Wednesday, February 12, 2025

Pelaburan RM3 Juta: SVG Worldwide SS25 Mendefinisikan Semula Fesyen Jalanan Malaysia

Hi Korang,

Detik Bersejarah untuk Fesyen Malaysia

8 Februari bakal menjadi detik bersejarah dalam industrifesyen Malaysia apabila SVG Worldwide melancarkanpertunjukan fesyen ‘solo’ pertamanya—Musim Bunga/Panas2025 di The Yard, Sentul Depot. Muhammad Ashraf Bin Khairul Anuar, atau lebih dikenali sebagai Ashraf Anuar berusia 25 tahun, mencipta fenomena dalam dunia ‘streetwear’ dengan mengadakan acara yang mentakrif semulabatasan fesyen dan penceritaan.


Diberi judul "The Journey", koleksi ini menggambarkanevolusi artistiknya, melambangkan tahun-tahun penuh berkembang, bereksperimentasi, dan ketekunan. Lebih daripada sekadar pameran fesyen, acara ini menandakan peralihan jenama ke era baharu—menegaskan identiti sertakebebasan kreatifnya.

Walaupun Ashraf pernah menganjurkan pertunjukan fesyen sebelum ini, acara kali ini adalah yang terbesar dan paling ambisi. Dengan 100 peragawan dan peragawati di pentas peragaan, ia bakal mencatat rekod sebagai pertunjukan fesyen jalanan ‘solo’ terbesar di Malaysia. Pelaburan sebanyak RM3 juta telah diperuntukkan untuk produksi, pemasaran, dan rekabentuk, menjadikan pertunjukan ini satu pencapaian luar biasa dalam dunia fesyen tempatan.

Bagi meningkatkan lagi pengalaman peminat fesyen, satu ‘Pop-up store’ di Starhill dari 9 hingga 16 Februari akan menawarkan akses eksklusif kepada koleksi edisi terhad. Selain itu, pertunjukan ini juga akan disiarkan secara langsunguntu disaksikan untuk tontonan umum.

_________________________________________________________

Ashraf Anuar: Dari RM50 ke Legasi Fesyen Beliau

Dari permulaan yang sederhana sehingga menjadi penerajupertunjukan fesyen ‘Streetwear’ terbesar di Malaysia, perjalanan Ashraf Anuar dalam industri ini dibentuk oleh ketekunan dan daya usaha. Pada usia 18 tahun, beliau mula menjual pakaian terpakai, menghabiskan masa berjam-jam memilih pakaian unik.

Dengan hanya RM50 di tangan, beliau mengambil risiko mencetak edisi pertama kemeja-T, yang habis terjual dalam beberapa hari. Detik ini menjadi titik tolak kepada lahirnya jenama SVG Worldwide. Dengan usaha gigih dan strategi penjenamaan yang kukuh, jenama ini kini berkembang menjadi syarikat bernilai jutaan ringgit. Hari ini, SVG Worldwide bernilai lebih RM5 juta, bukan sahaja sebagai jenama yang berjaya secara komersial tetapi juga sebagai ikon budaya fesyen jalanan.


Falsafah rekabentuk Ashraf berpusat pada gabungan‘Streetwear’ dan penceritaan. Setiap koleksi direka dengan teliti untuk menyampaikan naratif unik, menggabungkan elemen grafik yang rumit, ilusi tiga dimensi, dan tekstur ber-eksperimentasi. Ketekunan dalam inovasi dan konsep mendalam ini telah menjadikan SVG Worldwide jenama yang mendapat perhatian, bukan sahaja di Malaysia malah di peringkat antarabangsa.

_________________________________________________________

Fesyen sebagai Medium Perbincangan Tamadun dan Budaya

Selain ‘Aesthetic’, Ashraf Anuar melihat fesyen sebagai platform yang berkuasa untuk perbincangan budaya dan kesedaran sosial. Pertunjukan akan menampilkan persembahan istimewa oleh Faizal Tahir, sebagai penghormatan kepada Palestin, mencerminkan komitmen SVG Worldwide terhadap perjuangan melalui seni.

