Saturday, November 9, 2024

Movie Review | Mereka Yang Tertewas

Hi Korang,

Mereka Yang Tertewas ,filem terbaru arahan Dato' Zulkeflie M. Osman merupakan naskhah yang diadaptasi dari novel sastera hasil karya Hasanuddin Md Isa .


Novel terbitan Dewan Bahasa Dan Pustaka ini telah menjadi teks Kesusasteraan Melayu SPM (1991-2001). Untuk info novel Mereka Yang Tertewas ini juga memenangi hadiah khas iaitu Hadiah Sastera Berunsur Islam 1988.

Menurut Pengarah Dato' Zulkeflie M. Osman, novel Mereka Yang Tertewas ini sebenarnya cukup popular di kalangan peminat sastera dan ini merupakan satu cabaran untuk beliau bagi menghasilkan visual berbentuk filem.

Persediaan menghasilkan filem ini dilakukan lebih 3 bulan. Untuk penggambaran pula mengambil masa 20 hari di sekitar Kuantan, Raub dan Temerloh. Keseluruhan kos untuk filem ni menelan belanja sebanyak RM700k

Info Ringkas Filem Mereka Yang Tertewas

Tajuk Filem : Mereka Yang Tertewas
Durasi : 1 jam 32 minit
Bahasa : Bahasa Melayu
Genre : Filem adaptasi novel, Sastera, Keagamaan
Penulis Novel : Hasanuddin Md Isa
Pengarah : Dato' Zulkeflie M. Osman
Produksi : Tujuh Pelangi Maju Sdn Bhd

Barisan Pelakon Filem Mereka Yang Tertewas





Antara barisan pelakon yang membintangi filem ini seperti:-

· Zaidi Omar
· Fiza Halim
· Fad Anuar
· Sherie Merlis
· Adam Shahz
· Mubarak Majid
· Dato Hilal Azman
· Ruzaidi Abd Rahman
· Haji Zaini Hassan

Sinopsis Filem Mereka Yang Tertewas


Mereka Yang Tertewas merupakan kisah masyarakat yang sarat dengan pengajaran. Penerapan ajaran Islam dalam hidup sebuah kelompok masyarakat di Kampung Bukit Setugal. Tapa dari Kampung Padi Setempat beralih arah berhijrah ke tempat lain setelah maruah diri dan keluarganya dicemuh dan dicaci apabila ingin memperisterikan Mimah.



Tapa mengembara mencari penghidupan yang baru serta mendalami ilmu agama untuk melupakan masa silamnya. Tapa berhijrah ke Kampung Bukit Setugal dan memperisterikan Jamilah anak murid tok gurunya serta menyebarkan syiar Islam.

Kesucian hati Tapa atau dikenali sebagai Lebai Pa disalahertikan oleh penduduk kampung tersebut kerana mereka beranggapan Lebai Pa telah menyebarkan ajaran sesat dan ingin berkuasa di dalam kampung tersebut.


Lebai Pa berusaha untuk mengembalikan pegangan agama penduduk Kampung Bukit Setugal yang semakin goyah dengan hiburan dunia sehinggakan kebanyakan anak-anak muda kampung tersebut terjebak dengan perkara maksiat. Usaha Lebai Pa tidak sia-sia apabila mendapat sokongan Uda Puat, Mat Yasin dan Pudin.


Kesucian hati Tapa atau dikenali sebagai Lebai Pa disalahertikan oleh penduduk kampung tersebut kerana mereka beranggapan Lebai Pa telah menyebarkan ajaran sesat dan ingin berkuasa di dalam kampung tersebut.

Lebai Pa berusaha untuk mengembalikan pegangan agama penduduk Kampung Bukit Setugal yang semakin goyah dengan hiburan dunia sehinggakan kebanyakan anak-anak muda kampung tersebut terjebak dengan perkara maksiat. Usaha Lebai Pa tidak sia-sia apabila mendapat sokongan Uda Puat, Mat Yasin dan Pudin.

Tohmahan demi tohmahan dilemparkan kepada Lebai Pa sebagai usaha untuk menggagalkan hasratnya menyebarkan agama tetapi pegangan hidup Lebai Pa yang banyak mencontohi sikap Rasulullah S.A.W. dalam menyebarkan agama menyebabkan Lebai Pa lebih bersemangat dan bersabar. Akhirnya Lebai Pa mampu mengubah pemikiran penduduk kampung untuk menerima Islam dan sedar atas kesalahan yang pernah mereka lakukan ke atas Lebai Pa.

