Wednesday, October 2, 2024

MEMPERINGATI HARI PELANCONGAN SEDUNIA 2024

Hi Korang,

Negeri Selangor menyambut Hari Pelancongan Sedunia 2024 dengan mengetengahkan tema pada tahun ini, "Pelancongan dan Keamanan" melalui dua tonggak penting: kemampanan dalam pelancongan dan pemerkasaan komuniti. 


Bidang tumpuan yang strategik ini bukan sahaja penting kepada usaha Negeri Selangor tetapi juga mencerminkan komitmen negeri yang lebih luas terhadap kesejahteraan ekonomi, alam sekitar dan sosial jangka panjang.

Yang Berhormat Dato’ Ng Suee Lim, EXCO Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Selangor, dalam satu kenyataan berkata, kelestarian bukan lagi satu pilihan, tetapi satu keperluan. Pendekatan Negeri Selangor ke arah memperkasakan komuniti tempatan dan menekankan pelancongan mampan, dapat memastikan daya tahan jangka panjang dan kemakmuran industri pelancongan, di samping mengekalkan warisan yang unik dan keindahan alam semula jadi di Negeri ini.

Bagi mengukuhkan kedudukan Negeri Selangor sebagai destinasi pelancongan terkemuka di Malaysia, kedua- dua tonggak ini menyumbang kepada pertumbuhan industri yang mampan, dengan menggabungkan kemajuan ekonomi dan penjagaan alam sekitar. Dengan warisan budaya yang pelbagai, sumber semula jadi yang banyak dan komuniti yang berkembang maju di 9 daerah, Negeri Selangor menawarkan pelbagai pengalaman kepada pengunjung domestik dan antarabangsa.

Komitmen terhadap Kelestarian

Didorong oleh Tonggak Ketiga Rancangan Pertama Selangor (RS-1), Negeri Selangor berada di barisan hadapan dalam pembangunan pelancongan mampan. Salah satu contoh terbesar adalam Projek Gombak-Hulu Langat Geopark (GHLGp), iaitu sebuah inisiatif ekopelancongan utama Negeri Selangor. Terkenal dengan kepentingan geologinya dalam landskap bandar, GHLGp adalah penting dalam memelihara geologi dan biodiversiti sambil melindungi warisan semula jadi Negeri Selangor. Di samping usaha melindungi alam sekitar, ia juga berfungsi sebagai wadah untuk penglibatan komuniti, dengan memperkasakan masyarakat tempatan sebagai pemandu pelancong, dengan memupuk rasa bangga dan tanggungjawab dalam kalangan komuniti setempat. Sebagai Geopark Kebangsaan yang pertama di Negeri Selangor, merangkumi 20 geotapak di Gombak dan Hulu Langat, GHLGp menyasarkan untuk mencapai pengiktirafan Geopark Global UNESCO menjelang tahun 2028.


Di samping usaha memulihara alam sekitar, tumpuan Negeri Selangor terhadap pelancongan berasaskan komuniti juga terus berkembang. Sejak tahun 2018, Negeri Selangor telah melantik 51 Hos Komuniti Selangor yang bertujuan untuk meningkatkan pengalaman melancong di kawasan tempatan dengan menawarkan pelancong budaya yang asli dan pelancongan berpengalaman. Hos Komunitu Selangor ini bertindak sebagai duta komuniti mereka, dengan perkongsian pengetahuan mereka yang kaya tentang adat, makanan, sejarah dan tarikan tempatan. Dengan rancangan untuk mengembangkan inisiatif ini, Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, disokong oleh Tourism Selangor, akan memperkasakan lebih ramai individu melalui latihan profesional dan pensijilan Red Batch, dengan mewujudkan pelan baharu bagi mengukur kualiti dan profesionalisme dalam perkhidmatan Hos Komuniti Selangor.

