Tuesday, March 18, 2025

JOM TERJAH BAZAAR RAMADAN DI SELANGOR!

Hi Korang,

Bulan Ramadan sememangnya sinonim dengan bazar Ramadan, di mana pelbagai juadah berbuka boleh didapati dalam satu tempat. 


Dari makanan tradisional hingga hidangan moden, setiap bazar menawarkan pelbagai juadah berbuka dengan lebih 60 bazar terbaik, di setiap Daerah Negeri Selangor!

Bazar Ramadan, Kuala Selangor

Kalau ke Kuala Selangor, jangan hanya cuba makanan laut dan mee udang, banyak lagi makanan rare yang hanya boleh didapati pada bulan Ramadan di sini! Antara yang wajib dicuba ialah Philly Cheese Steak, Kunafa, Laksa Johor dan pelbagai hidangan lain yang menyelerakan. Bazar Ramadan di Kuala Selangor menawarkan banyak pilihan dengan tapak yang luas. Antara bazar terbaik yang boleh dikunjungi termasuk Bazar Ramadan Tanjung Karang, Lotus Kuala Selangor, Saujana Utama, Ijok dan di Naluri Sukma, Puncak Jalil. Sambil membeli belah di bazar, jangan lupa cari tempat OOTD sekitar bendang untuk sesi bergambar raya nanti! Lokasinya pun berdekatan dengan Sabak Bernam.


Bazar Ramadan, Ampang Jaya

Untuk yang bekerja di sekitar Ampang Jaya, apa kata berbuka dahulu sebelum bersesak pulang ke rumah. Dengan lokasi bazar yang strategik di sekitar pusat bandar, ia sememangnya menjadi pilihan utama untuk para pekerja seperti Bazar Ramadan Padang Perbandaran MPAJ, Taman Malawati, Taman Sri Bayu, Jalan Ukay Perdana dan Bukit Antarabangsa. Secara keseluruhan, terdapat lebih 10 bazar Ramadan di sekitar Ampang Jaya yang menawarkan pelbagai juadah menarik seperti Nasi Kerabu, Kuih Akok, Sosej Thai, Lokching dan banyak lagi!



Bazar Ramadan, Shah Alam

Bagi yang menetap di sekitar Shah Alam, semestinya Bazar Ramadan menjadi tujuan pertama sebelum pulang ke rumah. Untuk yang mencari Nasi Mandi dari Chef Ammar yang sentiasa menjadi rebutan tiap kali bulan Ramadan, dekat sinilah pengunjung boleh cuba. Jangan lepaskan peluang untuk kunjungi 5 Bazar Ramadan di Shah Alam ini seperti Bazar Ramadan Stadium Shah Alam, Setia Perdana BB, Seksyen 19, Denai Alam dan Seksyen 17. Terdapat juga makanan- makanan viral yang menjadi sasaran para penggemar makanan seperti Cheese Wheel Mac & Cheese, Murtabak Singapura, Roti John, Kambing Golek dan banyak lagi.

Bazar Ramadan, Petaling Jaya

Bagi yang dalam perjalanan pulang dari tempat kerja, bolehlah singgah ke bazar Ramadan untuk tapau juadah berbuka. Maklumlah, trafik bulan puasa selalu sesak dan kadang- kadang sampai terpaksa berbuka dalam kereta! Di Petaling Jaya, terdapat lima bazar Ramadan utama yang sentiasa menjadi tumpuan seperti Bazar Ramadan SS 6/1 Kelana Jaya, Bazar Ramadan Taman Medan, Bazar Ramadan Seksyen 17/1A, Taman Sri Manja dan Seksyen 4 Kota Damansara.


