Tuesday, September 24, 2024

AINZ & TULPE Menampilkan Pelancaran TIRTIR Eksklusif di Malaysia

Hi Korang,

AINZ & TULPE merupakan pembekal kecantikan Jepun yang terkenal dan berbangga untuk menjadi yang pertama di Malaysia yang memperkenalkan rangkaian produk TIRTIR yang digemari secara eksklusif, menawarkan pengalaman yang tiada tandingan kepada penggemar kecantikan. Sempena pelancaran, AINZ & TULPE mengadakan promosi istimewa bermula dari 13 hingga 29 September 2024. Sepanjang waktu promosi ini berlangsung, pengguna boleh menikmati diskaun sebanyak 10% eksklusif untuk semua produk TIRTIR di kedai AINZ & TULPE di Mid Valley Megamall, Sunway Pyramid, Pavilion Bukit Jalil, dan IOI City Mall.

AINZ & TULPE, berasal dari Jepun sejak tahun 2002 telah berkembang hingga 83 kedai di seluruh Jepun menawarkan produk-produk kecantikan dan kesihatan terkini. Pada Mei 2022, ia berkembang di peringkat antarabangsa dengan cawangan pertamanya di Malaysia, dan menjadi destinasi utama kepada mereka yang mencari trend kecantikan Asia yang terbaik khas bagi penggemar kecantikan. 


Berpegang teguh pada misinya untuk menjadi pembekal kecantikan Asia terkemuka yang memperkenalkan jenama dan trend yang menarik, AINZ & TULPE berbangga untuk menjadi antara yang pertama membawa masuk produk kecantikan TIRTIR yang sangat digemari oleh pengguna Malaysia.


TIRTIR diasaskan pada 2015, telah mencipta nama dalam industri kecantikan dengan menghasilkan produk yang maju dengan gabungan terbaik dari alam semula jadi dan sains. Penawaran terbaru di AINZ & TULPE termasuk produk terkenal TIRTIR yang dinanti-nantikan seperti TIRTIR Mask Fit Red Cushion, TIRTIR Tone Up Essence, Titir Mask Fit Aura Cushion, TIRTIR Mask Fit Cushion, TIRTIR Mask Fit All-Cover Cushion, TIRTIR Tone Up Cream, dan TIRTIR Mask Fit All-Cover Dual Concealer. 

Produk ini menjadi kegemaran ramai kerana perlindungannya yang sempurna, tekstur yang ringan, dan mempunyai khasiat yang menyuburkan kulit, menjadikannya sempurna untuk sebarang rejimen kecantikan.



TIRTIR Mask Fit Red Cushion, merupakan produk yang terlaris di Jepun, menawarkan perlindungan sehingga 72 jam dengan kemasan separa “matte”, memastikan kulit berseri dan kelihatan licin bak kaca. Rekaan “puff” berbentuk telur yang unik membolehkan aplikasi yang tepat, meliputi setiap sudut wajah.


TIRTIR Tone Up Essence ialah produk asas serba guna yang melindungi kulit daripada sinaran matahari, memberikan manfaat penjagaan kulit, dan hasil kulit yang berseri. Dengan pilihan warna Mint, Lavender dan Beige, ia bukan sahaja melindungi kulit daripada sinaran matahari tetapi juga memperbaiki tona kulit, melembapkan, dan memberikan efek kulit yang segar.

Sebagai pelopor dalam menawarkan produk-produk kecantikan kepada ramai, AINZ & TULPE merupakan yang pertama untuk memperkenalkan produk kecantikan TIRTIR di Malaysia, menawarkan diskaun sebanyak 10% untuk semua rangkaian produk TIRTIR dari 13 hingga 29 September 2024, menggalakkan pengguna merasai pengalaman produk kosmetik berkualiti tinggi ini.

“Kami sangat teruja untuk membawa rangkaian produk TIRTIR yang menarik ini ke Malaysia, memberi peluang untuk pengguna-pengguna kami untuk mengalami inovasi kecantikan terkini daripada jenama terkenal ini. Komitmen TIRTIR terhadap produk berkualiti dan kesihatan kulit sejajar dengan misi kami untuk menawarkan hanya yang terbaik kepada pengguna kami,” kata Seiji Kato, Ketua Pegawai Operasi AMC Retail Malaysia Sdn. Bhd.