Agropelancongan dan Lain- lain

Kerjasama Negeri Selangor dengan industri pertanian adalah satu lagi bukti usaha terhadap kelestarian. Agropelancongan, iaitu segmen pelancongan yang semakin berkembang di negeri ini, telah memberi manfaat yang banyak kepada alam sekitar dan ekonomi tempatan dengan mempromosikan amalan pertanian yang mampan dan memupuk pelancongan berpengalaman, yang disokong oleh komuniti tempatan. Komitmen Negeri Selangor terhadap segmen ini sejajar dengan dorongan negeri yang lebih kukuh untuk amalan hijau dan pertanian pintar yang semakin popular di kalangan pengunjung.


Dengan sektor pelancongan utama seperti ekopelancongan, agropelancongan, gastronomi, pelancongan perubatan dan MICE (Meetings, Insentif, Persidangan dan Pameran) menjadi teras strategi pelancongan di Negeri Selangor, negeri ini berada pada kedudukan yang baik untuk menawarkan pengalaman yang pelbagai dan mendalam serta memenuhi pelbagai permintaan oleh para pelancongan yang terdiri daripada pelbagai segmen.



Tahun Melawat Selangor 2025: Horizon Baru

Menjelang Tahun Melawat Selangor 2025, Tourism Selangor sedang mempergiat usahanya untuk menjadi pemain utama dalam industri pelancongan yang mampan, bukan sahaja di Malaysia tetapi di peringkat global, dengan memastikan keindahan alam semula jadi dan kekayaan budayanya terus terpelihara untuk generasi akan datang. Ketika tumpuan dunia beralih ke arah pelancongan yang lebih mampan dan mementingkan alam sekitar, Negeri Selangor menerima cabaran ini dengan menyepadukan inovasi, pemuliharaan dan pelancongan, yang dipacu oleh komuniti setempat untuk mewujudkan keseimbangan yang harmoni antara alam semula jadi, budaya dan ekonomi.


Tuesday, October 1, 2024

Tingkatkan Gaya Hidup Anda bersama Momen-momen Santan Ayam Brand™ Demi Kesihatan, Rasa Nostalgia dan Warisan dalam Setiap Suapan

Hi Korang,

Adakah harga makanan di luar yang kian meningkat menjejaskan gaya hidup anda? Kini masanya untuk mempertingkatkan gaya hidup anda dengan Momen-momen Santan Kelapa bersama Ayam Brand™ yang memberikan warisan keenakan rasa yang lebih sihat dan cita rasa moden dalam pada setiap suapan.


Apakah Momen Santan Kelapa Ayam Brand™ anda?

Adakah sajian Nasi Lemak Rendang Ayam berlemak mengingatkan anda tentang kemeriahan hari Raya atau sesi perkelahan bersama insan tersayang? Atau adakah sajian Mi Kari Ayam untuk makan malam hujung minggu mahupun Bubur Jagung pada waktu anda ingin bermalas-malasan menghidupkan semula saat-saat yang membahagiakan?

Adakah Momen Santan Kelapa anda merupakan suatu yang sangat spesifik dalam kehidupan serta gaya hidup anda sehingga aroma atau sebutan hidangan tersebut boleh membawa anda untuk mengimbau semula saat-saat bermakna ini? Hidangan ini boleh menjadi hidangan harian, sajian lazat yang menggembirakan atau satu masakan istimewa yang membawa kepada Momen Santan Kelapa yang penuh istimewa buat anda.

Mengapa Santan Kelapa Ayam Brand™?

Ayam Brand™ telah menyediakan rasa hebat dan manfaat kesihatan Santan Kelapa dalam pek mudah digunakan sejak berdekad lamanya. Santan Kelapa Ayam Brand™ diperah daripada kelapa terpilih dalam persekitaran yang bersih dan kemudian disimpan rapi dalam pek tetra mudah menggunakan teknologi Suhu Ultra Tinggi (UHT) yang membantu mengekalkan kesegaran santan tersebut seumpama ia baru diperah. Kualiti Santan Kelapa Ayam Brand™ adalah sebaik santan yang diperah dengan tangan tetapi juga lebih mudah tanpa perlu bersusah payah membersihkan persekitaran untuk mendapatkannya. Ia juga mempunyai kepekatan yang sempurna dan sesuai digunakan untuk segenap resipi pilihan anda. Tiada bahan pengawet atau pewarna yang ditambah pada Santan Kelapa Ayam Brand™, memastikan ketenangan minda dan kesihatan anda sentiasa terpelihara sambil anda menikmati momen-momen santan tersendiri.

