Thursday, December 12, 2024

guardian Malaysia dan Bulan Sabit Merah Malaysia Berganding Bahu Sediakan Barangan Keperluan Peribadi dan Penjagaan Kesihatan bagi Usaha Bantuan Banjir

Hi Korang,

Menyedari keperluan mendesak untuk membantu komuniti yang terjejas akibat banjir di seluruh negara, guardian Malaysia telah mengambil langkah prihatin menerusi sumbangan barangan keperluan peribadi dan penjagaan kesihatan bernilai lebih RM70,000 kepada Bulan Sabit Merah Malaysia (MRC). 

Jennifer Wong, guardian Senior Manager, PR & Events (4th from left) handing over flood aid to Tn Hj Hakim Hamzah, Sec Gen MRC, (4th from right)

Sumbangan besar ini bertujuan untuk menyediakan bantuan yang sangat diperlukan bagi meringankan beban yang dihadapi keluarga serta individu yang terjejas akibat bencana banjir.

Priscilla Wu, Pengarah Urusan Guardian Malaysia, berkongsi:
“Sebagai syarikat yang berakar umbi di Malaysia selama 57 tahun, kami sangat prihatin terhadap komuniti tempat kami beroperasi. guardian telah lama menjadi rakan yang dipercayai dalam menjaga kesihatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia, dan fokus utama kami—‘MYWellbeingMatters’—merupakan cerminan komitmen kami terhadap kesejahteraan setiap individu di negara ini."


guardian volunteers packing flood aid items for distribution

Dalam menghadapi situasi kritikal akibat banjir teruk ini, menjadi tanggungjawab kami untuk turut serta memberikan sokongan. Hari ini, kami menyumbangkan barangan keperluan penjagaan peribadi, termasuk cecair pencuci tangan, pembasmi kuman, sabun cecair, berus gigi, tisu bayi, tisu basah, ubat penahan sakit dan ubat demam, ubat nyamuk, plaster, dan tuala berhud untuk kanak-kanak. Semua barangan ini adalah penting untuk memastikan kebersihan, keselesaan, dan kesihatan kekal terjaga.”

Beliau menambah:
“Kami sangat berterima kasih atas usaha berterusan Bulan Sabit Merah Malaysia dalam menyediakan bantuan kemanusiaan yang efektif sepanjang musim banjir ini. Kerjasama dengan mereka adalah penting bagi memastikan bekalan kritikal ini sampai kepada orang ramai dan kawasan yang memerlukannya.”

Tn. Haji Hakim Hamzah, Setiausaha Agung, menyampaikan rasa terima kasih beliau, “Sokongan daripada guardian Malaysia menunjukkan betapa pentingnya kerjasama dalam memantapkan usaha dan misi bantuan semasa bencana. Barangan penjagaan peribadi ini amat berguna dalam membantu mereka yang terjejas oleh banjir untuk mengekalkan maruah dan kesihatan di tengah-tengah waktu yang mencabar ini.”

Tn Hj Hakim Hamzah, Sec Gen MRC (5th from left) & Jennifer Wong, Senior Manager, PR & Events guardian Malaysia (6th from left) at the handover of personal & health care items for flood victims  023


Kerjasama ini mencerminkan dedikasi tidak berbelah bahagi guardian Malaysia dalam menyokong komuniti di saat-saat memerlukan, membuktikan bahawa bersama-sama, kita mampu mencipta perubahan yang bermakna.



#guardianMy
#guardianMalaysia
#MYWellbeingMatters


Tuesday, December 10, 2024

THE CURVE Meraikan Musim Perayaan Krismas dan Ulangtahun Ke-20 Dengan Sambutan Berganda Yang Meriah

Hi Korang,

Musim perayaan Krismas bakal menjelang tiba, dan the Curve telah bersedia untuk meraikannya dengan penuh keajaiban bersama anda! Dari 30 November 2024 hingga 1 Januari 2025, the Curve mengalu-alukan para pengunjung untuk menyertai Kempen Krismas 'Gift of Joy'


Kempen tahun ini bukan sekadar meraikan musim perayaan ini - ia juga sempena Ulang Tahun ke-20 the Curve, sebuah sambutan untuk meraikan kegemilangan dua dekad yang dipenuhi dengan kenangan yang bermakna, ikatan komuniti dan pertumbuhan yang cemerlang.


