Saturday, December 21, 2024

Concorde Hotel Shah Alam Meraikan Anak-anak Good Samaritan Home

Hi Korang,

Concorde Hotel Shah Alam telah meraikan anak-anak dari Good Samaritan Home pada hari Khamis 19 Diisember 2024. Sambutan yang cukup meriah ini telah diadakan di bilik majlis Grand Patio, Concorde Hotel Shah Alam.


"Program CSR yang dianjurkan setiap tahun ini telah membuktikan Concorde Hotel Shah Alam, terus komited untuk menganjurkan acara tahunan ini kerana ia adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat kami kepada masyarakat" kata Puan Amalia Alias, Pengarah Jualan dan Pemasaran, Concorde Hotel Shah Alam.


The Good Samaritan Home telah ditubuhkan sejak tahun 1999 oleh Albert Ong dan YM Ong bekas paderi dan isterinya, ianya adalah sebuah rumah kebajian berdaftar yang menyediakan perkhidmatan kepada anak-anak terbiar dan di dera. Puan Ong adalah penyelia rumah kepada seramai 18 penghuni perempuan dan 22 lelaki dengan 10 penjaga yang tinggal di rumah ini. Kanak-kanak ini berumur dari 4 tahun sehingga 21 tahun.


Kanak-kanak ini menceriakan majlis dengan lagu-lagu Krismas yang didendangkan oleh Kugiran Batak "Los Ganesha'. Selepas nyanyian, majlis diteruskan dengan pertandingan menghias kek mini dan jamuan makan tengah hari yang cukup istimewa.

Sepanjang majlis, kanak-kanak dihiburkan oleh En. Vincent Tan, seorang ahli silap mata dan badut. Turun berkaloborasi rakan penaja bersama iaitu Cik Lilian Yeong dari Metro Travel & Tours dan Limosin bagi menyediakan kemudahan pengangkutan ke hotel.


"Kami berharap akan terus dapat menganjurkan acara ini untuk tahun-tahun yang mendatang. Kami di Concorde Hotel Shah Alam amat gembira kerana dapat menghiburkan dan melihat senyuman yang terukir di bibir kanak-kanak ini"

Terbaik Concorde Hotel Shah Alam yang sudi menyantuni mereka yang memerlukan.

Friday, December 20, 2024

The Chicken Rice Shop’s Grilled Butter Chicken Gets A Golden Twist!

Hi Everyone,

Foodies, are you ready for a year-end indulgence? The Chicken Rice Shop (TCRS), a homegrown Halal family restaurant brings back its all-time fan-favourite menu, Grilled Butter Chicken with an exciting new twist: a creamy salted egg sauce set to reignite the Malaysian tastebuds. 


Available at TCRS outlets nationwide until 12 January 2025, this year-end treat is the perfect way to tick a delicious experience off your bucket list.

Since its debut, the Grilled Butter Chicken has been a staple of TCRS's year-end menu. This year, TCRS was determined to up its game with a bold new take on the classic, infusing it with the nostalgic essence of salted egg, cooked with fragrant curry leaves and a touch of red chillies for that perfect balance of creaminess and spice.


Wong Kah Yong, Chief Executive Officer of TCRS Restaurants Sdn Bhd shared that the Grilled Butter Chicken has been a signature year-end menu item for over 15 years, and it remains one of the most anticipated dishes that customers look forward to each year. “This year, we decided to bring back our signature dish, but with an exciting twist to keep our customers intrigued. At TCRS, we’re always experimenting to create fresh and unique experiences for our customers, blending familiar favourites with bold innovations. We hope our customers will enjoy this special dish as much as we enjoyed creating it.”


Grilled Butter Chicken & The Golden Egg is offered in three set options tailored for different groups - whether you're treating yourself or sharing it with loved ones. Complementing this indulgent dish is the Gua Cheeky Berry drink, a refreshing fruity punch that elevates the dining experience. 


The delightful blend of pink guava, strawberry, and mango pairs seamlessly with the rich, creamy flavours of the meal, creating a perfectly balanced and satisfying culinary treat.

“At TCRS, we are all about creating meals that bring families and friends together - not just during the festive season but all year round. We aim to make every dining moment special. As we celebrate the end of a fantastic year, we’re thrilled to share this fresh take on a beloved classic and look forward to unveiling more delightful surprises in 2025,” concluded Kah Yong.

For more information on the latest Grilled Butter Chicken & The Golden Egg menu, visit www.thechickenriceshop.com or its Facebook page https://www.facebook.com/thechickenriceshop/.