Review Filem Mereka Yang Tertewas


Bagi kak lily bila melihat kepada barisan pelakon yang merupakan antara artis yang hebat dan berbakat besar. Ini memandangkan jalan cerita agak berat dengan lontaran dialog gaya orang lama. Apatah lagi apabila isu berkaitan agama, persepsi masyarakat tentang kehadiran luar, khianat, fitnah dan pelbagai lagi.

Kak lily suke cara Lebai Pa mengatasi setiap halangan dan cabaran yang di lalui dengan tenang dan sabar.

Filem yang berdurasi 1 jam 32 minit ini banyak pengajaran yang boleh kita ambil terutama erti kesabaran dan ketabahan dalam menyebarkan ajaran islam.

Jangan lupa untuk tonton Mereka Yang Tertewas di pawagam bermula dari 7 November 2024

Thursday, November 7, 2024

Peraduan TRAVEL WITH LARRIE Berakhir Dengan Jayanya, Larrie Lancarkan Koleksi Musim Bunga/Panas 2025 dan Kempen Green Check-out Mastercard

Hi Korang,

Peraduan “Travel with Larrie” ditutup dengan jayanya dengan majlis sambutan yang bertemakan “Pickleball’ di pusat membeli belah Lalaport, BBCC. Tiga pemenang telah dipilih untuk memenangi hadiah utama peraduan tersebut. Majlis juga dihadiri lebih dari 150 tetamu yang terdiri daripada wakil media, pempengaruh media sosial dan sahabat Larrie yang lain.


Majlis juga dipenuhi dengan pelbagai aktiviti menarik termasuklah pertunjukan fesyen terkini dari koleksi Larrie Musim Bunga/Panas 2025, penyampaian hadiah kepada 3 pemenang utama peraduan “Travel with Larrie’ serta pengumuman kempen Green Checkout bersama Mastercard. Para jemputan juga mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti yang disediakan serta cabutan bertuah.




Tema “Pickleball” dipilih adalah bertujuan untuk menunjukkan keselesaan dan sokongan kaki dari produk tapak dalaman kasut Larrie, yang direka dengan teknologi lantunan semua, yang bersesuaian dengan segala aktiviti termasuklah berolahraga.

Pelancaran Koleksi Larrie Musim Bunga/Panas 2025




Acara dimulakan dengan pelancaran koleksi Musim Bunga/Musim Panas 2025 Larrie. Para jemputan dan wakil media disajikan dengan pratonton eksklusif kempen dan rekaan terbaru dari Larrie, paastinya mencetuskan keterujaan untuk musim akan datang.


Peraduan “Travel with Larrie” dan Penyampaian Hadiah Utama



Dengan hadiah melebihi RM33,000, peraduan “Travel with Larrie” telah menarik penyertaan yang tinggi, dengan acara kemuncak adalah pengumuman tiga pemenang utama. Peraduan yang berlangsung dari 1 September 2024 hingga 31 Oktober 2024, adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada pelanggan setia Larrie untuk memenangi hadiah melancong ke destinasi Impian mereka.

Melancarkan Kempen Green Checkout Bersama Mastercard & Larrie



Larrie dengan bangganya melancarkan kempen Green Checkout dengan kerjasama Mastercard. Inisiatif ini menyepadukan usaha penanaman pokok dan penghutanan semula ke dalam pengalaman membeli-belah dalam talian. Sebagai sebahagian daripada komitmen Larrie terhadap kelestarian alam sekitar, kempen ini membolehkan pelanggan menyumbang kepada penanaman pokok dengan setiap pembelian.


Di bawah program Green Checkout, pelanggan yang membelanjakan RM250 atau lebih secara automatik menyokong usaha penghutanan semula. Inisiatif ini menyasarkan pengguna yang mementingkan kesejahteraan alam sekitar, menawarkan mereka cara untuk memberi impak positif melalui pilihan membeli-belah mereka sambil membiayai program penghutanan semula dan mempromosikan masa depan yang lebih hijau.


Koleksi terbaru Larrie ini boleh didapati di semua pusat membeli belah utama seluruh negara dan atas talian di larrieconceptstore.com dan larrieshoes.com. Kedai rasmi Larrie juga boleh didapati di Shopee, Lazada dan Zalora. Harga bermula dari RM 99 sehingga RM 239.90. 