Penekanan terhadap mesej bermakna ini menunjukkan usaha Ashraf dalam menggabungkan fesyen dengan isu-isu global, menjadikan jenamanya lebih dari sekadar jenama.


Eksperimentasi ini terdahulu oleh beliau telah membuktikan pendekatannya yang berani dan inovatif. Dari mempersembahkan koleksi di trek perlumbaan sepanjang 800 meter di Petronas Sepang International Circuit hingga mencipta format pertunjukan fesyen yang unggul, beliau terus mencabar norma industri. Gabungan budaya motorsport, estetika kontemporari, dan fesyen mewah menjadikannya salah seorang pemikir kreatif paling dinamik di Malaysia.

_________________________________________________________

Masa Depan SVG Worldwide

Melalui "The Journey", Ashraf Anuar bukan sahaja mengukuhkan statusnya sebagai pempengaruh dalam industri fesyen Malaysia, tetapi juga menetapkan penanda aras baharu bagi jenama fesyen ‘Streetwear’.

Dengan menganjurkan pertunjukan fesyen terbesar ini, menampilkan 100 peragawan dan peragawati dengan pelaburan RM3 juta, Ashraf membuktikan bahawa jenama tempatan mampu menyaingi kuasa besar fesyen antarabangsa.

Pencapaian ini dijangka memberi inspirasi kepada pereka lain untuk menganjurkan pertunjukan fesyen berskala mega, sekaligus mengangkat industri fesyen Malaysia ke peringkat antarabangsa. SVG Worldwide bukan lagi sekadar jenama fesyen—ia adalah satu gerakan yang didorong oleh keaslian, inovasi, dan visi artistik yang tidak berkompromi.


Dengan menggabungkan ‘streetwear’ dan fesyen tertinggi, mencabar batas kreativiti melalui persembahan runway yang tidak konvensional, serta mengekalkan naratif sosial dan budaya yang kuat, SVG Worldwide muncul sebagai kuasa perintis dalam industri ini.

Ketika dunia fesyen menantikan perkembangan seterusnya, satu perkara pasti ini baru permulaan kepada transformasi global fesyen ‘streetwear’ oleh Ashraf Anuar.

Official venue: The Yard, Sentul Depot.

Thursday, February 6, 2025

Nikmati Kegembiraan Menjamu Selera Hidangan Sihat dan Enak Sepanjang Hari Bersama Alce Nero Pada Musim Perayaan dan Cuti Sekolah Ini

Hi Korang,

Cuti sekolah telah tiba dan tidak lama lagi, kemeriahan musim perayaan pula akan diraikan. Ini bermakna, sebagai ibu bapa yang sentiasa hands-on, kita perlu mencari cara untuk memenuhi masa dan memastikan mereka kenyang sepanjang hari. Alce Nero, jenama makanan organik terkemuka dari Itali, mempunyai rangkaian produk, resipi mesra kanak-kanak yang sihat dan enak serta panduan atau tips bagi memenuhi selera anda dan si kecil.


Bagi sesetengah ibu bapa, penyediaan hidangan organik yang lebih sihat untuk anak-anak dari sarapan sehingga makan malam adalah suatu yang menakutkan. Namun demikian, Alce Nero memudahkan usaha ini demi mewujudkan momen-momen indah bersama insan tersayang, seterusnya memulakan laluan pemakanan sihat bagi kanak-kanak.

Ini kerana Alce Nero telah dimulakan oleh pihak yang menghargai keluarga, petani organik dan pemproses yang komited sejak tahun 1978 untuk menghasilkan makanan terbaik daripada hasil agrikultur yang menghormati tanah dan kesuburannya. Selama lebih 40 tahun Alce Nero telah memilih penanaman secara organik dan mengambil berat tentang keseimbangan yang wujud di antara Bumi dan penghuninya dengan menghasilkan makanan yang direka demi kesejahteraan kedua-duanya.