Bazar Ramadan, Kuala Langat

Untuk penduduk di Kuala Langat, Bazar Ramadan di sini juga tidak kurang meriahnya. Seperti di Banting, terdapat tapak Bazar Ramadan dengan lebih 100 gerai makanan tersedia, memang tak cukup 1 jam untuk pusing keseluruhan Bazar! Untuk yang mencari makanan jawa, terdapat juga gerai menjual makanan seperti Nasi Ambeng dan pecal jawa. Jangan lupa untuk singgah ke 5 Bazar Ramadan Kuala Langat yang terpilih tahun ini seperti Bazar Ramadan Tapak Pasar Malam Banting, Jalan SP 4/1 Bandar Saujana Putra, Tepi Jalan Sultan Alam Shah Kanchong Darat, Kawasan Trak Makanan Pusat Perdagangan Triana dan di Jalan 3/2 Jenjarom.


Bazar Ramadan, Subang Jaya

Bagi penduduk di sekitar Subang Jaya, terdapat lebih daripada 20 bazar Ramadan dengan lebih 200 gerai yang menawarkan pelbagai juadah berbuka puasa. Antara bazar yang wajib dikunjungi termasuklah Bazar Ramadan USJ 4, Dataran Niaga Puchong Permai, Bandar Kinrara 5, Persiaran Megah dan Taman Seri Serdang. Di sini, anda boleh menikmati pelbagai hidangan seperti murtabak, tongmo bakar, nasi kerabu dan banyak lagi. Jika anda merancang untuk berbuka bersama keluarga, pastikan anda datang lebih awal kerana kebanyakan bazar di Subang Jaya sentiasa dipenuhi pengunjung!

Bazar Ramadan, Klang

Dengan kepadatan penduduk yang tinggi, setiap bazar Ramadan di Klang pasti menjadi tumpuan ramai. Dari Meru hingga ke Pekan Klang, pelbagai juadah berbuka puasa tersedia untuk dinikmati. Siapa yang tidak kenal dengan Bazar Ramadan Taman Sri Andalas? Bazar ini terkenal dengan pelbagai hidangan seperti ayam percik, kebab dan nasi beriani yang sentiasa menjadi pilihan pengunjung. Selain itu, terdapat banyak lagi bazar Ramadan menarik di Klang yang boleh dikunjungi, antaranya Bazar Ramadan Simpang Empat Sungai Udang, Kampung Meru, Lorong Musran Rantau Panjang dan Jalan Raja Mokhtar. Memandangkan ada bazar di Klang yang mula beroperasi seawal jam 3 petang, pastikan anda datang lebih awal untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas.



Bazar Ramadan, Selayang

Selayang tidak kurang meriahnya dengan pelbagai bazar Ramadan yang menjadi tumpuan penduduk setempat. Dengan kepelbagaian juadah daripada makanan tradisional Melayu hingga ke hidangan fusion moden, pengunjung pasti rambang mata! Jom terjah 5 Bazar Ramadan di Selayang seperti di Dataran Greenwood, Jalan E3/8 Taman Ehsan, Jalan 2 Bandar Baru Selayang, Taman Selayang Uatama dan Bandar Rawang. Pelbagai pilihan makanan menanti, termasuk Roti John, Ayam Golek, Nasi Kerabu, Murtabak dan banyak lagi.

Bazar Ramadan, Hulu Selangor

Dah alang- alang ke Selayang, apa kata kita ke Hulu Selangor pula. Jika anda berada di sini, jangan risau bazar Ramadan di kawasan ini juga menawarkan pelbagai pilihan juadah yang enak untuk berbuka! Dari hidangan tradisional hingga makanan moden, semua boleh didapati di sini. Antara 5 Bazar Ramadan yang popular di Hulu Selangor ialah Tapak Pasar Pagi Taman Seri di Batang Kali, Jalan Telipot 2A Bukit Sentosa, Jalan Kantan 2 Bukit Beruntung, Jalan Gapi 1A di Antara Gapi serta Medan Selera Sungai Buaya. Makanan istimewa yang sering menjadi pilihan adalah seperti Tepung Talam, Tauhu Sumbat, Lompat Tikam dan macam macam lagi.