Dengan tema 'Gift of Joy' sambutan ini menggabungkan keceriaan musim perayaan Krismas dengan imbauan nostalgia warisan the Curve. Menampilkan hiasan Krismas yang mempesonakan dan juga pelbagai aktiviti yang menyeronokkan, the Curve muncul sebagai sebuah destinasi yang ideal untuk keluarga, rakan dan juga komuniti untuk mencipta kenangan perayaan Krismas yang tidak dapat dilupakan serta meraikan kegemilangan selama dua dekad pusat beli-belah ini.

"Sejak 20 tahun yang lalu, the Curve telah menjadi tempat di mana persahabatan terjalin mesra, keluarga mencipta kenangan bersama, dan juga komuniti berkumpul," kongsi Cik Elaine, Pengurus Pusat the Curve. 


“Kempen ‘Gift of Joy’ tahun ini mempunyai makna yang lebih istimewa kerana ia bersempena dengan sambutan Ulang Tahun ke-20 kami. Ia adalah cara kami untuk mengucapkan terima kasih kepada semua pengunjung yang telah menjadi sebahagian daripada perjalanan kami, dan pada masa yang sama turut memeriahkan sambutan Krismas dan juga mencipta kenangan baharu bersama para pengunjung.”

Krismas ini, Centre Court the Curve di transformasi menjadi sebuah ruang keajaiban Krismas yang mempesonakan dengan hiasan bungkusan hadiah gergasi serta lampu-lampu yang berkerlipan. Setiap sudut direka untuk membangkitkan keriangan dan juga keterujaan membuka bungkusan hadiah, yang mencerminkan erti sebenar perayaan Krismas iaitu memberi dengan ikhlas dan murah hati.

Para pengunjung boleh menantikan pengalaman “Jingle Snow” yang mempesona di Western Courtyard. Pada hujung minggu tertentu sepanjang Disember dan pada Hari Krismas, para pengunjung boleh merasai keajaiban musim sejuk yang indah dalam sesi salji selama 15 minit bersama keluarga dan rakan-rakan mereka.


Kempen 'Gift of Joy' the Curve menawarkan pelbagai aktiviti yang menyemarakkan lagi semangat Krismas bagi para pengunjung dari semua peringkat umur. Hujung minggu bakal dimeriahkan dengan persembahan yang menarik, termasuk persembahan muzikal yang menampilkan penari dalam kostum berupa kotak hadiah gergasi. Para pengunjung juga akan dihiburkan oleh nyanyian lagu Krismas, persembahan koir, persembahan saksofon dan juga persembahan pancaragam yang hebat dan pastinya memeriahkan lagi sambutan perayaan di pusat beli-belah tersebut.

Untuk pengunjung berkeluarga, Sudut Kraf Kanak-kanak memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menyerlahkan kreativiti mereka dengan aktiviti seperti menghias hiasan Krismas dan biskut, membuat topi Santa, dan sudut bercerita yang selesa yang dipenuhi dengan kisah perayaan. Aktiviti ini bertujuan untuk membolehkan ibu bapa dan anak-anak mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan sambil mencipta kenangan yang ceria bersama the Curve.



Menjelang sambutan Ulang Tahunnya yang ke-20, the Curve juga mengadakan peraduan media sosial 'Dulu & Sekarang' dengan mengalu-alukan para pengunjung untuk mengimbau nostalgia, berkongsi foto dari kunjungan lalu mereka dan mencipta semula detik istimewa tersebut secara kreatif di the Curve. Inisiatif ini bukan sahaja meraikan warisan pusat beli-belah tersebut tetapi juga mengukuhkan komitmen the Curve untuk menjadi sebuah destinasi kegemaran ramai yang penuh dengan kenangan lama yang bermakna dan juga kenangan baharu yang bakal dicipta.