Produk Alce Nero adalah lebih sihat kerana ia bermula daripada bahan mentah yang ditanam tanpa penggunaan bahan kimia sintetik, keupayaan agronomi berteknologi terkini serta teknik-teknik terbaharu yang melindungi dan mempertingkatkan ciri-ciri yang ada. Senarai ramuan juga sentiasa pendek dan memberi penekanan kepada elemen-elemen penting, di samping bebas daripada bahan awet dan tambahan.

Sebagai ibu bapa yang penyayang, marilah membuat keputusan yang lebih baik untuk anak-anak, diri dan Bumi dengan menambah produk organik dalam diet harian. Mudahkan peralihan dengan menambah pilihan organik dua hingga tiga kali seminggu sepanjang cuti persekolahan dan musim perayaan ini sebelum meningkatkan kekerapan sajian.

Mulakan diet yang lebih sihat dan mesra alam bersama produk organik Alce Nero™ termasuk pasta, sos pasta, cuka, minyak zaitun extra virgin, madu, jem dan sapuan. Kepelbagaian rangkaian produk ini pastinya akan meningkatkan kelazatan semulajadi, berkongsi kebaikan organik serta membuktikan manfaat kesihatannya dalam setiap hidangan.



Izinkan kami berkongsi beberapa tip untuk menambah kebaikan organik Alce Nero pada cuti sekolah dan musim perayaan ini, memaksimumkan keriangan dan peluang bagi si kecil anda untuk mempelajari dan merasai pengalaman menyediakan hidangan mereka bersama ibu atau ayah mereka!

Pump up the Jam ketika Sarapan


Jem Organik Campuran Beri Alce Nero (Alce Nero Organic Mixed Berries Jam) menggunakan pelbagai beri organik dari Itali. Ia disediakan tanpa tambahan pektin dengan warnanya yang semulajadi datang daripada buah-buahan yang digunakan. Memandangkan tiada kandungan pektin, tekstur jem ini lebih cair berbanding jem bukan organik biasa tetapi dengan rasa yang lebih menyerlah.

Benarkan si kecil untuk menyapu jem organik yang sihat dan lazat ini pada roti kegemaran mereka atau menambahnya ke dalam semangkuk oat panas mahupun yogurt bersama granola. Selain itu, tiada sempadan untuk menjadikan Jem Organik Campuran Beri Alce Nero ini sebagai sebahagian daripada penyediaan sajian pencuci mulut kegemaran anda.

Untuk meningkatkan lagi keriangan, pasangkan lagu-lagu tarian popular seperti Pump Up the Jam sambil menikmati Jem Organik Campuran Beri Alce Nero seperti Strawberi dan Pic!

Amore bersama Pasta Pada Tengah Hari dan Malam


Diperbuat daripada gandum durum, pasta Alce Nero™ kaya dengan asid folik, zat besi dan lutein serta kandungan protein dan serat yang tinggi, pada masa sama indeks glisemik rendah[1]. Ia menerima pensijilan organik, bebas pestisid dan tidak mengandungi sebarang pewarna tiruan.

Kanak-kanak dan dewasa akan menggemari rasa dan penampilan rangkaian Tricolore Alce Nero yang mempunyai rasa semulajadi dengan warna oren kemerahan yang datang daripada tomato organik, hijau segar daripada bayam organik dan semulajadi daripada gandum durum. Pasta Tricolore Alce Nero boleh didapati dalam bentuk Spagetti, Fusilli berpintal dan Pasta Kanak-kanak yang comel.

Bagi hidangan pasta klasik, Spaghetti, Spaghettini (yang lebih nipis berbanding spagetti) dan Spaghetti Tricolore adalah sesuai, manakala Fusili atau Penne Alce Nero merupakan pilihan terbaik untuk salad pasta.

