Tuesday, January 21, 2025

RICHTECH DIGITAL BERHAD LANCAR PROSPEKTUS IPO PASARAN ACE

Hi Semua,

RichTech Digital Berhad (“RichTech” atau “Syarikat”), syarikat yang terlibat dalam pengedaran tambah nilai elektronik dan penyediaan perkhidmatan pembayaran bil di Malaysia, mengumumkan kejayaan pelancaran prospektusnya untuk Tawaran Awam Permulaannya (“IPO”) bersempena dengan penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Berhad (“Bursa Securities”). Pencapaian ini menekankan dedikasi RichTech untuk memajukan kedudukannya dalam industri tambah nilai elektronik dan perkhidmatan pembayaran bil yang dinamik.

1. Mr. Yau Ming Teck 姚茗德先生
Substantial Shareholder, RichTech Digital Berhad

2. Ms. Agnes Wong Eei Nien 黄于宁女士
Executive Director, RichTech Digital Berhad

3. Mr. Lee Teik Keong 李德强先生
Managing Director, RichTech Digital Berhad

4. En. Ahmad Fazlee bin Aziz 
Co-Head / Director, Corporate finance, KAF Investment Bank Berhad

5. Mr. Wong Koon Wai 黃義棋先生
Independent Non-Executive Chairman, RichTech Digital Berhad

6. Mr. Yap Chin Fatt 叶进发先生
Director, Corporate Finance of KAF Investment Bank Berhad

IPO ini dijangka mengumpul RM13.67 juta melalui terbitan 54.66 juta saham biasa baharu pada harga IPO RM0.25. Dana yang diperoleh akan diperuntukkan secara strategik untuk memacu inovasi digital dan pengembangan pasaran:

RM4.50 juta untuk aktiviti pemasaran, promosi dan kerjasama untuk mengembangkan pangkalan pengguna pengguna akhir untuk Apl SRS dan Portal SRS.

RM3.00 juta untuk pemerolehan pejabat baharu, menyatukan ibu pejabat dan pejabat cawangan RichTech di bawah satu bumbung untuk pemprofilan korporat dan kemudahan pentadbiran.

RM3.00 juta untuk modal kerja bagi menyokong jumlah transaksi digital yang semakin meningkat dan penskalaan platform.

RM3.17 juta untuk anggaran perbelanjaan penyenaraian.

Encik Lee Teik Keong, Pengarah Urusan RichTech, berkata, "Ketika Malaysia mempercepatkan ke arah ekonomi digital sepenuhnya, RichTech berkedudukan untuk mengambil bahagian dalam transformasi ini. IPO kami mewakili lebih daripada sekadar usaha penjanaan modal – ia mencerminkan dedikasi kami untuk meningkatkan kemudahan dan kebolehcapaian perkhidmatan tambah nilai dan pembayaran bil elektronik untuk pelbagai pengguna Melalui platform SRS kami yang dipertingkatkan, kami membolehkan perniagaan dan pengguna mengguna pakai penyelesaian digital yang lancar untuk tambah nilai elektronik dan pembayaran bil, sejajar dengan trend pendigitalan nasional dan global."

En. Ahmad Fazlee bin Aziz, Ketua Bersama / Pengarah, Kewangan Korporat KAF, berkata, “IPO RichTech mencerminkan asas kukuh Syarikat dan potensi pertumbuhan yang besar dalam industri perkhidmatan tambah nilai elektronik dan pembayaran bil Malaysia yang semakin berkembang. Kami berbangga untuk menyokong RichTech dalam mencapai visinya untuk menjadi salah satu kuasa peneraju dalam sektor ini, memanfaatkan platform inovatifnya dan kehadiran pasaran yang mantap.”

Menurut Laporan Penyelidikan Pasaran Bebas (“IMR”), industri perkhidmatan tambah nilai dan pembayaran bil elektronik di Malaysia telah mengalami pertumbuhan yang ketara, dengan komisen dan/atau insentif yang dijana daripada perkhidmatan ini berkembang pada kadar pertumbuhan tahunan kompaun (“CAGR”) sebanyak 12.9% antara 2019 dan 2023. Sektor ini dijangka mengekalkan momentum yang kukuh dengan CAGR 11.5% dari 2024 hingga 2026. RichTech, dengan platform SRS yang mantap dan rangkaian pengguna yang luas, berada pada kedudukan yang baik untuk memanfaatkan peluang ini. Terutama sekali, rekod prestasi RichTech yang terbukti terbukti dalam pertumbuhan margin keuntungan kasarnya yang mengagumkan daripada 97.09% pada TK 2021 kepada 98.17% pada TK 2023, menunjukkan keupayaannya untuk membuat skala dengan cekap sambil mengekalkan kualiti perkhidmatan.