AINZ & TULPE mengalu-alukan semua peminat kecantikan di Malaysia untuk mengunjungi AINZ & TULPE untuk meneroka produk TIRTIR yang ditawarkan. Program kesetiaan jenama AINZ & TULPE turut menawarkan manfaat dan diskaun kepada pelanggan setia, memastikan pengalaman beli-belah yang berbaloi dan tidak dapat dilupakan.

Untuk maklumat lanjut mengenai AINZ & TULPE, 
layari www.ainz-tulpe.com.my, kedai atas talian Shopee https://shopee.com.my/atmy2024

and ikuti kami di laman sosial:






Monday, September 23, 2024

OATSIDE Memperkenalkan Dua Perisa Kopi Baharu: Mocha dan Caramel Macchiato

Hi Korang,

OATSIDE, pengeluar susu oat berkrim terkemuka di Asia, dengan sukacitanya mengumumkan pengembangan rangkaian OATSIDE Coffee dengan dua penambahan terbaru yang menarik iaitu Caramel Macchiato dan Mocha. Dihasilkan dengan adunan biji kopi yang dipanggang sempurna dan susu oat istimewa Barista Blend OATSIDE, perisa baharu yang kaya ini selari dengan slogan "OATSIDE dan Kopi, Ngam Sekali!" yang sesuai dengan rutin harian anda dan membolehkan anda menikmati kopi kegemaran anda pada bila-bila masa, tidak kira di mana sahaja. 



Sejak ia dilancarkan di Malaysia pada tahun 2022, Barista Blend OATSIDE telah menjadi kegemaran ramai, disukai oleh kafe, barista dan pengguna. Ia memainkan peranan penting dalam usaha mencipta adunan ini bagi memenuhi jangkaan tinggi para barista dan penggemar kopi. Varian terbaru ini akan membuat penampilan pertamanya di Ping Min Coffee Festival 2.0 di Kuala Lumpur dari 27 hingga 29 September 2024.

“Kami telah melancarkan Pocket Pack kami pada awal tahun ini di Malaysia dan mendapat sambutan hangat untuk OATSIDE Coffee Oat Lattes, yang telah mendorong kami untuk memperkenalkan Caramel Macchiato dan Mocha baharu ini. Kami ingin memastikan ada perisa yang sesuai untuk setiap penggemar kopi di luar sana. Kami mencipta Mocha dengan rasa coklat yang kaya dan beraroma, dan Caramel Macchiato dengan rasa molasses dan karamel yang kuat bagi mengimbangi rasa kopi yang pahit. Kedua-dua perisa ini bukan sahaja hebat tetapi turut mematuhi garis panduan Pemakanan Gred B Singapura dengan memastikan kadar kandungan gula yang rendah,” kata Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif OATSIDE, Benedict Lim.


Nikmati OATSIDE Caramel Macchiato dan OATSIDE Mocha

CARAMEL MACCHIATO

Bersedia untuk menikmati rasa OATSIDE Caramel Macchiato yang hebat! Ia bukan sekadar hidangan kopi biasa, ia adalah adunan sempurna oat berkrim dan rasa karamel yang pastinya merangsang selera. Lupakan rasa yang membosankan dan bersedia untuk menerokai pengalaman kopi yang serba baharu!


Bagi anda yang ingin memulakan pagi dan minum tengah hari dengan rasa yang hebat, OATSIDE Caramel Macchiato adalah pilihan yang paling sesuai untuk anda melenyapkan gelora di dalam jiwa sambil menikmati keenakan oat dan karamel dalam setiap tegukan.


MOCHA

Tidak dapat memilih antara coklat dan kopi? Dengan OATSIDE Mocha, anda tidak perlu memilih – nikmati kedua-duanya dalam satu cawan yang memikat.


