Saturday, October 19, 2024

‘TAMASHII SPOT POP UP X ULTRA HEROES’ 2024 Kini di MyTown Kuala Lumpur

Hi Korang,

Ok mana dia peminat Ultraman di senantero Malaysia nieh!!

Mari kak lily nak kongsikan info menarik mengenai karaktor yang sentiasa menjadi pujaan kak lily sejak dari kecik dulu hehehhehe...


TAMASHII SPOT POP UP X ULTRA HEROES 2024 kini berada di Malaysia bersedia menemui peminatnya, dari 18 hingga 27 Oktober 2024 di Pusat Beli-Belah MyTown, Kuala Lumpur.

Seriously korang akan alami sendiri sorotan menarik yang dipersembahkan secara langsung yang pasti memikat hati peminat dan pengumpul figura dari siri aksi ikonik Jepun yang tidak lapuk ditelan zaman, ULTRAMAN! Oh ya korang akan jadi di antara peminat terawal bertemu dengan Ultra Hero terbaharu, Ultraman Arc, yang tampil di Malaysia menerusi persembahan pentas yang menarik.


Kemudiannya korang dapat bergambar dengan patung Ultraman Arc bersaiz manusia (setinggi 2 meter), yang diukir berdasarkan S.H.Figuarts! dan jika tahun lalu korang terlepas peluang bergambar dengan Ultraman Blazar, jangan bersedih kerana patung hero ini akan turut dipamerkan.




Selain daripada itu di roadshow ini juga akan ada pameran figura-figura Eksklusif Acara dan Tamashii Spot yang menjadi buruan ramai!

Semalam kak lily berpeluang untuk ke pameran TAMASHII SPOT POP UP X ULTRA HEROES 2024 ini dapat menyaksikan sendiri

Persembahan Pentas Ultraman Arc, Ultraman Zero, Ultraman Belial dan Bemzeed


Sebagaimana korang tau yang setiap tahun akan akan persembahan pentas dan tahun ini. ianya menjanjikan persembahan pentas yang lebih mendebarkan, penuh aksi hebat, mengasyikkan dan dekat berbanding tahun-tahun sebelumnya dengan barisan pelakon yang lebih ramai serta tempoh pementasan yang lebih panjang.






Menampilkan Ultraman Arc, Ultraman Zero, Ultraman Belial dan Bemzeed, tempoh persembahan dipanjangkan daripada 5 minit ke 20 minit untuk mementaskan kelincahan aksi Ultra Hero kami beradu tenaga.

Jangan lupa tandakan tarikh ini di kalender anda supaya anda tidak terlepas peluang menyaksikan persembahan pertama pada 19 Oktober, jam 1 petang. Persembahan ulangan pula dijadualkan pada hujung minggu iaitu pada 19, 20, 26 dan 27 Oktober, jam 1 petang, 3.30 petang dan 6 petang untuk setiap tarikh. (Jadual ini tertakluk pada perubahan tanpa notis awal)

Meet & Greet Ultraman Arc dan Ultraman Zero





Sesi Ramah Mesra pula akan diadakan sejurus selepas setiap persembahan tamat. Hanya dengan berbelanja sebanyak RM200 di lokasi acara atau membeli figura S.H.Figuarts Ultraman Arc, akan melayakkan korang mendapat tiket Ramah Mesra untuk bersama Ultraman Arc dan Ultraman Zero untuk merakam gambar kenangan dengan hero kesayangan korang! Bagaimanapun, tiket adalah terhad dan diberi berdasarkan ‘siapa cepat dia dapat’


Pameran Tamashii Nations


Oleh itu rancang kunjungan korang ke sini, supaya korang boleh menjamu mata sepuasnya melihat keistimewaan yang dipaparkan pada figura-figura terbaharu dari Tamashii Nations.


Ia bukan sekadar hero S.H.Figuarts siri Ultraman bahkan watak-watak popular lain daripada siri Jump seperti ‘DRAGONBALL’, ‘ONE PIECE’, ‘NARUTO’, ‘DEMON SLAYER: KIMETSU NO YAIBA’ dan ‘KAIJU NO.8’ turut dibawa ke acara in untuk menemui peminatnya.

Sekiranya anda berminat pada mana-mana figura berkualiti tinggi yang kami pamerkan, singgahlah di sudut jualan untuk menambah koleksi anda.



Semua pengumpul setia anime dan figura juga boleh mendapatkan figura acara Tamashii Nations yang eksklusif, S.H.Figuarts Ultraman Belial - Clear Color ver.!


Atas permintaan ramai, S.H.Figuarts Ultraman Zero - Clear Color ver., S.H.Figuarts Ultraseven (THE MYSTERY OF ULTRASEVEN), dan S.H.Figuarts Ultraman (THE RISE OF ULTRAMAN) akan turut kembali ke sini untuk bertemu peminat di Malaysia.