Permohonan untuk IPO dibuka mulai 21 Januari 2025 dan akan ditutup pada 31 Januari 2025. Penyenaraian di Pasaran ACE Bursa Securities meletakkan RichTech memainkan peranan penting dalam membentuk landskap ekonomi digital Malaysia dan menyokong aspirasi ekonomi digital negara.

KAF Investment Bank Berhad ialah Penasihat Utama, Penaja, Penaja Jamin dan Ejen Penempatan.

Friday, January 17, 2025

EFA Western Klang – Betul Chicken Chopnya Sebesar Saiz Tangan HULK

Hi Korang,

Memang betullah seperti yang iklan yang terpampang di jalan Meru – Klang ini yang Efa Western menghidangkan Chicken Chop Sebesar Saiz Tangan Hulk, seriously kak lily tak tipu sebab kak lily dah pun merasainya tau. Hehehehehe

Eh menda-menda yang menarik ini haruslah kita terjah kan.


Asalnya ternampak iklan di google mengenai hal ni, maka kak lily dan kengkawan pun plan untuk terjah kedai makan di Meru ini. Ktorang pun ke Efa Western hujung minggu lepas. Oh ya Efa Western terletak di Jalan Meru ini beroperasi setiap hari kecuali pada hari Khamis. Ianya dibuka bermula dari 4.30 petang sehingga 10.15 malam. Ingatkan kalau pi petang tak ramai orang ermm ramai jugak yer dan nasib baik masih ada meja ketika ini.

Untuk info, Efa Western sememangnya cukup popular dengan hidangan barat yang ditawarkan pada harga yang cukup berpatutan. Ktorang bila tengok menunya sampai tak tau nak pilih yang mana satu untuk di cuba.



Antara hidangan yang menjadi signature di sini adalah seperti Nasi Chicken Chop Menangis, Double Chicken Grilled with Cheese, Nasi Lemak Mixed Grill dan Double Chicken Chop Sizzling. Terdapat juga hidangan utama yang sentiasa mendapat permintaan daripada para pelanggan seperti Chicken Chop, Chicken Grilled, Mixed Grill, Lamb chop dan juga Chicken Bleu.

Tarikan Chicken Chop Sebesar Tangan Hulk


Ini memang betul, Chicken Chop merupakan hidangan utama ‘signature dish’ dari Efa Western cukup dikenali di kalangan masyarakat setempat. 

 
Chicken Chop

Isi ayam lembut dan berjus disaluti dengan tepung yang digoreng ranggup. Di nikmati pula ketika panas-panas memang terbaik Untuk set Chicken Chop didatangkan bersama dengan kentang goreng, potato salad, coleslow dan 2 sos duo Efa Western.


Memang betul beso wei.. ini tangan akak tutup pun still ade lebih lagik tuh

Keunikkan Chicken Chop di sini adalah saiznya agak besar yang diumpamakan seperti saiz tapak tangan HULK. Begitu tebal dan besar, memang terasa puas dan kenyang menikmatinya. Haruslah di Kongsi bersama dengan kengkawan yang lelainnya

Kepelbagaian Menu Western Lain Memikat Jiwa


Sebenarnya memang banyak lagi pilihan menu-menu makanan barat yang lain.
 

Antara menu lain yang kak lily bole cadangkan adalah Nasi Chicken Chop Menangis. Menunya tampak simple seperti nasi ayam penyet biasa tapi ayamnya menggunakan chicken chop yang besar portoinnya, di datangkan sekali dengan sambal yang just nice rasanya beserta tempe dan tahu dan lelain lagi. 


Di hidangkan panas-panas makin berseleralah kak lily makan.




Kak lily cuba juga hidangan Fish n Chip kerana ramai yang kata isi ikannya di goreng ranggup dan tepung batternya tidak terlalu tebal. Set ini di datangkan bersama sos tartar, kentang goreng, garlic bread dan juga coleslow.


Terdapat juga Double Chicken Chop Sizzling yang lebih banyak kuantiti ayam yang diberikan. Untuk set hidangan ini sesuai dinikmati ketika benar-benar lapar ataupin mahu dikongsi bersama ahli keluarga dan juga rakan yang lain.

Ada juga pelbagai jenis masakan ayam yang boleh dinikmati bersama nasi lemak seperti Nasi Lemak Chicken Grill dan juga Nasi Lemak Chicken Bleu.