Bagi sajian pasta mudah dan segera bagi makan tengah hari dan malam untuk kanak-kanak, gandingkan pasta Alce Nero pilihan anda bersama Sos Pasta Organik Alce Nero bersama Daun Selasih, Sos Pasta Organik Alce Nero bersama Sayuran atau Sos Pasta Organik Alce Nero bersama Bawang dan Daun Selasih. Lengkapkan hidangan bersama protein kegemaran si kecil dan sajian salad segar bersama Cuka Balsamic Alce Nero. Hidangan enak dan menggembirakan yang mudah!

Snek dan Kudapan!


Kanak-kanak dan juga golongan dewasa kerap menikmati snek pada pertengahan pagi atau tengah haro. Jadikan ia santapan yang lebih sihat dan organik bersama minuman Cuka Epal Alce Nero (Alce Nero Apple Cider Vinegar) dan Madu Bunga Liar Organik Alce Nero (Alce Nero Organic Wildflower Honey). 


Bagi menambahkan lagi kesegaran, tambahkan kiub ais dan beberapa ranting daun rosemary. Kanak-kanak dan dewasa pasti akan menyukai minuman masam tetapi menyihatkan dan kelihatan mewah ini.

Selain itu, rakyat Malaysia tidak perlu was-was kerana produk Alce Nero™ telah menerima status Halal daripada badan-badan pensijilan yang diiktiraf JAKIM.

Ketersediaan


Produk Alce Nero™ turut boleh didapati di rangkaian AEON, Ben’s, Cold Storage, Giant, Jaya Grocer, Village Grocer, TF Value serta Ayam Brand Shopee Official Store (https://shopee.com.my/ayambrandofficialstore ) dan Ayam Brand Lazada Official Store.





[1] https://bebodywise.com/blog/durum-wheat/


Wednesday, February 5, 2025

Bufet Ramadan 2025 | Citarasa Orang Kita di Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel

Hi Korang,

Menjelang bulan Ramadan yang mulia, Hotel Sheraton Imperial Kuala Lumpur sedang bersiap sedia untuk menyambut tetamu dengan pengalaman yang meraikan semangat ramadan ini. 

Dari 2 hingga 29 Mac 2025, hotel ini menjemput korang untuk menikmati Bufet Ramadan Orang Kita Citarasa, satu perjalanan kulinari yang menghimpunkan lebih 150 hidangan asli Malaysia, setiap satu disediakan dengan teliti untuk menghormati tradisi dan citarasa masa istimewa ini.





Temui perisa asli, HALAL warisan masakan Malaysia yang kaya pada Ramadan ini, di mana lebih 150 hidangan menawan berkumpul untuk menceritakan kisah tradisi, inovasi dan gabungan budaya – hidangan yang benar untuk deria!

Hidangan Bufet Ramadan untuk Diingati


Bufet Ramadan Citarasa Orang Kita di Sheraton Imperial Kuala Lumpur mencerminkan warisan masakan Malaysia yang kaya dan pelbagai. Setiap hidangan menceritakan sebuah kisah, diturunkan dengan penuh kasih sayang dari generasi ke generasi dan kini dikongsi dengan tetamu hari ini. Bufet ini menawarkan gabungan keselesaan biasa dan perisa baharu yang menarik, mempamerkan hidangan yang meriah yang meraikan intipati masakan Malaysia.





Bufet menjanjikan pengalaman deria yang melampaui makanan. Aroma hidangan yang baru disediakan, warna-warna ceria pada taburan, dan perisa tradisional membawa tetamu ke masa yang menjamu selera adalah mengenai sambungan dan detik-detik perkongsian. Setiap gigitan merangkumi intipati tradisi masakan Malaysia, menjadikan sambutan Ramadan ini benar-benar tidak dapat dilupakan.

Istimewa Early Bird – Tempah Sekarang dan Jimat!


Untuk menjadikan pengalaman istimewa ini lebih diingati, Sheraton Imperial Kuala Lumpur menawarkan Harga Early Bird eksklusif untuk tempahan yang dibuat sebelum 22 Februari 2025. 