Bersempena Ulang Tahun CHOGOKIN ke-50, figura eksklusif CHOGOKIN ke-50 iaitu METAL ROBOT SPIRITS WING GUNDAM ZERO dan METAL BUILD EVANGELION TEST TYPE-01 akan turut dijual sepanjang acara ini.

Menyusuli TAMASHII SPOT POP UP X ULTRA HEROES di Malaysia, acara Tamashii Nations seterusnya dijadualkan akan berlangsung di beberapa negara lain di Asia Tenggara! Dapatkan makluman terkini mengenainya di halaman Facebook rasmi Tamashii Nations South Asia.

Jom ramai-ramai jangan lepaskan peluang ke:


Lokasi:
Central Town, Aras Bawah,
Pusat Beli-Belah MyTOWN, Kuala Lumpur.

Tarikh:
18 – 27 Oktober 2024

Masa:
10.00 Pagi – 10.00 Malam

Masuk adalah PERCUMA ke acara TAMASHII SPOT POP UP X ULTRA HEROES.

Jadi, jangan lupa untuk berkunjung ke TAMASHII SPOT POP UP X ULTRA HEROES 2024 dan pasti korang gembira melihat aksi Ultraman di hadapan mata!


#Tamashiispotpopup2024
#Ultraheroes2024
#UltramanArc
#TamashiiNations
#Ultraman

Thursday, October 17, 2024

BIOBAY Fluff Fill Membantu Mengawal Penghadaman Korang

Hi Korang,

Masalah untuk menurunkan berat badan ni senantiasa menjadi issue atau pun topik perbualan rakyat Malaysia. Sebelum itu, ayuh kita mengenali punca-punca betapa susahnya nak turunkan berat badan.

Metabolisme Membentuk Perjalanan Berat Anda

Metabolisme adalah satu proses di mana tubuh menukar makanan dan cecair kepada tenaga yang diperlukan untuk pelbagai aktiviti. Apabila seseorang mempunyai metabolisme yang perlahan, kalori daripada makanan tidak digunakan untuk membentuk tenaga dan ditukar kepada lemak, yang meningkatkan berat badan. Apabila kita semakin tua, badan kita mungkin mengalami penurunan jisim otot yang boleh menjejaskan metabolisme don menyumbang kepada penambahan berat badan.

Mengalami Masa Sukar Menurunkan Berat Badan?
Ini Mungkin Sebabnya

Sindrom metabolik merupakan sekumpulan faktor risiko bagi penyakit jantung, diabetes don masalah kesihatan lain.

Anda mungkin hanya mempunyai satu faktor risiko, tetapi kebanyakkan individu sering mempunyai beberapa daripadanya serentak. Apabila anda mempunyai sekurang-kurangnya tiga daripadanya, ia dipanggil sindrom metabolik.


Memperkenalkan Biobay Fluff Fill

Ubah perjalanan penurunan berat badan korang dengan Biobay Fluff Fill, formula revolusioner yang direka untuk menjadikan pengurusan berat badan anda mudah dan berkesan. Formulasi terkini dengan gabungan bahan-bahan yang bagus untuk membantu anda mencapai matlamat anda dengan yakin dan mudah.

Fluff Fill ialah pengganti makanan protein tumbuhan dalam perisa vanila Perancis. FOS membantu meningkatkan bifidobakteria usus dan mengekalkan persekitaran usus yang baik.


Tingkatkan protein korang dengan NutriPea", yang diperoleh daripada kacang pis NON-GMO premium 100%. Mempunyoi lebih 85% kandungan protein, ia menyokong pembinaan otot, membaiki tisu, dan membantu dalam pengurusan berat badan. Protein vegan bebas alergen ini kaya dengan asid amino penting, zat besi, dan menyokong mikrobiom usus yang sihat.

Fiberligo

Sejenis serat jagung larut unik yang meningkatkan rasa kenyang dan mengawal penghadaman. lanya merupakan ejen yang membantu anda kekal kenyang don menyokong pergerakan usus yang kerap - sesuai untuk keperluan pengurusan berat badan anda.

Temui Kekuatan Bahan Utama Di Dalam Biobay Fluff Fill

Terbukti secara klinikal untuk mempercepatkan penurunan berat badan dan meningkatkan keberkesanan pelan diet anda. Dengan 8 daripada 10 pengguna kehilangan lebih daripada 2kg dalam masa 4 minggu sahaja, Slimbiome" membantu anda berasa kenyang lebih lama dan mengurangkan keinginan, menjadikan penurunan berat badan boleh dicapai dan mampan.

Glukomanan: Mengenyangkan serta-merta

Serat makanan yang mengenyangkan dengan mengembang ldalam perut dan melambatkan penghadaman, mengurangkan pengambilan makanan dan kekal kenyang lebih lama.

Fructo-oligosakarida (FOS): Mengutamakan Mikrobiom Berdaya Tahan

Serat prebiotik yang meningkatkan kesihatan usus dengan menggalakkan pertumbuhan bakteria baik, merangsang pertumbuhan bakteria baik dan menggalakkan kesihatan usus yang lebih baik.