Bazar Ramadan, Kajang

Bila sebut Kajang, pasti semua teringat sate! Tapi tahukah anda, terdapat banyak lagi juadah menarik yang wajib dicuba sepanjang Ramadan ini? Antara yang popular ialah Nasi Padang, Tauhu Bergedil, Lontong Kering, dan banyak lagi! Jika anda berada di Kajang, jangan lupa singgah ke lima bazar Ramadan terbaik di kawasan ini, antaranya di Bazar Ramadan Sungai Tangkas, Sungai Jelok, Laman Niaga Komuniti Bandar Baru Bangi, Taman Pelangi Semenyih dan di Jalan 3/69, Seksyen 3 Bandar Baru Bangi. Sambil membeli-belah untuk persiapan Raya di Bangi, bolehlah singgah dan tapau makanan berbuka sekali!

Bazar Ramadan, Sepang

Sepang bukan sahaja terkenal dengan KLIA dan Litar Antarabangsa Sepang, tetapi juga dengan bazar Ramadan yang menawarkan pelbagai juadah lazat. Daripada makanan tempatan hingga ke hidangan viral, semuanya boleh didapati di sini! Antara Bazar Ramadan terbaik yang anda boleh kunjungi adalah Bazar Ramadan Litar Antarabangsa Sepang, Kosmopleks, Cyberjaya, Taman Dengkil Jaya dan Sungai Pelek. Antara menu popular di sini termasuk Nasi Ambeng, Sup Gearbox, Pulut Panggang, Ikan Bakar dan pelbagai jenis kuih-muih. Jika anda dalam perjalanan ke KLIA atau ke selatan, singgah dahulu ke bazar Ramadan di Sepang untuk berbuka puasa!

Bazar Ramadan, Sabak Bernam

Walaupun terletak di kawasan kampung, bazar Ramadan di Sabak Bernam tetap meriah dan menjadi tumpuan ramai! Daripada makanan Jawa hingga Banjar, semuanya ada di sini, antaranya punten, wadai kipeng, nasi ambeng, lontong dan banyak lagi hidangan tradisional yang sukar didapati di tempat lain. Bagi yang menetap di Sabak Bernam, berikut adalah lima tapak bazar Ramadan yang sentiasa menjadi pilihan penduduk setempat seperti Tapak Pasar Awam Sekinchan, Tapak Pasar Pasir Panjang, Tapak Parkir Pasar Awam Sungai Besar, Pekan Sungai Besar dan di Pengkalan Sabak. Bagi yang dalam perjalanan pulang ke Perak, jangan lupa singgah di bazar Ramadan Sabak Bernam terlebih dahulu untuk membeli juadah berbuka!


Saturday, March 15, 2025

Raikan Hari Raya Dengan Nostalgia Bersama Kempen ‘BERAYA DI KOTA RAYA’ Di The CURVE

Hi Korang,

Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri ini, the Curve menjemput para pengunjungnya untuk mengimbau nostalgia Hari Raya di era 90-an dengan kempen ‘Beraya di Kota Raya’. Berlangsung dari 28 Februari hingga 6 April 2025, kempen ini menyaksikan Centre Court diubah menjadi sebuah terminal bas retro yang meriah bagi menonjolkan suasana keindahan nostalgia Hari Raya di kota. 


Daya tarikan utama kempen ini adalah sebuah bas mini berwarna merah jambu ikonik, yang pernah menjadi pemandangan biasa di Lembah Klang serta sebahagian daripada sejarah pengangkutan Malaysia. 


Bagi melengkapkan tema nostalgia ini, hiasan Raya the Curve turut menampilkan sebuah rumah kayu kampung yang diilhamkan daripada Rumah Biru di Kampung Baru, perhentian bas vintaj, kaunter tiket, dan hiasan Hari Raya klasik, yang pastinya akan mengembalikan nostalgia kemeriahan Hari Raya Aidilfitri di era dahulu.


En. Jazmi Kamarudin, Ketua Pegawai Operasi Boustead Properties Berhad, berkongsi, “Pada Hari Raya ini, kami teruja untuk meraikan warisan budaya sambil membantu perniagaan tempatan dan juga menyemarakkan semangat berkomuniti. Melalui kempen ‘Beraya di Kota Raya’, kami ingin mengimbau kembali nostalgia sambutan Hari Raya Aidilfitri di kota, di mana tradisi yang dihargai, bazar meriah, dan suasana perayaan komuniti mencipta pengalaman yang istimewa untuk semua generasi.”