Bagi menyemarakkan lagi keterujaan, the Curve bakal menganjurkan sesi Cabutan Bertuah Utama dalam talian melalui Facebook dan Instagram LIVE pada 14 Disember 2024. Hadiah utama termasuk sebuah Honda WR-V, pakej pelancongan berdua ke London, ihsan Boustead Travel dan Royale Chulan Hyde Park, dan TV Pintar Sony 65-inci oleh Mutiara Spaces. Hadiah saguhati lain termasuk sofa mewah dan set makan oleh Maju Home, Sony PlayStation 5, baucar petrol BHP dan banyak lagi.

Untuk menyemarakkan lagi semangat perayaan, the Curve telah memperkenalkan inisiatif CSR, ‘Spread Joy, Share Love’ untuk Rumah Hope. Pada 19 Disember 2024, pihak the Curve akan melawat kanak-kanak di Rumah Hope dan menganjurkan pelbagai aktiviti untuk meraikan perayaan Krismas bersama mereka. Inisiatif ini juga termasuk Tempat Pengumpulan Sumbangan Makanan & Hadiah yang disediakan di pusat beli-belah, di mana pengunjung boleh menderma makanan kering, barangan keperluan dan juga hadiah kepada mereka yang memerlukan. Semua sumbangan akan disampaikan kepada Rumah Hope agar kanak-kanak tersebut turut dapat merasai kegembiraan di musim perayaan ini.

Para pengunjung boleh menikmati program Hadiah dengan Pembelian (GWP), di mana mereka berpeluang untuk memenangi hadiah misteri dari paparan Kalendar Advent Gergasi dengan berbelanja RM350 dan ke atas. Setiap hari bakal hadir dengan kejutan baharu yang menampilkan pelbagai hadiah serta baucar tunai untuk dimenangi.

Bagi mereka yang inginkan keseronokan interaktif, the Curve telah menyediakan ruang kreatif di mana pengunjung boleh menulis mesej perayaan, menyebarkan semangat positif, mengeratkan hubungan, dan menggunakan ‘Good Deeds Board’ untuk berbuat baik bagi memberi lebih makna kepada musim perayaan ini.


Dalam meraikan Ulang Tahun ke-20, seiring dengan kempen 'Gift of Joy' the Curve bukanlah sekadar sebuah pusat membeli-belah. Ia kekal sebagai sebuah destinasi yang meriah di mana kenangan dicipta bersama, hubungan saling dieratkan, dan keindahan musim perayaan dikongsi dengan semua.
 
Untuk maklumat lanjut tentang kempen 'Gift of Joy' dan sambutan Ulang Tahun ke-20, serta acara-acara lain yang akan datang di the Curve, sila layari laman web kami di www.thecurve.my,  atau ikuti kami di Facebook dan Instagram.


Sunday, December 8, 2024

Ulang Tahun Ke-3 Choco Albab: Misi Membahagiakan dan Melangkah Ke Hadapan

Hi Korang,

Choco Albab, jenama coklat tempatan yang semakin dikenali dengan bangganya meraikan Sambutan Ulang Tahunnya yang Ke-3.


Acara istimewa ini menandakan tiga tahun usaha gigih dalam membina empayar perniagaan yang bukan sahaja memenuhi citarasa pelanggan, tetapi juga menjadi platform untuk membantu orang ramai menjana pendapatan tambahan.


Pengasas Choco Albab, Said Saiful Fazli Said Aluwi ketika berkongsi kejayaan tiga tahun penuh bermakna ini berkata, misi dan matlamatnya adalah jelas iaitu ingin mencipta perniagaan yang mampu membahagiakan semua orang. Beliau yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Saudagaar Asia Sdn Bhd berkata, dalam masa tiga tahun, Choco Albab telah mencapai kejayaan yang membanggakan iaitu membahagiakan sekitar 100 ribu agen dan melahirkan puluhan Crown Leader.

Ia katanya adalah satu pencapaian luar biasa hasil usaha sama seluruh pasukan.