Anda boleh memilih Santan Kelapa Ayam Brand™ 200ml (RM3.00) atau 1 liter (RM11.90), Santan Kelapa Trim Ayam Brand™ (45% rendah lemak) 200ml (RM3.00) atau Santan Kelapa Super Light Ayam Brand™ (hanya 5% kandungan lemak!) 330ml (RM3.60) yang telah dipertingkatkan dengan air kelapa. Ia mempunyai kepekatan santan yang ideal untuk setiap hidangan- tidak terlalu pekat atau berlemak dan paling penting, tidak muak.

Manfaat Kesihatan Santan Kelapa

Santan Kelapa kaya dengan khasiat seperti lemak tepu yang baik untuk tubuh jika diambil secara sederhana serta digabungkan dengan amalan pemakanan yang sihat. Ia terdiri daripada asid laurik dan asid lemak rantai sederhana (MCT) yang memudahkan tubuh untuk merangsang tenaga menerusi penghasilan haba[1]. Kajian menunjukkan bahawa MCT mungkin berupaya membantu menurunkan berat badan dan pengumpulan lemak[2], menambahkan rasa kenyang. Perasaan itu dapat membantu memberi isyarat kepada badan bahawa pengambilan makanan telah mencukupi[3]. Di samping itu, peningkatan sensitiviti insulin juga berkemungkinan menggalakkan penurunan berat badan. Ia juga dipercayai turut meningkatkan daya tahan badan ketika bersenam[4]! Santan kelapa juga bebas kolestrol, tiada kandungan tenusu dan bersesuaian untuk golongan vegan.

Terdapat pelbagai sebab untuk menambah Momen-momen Santan Kelapa dalam diet anda, khasnya apabila ia memudahkan dan selamat seperti Santan Kelapa Ayam Brand™! Sebelum kami terlupa, kesemua varian Santan Kelapa Ayam Brand™ mempunyai pensijilan Halal oleh JAKIM, menjadikan ia selamat dan sesuai untuk segenap pengguna.

Peraduan Beli & Menang Kaw-Kaw Ayam Brand™


Satu lagi sebab untuk menjadikan Momen-momen Santan Kelapa Ayam Brand™ sebahagian daripada tradisi keluarga adalah Peraduan Beli & Menang Kaw-Kaw seluruh negari, dari 1 Oktober sehingga 30 November 2024, yang menawarkan hadiah menarik berjumlah RM220,000, termasuk sebuah PERODUA Ativa 1.0L Turbo X, produk Dyson dan ganjaran lumayan lain. Untuk menyertainya, hanya buat pembelian sebarang produk Ayam Brand™ bernilai RM20 atau lebih dalam satu resit dan hantar resit tersebut menerusi WhatsApp. Untuk maklumat lanjut, sila layari:


Izinkan kami berkongsi sebahagian daripada Momen-momen Santan Kelapa Ayam Brand™ kegemaran untuk memberi ilham untuk meningkatkan gaya hidup anda. 

Di bawah adalah caranya:

Nasi Lemak Rendang Ayam


Dalam sebuah pan, panaskan satu sudu besar minyak. Masukkan 180g Pes Rendang Ayam Brand dan 3 ulas bawang putih, 3 biji bunga lawang dan 3 biji buah pelaga sehingga naik bau. Masukkan 1 kg ayam yang telah dipotong bersih dan kacau rata. Tuangkan satu pek penuh Santan Kelapa Ayam Brand™ 200ml dan kacau sehingga hampir mendidih. Perlahankan api ke sederhana dan masukkan air asam jawa daripada dua biji asam dan tambah 200ml air. Kacau sekali-sekala bagi mengelakkan kuah melekat. Kemudian, masukkan 5 helai daun limau yang telah dihiris halus dan sedikit gula melaka. Tambahkan satu pek 100g Kerisik Ayam Brand™ dan gaul sebati. Sekali lagi, perlahankan api dan tutup periuk. Biarkan rendang mereneh selama kira-kira sejam sehingga daging lembut dan kuah mengikut kepekatan pilihan anda. Hidang rendang ayam tersebut bersama nasi lemak.