Kromium: Mengurangkan Nafsu Makanan

Mineral penting yang mengawal paras gula dalam darah, mengurangkan keinginan gula dan meningkatkan metabolisme.

Kenapa Biobay Fluff Fill Menjadi Pilihan

Penurunan Berat Badan Pantas & Berkesan
Capai matlamat penurunan berat badan anda dengan cepat dengan Slimbiome dan Fiberligo", terbukti secara saintifik memberikan hasil.

Kenyang Berpanjangan
Nikmati rasa kenyang yang berpanjangan dan mengurangkan keinginan, menjadikan perjalanan penurunan berat badan anda lebih lancar dan menyeronokkan.

Sokongan Protein Premium
NutriPea" menyediakan protein berkualiti tinggi dan mudah dihadam untuk membina dan membaiki otot sambil menggalakkan kesihatan keseluruhan.

Peningkatan Kesihatan Usus
Meningkatkan kesejahteraan pencernaan anda dan menyokong mikrobiom usus yang sihat dengan faedah serat Fiberligo" dan NutriPea".



Cara Penggunaannya :

Campurkan satu sudu ke dalam 200 ml air suam (suhu bilik), kacau rata dan makan. Sebaiknya ambil pada waktu pagi sebelum makan dan atau sebelum tidur

Kak lily review :

Setelah 5-6 hari kak lily mengamalkan Biobay Fluff Fill, sebelum makan kak lily dapat rasakan kurang mengidam makanan manis dan berlemak bahkan senantiasa kenyang. Tekanan darah dah mula menurun secara perlahan dan ini menyebabkan mood bertambah baik. Oh ya kalau dulu susah untuk membuang tapi sekarang ni amat mudah.


Mungkin kalau lama jadi amalan, bertambah kurus kak lily kan hehehehhe

Korang boleh dapatkan produk Biobay Fluff Fill di website ramai Biobay https://biobay.com.my/products/fluff-fill-500g

Mudah shopping online nie, lepas tekan order jer 2-3 hari barang pun sampai.


Wednesday, October 16, 2024

Perumahan IRAMA SENDAYAN 2 Pentingkan Gaya Hidup Yang Di Ingini Seisi Keluarga

Hi Korang,

Kalau korang nak tau gaya hidup merupakan cara bagaimana seseorang hidup. Untuk di perkuatkan lagi gaya hidup ialah kumpulan ciri tingkah laku yang bererti kepada kedua-dua orang lain dan diri sendiri dalam sesuatu masa dan tempat, termasuk hubungan sosial, penggunaan, hiburan, dan pakaian. Tingkah laku dan amalan dalam gaya hidup merupakan campuran tabiat, cara lazim membuat sesuatu, serta tindakan berdasarkan logik.

Selalunya, ramai orang bimbang bahawa mereka mesti memilih antara rumah idaman mereka dan gaya hidup mereka.

Untuk Perumahan Irama Sendayan 2, ianya direka untuk memberikan faedah memiliki sebuah rumah idaman sambil mengekalkan gaya hidup yang korang inginkan.


Info Mengenai Perumahan Irama Sendayan 2


Memperkenalkan Irama Sendayan 2. ‘Irama Sendayan 2 ialah pembangunan pegangan bebas seluas 69 ekar yang berkembang pesat dalam kawasan pertumbuhan tinggi bersebelahan dengan bandar raya Bandar Sri Sendayan. Apatah lagi Irama Sendayan 2 dikelilingi oleh kemudahan yang sedia ada dan kesemuanya dalam radius 5km


Irama Sendayan 2 menawarkan ’2 storey linked house‘ unit terhad, bersaiz 20’ x 70’ yang mana ruang tamunya yang luas dengan kawasan binaan antara 2,142 kaki persegi hingga 2,311 kaki persegi dan setiap rumah mempunyai 4 bilik tidur dan 3 bilik mandi, menjadikannya ruang yang sesuai untuk keluarga dari semua saiz.


Mempunyai susun atur berkonsep terbuka yang membolehkan rumah kecil akan berasa lebih besar dan disediakan Enklaf selamat dengan pagar saat tinggi dan pos pengawal. Perbangunan Perumahan Irama Sendayan 2 ini sendiri dilengkapi dengan pelbagai kemudahan taman permainan eksklusif seperti taman permainan kanak-kanak, gelanggang badminton, gazebo, gim luar dan sebagainya.

Oh ya setiap unit di lengkapi dengan ruang 4 kaki untuk menyambung dapur atau bertukar menjadi berkebun peribadi, maka boleh beriadah sambil berkebun sesama keluarga.



Lokasi yang terletak di dalam Kawasan Bandar Sri Sendayan yang mana ianya mempunyai jalan akses keluar ke KLIA, Nilai, Bandar Enstek & Tiara Sendayan.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Irama Sendayan 2 di www.iramasendayan2lifestyle.com



Instagram @matrix_concepts
Facebook @matrixconceptshomes

#Lifestyle #Iramasendayan2 #Matrixconcepts #DreamHome