Thursday, April 3, 2025

Klook, Farm Fresh dan KSK Society Sebarkan Kemuliaan Ramadan dengan 1,000 Pek Susu Kurma Berkhasiat

Hi Korang,

Pada bulan Ramadan ini, Klook, platform utama untuk pengalaman dan perkhidmatan pelancongan, menggunakan platform pelancongan untuk menyebarkan amalan memberikan sumbangan. 


Dengan kerjasama Farm Fresh dan Kechara Soup Kitchen (KSK Society), Klook melancarkan inisiatif yang tulus ikhlas untuk membawa makanan berkhasiat dan kegembiraan kepada komuniti yang kurang bernasib baik di seluruh Malaysia. Melalui kerjasama yang bermakna ini, 1,000 pek susu kurma Farm Fresh akan disumbangkan kepada mereka yang memerlukan, bagi memastikan penerima yang berpuasa mendapat makanan yang penting pada bulan suci ini.

“Di Klook, kami percaya bahawa pelancongan adalah lebih daripada sekadar pengalaman—ia adalah tentang menyatukan komuniti, memupuk hubungan yang bermakna, dan memberi kembali kepada komuniti yang kami sentuh. Ramadan adalah masa untuk bersyukur dan berefleksi, dan kami berbesar hati untuk mengubah setiap perjalanan yang ditempah di Klook menjadi peluang untuk berbuat baik. Melalui inisiatif ini, kami berharap untuk menyebarkan kegembiraan memberi, memastikan setiap tempahan yang dibuat menyumbang secara langsung kepada sokongan kepada mereka yang memerlukan,” kata Sarah Wan, Pengurus Besar, Indonesia, Malaysia, dan Singapura, Klook.

"Di Farm Fresh, kami percaya bahawa khasiat bukan sahaja tentang makanan - ia juga tentang memupuk kesejahteraan dan memperkukuh komuniti. Kami gembira untuk bekerjasama dengan Klook dan Kechara Soup Kitchen untuk tujuan yang bermakna ini, bagi memastikan mereka yang menjalankan ibadah Ramadan mempunyai akses kepada makanan yang sihat dan semula jadi. Sebagai jenama yang berakar umbi dalam produk tenusu yang segar dan berkualiti tinggi, kami melihat inisiatif ini sebagai peluang untuk berkongsi kebaikan alam sambil memberi kembali kepada komuniti," kata Azmi Zainal, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Farm Fresh Berhad. 


Sebagai sumber tenaga semula jadi dan nutrien penting, susu kurma adalah cara yang baik untuk membantu menyokong mereka yang berpuasa di bulan Ramadan.

Kechara Soup Kitchen telah berkhidmat kepada komuniti terpinggir di Malaysia selama lebih 17 tahun, menyediakan lebih daripada 1.3 juta makanan sejak penubuhannya. “Sumbangan ini membantu kami menghulurkan sokongan penting kepada mereka yang menghadapi kesukaran, memastikan mereka menerima makanan dan penjagaan pada musim Ramadan ini," kata Justin Cheah, Pengarah Pemasaran di Kechara Soup Kitchen.


Selepas musim Ramadan, pelanggan boleh terus menyokong komuniti tempatan dengan mengalami sendiri inti pati misi Farm Fresh. Lawati Farm Fresh di UPM untuk menyaksikan sendiri bagaimana produk tenusu yang segar dan mampan dihasilkan, atau nikmati makan malam di The Acre by Farm Fresh, di mana kebaikan dari ladang ke meja makan menyatukan orang ramai melalui hidangan yang sihat. Setiap lawatan akan menyokong jenama tempatan yang berdedikasi untuk memperkaya kesihatan dan komuniti.

Tempah pengalaman Farm Fresh anda sekarang:


Monday, March 31, 2025

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2025

Hi Korang,

Kepada semua pembaca belog ciklilyputih.com ni di ucapkan



Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin kepada korang sekeluarga. 

Semoga dengan kedatangan Syawal yang mulia ni, dapatkan kita bermaaf-maafan di antara satu sama lain.

