dua rakan yang pernah berdepan masalah jerawat. Dengan ilmu dalam bioteknologi dan mikrobiologi, mereka hasilkan patch jerawat yang bukan je berfungsi, tapi juga penuh gaya dan warna-warni! Patch ini diperbuat daripada 100% bahan hydrocolloid dan diiktiraf FDA, ISO serta CE.

Selain online store, Dododots juga ada mesin layan diri di lokasi popular seperti Sunway Pyramid, MyTOWN KL, Paradigm Mall JB, dan Plaza Singapura. Mereka juga bekerjasama dengan Guardian dan Miniso untuk memudahkan peminat Dododots untuk mendapatkan koleksi mereka.