Memperkenalkan OATSIDE Mocha: adunan menarik yang dihasilkan untuk meningkatkan rasa kopi anda. Bayangkan: gandingan unik adunan biji kopi yang dipanggang sempurna dan kehalusan oat, semuanya dalam satu ramuan berkrim yang memikat. Bebas tenusu dan laktosa, ianya sesuai untuk mereka yang mengidamkan rasa mocha tanpa sebarang kompromi. Setiap tegukan memberikan gabungan harmoni antara kelazatan dan kemewahan.

Kedua-dua OATSIDE Caramel Macchiato dan OATSIDE Mocha dihasilkan dengan adunan biji kopi yang dipanggang sempurna dan susu berasaskan oat OATSIDE yang anda gemari, di mana ianya berasaskan tumbuhan, bebas kolesterol dan laktosa serta rendah lemak tepu. Ia boleh didapati tidak lama lagi di Family Mart, 7-Eleven, myNews, CU, Emart, Lotus, Jaya Grocer, Village Grocer, AEON, Shopee, TikTok Shop, dan banyak lagi.

Terokai dunia kopi yang serba meriah di Ping Min Coffee Festival 2.0, di mana OATSIDE dengan bangganya menjadi rakan penganjur rasmi untuk meraikan rasa cinta rakyat Malaysia terhadap kopi. Bermula dari 27 hingga 29 September di Piazza, Pavilion Bukit Jalil, para pengunjung ke pesta ini boleh menikmati pelbagai aktiviti menarik yang disediakan di samping merebut peluang untuk membawa pulang Pocket Pack perisa kopi terbaru OATSIDE dan pelbagai barangan eksklusif.



Dalam kerjasama dengan Golden Dough, siap sedia untuk mengalami pengalaman yang mengujakan dengan Giant Dice Jam. Permainan ini memerlukan anda berpasangan dengan rakan anda dan berentap dalam ujian koordinasi yang mendebarkan di mana kedua-duanya perlu melemparkan dadu gergasi secara serentak. Untuk memenangi permainan ini, kedua-dua dadu gergasi yang dilemparkan hendaklah menunjukkan nombor yang sepadan sebanyak tiga kali dalam hanya 15 saat. Pemenang akan menerima hadiah Doughfee yang enak, padat dengan kemewahan rasa OATSIDE Coffee.

Nikmati pengalaman yang lebih menyeronokkan dengan tawaran istimewa! Beli 3 Pocket Pack OATSIDE Coffee pada harga eksklusif RM9 dan dapatkan peluang untuk bermain permainan Twin Spin. Padankan ikon yang sama pada dua roda berputar untuk merebut peluang memenangi pelbagai hadiah hebat!

Jangan lupa untuk menyejukkan tekak anda di Slushie Station, di mana perisa istimewa OATSIDE Coffee bertukar menjadi minuman slushie yang menyegarkan, cara yang berbeza untuk menikmati adunan kopi kegemaran anda. Nikmati slushie OATSIDE dalam dua cara: menangi “SLUSHIE OATSIDE PERCUMA” menerusi cabaran Twin Spin atau beli dengan harga hanya RM7.00.



Siri kopi OATSIDE akan berada di Ping Min Coffee Festival 2.0 untuk hujung minggu yang penuh dengan kegembiraan, rasa, dan barangan eksklusif. Tidak kira sama ada anda seorang penggemar kopi atau sekadar mencari aktiviti unik untuk disertai, pasti ada sesuatu yang “Ngam Sekali” – untuk dinikmati oleh semua orang.


Tuesday, September 10, 2024

Vaksin kayap GSK kini tersedia di Malaysia

Hi Korang,

Apa itu Kayap?

Kayap disebabkan oleh virus varicella zoster (VZV), iaitu virus sama yang menyebabkan cacar air. Orang dewasa berumur 50 tahun ke atas mungkin mempunyai VZV tidak aktif dalam sistem saraf mereka, yang mungkin diaktifkan semula seiring dengan peningkatan usia. Apabila usia meningkat, sel-sel dalam sistem imun kehilangan keupayaan untuk memberikan tindak balas yang kuat dan berkesan terhadap jangkitan, sekali gus meningkatkan risiko menghidap kayap.