Masa penyediaan: 10 minit; tempoh memasak: 90 minit; saiz hidangan: 4 hingga 5 orang

Mi Kari Ayam


Dalam sebuah periuk yang diletakkan di atas api sederhana, masukkan kandungan 2 pek Pes Kari Ayam Brand™ dan 600g hirisan ayam. Goreng selama 2 hingga 3 minit. Tambah 200g udang dan 240ml air, kacau, tutup periuk dan biarkan ia mendidih. Berikan tambahan tauhu yang telah dipotong pada kuah yang berbau harum berkenaan. Perlahankan api dan biarkan kuah mereneh selama 30 minit untuk memastikan semua kandungan protein masak sempurna dan menyerap keenakan kari yang ada. Kemudian, tuangkan 400ml Santan Kelapa Ayam Brand™ dan biarkan kuah mendidih. Sementara itu, celur 600g mi kuning. Untuk menghidang, letakkan dengan rapi mi kuning yang telah dimasak ke dalam mangkuk dan diikuti kuah kari yang pekat berkrim di atasnya. Hiasi sajian dengan taugeh, telur rebus dan cili yang telah dihiris.

Masa penyediaan: 10 minit; tempoh memasak: 40 minit; saiz hidangan: 4 hingga 5 orang

Bubur Jagung


Hidangan pencuci mulut yang panas dan menyelerakan ini adalah satu sajian klasik yang menjadi kegemaran ramai. Dalam sebuah periuk, panaskan 330ml Santan Super Light Ayam Brand™ di atas api sederhana. Tambah 1 tin Jagung Manis ala Krim Ayam Brand™ dan 1 tin Jagung Manis Ayam Brand™, gaul sebati. Kemudian, masukkan sagu kegemaran anda, 1 sudu besar gula perang dan 1 sudu kecil garam. Biarkan kuah mendidih dan hidangkan sementara ia masih panas!

Masa penyediaan: 5 minit; tempoh memasak: 15 minit; saiz hidangan: 4 hingga 5 orang

Marilah menghidupkan Momen-momen Santan Kelapa Ayam Brand™!

Layari laman www.ayambrand.com.my/jombelidanmenang2024 untuk mendapatkan maklumat lanjut. Produk-produk Ayam brand boleh didapati di kedai-kedai runcit berhampiran anda, termasuk rangkaian, Aeon, Aeonbig, Econsave, Giant, Hero terpilih, Jaya Grocer, Lotuss, Mydin, Village Grocer, OTK, Checkers, Matahari, NSK, Pasaraya Econjaya, Sabasun, Pantai Timor, Billion, Sunshine, Nirwana, Tunas Manja, Pasaraya Hwa Thai, Maslee, Target, CS Brothers dan Family Store. Produk Ayam Brand™ juga boleh didapati di laman Ayam Brand™ Official di Shopee dan Lazada.





[2] https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4882694/

[3] https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4192077/


Thursday, September 26, 2024

Malam Amal Kempen Tabung Pahlawan 2024/2025 Dan Pelancaran Kad Veteran Digital

Hi Korang,

YABhg Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail, Penaung Kempen Tabung Pahlawan telah menyempurnakan Majlis Malam Amal Tabung Pahlawan 2024/2025 bertempat di Dewan Perkasa, Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia (ATM). 


Beliau turut diiringi, YB Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin, Menteri Pertahanan Malaysia dan Mejar Jeneral Dato’ Haji Semaon bin Haji Marjuki, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV ATM).


Pada dasarnya, objektif utama Majlis Malam Amal Tabung Pahlawan 2024 diadakan bagi menghormati jasa dan pengorbanan wira-wira negara yang telah berjuang demi keamanan dan kedaulatan tanah air. Tujuan utama program ini dilaksanakan adalah untuk mengumpul dana bagi menyokong program kebajikan veteran dan orang tanggungan. 

