Saturday, December 7, 2024

Biasiswa Siswi SAFI Menyokong Wanita Malaysia Memacu Masa Depan

Hi Korang,

Pendidikan adalah kunci bagi memperkasa setiap wanita untuk mengubah naratif hidup mereka. 


Sebagai jenama yang menitik beratkan keberdayaan wanita, SAFI - jenama Halal No.1 di Malaysia, menyokong wanita Malaysia dalam memacu masa depan mereka melalui Program Biasiswa Siswi SAFI. Edisi pertama program ini memberikan biasiswa kepada 6 siswi dari 20 Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

"Program Biasiswa Siswi SAFI ini adalah kesinambungan misi dan visi jenama SAFI sebagai jenama produk penjagaan diri halal No.1 tempatan yang telah berada di pasaran selama lebih 30 tahun. Kami ingin terus menjadi rakan setia kepada setiap wanita, bukan hanya dengan member keyakinan diri melalui rangkaian produk SAFI yang diformulasi khas untuk wanita Malaysia, tetapi juga dengan membantu mereka memacu potensi diri ke arah yang lebih tinggi," ujar Kazlina Mohd Kassim ,Pakar Jenama & Tinjauan Maklumat SAFI.

Dilancarkan pada April 2024, program ini telah menerima lebih daripada 900 penyertaan secara dalam talian melalui laman web Biasiswa Siswi SAFI. Setiap penyertaan yang lengkap diminta menghantar video pengenalan diri, sebelum 40 siswi yang menepati ciri-ciri dan aspirasi jenama SAFI disenarai pendek untuk menyertai bootcamp dalam talian. Dalam bootcamp ini, mereka dinilai dari segi kemahiran komunikasi, kreativiti, dan kerjasama dalam satu cabaran penyediaan proposal. 6 siswi yang menunjukkan dedikasi luar biasa telah dipilih sebagai penerima biasiswa. Program jelajah kampus juga.

Kazlina turut menjelaskan, “Visi kami adalah untuk memperkasa wanita muda Malaysia yang kurang berkemampuan dengan menyokong keperiuan pendidikan mereka di peringkat universiti. Menerusi program ini, kami ingin memastikan golongan ini mempunyai peluang yang lebih cerah untuk mencapai kejayaan akademik dan profesional.”


Beliau menambah lagi, “Sebagai sebuah jenama yang komited terhadap tanggungjawab sosial korporat, SAFI percaya dalam memberi kembali kepada masyarakat. Program Biasiswa Siswi SAFI ini adalah bukti dedikasi kami untuk membantu membangunkan komuniti dan menyokong masa depan generasi muda."

Melalui program "Seminggu bersama SAFI", para penerima biasiswa juga diberi peluang untuk menyertai lawatan sambil belajar yang bertujuan menyokong perkembangan kerjaya dan pembangunan individu.


Mereka yang terpilih untuk menerima Biasiswa Siswi SAFI ialah Aishah Umairah Binti Ariffin dari Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang, Alia Lai Binti Mohd Fikri Lai dan Nurfadhilah Binti Ab Hamid dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Perak, Puteri Nurdiayanatul Akmal Binti A Rahman dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Johor, Nurul Fatihah Binti Suhaimi dari Universiti Malaya (UM) Petaling Jaya, dan Nor Alya Farisah Binti Nor Azman dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi. 

Kriteria pemilihan termasuk mempunyai CGPA sekurang-kurangnya 3.0 dan aktif dalam aktiviti menepati misi dan visi jenama SAFI dalam memperkasa wanita untuk memacu masa hadapan.

“Saya merasa amat teruja kerana Biasiswa Siswi SAFI ini telah sedikit-sebanyak meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh keluarga demi memastikan impian saya untuk bergelar sarjana” jelas Aishah Umairah Ariffin, yang kini menuntut di Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang. “Selain itu, biasiswa ini juga akan memotivasikan saya untuk kekal fokus pada pelajaran serta menimba ilmu dengan efisyen dan selesa.”

Bagi Nor Alya Farisah Nor Azman, seorang penuntut dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi, Biasiswa Siswi SAFI ini merupakan sebuah program biasiswa yang berbeza dari semua program biasiswa yang lain.

“Satu perkara yang membuat saya tertarik untuk menyertai program Biasiswa Siswi SAFI adalah misi dan visi jenama SAFI itu sendiri yang memfokuskan kepada pemerkasaan wanita dan mengukuhkan keyakinan diri secara menyeluruh,” ujar Nor Alya Farisah. “Sebagai seorang wanita yang berwawasan dan bergagasan, saya amat bersyukur kerana SAFI telah memberikan peluang kepada saya untuk merealisasikan impian saya untuk meneruskan kembara ke ambang kejayaan.”