Bagi membantu usahawan tempatan, the Curve membawakan lebih 100 reruai jualan Raya, termasuk lebih 10 reruai selebriti yang menawarkan pelbagai pilihan pakaian Raya, aksesori, kuih-muih, dan Juadah Berbuka Puasa di seluruh pusat beli-belah.


Para pengunjung boleh menikmati kemeriahan Hari Raya melalui persembahan kebudayaan seperti Dikir Barat, Zapin, dan Tarian Muzikal Raya, manakala kanak-kanak berpeluang untuk menyertai Bengkel Raya seperti Menganyam Ketupat dan Membuat Kad Raya pada hujung minggu.

Pengunjung yang berbelanja di the Curve bakal menerima ganjaran melalui program Hadiah dengan Pembelian (Gift with Purchase / GWP). Dengan perbelanjaan minimum RM200, mereka akan menerima sampul Raya dan pelekat edisi terhad. Dengan perbelanjaan RM450 ke atas pula, mereka akan menerima beg istimewa dan pelekat yang direka oleh pelukis doodle terkenal, Ann Jaafar, bersama sampul Raya.

Bagi mereka yang gemarkan cabaran pula, peraduan media sosial ‘Cari dan Menang’ anjuran the Curve menawarkan peluang untuk memenangi baucar beli-belah dan cenderahati eksklusif.

Seiring dengan amalan bersedekah, kempen Raya the Curve ini dimulakan dengan majlis Berbuka Puasa bersama kanak-kanak dari Rumah Anak Yatim Damai Kuang.



Sebahagian daripada inisiatif CSR Curve Lurve, acara iftar istimewa ini ditaja oleh Flint untuk memberikan pengalaman berbuka puasa yang bermakna kepada kana-kanak tersebut. Vendor the Curve juga menyumbangkan barangan keperluan, pakaian baru, duit raya, hamper, dan kuih-muih untuk memastikan kanak-kanak tersebut dapat menikmati pengalaman sambutan Hari Raya yang tidak dapat dilupakan.




the Curve turut bekerjasama dengan Suria FM untuk mengedarkan Bubur Lambuk terkenal dari Masjid Kampung Baru. Bubur Lambuk tradisional ini disediakan dan diagihkan kepada para pengunjung dengan kehadiran En. Khairul Azizi Bin Ismail, CEO Boustead Properties Berhad, En. Jazmi Kamarudin, serta personaliti radio Suria FM DJ Lin, Iman, dan Chiwan.

Sebuah reruai sumbangan ‘Kongsi Rezeki’ akan ditempatkan di Centre Court dari 28 Februari hingga 6 April untuk membolehkan para pengunjung menyumbang barangan keperluan kepada Rumah Anak Yatim Damai Kuang. Sumbangan ini akan dihantar dalam dua peringkat iaitu pada 17 Mac dan 7 April. Selain itu, setiap Jumaat sebelum waktu iftar, pasukan pengurusan the Curve akan mengedarkan 50 pek hadiah Ramadan istimewa sebagai tanda penghargaan kepada para pengunjung.

Dalam semangat kebersamaan, the Curve menaja tiket bas VIP untuk inisiatif #theCurveBelanjaBalikKampung bersama Suria FM. Peraduan media sosial ini mengalu-alukan peserta untuk menghantar Pantun Raya paling kreatif bagi memenangi tiket bas VIP pulang ke kampung dengan destinasi ke utara, selatan dan timur.

Tahun ini, the Curve turut memperbanyakkan tawarannya dengan ketibaan penyewa baharu seperti Serai, Kenangan Coffee, Toast Maker, Koppiku, Summer Bliss, dan Richeese, bersama jenama fesyen dan aksesori seperti Original Classic, Osmanli Oud, Hyrem, dan Case. Keluarga dengan anak-anak kecil juga akan teruja dengan Moonbug Cocomelon, sebuah pengalaman pendidikan sambil berhibur untuk kanak-kanak.