Untuk info lebih lanjut tentang produk dan tips fesyen terkini, layari larrieconceptstore.com or www.larrieshoes.com.

Monday, November 4, 2024

Jobbie X MAKNA : Pengumpulan Dana 'Pink Wobbly Breast Odyssey' dan Kempen Pendidikan untuk Kanser Payudara

Hi Korang,

Orang perempuan bila umur dah meningkat ni tahap kesihatan semakin menurun dan kalau tidak di jaga dan di ambil tahu ianya akan jadi melarat hingga membawa maut dan salah satu penyakit kronik yang harus di awasi adalah kanser payu dara. Di mana penyakit ini hanya wanita sahaja yang menghadapi tanpa kita ketahui.


Untuk itu, baru-baru ini kak lily berkesempatan untuk menghadiri majlis bersama Jobbie dan MAKNA bagi memberi kesedaran kepada penyakit ini.

Info Mengenai Penyakit Kanser Payudara


Kanser payudara adalah bentuk kanser yang paling lazim di kalangan wanita di Malaysia, menyumbang 32% daripada semua kanser yang dikesan pada wanita. Risiko mendapat kanser payudara meningkat dengan usia, dengan insiden yang lebih tinggi di kalangan individu yang berumur 50 tahun ke atas.


Malangnya, banyak kes didiagnosis lewat, dengan hampir separuh daripada kes dikesan pada Peringkat 3 atau Peringkat 4, apabila pilihan rawatan menjadi lebih terhad dan peluang untuk hidup berkurangan. Statistik ini menyerlahkan keperluan kritikal untuk pengesanan awal dan pemeriksaan biasa, terutamanya untuk wanita lebih 40 tahun, untuk meningkatkan hasil dan mengurangkan kadar kematian yang berkaitan dengan penyakit ini.

Bulan Kesedaran Kanser Payudara (Pink Oktober)



Tahu tak bahawa Bulan Oktober telah dipilih sebagai Bulan Kesedaran Kanser Payudara (Pink Oktober). Jadi sempena dengan kehadiran bulan Oktober ini, jenama mentega kacang asli yang digemari JOBBIE mengumumkan kerjasamanya dengan Majlis Kanser Kebangsaan Malaysia (MAKNA) untuk melancarkan kempen CSR dan pendidikan khas bertajuk "Pink Wobbly Breast Odyssey".


Kempen Pink Wobbly Breast Odyssey



Kempen Pink Wobbly Breast Odyssey telah dilancarkan secara rasmi di Hospital Pakar Damansara 2 (DSH2) kepada lebih 100 tetamu terdiri daripada orang awam, tetamu VIP, rakan usaha sama, media dan pencipta kandungan, bertujuan meningkatkan kesedaran tentang kanser payudara di samping menyokong inisiatif kesihatan payudara MAKNA. Antara nama terkenal yang hadir ialah Timbalan GM MAKNA, Encik Vemanna Appannah, dan pengaruh media sosial Maryam You Narae, juga dikenali sebagai Maryam Durian Kimchi.


Pada pelancaran kempen, JOBBIE melancarkan edisi terhad 5,000 balang merah jambu Jobbie yang direka khas dengan label "Pink Wobbly Breast Odyssey". Setiap balang memaparkan maklumat kesedaran kanser payudara dengan reka bentuk merah jambu yang menarik, melambangkan perjalanan dan keberanian individu yang terjejas oleh penyakit itu. Bagi setiap balang yang dijual, RM1 akan didermakan kepada MAKNA untuk menyokong program kesihatan payudaranya, membantu menyediakan sumber dan penjagaan bagi mereka yang terjejas oleh kanser payudara.

Nama unik kempen ini terdiri daripada dua elemen penting dalam perjalanan kanser. Perkataan "Wobbly" melambangkan kelemahan yang dihadapi individu ketika melawan kanser payudara, manakala "Odyssey" mencerminkan perjalanan unik dan berani setiap orang yang menghadapi penyakit itu. Ini sejajar dengan etos JOBBIE dalam menyebarkan kegembiraan dan menyokong kualiti hidup yang lebih baik.


"Kerjasama JOBBIE dengan MAKNA menjadi peringatan kepada semua rakyat Malaysia untuk mengambil peranan aktif dalam memahami dan mempromosikan kesihatan payudara. Pengesanan awal menyelamatkan nyawa, dan "Pink Wobbly Breast Odyssey" menggalakkan semua orang untuk menyebarkan pengetahuan, menyokong mangsa yang terselamat dan menyumbang kepada penyelidikan dan penjagaan kanser payudara."


