Thursday, January 2, 2025

Majlis Spread The Love Anjuran Pertubuhan Amal Cahaya Ikhlas

Hi Korang,

Pertubuhan Amal Cahaya Ikhlas merupakan sebuah organisasi kemanusiaan yang komited untuk membantu komuniti dalam segala aspek telah menjalankan sebuah majlis sederhana untuk memberi sumbangan terbesar berjumlah RM 101,000 sebagai penutup tahun 2024. 


Sumbangan ini telah diberikan kepada tiga badan pertubuhan iaitu NASOM (National Autism Society of Malaysia), Sekolah Tinggi Chung Hua, Seremban dan International Financial Economy Foundation.


Menurut pengerusi Pertubuhan Amal Cahaya Ikhlas iaitu penerbit filem terkenal Malaysia Mr. David Teo, “sumbangan ini merupakan salah satu bukti inisiatif kepada visi pertubuhan ini yang membawa harapan baru pada mereka yang memerlukan. Kami percaya kepada kuasa memberi dan impak positif yang boleh diwujudkan terhadap individu, keluarga, dan komuniti. Kami berbesar hati untuk menyokong organisasi yang seiring dengan misi kami untuk mencipta masa depan yang lebih baik untuk semua.”

Mr. David Teo turut menjelaskan setiap badan yang dipilih untuk diberi sumbangan sudah dipertimbangkan secara teliti kerana setiap satunya membawa harapan yang berlainan kepada golongan berbeza yang memerlukan seperti :


● NASOM (National Autism Society of Malaysia) merupakan sebuah organisasi yang memberi fokus kepada golongan autisme. Sumbangan ini diberikan adalah sebagai tanda untuk turut memberi sokongan terhadap golongan autisme khususnya kepada keluarga dan individu melalui pendidikan, advokasi, dan program komuniti.


● Bagi pemilihan sumbangan kepada Sekolah Tinggi Chung Hua, Seremban pula, Mr. David Teo melihat sekolah tinggi ini sebagai salah sebuah institusi pendidikan tinggi yang terkemuka dan telah melahirkan ramai pelajar yang cemerlang dan terbilang. Melihat prestasi terbaik itu, sokongan melalui sumbangan telah diberikan dengan harapan besar agar sekolah ini terus konsisten dalam memupuk kecemerlangan akademik dan Pembangunan pelajar untuk lebih berjaya.


● Bagi penerima sumbangan yang terakhir pula, International Financial Economy Foundation telah dipilih selepas melihat usaha mereka dalam memperkasakan komuniti yang kurang bernasib baik dari pelbagai aspek. Maka sumbangan ini diberikan dengan harapan agar mereka akan lebih bersemangat untuk meneruskan usaha serta meningkatkan literasi kewangan untuk mewujudkan peluang ekonomi yang mampan.




Mr. David Teo turut menjelaskan bahawa selaku pengerusi Pertubuhan Amal Cahaya Ikhlas, beliau sangat mengharapkan agar usahasama dalam memberi sumbangan ini dapat dijadikan sebagai sebuah motivasi cerminan terhadap komitmen dan visi yang ingin dicapai agar dapat menangani cabaran sosial dan memberi sumbangan yang lebih bermakna. 


Tambah beliau, melalui inisiatif ini juga, organisasi ini berhasrat untuk memberi inspirasi kepada orang ramai untuk turut serta dalam misi menyebarkan kasih sayang dan mengangkat mereka yang memerlukan.


Wednesday, January 1, 2025

Selamat Tahun Baru 2025

 Hi Korang,

Kepada korang pembaca setia belog ahkak yang merepek merapu nieh, kak lily ucapkan selamat tahun 2025 semoga segala azam dapat di capai dengan sebaik mungkin.

Yang mana azam tahun-tahun lepas yang tidak kesampaian tuh, bolehlah di bawa ke tahun 2025 ini tau..

Oh ya, ape azam kak lily?