Untuk keselesaan pengunjung sempena musim perayaan, waktu operasi the Curve di The Street akan dilanjutkan sehingga 12 tengah malam pada minggu terakhir Ramadan. Langkah ini memberi lebih masa kepada para pengunjung untuk membeli-belah, menjamu selera, dan membuat persediaan untuk Hari Raya.

Merangkumi hiasan nostalgia, persembahan kebudayaan, inisiatif CSR bermakna dan juga bazar Raya yang meriah, kempen ‘Beraya di Kota Raya’ di the Curve menawarkan pengalaman perayaan yang istimewa. Pengunjung boleh menikmati keindahan memori Hari Raya Aidilfitri masa lalu, mengimbau kenangan manis, dan mencipta detik baharu yang lebih bermakna bersama insan tersayang.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ini serta aktiviti menarik lain di the Curve, sila layari www.thecurve.com.my, atau ikuti kami di Facebook dan Instagram.


Friday, March 14, 2025

MEMPROMOSIKAN AMALAN RAMADAN YANG LEBIH SIHAT MELALUI GERAKAN "KALORI KURANG, RAYA LEBIH RIANG"

Hi Korang.

Ketika rakyat Malaysia bersama-sama menyambut Ramadan, amalan-amalan kerohanian pada bulan ini turut disertai dengan tradisi masakan-masakan yang digemari. 


Namun, dengan pelbagai hidangan yang mewah dan lazat yang dinikmati semasa iftar dan sahur, terdapat keperluan untuk menerapkan tabiat pemakanan yang lebih sihat demi kesejahteraan tubuh badan. Gerakan "Kalori Kurang, Raya Lebih Riang" bertujuan untuk memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia tentang cara mudah dan berkesan untuk mengekalkan diet seimbang sambil tetap menikmati juadah perayaan mereka.



Dengan kadar obesiti yang semakin meningkat di peringkat global dan dengan Malaysia mencatatkan kadar tertinggi di Asia Tenggara bagi penduduk dewasa yang berlebihan berat badan dan obes, inisiatif ini hadir tepat pada masanya untuk menawarkan penyelesaian yang mudah dan praktikal bagi membuatkan pemakanan yang lebih sihat itu adalah mudah sekali. 



Misi ini juga merupakan misi jangka panjang yang akan diperkukuhkan oleh Scott bermula pada bulan puasa ini. Fokus utama gerakan ini adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang perubahan kecil tetapi berimpak besar yang boleh dilakukan oleh seseorang individu—seperti mengurangkan lebihan minyak dalam makanan—bagi memastikan manfaat kesihatan jangka panjang tanpa menjejaskan rasa atau tradisi.

Nor Syafiqah Zainal, iaitu Pakar Diet Klinikal di Avisena Women and Children’s Specialist Hospital, menekankan bahawa berbuka puasa dengan makanan yang tinggi lemak atau berminyak boleh menjurus kepada masalah pencernaan. “Walaupun kita kurang makan pada bulan Ramadan, kenaikan berat badan masih boleh berlaku disebabkan oleh pelbagai pilihan makanan lazat yang menggiurkan di bazar Ramadan atau di majlis berbuka puasa, seperti murtabak, kuih, dan bubur lambuk, yang secara purata boleh mencecah 700 kalori. Semasa berpuasa, badan akan memperlahankan metabolisme untuk menjimatkan tenaga, menjadikannya lebih mudah untuk menyimpan lebihan kalori sebagai lemak. Namun, ini tidak bermaksud seseorang perlu meninggalkan masakan-masakan tradisional. Dengan membuat perubahan kecil—seperti mengurangkan penggunaan minyak—rakyat Malaysia boleh mengekalkan tradisi masakan mereka sambil tetap memberi keutamaan kepada kesihatan mereka. Sama seperti perubahan gaya hidup lain, kuncinya adalah keseimbangan, bukan pengorbanan sepenuhnya. Penyesuaian mudah, seperti penggunaan tisu dapur, boleh menyerap sehingga enam sudu teh minyak daripada hidangan lengkap yang mengandungi beberapa jenis lauk.”