"Di JOBBIE, kami percaya bahawa seperti cara mentega kacang kami menyebarkan kegembiraan, kami ingin menyebarkan sedikit harapan, sorakan dan sokongan kepada pejuang dan mangsa kanser payudara melalui inisiatif ini. Komitmen kami adalah untuk membantu rakyat Malaysia menjalani kehidupan yang lebih baik dan sihat, dan pada masa yang sama memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia pada umumnya untuk sedar tentang penyakit yang memberi kesan bukan sahaja kepada pesakit tetapi juga keluarganya, Oleh itu, melalui inisiatif ini, kami mengumpulkan sokongan masyarakat dan penjaga antara satu sama lain dan mengambil serius kesihatan payudara." Itulah dia serba sedikit ucapan daripada Encik Victor Chin, Ketua Pegawai Eksekutif JOBBIE

Acara pelancaran ini mengetengahkan pelbagai aktiviti kesihatan dan kesejahteraan yang menjurus kepada penjagaan kesihatan payudara. Para tetamu menikmati sesi yoga yang mengulangi kepentingan kesihatan mental untuk penghidap kanser. 





Pameran The Wobbly Breast Hall Of Fame memaparkan maklumat tentang kempen serta karya seni yang diilhamkan oleh Reka Bentuk Payudara Wobbly. Semua peserta turut dihiburkan dengan pelbagai stesen pengalaman yang menyeronokkan termasuk mencipta karya seni mereka sendiri dan menerima pemeriksaan kanser payudara percuma, yang disediakan oleh Hospital Pakar Damansara 2 (DSH2).

Perkongsian Dari Pakar Dan Pesakit Kanser Payudara


Dalam Majlis Pelancaran kempen ini turut menampilkan pakar kesihatan dan bekas pesakit Kanser Payudara untuk berkongsi pandangan praktikal tentang penjagaan dan pengurusan kanser.

Dr. Haliza Kamarudin, Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi Hospital Pakar Damansara 2 (DSH2), bercakap tentang kesihatan wanita, menekankan kepentingan pemeriksaan awal seperti mamogram dan pemeriksaan diri pada peringkat kehidupan yang berbeza.


"Pengalaman hidup wanita dipengaruhi oleh pelbagai risiko kesihatan dan implikasi sepanjang pelbagai peringkat kehidupan mereka. Ini termasuk perubahan hormon, menopaus dan kanser payudara yang paling berleluasa. Untuk peranan kami dalam ginekologi, kami memberi penekanan kepada kesihatan umum, kebersihan dan kesejahteraan wanita. dan dalam kes kanser payudara, nasihatkan cara-cara tertentu untuk menguruskannya dengan rawatan, terapi hormon dan keseluruhan pelan pengurusan kesihatan wanita Pada akhirnya, adalah penting bagi wanita untuk terus mendapat maklumat tentang kesihatan payudara dan memantau risiko dan perubahan pada tubuh mereka dan memerhatikan. rejim gaya hidup sihat saringan berkala dan pengesanan awal adalah kunci dalam mencegah kanser payudara atau mengambil langkah untuk menguruskannya pada peringkat awal," kata Dr. Haliza Kamarudin, Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi Hospital Pakar Damansara 2 (DSH2)

Hos, mangsa kanser & peguambela Choo Mei Sze, berkongsi perjuangan peribadinya dan kejayaan mengatasi kanser, memberi galakan kepada mereka yang menghadapi cabaran yang sama. "Melalui kanser adalah satu perjalanan sunyi yang penuh dengan suka dan duka terutama pada usia muda, jadi mendapat sokongan daripada keluarga dan orang tersayang membantu untuk membuat adalah sangat penting. Kuncinya adalah untuk kekal kuat dan positif serta mengambil langkah untuk menguruskan penyakit dengan maklumat dan rawatan yang betul, saya berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada inisiatif ini untuk berkongsi perjalanan peribadi saya dengan harapan dapat memberi inspirasi kepada orang lain yang sedang berjuang dalam perjuangan mereka sendiri."




Untuk maklumat lanjut tentang Inisiatif "Pink Wobbly Breast Odyssey" Jobbie, sila layari www.jobbienutbutter.com.