Selain daripada hidangan protein seperti ayam dan kambing terdapat juga pasta yang boleh kita nikmati dari Efa Western seperti mushroom soup, meatball pasta, fish pasta dan pelbagai lagi. Menu ini pastinya menjadi pilihan ibu-bapa yang membawa anak-anak.


Jika teringin nak makan hidangan yang ringan dan ringkas bolehlah mencuba mushroom soup, cheesy meatball, garlic bread dan banyak lagi. Untuk menu kanak-kanak antara yang direkomen seperti meatball pasta, Kids Chicken Set, Meatball Cheesy dan pelbagai lagi.

Paling penting semua hidangan yang ditawarkan di sini harganya memang sangat berpatutan dan berbaloi. Saiz portion agak besar dengan kualiti rasa yang kena dengan citarasa orang-orang kita

Disediakan parkir berhampiran dengan kedai, kemudahan tandas begitu juga dengan surau. Fasiliti asas untuk kegunaan semua pelanggan Efa Western.

Buat peminat masakan barat jangan lupa untuk singgah Efa Western untuk nikmati hidangan Chicken Chop sebesar tangan Hulk dan pelbagai menu masakan barat menarik yang lain. Pastinya semua menu yang ditawarkan dapat memenuhi citarasa satu keluarga.

Memang berbaloi kak lily dan kengkawan datang kemari semata-mata nak cuba Chicken Chop Sebesar Tangan Hulk ni, memang terbukti betul!!


Waktu Operasi:
4:30PM - 10:15PM Setiap hari kecuali Khamis


Lokasi
Lot 2555, Jln Meru, Batu 5 1/2, 41050 Klang, Selangor



Sebarang pertanyaan boleh hibungi 011 1198 3087 ataupun layari




Thursday, January 16, 2025

Twincity Marathon 2025: Sedekad Melakar Senyuman

Hi Korang,

Twincity Marathon edisi ke-10 melabuhkan tirai dengan penuh kejayaan, mencatat penyertaan lebih 13,000 pelari dari dalam dan luar negara. Acara ini turut memberi penghormatan kepada Cyberview Sdn Bhd, yang telah menjadi pencetus inspirasi kepada penganjuran Twincity Marathon sejak pertama kali diadakan pada tahun 2014.


Dengan kategori larian
42km, 21km, 12km, dan 5km, Twincity Marathon 2025 mencatat jumlah penyertaan tertinggi dalam sejarahnya, mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai acara larian yang paling dinantikan di Malaysia. Sejak sedekad lalu, Twincity Marathon telah menarik lebih 50,000 penyertaan, menjadi platform yang menyatukan komuniti larian dan memupuk gaya hidup sihat.

Edisi kali ini turut mendapat sokongan padu daripada Majlis Perbandaran Sepang, Perbadanan Putrajaya, dan Avisena Specialist Hospital, Shah Alam selaku Rakan Kesihatan Rasmi. Dalam pada itu, Putrajaya Sport Tourism Expo (STEX), yang berlangsung pada 10 dan 11 Januari, berjaya menarik lebih 20,000 pengunjung dengan penyertaan 40 jenama dan syarikat sebagai vendor, sekaligus menambah kemeriahan kepada acara tahunan ini.

Penganjur, Ten Senses (M) Sdn Bhd, mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang menjayakan acara ini.

"Kami amat menghargai sokongan rakan kerjasama seperti Cyberview yang telah mengilhamkan Twincity Marathon, serta Avisena Specialist Hospital yang telah bersama kami sejak 2024. Tidak dilupakan, Boom Beverage Sdn Bhd yang memastikan peserta kekal bertenaga sepanjang perlumbaan dengan minuman isotonik BOOM+. Semua ini tidak mungkin dapat dicapai tanpa sokongan padu daripada para penaja, peserta, dan seluruh komuniti larian," ujar Datuk Najib Ibrahim, Penasihat Ten Senses Sdn Bhd.

Dengan semangat kesukanan dan kejayaan edisi ke-10 ini, Twincity Marathon terus membuktikan dirinya sebagai acara larian ikonik tahunan yang wajib disertai.


Bagi edisi seterusnya yang dijadualkan berlangsung pada 25 Januari 2026, pihak penganjur dengan berbesar hati menjemput semua peminat sukan larian dari dalam dan luar negara untuk turut serta memeriahkan Twincity Marathon 2026. Bersama-sama, kita nantikan detik penuh keseronokan dan pengalaman larian yang tidak akan dilupakan!

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi di twincitymarathon.com dan ikuti media sosial @twincitycyberjayamarathon di Instagram atau Twincity Marathon di Facebook dan TikTok.