Kalau ade rezeki lebih, insyallah boleh datang beraya ke rumah ahkak yer


Sunday, March 23, 2025

Majlis Malam Silaturahim & Berbuka Puasa YAYASAN NURJIWA, YAYASAN PRIHATIN & CUCKOO

Salam Semua,

Yayasan Nurjiwa, Yayasan Prihatin, dan Cuckoo bekerjasama menganjurkan Majlis Silaturahim Ramadan dan berbuka puasa bertujuan untuk menyantuni golongan yang memerlukan.


Majlis ini diadakan bagi meraikan anak yatim, pelajar tahfiz, penggiat seni serta pengamal media yang memerlukan bantuan sebagai tanda keprihatinan dan sokongan terhadap komuniti. Selain menikmati juadah berbuka puasa bersama, majlis ini turut menyaksikan penyampaian sumbangan khas bagi membantu meringankan beban golongan yang diraikan.


Seramai 30 anak yatim dari PPR Desa Rejang, Kuala Lumpur dan 50 pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Islah (MTQI) Shah Alam menerima sumbangan duit raya, baju raya serta bag makanan.



Dalam majlis yang sama, 30 penggiat seni dan pengamal media turut menerima sumbangan sokongan kewangan, bag makanan dan baju raya.

Pihak Cuckoo turut menyampaikan 3 unit penapis air kepada sekolah dan pusat tahfiz.

Kerjasama ini bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan silaturahim tetapi juga memberikan kegembiraan dan kelegaan kepada mereka yang memerlukan. Yayasan Nurjiwa, Yayasan Prihatin, dan Cuckoo komited dalam meneruskan usaha kebajikan serta menyokong kesejahteraan masyarakat.


SEDEKAH NURJIWA


Program Sedekah Nurjiwa merupakan inisiatif yang dilakukan oleh Yayasan Nurjiwa bagi membuka peluang kepada orang ramai untuk turut serta dalam misi amal dan kebajikan boleh turut serta dengan membuat sumbangan secara berterusan ke tabung Yayasan Nurjiwa


Sedekah berterusan serendah RM1 sehari atau RM30 setiap bulan dapat meringankan beban dan membantu pelbagai misi kebajikan dan kemanusiaan yang dilakukan oleh Yayasan Nurjiwa.

Penyumbang boleh memilih untuk membuat sumbangan serendah RM30, RM60, RM90 setiap bulan atau sumbangan tetap tahunan.

Setiap sumbangan akan diberikan pengecualian cukai dan pihak Yayasan Nurjiwa berhasrat mendapatkan pelindungan insurans kepada penyumbang namun perkara ini masih sedang diperhalusi.

Korang boleh menyertai program ini dengan mengisi borang di laman sesawang Yayasan Nurjiwa di www.Nurjiwafoundatiom.com atau terus mengimbas QR kod yang disediakan.


KEMBARA ILMU JIWA PRIHATIN



Program Kembara Ilmu Jiwa Prihatin adalah inisiatif strategik yang dilaksanakan oleh Yayasan Nurjiwa dan Yayasan Prihatin Nasional. Program bersiri ini antara lain bertujuan untuk memperkasa masyarakat melalui pengembangan ilmu dan pemerkasaan jati diri dengan menampilkan tokoh dan agamawan yang berkaliber serta berwibawa.



Pelaksanaan program ini melibatkan ceramah agama, forum interaktif dan sesi motivasi Islamik yang dirancang untuk memberi pendedahan dan panduan kepada masyarakat dalam memperbaiki diri serta membangun nilai-nilai positif dalam kehidupan seharian.

Melalui pendekatan yang komprehensif, program ini diharapkan dapat menyediakan platform untuk masyarakat mendapatkan ilmu yang bermanfaat, memperkukuh hubungan spiritual dan menginspirasikan mereka untuk menjadi individu yang lebih baik.

Sesi motivasi dan interaksi yang diadakan bertujuan untuk menggalakkan peserta memahami kepentingan ilmu dalam membentuk masyarakat yang lebih bersatu dan berdaya saing serta memberikan ruang untuk berbincang tentang isu-isu semasa dalam konteks Islam.

Program ini akan dilaksanakan secara bersiri pada tahun ini.