Kami berharap inisiatif program Biasiswa Siswi SAFI ini akan menjadi sumber inspirasi berterusan kepada para wanita muda untuk membentuk masa depan mereka, menjadi graduan cemerlang, gemilang membina Impian dan terbilang menjadi suara perubahan dalam komuniti.



Thursday, December 5, 2024

Grand Feast and Joyful Gatherings at PAVILION Hotel Kuala Lumpur

Hi Everyone,

As 2024 gracefully comes to a close, we stand on the threshold of the year-end festive season, ushering in 2025 with good health, laughter, and blessings. Join us for celebrations filled with grand feasts, festive libations, and joyful gatherings, where every moment is steeped in the spirit of the holiday.


THE COURTYARD - Level 8
Celebrate good tidings, love, and joy with family and loved ones at The Courtyard in this season of celebrations. Let The Courtyard’s team of passionate chefs showcase an array of festive buffet offerings, from take-home whole roasted chickens to Christmas and New Year lunch spreads and gourmet dinner buffets.








Festive Roasts
Date: 1st – 25th December 2024
Collection Time: 11.00 am – 6.00pm
Delight your loved ones with a grand feast in the comfort of your own home. Each set is prepared using the finest ingredients, cooked to perfection, for a truly memorable dining experience.



Whole Roasted Chicken Set (2 birds) – RM298 NETT 
Roast Lamb Set – RM498 NETT
Roast Beef Set – RM498 NETT

Year End Delights
Christmas Eve & New Year’s Eve Dinner Buffet
Dates: 24th & 31st December 2024
Price: Adults – RM258 NETT per person | Children/ Senior Citizens – RM110 NETT per person
Raise your glass and indulge in the merriment of the season with a sumptuous buffet of freshly shucked oysters, seafood by the pound and delectable meats.

Christmas Day Brunch
Date: 25th December 2024
Price: Adults – RM198 NETT per person | Children/ Senior Citizens – RM110 NETT per person
Gather with friends and family for a festive brunch, brimming with seasonal delights and the joyous spirit of Christmas.

Christmas Dinner Buffet
Date: 25th December 2024
Price: Adults – RM258 NETT per person | Children/Senior Citizens – RM110 NETT per person
As evening falls, partake in an indulgent Christmas dinner, where the feast is as endless as the cheer, with free-flowing beer to toast the occasion.

New Year’s Day Brunch
Date: 1st January 2025
Price: Adults – RM228 NETT per person | Children/ Senior Citizens – RM110 NETT per person
Begin the year in splendid fashion with a lavish brunch that promises to set a delightful tone for the year ahead.










For more information or to make reservation, please contact The Courtyard at +60 17-206 8805 (via WhatsApp) or email TheCourtyard-PavilionHotel@banyantree.com.



JADE PAVILION - Level 8
Revel with family and friends in authentic Cantonese cuisine in an elegant ambiance this festive year-end season as Jade Pavilion boasts a unique seasonal menu skillfully crafted using bold, innovative techniques and premium ingredients.

5-course Christmas Set Dinner | 6.00pm – 10.00pm
Dates: 24th & 25th December 2024
Price: RM 428 NETT per person
Celebrate the season with a most exquisite five-course dinner, where each dish is a masterpiece of flavour and refinement.

6-course New Year’s Eve Set Dinner | 6.00pm – 10.00pm
Date: 31st December 2024
Price: RM 528 NETT per person
Bid farewell to the year with a grand six-course meal, an evening of culinary elegance that will linger long after the clock strikes midnight.

For more information or to make reservation, please contact Jade Pavilion at +60 10-397 7833 (via WhatsApp) or email JadePavilion-PavilionHotel@banyantree.com.


THE COVE - Level 7M
Celebrate the last day of 2024 at a cosy venue in the heart of Kuala Lumpur with tantalising snacks, bespoke cocktails, and a wide selection of champagne. Explore liquor packages with a gourmet sharing platter for an unforgettable experience.

Festive Cocktails
Date: 1st – 31st December 2024
Price: RM 55 NETT per glass
Raise a glass to the season with a selection of festive cocktails, each crafted with care and holiday cheer.

Private Party Room
Dates: 24th & 31st December 2024
For those seeking to celebrate in style, our party room packages offer the perfect setting for an intimate gathering, complemented by fine spirits to enhance the evening’s revelry.

Price:
RM650 (2–3 persons) – Includes 1 bottle of Champagne
RM1,000 (3–4 persons) – Includes 1 bottle of Whisky

For more information or to make reservation, please contact The Cove at +60 10-665 6211 (via WhatsApp) or email TheCove-PavilionHotel@banyantree.com.