Para tetamu boleh menikmati Bufet Ramadan Orang Kita Citarasa pada kadar istimewa RM 129 bersih setiap dewasa (harga biasa : RM 189 bersih), manakala kanak-kanak berumur 6–12 tahun boleh menjamu selera pada harga RM 94.50. 

Tawaran masa terhad ini adalah peluang terbaik untuk mendapatkan tempat anda dan menikmati sambutan Ramadan yang tiada tandingannya.

Lebih daripada Sekadar Hidangan: Masa untuk Refleksi dan Kesinambungan


Ramadan adalah masa untuk muhasabah, syukur, dan sambungan. Di Sheraton Imperial Kuala Lumpur, menjamu selera pada bulan suci ini adalah lebih daripada sekadar makanan - ia merupakan pengalaman yang direka untuk menyatukan orang ramai. 


Bufet Ramadan Orang Kita Citarasa ialah pengalaman komunal, menjemput keluarga dan rakan-rakan untuk berkumpul, berhubung semula dan mencipta kenangan abadi di sekeliling meja.













Dalam suasana tenang Pavilions Lounge, malam itu diteruskan dengan Set Moreh Tiffin, tersedia dari jam 9.00 malam hingga 12.00 pagi. 

Selepas berbuka puasa, Moreh adalah tradisi yang dihargai oleh ramai orang, masa untuk berehat dan berkongsi makanan ringan dan snek tempatan sambil secawan teh hangat. Di Sheraton Imperial, Set Moreh Tiffin – berharga RM 39 untuk dua orang – menawarkan cara terbaik untuk memanjangkan waktu petang dan menikmati detik-detik tenang bersama orang tersayang.

Tradisi Bersama dengan Set Talam


Untuk menyelami lagi tetamu dalam tradisi budaya Malaysia yang kaya, Sheraton Imperial dengan bangganya menawarkan Set Talam, hidangan komunal gaya lama yang membawa rasa nostalgia dari akar masakan Malaysia. Berharga RM 99 bersih untuk dua orang, set tradisional ini menjemput tetamu untuk berkongsi hidangan dalam gaya yang mencerminkan semangat kebersamaan yang sebenar, sambil menikmati perisa yang telah mentakrifkan masakan Malaysia sejak turun-temurun.

Ramadan: Masa untuk Muhasabah, Masa untuk Berkongsi


Pada dasarnya, Ramadan adalah mengenai hubungan - dengan keluarga, rakan, dan nilai yang mengikat kita bersama. Hotel Sheraton Imperial Kuala Lumpur berbesar hati untuk menyediakan ruang di mana hubungan ini dapat dipupuk. Sama ada melalui bufet yang hebat, pengalaman Moreh yang tenang, atau Set Talam komunal, hotel ini menawarkan jemputan untuk menghayati semangat Ramadan dan membuat kenangan bermakna bersama orang tersayang.



Bagi mereka yang ingin melanjutkan sambutan Ramadan mereka, Hotel Sheraton Imperial Kuala Lumpur menawarkan pakej bilik yang disusun rapi, memberikan peluang yang sempurna untuk menikmati percutian yang damai dan mewah semasa bulan yang mulia.


Hotel Sheraton Imperial Kuala Lumpur bukan sekadar tempat untuk menjamu selera – ia adalah destinasi di mana semangat sebenar Ramadan dihidupkan. Melalui setiap hidangan yang disediakan dengan teliti, setiap detik yang dikongsi, dan suasana hotel yang tenang, tetamu dijemput untuk menyambut Ramadan dengan cara yang menghormati tradisi dan memupuk hubungan.

Untuk maklumat lanjut dan membuat tempahan, sila hubungi Hotel Sheraton Imperial Kuala Lumpur di +603 2717 9977.


Hotel Sheraton Imperial Kuala Lumpur
Jln Sultan Ismail, Chow Kit, 50250 Kuala Lumpur