Bagi menyampaikan mesej ini terus kepada masyarakat, inisiatif ini telah turun padang ke bazar-bazar Ramadan, berkolaborasi dengan peniaga-peniaga tempatan untuk menunjukkan cara yang mudah bagi menjadikan hidangan tradisional lebih sihat. "Dengan bekerjasama dengan peniaga-peniaga bazar, kami menunjukkan bagaimana langkah mudah seperti menekap tisu Scott Calorie Absorb pada makanan boleh menghilangkan lebih daripada satu sudu teh minyak berlebihan. Sudah tentu, segalanya perlu diambil secara sederhana, tetapi yang pentingnya di sini adalahbagaimana Scott menawarkan penyelesaian praktikal yang sesuai dengan gaya hidup dan tabiat pemakanan sedia ada," kata Yap Li Vern, Pengurus Pemasaran Scott.

Gerakan ‘Kalori Kurang, Raya Lebih Riang’ oleh Scott akan berlangsung di bazarbazar Ramadan utama di seluruh Lembah Klang. Di bazar-bazar ini, demonstrasi memasak secara langsung akan menampilkan langkah-langkah mudah seperti menggunakan tisu dapur Scott yang menyerap 127 kalori ke atas makanan-makanan kegemaran ramai seperti keropok lekor, ayam goreng, dan pisang goreng dapat mengurangkan pengambilan minyak berlebihan tanpa menjejaskan rasa atau tekstur. Hasilnya? Semua keenakan dan kerangupan yang disukai rakyat Malaysia masih dirasai, tetapi dengan jumlah kalori yang lebih rendah.



Selain demonstrasi secara langsung, pengunjung juga dapat menyertai pelbagai aktiviti menarik di reruai, termasuk cabaran ‘Spin the Wheel’ di mana mereka berpeluang memenangi barangan eksklusif bertemakan Raya daripada Scott seperti beg tote, balang kuih, dan sampul duit raya. Menambahkan lagi kemeriahan, maskot Scott Kitchen Towel turut membuat penampilan istimewa untuk menceriakan suasana di bazar.

Selain membantu rakyat Malaysia membuat pilihan yang lebih sihat di bazar, Scott juga adalah teman yang terbaik semasa persiapan sahur dan berbuka puasa di rumah. Dengan lebih ramai keluarga memasak sendiri sepanjang Ramadan, tisu dapur Scott menawarkan cara yang pantas dan berkesan untuk membersihkan tumpahan, menyerap lebihan minyak, serta memastikan dapur sentiasa bersih dan kemas sepanjang bulan puasa.



Pastikan anda mengunjungi Bazar Ramadan Dato Keramat AU1 dari 20 hingga 22 Mac 2025 untuk turut serta dalam keseronokan ini! Kempen ini juga diperluaskan ke platform digital, dengan lebih 10 pencipta kandungan bekerjasama untuk mencipta serta berkongsi resipi-resipi yang sihat dan mudah sepanjang Ramadan.

Sebagai bulan yang menekankan kebersamaan, kesyukuran, dan keakraban, inisiatif ini mengingatkan bahawa perubahan kecil mampu memberi impak yang besar, membolehkan semua orang dapat meraikannya dengan lebih riang, seimbang, dan sihat.



Nota kepada Editor:

Bagi menyemarakkan lagi semangat Ramadan dan Raya, satu kempen turut dijalankan di seluruh negara. Sebagai sebahagian daripada Promosi Raya Kimberly-Clark, pelanggan yang membelanjakan sekurang-kurangnya RM60 untuk produk yang terpilih akan menerima pinggan pencuci mulut eksklusif, manakala mereka yang berbelanja minimum RM20 berpeluang menyertai peraduan Gold Bar bernilai RM50,000.