Ermm senangnyer untuk menjadi lebih baik daripada tahun-tahun lepas tapi laksanakannye memang makan masa jugak lah hah... 

Doakan yer semoga kak lily istiqomah tau...


Monday, December 30, 2024

CONBOO Lancar Produk Kecantikan dan Haruman Premium – Inspirasi Keyakinanmu

Hi Korang,

CONBOO International menawarkan koleksi produk kecantikan dan kesihatan yang direka dengan teliti dengan bahan-bahan terbaik dan berkualiti tinggi. Direka untuk meningkatkan kecantikan semula jadi dan menyuburkan badan dari dalam. Oh ya untuk mereka yang kurang mengenali jenama CONBOO meh sini kak lily kongsikan, iaitu CONBOO merupakan penaja utama Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2024 baru-baru ini. Hah barulah korang teringatkan.


Jenama baharu yang membawa semangat keyakinan, CONBOO, kini melancarkan dua produk utamanya, iaitu BEAU3 MILK dan CONBOO SCENTS, bagi memenuhi keperluan pengguna yang ingin tampil yakin dan menawan. Berpegang kepada tagline “INSPIRASI KEYAKINANMU”, CONBOO menjanjikan kualiti terbaik dengan harga mampu milik.

BEAU3 MILK – Rahsia Kulit Cerah Berseri


BEAU3 MILK ialah susu kecantikan pertama keluaran CONBOO yang dirumus khas untuk membantu memutihkan dan mencerahkan kulit secara semula jadi. Mengandungi kombinasi bahan-bahan premium seperti Susu Kambing, Vitamin C, Glutathione, dan Sarang Burung, produk ini memberikan nutrisi yang diperlukan untuk kulit sihat dan berseri.

BEAU3 MILK didatangkan dengan empat perisa lazat iaitu Strawberry, Melon, Banana, dan Chocolate, sesuai dinikmati pada bila-bila masa. Selain mencerahkan kulit, ia juga membantu mengurangkan jerawat / jeragat serta membantu menganjalkan kulit.

CONBOO SCENTS – Haruman Elegan untuk Lelaki dan Wanita



Bagi pencinta haruman, CONBOO mempersembahkan CONBOO SCENTS, koleksi minyak wangi premium dengan kepekatan Eau De Parfum. Dengan isipadu 30ml, koleksi ini menawarkan dua pilihan eksklusif untuk lelaki: CELESTE D’OR dan AMBRE ROYALE, serta dua haruman mewah untuk wanita: BELLE OPULENCE dan GOLDEN ECLAT.

Setiap botol dijual pada harga istimewa RM49.90, menjadikannya pilihan terbaik untuk anda yang menginginkan haruman tahan lama dengan sentuhan elegan.


Hannah Delisha – Duta CONBOO



Menambah daya tarikan jenama ini, CONBOO telah memilih selebriti terkenal, Hannah Delisha, sebagai duta rasmi. Dengan keperibadian ceria, suara merdu, dan bakat lakonan yang menyerlah, Hannah melambangkan keyakinan yang menjadi inspirasi utama jenama ini.




Majlis perasmian dan juga pelancaran produk CONBOO Scents di adakan baru-baru ini di Royal Chulan Kuala Lumpur bagi memperkenalkan duta terbaru CONBOO iaitu Hannah Delisha. 

Tahniah, Hannah Delisha!!

Pembelian Mudah di Platform Rasmi


Produk CONBOO boleh didapati melalui media sosial rasmi di Instagram dan TikTok @conbooofficial. Dengan kehadiran digital yang aktif, CONBOO memastikan setiap pelanggan dapat menikmati pengalaman pembelian yang mudah dan pantas.

CONBOO bukan sekadar jenama kecantikan, ia merupakan simbol keyakinan diri. Sertai ribuan pengguna lain dan rasai sendiri kehebatan produk-produk ini. Tampil yakin, berseri, dan harum dengan CONBOO – INSPIRASI KEYAKINANMU!

Untuk info lanjut layari laman web rasmi : https://conboo.com.my/