Wednesday, December 4, 2024

“SERLAHKAN PESONAMU. UTAMAKAN KESEJAHTERAANMU” guardian Menginspirasi Rakyat Malaysia dengan Visi dan Kempen Jenama Baharu lagi Berani

Hi Korang,

guardian Malaysia— peruncit farmasi, kesihatan, dan kecantikan terkemuka di Malaysia—memperkenalkan visi jenama dan kempen baharu yang lebih mantap, menyeru rakyat Malaysia untuk menghargai keunikan diri mereka dan “Serlahkan pesonamu. Utamakan kesejahteraanmu.”


Bertemakan “Serlahkan pesonamu. Utamakan kesejahteraanmu.”, mesej penuh inspirasi guardian ini dekat di hati segenap masyarakat daripada pelbagai usia dan latar belakang, menghidupkan satu gerakan di mana semua orang boleh menghargai diri mereka dan berbangga dengan perjalanan kesejahteraan mereka.


Priscilla Wu, Pengarah Urusan guardian Malaysia, berkongsi:
"Nadi “Serlahkan pesonamu. Utamakan kesejahteraanmu.” terletak pada perkataan 'Serlahkan'. Ia adalah tentang kuasa yang dimiliki oleh setiap daripada kita untuk mendefinisikan kecantikan kita sendiri, kesejahteraan kita, dan benar-benar menguasainya. Ini lebih daripada sekadar kempen; ia adalah kuasa pemerkasaan diri. Kami percaya bahawa setiap orang berhak untuk kelihatan, merasa, dan hidup dengan sebaik-baiknya pada setiap peringkat kehidupan.”

guardian, sebagai jenama tempatan yang tumbuh di Malaysia 57 tahun lalu, dengan bangganya telah berkhidmat untuk rakyat Malaysia, menjangkau lebih daripada satu perempat daripada populasi negara ini dan memenuhi pelbagai keperluan kesihatan dan kecantikan mereka. Misi baharu ini adalah janji guardian untuk menyokong usaha setiap pelanggan dalam mencapai kesejahteraan hidup mereka, mengingatkan mereka bahawa setiap langkah dalam perjalanan ini adalah penting.



Dengan pelancaran video jenama yang baharu, guardian menyentuh emosi rakyat Malaysia.

Ia lebih daripada wayang gambar - ia adalah seruan untuk bertindak, mencabar penonton untuk menghargai kesejahteraan mereka, bangkit mengatasi cabaran hidup, dan menerima kecantikan unik mereka. guardian sentiasa di sini, di setiap langkah perjalanan, seperti mana kami telah berada bersama datuk, nenek serta ibu bapa anda, dan kami akan terus menjadi sahabat yang dipercayai untuk anda dan seisi keluarga anda, membimbing rakyat Malaysia ke arah kehidupan yang lebih sihat dan indah.


Video jenama ini merakam detik-detik biasa dalam kehidupan seharian yang membentuk keindahan dalam setiap cabaran dan kejayaan, memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk mengawal kesejahteraan mereka, satu detik pada satu masa.

Bukan itu sahaja. Kempen guardian baharu yang menarik ini turut memperkenalkan enam visual memukau yang mewakili kesemua kategori kesihatan dan kecantikan yang tersedia di stor kami - direka untuk memenuhi setiap keperluan penjagaan diri dan kecantikan, dan menginspirasi semua orang untuk “Serlahkan pesonamu. Utamakan kesejahteraanmu.” dengan cara tersendiri.

Logo ‘g’ baharu guardian yang lebih elegan dan segar turut dilancarkan, menampilkan rekaan reben beralun yang mencitrakan hubungan mendalam dan saling terhubungkait antara guardian dan pelanggannya di setiap peringkat kehidupan.

Priscilla menambah, "Hubungan kami dengan pelanggan sangat erat - ia sangat peribadi, tulen, dan bermakna. Kami di sini untuk memberi impak dalam kehidupan masyarakat dan komuniti di mana kami berkhidmat. Dengan kempen “Serlahkan pesonamu. Utamakan kesejahteraanmu.”, kami komited untuk menyokong perjalanan setiap individu untuk menjadi versi terbaik diri mereka, dengan cara mereka sendiri. Tiada peruncit lain yang boleh menandingi kami pada skala sebesar ini, dan kami bangga untuk menerajui jalan ini.”

Sertai guardian dalam perjalanan ini untuk kelihatan, merasa, dan menjalani kehidupan dengan lebih baik! guardian sentiasa di sisi korang untuk setiap detik kesihatan dan kecantikan dalam hidup anda. 

Jadi, mulai hari ini, ambil tanggungjawab dan “Serlahkan pesonamu. Utamakan kesejahteraanmu.”, kerana dirimu layak memilikinya!