Thursday, December 19, 2024

Astro Mempersembahkan ‘Berbahagi Suami’, Membincangkan Isu Poligami Dari Sudut Pandang Isteri Kedua

Hi Korang,

Astro selaku peneraju hab hiburan terkini di Malaysia sekali lagi membawakan drama dengan genre konflik kekeluargaan, ‘Berbahagi Suami’ buat semua pencinta drama pada Disember ini. Drama ini menghiasi saluran Astro Prima (saluran 105) bermula 2 Disember 2024, jam 6 petang, setiap Isnin hingga Jumaat.


Meneruskan kejayaan drama jam 6 petang sebelumnya, Astro tampil berani membawa drama ‘Berbahagi Suami’, mengupas isu serta konflik dalam poligami yang sekian lama menjadi polemik di kalangan masyarakat. Selain menyajikan hiburan buat penonton, drama ‘Berbahagi Suami’ juga turut menyelitkan perkongsian ilmu mengenai tanggungjawab lelaki selaku seorang ketua keluarga, hak isteri pada suami, hak ibu dan soal keadilan dalam poligami.

Drama 65 episod terbitan Radius One ini merupakan hasil sentuhan pengarah Uchee Fukada yang telah berjaya mengarahkan judul drama seperti ‘Malang Si Puteri’ (2024) dan juga ‘Dendam Seorang Isteri’ (2022). Runut rasmi nyanyian penyanyi terkenal Khai Bahar dan Wany Hasrita bertajuk “Berbagi Hati” turut mengiringi para penonton sepanjang drama ini.


Menurut Ketua Saluran Astro Prima, Norzeha Salleh, berkata, “Selain daripada terus memberikan drama yang baik, Astro juga terpanggil untuk menerbitkan naskhah yang bukan sahaja sekadar memberi hiburan, namun turun memberi ilmu yang bermanfaat buat semua penonton. ‘Berbahagi Suami’ bukan sekadar membincangkan persoalan poligami dari segi luaran, tetapi juga pelbagai aspek penting seperti faham keadilan, mengimbangi perasaan keluarga, memahami akibat atau natijah poligami serta perilaku seorang suami yang baik. Perlu ditekankan, naskhah ini bukanlah untuk menggalakkan poligami tetapi untuk mengetengahkan aspek-aspek yang wajar diambil kira dan ditimbang tara dalam mengharungi sesebuah perkahwinan.”


‘Berbahagi Suami’ mengisahkan tentang rumah tangga Dhani (Amar Bahrin) dan Bella (Elizad Sharifuddin) yang tergugat setelah Dhani memperkenalkan Aishah (Sharifah Husna) sebagai isteri keduanya lantas menjerumus keluarga Dhani ke lembah berantakan. Ibunya, Lydia, dan mentuanya nekad untuk menghukum Aishah, namun terkesima apabila Bella bertegas menyokong tindakan suaminya. Bella kini berhadapan dengan dua hakikat kehidupan; menerima kehadiran Aishah sebagai madunya atau menerima hukuman dari jenayahnya yang disaksikan Aishah tidak lama dahulu.

Drama ‘Berbahagi Suami’ turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box serta aplikasi Astro GO dan sooka untuk pilihan yang fleksibel. Pakej Astro One boleh dilanggani sekarang. Strim Senang Hati, Hiburan Tanpa Henti Untuk Seisi Keluarga. Untuk info lanjut, layari www.astro.com.my atau WhatsApp 03 9543 3838.


Info Drama ‘Berbahagi Suami’

Produksi : Radius One

Pengarah : Uchee Fukada

Info siaran : Bermula 2 Disember 2024, setiap hari Isnin - Jumaat, jam 6 petang

Sinopsis:

Rumah tangga Dhani dan Bella tergugat setelah Dhani memperkenalkan Aishah sebagai isteri keduanya. Dhani menikahi Aishah untuk menjaga maruah dan membalas budi setelah gadis kampung itu merawatnya selepas Dhani terlibat dalam kemalangan. Namun, posisi sebagai isteri kedua tidaklah mudah bagi Aishah, terutamanya menghadapi keluarga Dhani yang berusaha memisahkan mereka. Dalam perjalanan cerita, terungkap bahawa Bella dan Aishah memiliki masa lalu yang terkait dengan sebuah pembunuhan. Bella bersikap ramah demi menjaga perkahwinannya tetapi dendam perlahan tumbuh setelah kegugurannya. Hubungan semakin rumit ketika Aishah dan Bella ternyata mempunyai ayah yang sama, sebuah fakta yang mengejutkan keluarga. Dhani berusaha adil, tetapi cinta terhadap Aishah semakin dalam, menimbulkan konflik baharu.


Para Pelakon:

Amar Baharin sebagai Dani

Siti Elizad sebagai Bella

Sharifah Husna sebagai Aishah

Dina Allisya sebagai Sofea

Zharif Ghazzi sebagai Harris

Ayunie Rizal sebagai Zira

Amy Mastura sebagai Sabrina