Sumbangan daripada tabung ini pasti akan digunakan untuk meringankan beban kewangan keluarga veteran termasuk pembelian peralatan pesakit khas yang tidak dapat dibekalkan oleh JHEV ATM berdasarkan kepada isu kesihatan yang disahkan pegawai perubatan. Selain itu, inisiatif ini juga dapat merangsang dan meningkatkan tahap patriotisme, sekaligus memupuk semangat menghargai jasa veteran di kalangan semua lapisan rakyat Malaysia. Melalui program KTP ini, masyarakat berpeluang menghayati sejarah perjuangan dan pengorbanan para pejuang negara terdahulu, khususnya dalam usaha mencapai kemerdekaan.


Pelbagai program dijalankan sempena Kempen Tabung Pahlawan antaranya Pertandingan Pancing, Larian, Pertandingan Golf dan Malam Amal. Pada tahun 2023, Kempen Tabung Pahlawan telah berjaya mengumpul lebih daripada RM1.3 juta melalui pelbagai acara amal dan sumbangan.

Dana ini telah digunakan untuk membantu lebih daripada 10,000 orang individu, termasuk anak yatim, warga emas, dan mereka yang kurang berkemampuan. Melalui Majlis Malam Amal tahun ini yang turut dirasmikan oleh Penaung, JHEV ATM mensasarkan kutipan sebanyak RM3 juta bagi meneruskan agenda kebajikan Veteran ATM.




Terdahulu, Yang Berhormat Menteri Pertahanan telah menerima sumbangan korporat dari para penyumbang Tabung Pahlawan bagi tahun 2024. Penyumbang-penyumbang tersebut terdiri daripada Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Bousted Petroleum Marketing Sdn. Bhd. (BHPetrol), DRB-HICOM Defence Technologies Sdn. Bhd. (DEFTECH), Pasukhas Development Sdn. Bhd., Rasumi Medipharma Sdn. Bhd., Bank Muamalat Malaysia Berhad, Affin Bank Berhad, Koperasi Tentera dan yang lain.


Dalam pada itu, orang ramai juga berpeluang menzahirkan sokongan kepada kempen ini dengan cara menyumbang terus ke akaun Kempen Tabung Pahlawan menerusi akaun berikut: -

a. Yayasan Veteran ATM

(Malayan Banking Berhad – 5643 4262 2956)

(CIMB Islamic Bank Berhad – 8604 2715 71)

b. Tabung Rayuan Hari Pahlawan

(Affin Islamic Bank Berhad – 1059 5000 3201).

Selari dengan tema Majlis Makan Malam Amal, Kempen Tabung Pahlawan 2024/2025, “Meraikan Bintang, Metamorfosis Ke Masa Hadapan”, JHEV ATM juga telah memperkenalkan penggunaan Kad Veteran Digital Veteran ATM. Inisiatif ini merupakan transformasi Kad Veteran ATM manual (kad plastik) kepada Kad Veteran Digital dengan pelbagai fungsi yang akan memberikan kebaikan dan faedah kepada keseluruhan warga veteran ATM. Kad tersebut akan dipaparkan dalam peranti mudah alih seperti telefon pintar dan tablet melalui aplikasi Veteran Integrated Benefit System (VIBES) 2.0.


Penggunaan kad veteran digital ini akan memudahkan veteran untuk mengakses setiap perkhidmatan yang disediakan oleh JHEV ATM. Ianya akan mengurangkan kebergantungan kepada kad fizikal yang mungkin hilang atau rosak, selain dapat menguruskan maklumat veteran dengan lebih efisien. Intihanya, inisiatif ini membawa harapan dan kesejahteraan kepada veteran, menunjukkan bahawa mereka masih penting dalam struktur sosial dan ekonomi negara.


Untuk info lanjut, boleh ke sosial media Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV ATM) seperti berikut :

FB: www.facebook.com/JHEVATM
Twitter: twitter.com/MYJHEVATM/
IG: https://www.instagram.com/jhevatm/