"Inspirasi saya hanya satu, bulatkan azam dan melangkah terus ke hadapan berbekalkan pengalaman dan kepakaran yang saya timba selama 14 tahun dalam dunia perniagaan. Saya gunakan setiap ilmu yang saya pelajari dan aplikasikannya di Choco Albab. Bukan untuk diri saya sendiri tetapi untuk orang ramai. Bersama berkongsi rezeki dan menjana pendapatan," katanya selepas Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-3 Choco Albab bertemakan Beyond the Star di Bangi Avenue Convention Center pada 7 Disember 2024.

Ketika memulakan perniagaan Choco Albab pada tiga tahun lalu, bukan kekayaan peribadi yang ingin dicari Said Saiful tetapi bagaimana ingin membantu lebih ramai rakyat dapat menjana pendapatan.

Justeru itu, melalui konsep agen Choco Albab, Said Saiful memberikan komisyen jualan yang tinggi sebanyak 42 peratus, yang tertinggi berbanding sistem agen produk lain di Malaysia.

Said Saiful ingin membawa sebanyak mungkin rakyat menjana pendapatan dengan Choco Albab dan memberikan mereka kebahagiaan yang luar biasa.


“Kami sediakan platform untuk semua orang buat pendapatan, terutamanya golongan wanita, suri rumah, ibu tunggal dan belia. Ia adalah salah satu cara menjana pendapatan selain daripada ekonomi gig. Tidak memerlukan modal yang besar, yuran penyertaan yang rendah selain agen tidak perlu membeli dan menyimpan produk Choco Albab.



“Saya laksanakan sistem ini untuk membantu orang ramai menjadi usahawan dan menjana pendapatan. Pada 2025, saya sasarkan 200,000 usahawan bersama dengan Choco Albab, menjadi agen dan meningkatkan Choco Albab sebagai jenama produk berasaskan coklat tempatan nombor 1,” katanya.




Bersempena dengan sambutan ulang tahun ini, Choco Albab turut melancarkan produk baharu, iaitu Choco Albab Hazelnut Spread yang dijangka menjadi pilihan kegemaran ramai. Dengan kualiti premium dan rasa yang memikat, Choco Albab Hazelnut Spread membawa inovasi baharu dalam pasaran coklat tempatan.


Sebagai sebahagian daripada visi untuk membantu komuniti, Choco Albab terus membuka peluang kepada mereka yang ingin menjana pendapatan melalui program keagenan. Dengan unjuran untuk melahirkan lebih ramai Crown Leader pada tahun 2025, Choco Albab bertekad untuk terus menyemarakkan semangat keusahawanan di Malaysia.


Beliau berkata, langkah meningkatkan eksport produk Choco Albab dapat mengukuhkan kedudukan Malaysia di peringkat antarabangsa.

“Dengan strategi ini, Choco Albab yakin dapat membawa nama Malaysia ke persada dunia melalui produk coklat berkualiti tinggi. Malah kesedaran pengguna yang semakin cenderung menyokong produk Halal telah memberi impak positif kepada Choco Albab. Gelombang boikot terhadap produk import di beberapa negara bukan sahaja meningkatkan jualan tetapi juga menonjolkan potensi besar. Choco Albab bukan sahaja jenama coklat, tetapi juga simbol kebanggaan tempatan. Dengan fokus kepada pembangunan komuniti, inovasi produk, dan pengembangan pasaran, Choco Albab berhasrat untuk menjadi peneraju dalam industri coklat Malaysia dan pesaing utama di peringkat global,” katanya.

Selain menghasilkan produk berkualiti, Choco Albab juga memberi tumpuan kepada pembangunan ekonomi komuniti dengan membuka peluang pekerjaan menerusi sistem jualan berasaskan ejen.

Dengan kejayaan yang dicapai dan perancangan yang menjanjikan masa depan yang cerah, Choco Albab kini berdiri sebagai jenama yang bukan sahaja memberikan kebahagiaan melalui produk berkualiti, tetapi juga melalui peluang keusahawanan yang mengubah kehidupan.

Untuk maklumat lanjut mengenai Choco Albab atau program keagenan, boleh layari https://chocoalbab.asia/.