Kayap lazimnya muncul sebagai ruam, dengan lepuhan yang menyakitkan di dada, perut atau muka. Kesakitan sering digambarkan sebagai sakit yang menyengat, terbakar, menikam atau seperti kejutan elektrik. Selepas ruam, seseorang juga boleh mengalami neuralgia pasca-herpetic (PHN), kesakitan yang berlarutan sekurang-kurangnya tiga bulan hingga beberapa tahun. PHN ialah komplikasi kayap yang paling lazim, yang berlaku sehingga 5-25 peratus daripada semua kes kayap bergantung pada umur mereka.


GlaxoSmithKline Pharmaceutical Sdn Bhd (GSK) hari ini mengumumkan pelancaran vaksin Herpes Zoster, Shingrix (MAL24056002ARZ), juga dikenali sebagai Vaksin Zoster Rekombinan, Adjuvanted (RZV) di Malaysia untuk pencegahan kayap (herpes zoster, HZ) dan neuralgia pasca-herpetik (PHN) bagi orang dewasa berumur 50 tahun ke atas.


RZV ialah vaksin adjuvanted subunit rekombinan bukan hidup yang diberikan secara intramuskular dalam dua dos. RZV pada peringkat awal akan tersedia di Malaysia kepada orang dewasa berumur 50 tahun ke atas dan mereka yang berumur 18 tahun ke atas yang berisiko tinggi terhadap HZ.

RZV ialah vaksin yang direka khusus untuk mencegah kayap bagi orang dewasa berumur 50 tahun ke atas dan 18 tahun ke atas yang berisiko tinggi di negara-negara di mana penunjuk untuk populasi ini telah diluluskan.i RZV juga diluluskan untuk orang dewasa berumur 18 tahun ke atas yang berisiko tinggi terhadap HZ.i Individu yang mengalami imunokompromi lebih berisiko untuk menghidap kayap dan komplikasi yang berkaitan, dan RZV ialah vaksin kayap yang diluluskan untuk populasi pesakit yang berisiko ini.





Dalam analisis tinjauan berhubung dengan kajian keberkesanan penting, ZOE-50, RZV menunjukkan keberkesanan vaksin sehingga 97%i dalam kalangan orang dewasa berumur 50 tahun dan ke atas, sepanjang tempoh susulan kira-kira tiga tahun.i Data interim terkini menunjukkan keberkesanan vaksin keseluruhan RZV lebih 80% sepanjang tempoh susulan utama kira-kira enam hingga 10 tahun selepas vaksinasi awal bagi mereka yang berumur 50 tahun ke atas.


Dr Alap Gandhi, Pengarah Perubatan Negara GlaxoSmithKline Pharmaceutical Sdn Bhd (GSK) Malaysia berkata: “Kayap ialah penyakit yang boleh menyebabkan kesakitan yang melampau dan penyakit ini disebabkan oleh pengaktifan semula virus varicella zoster. RZV telah direka khusus untuk meningkatkan tindak balas imun terhadap virus bagi mereka yang berumur 50 tahun ke atas atau bagi mereka yang mengalami keadaan imunokompromi."

Beliau merumuskan, "Kami berasa gembira bahawa rakyat di Malaysia kini akan mempunyai akses kepada vaksin RZV untuk membantu mengurangkan beban penyakit yang menyakitkan ini."

RZV ialah vaksin kayap diluluskan yang menggabungkan antigen bukan hidup dengan adjuvan GSK dan mungkin membantu mengatasi penurunan imuniti semula jadi yang berkaitan dengan usia yang menyumbang kepada cabaran untuk melindungi orang dewasa berumur 50 tahun ke atas daripada penyakit ini.vi,vii

RZV telah menghasilkan cadangan vaksinasi yang positif. Di Malaysia, RZV disyorkan oleh Garis Panduan Imunisasi Dewasa oleh Persatuan Penyakit Berjangkit dan Kemoterapi Malaysia untuk individu berumur 50 tahun ke atas dan untuk pesakit yang mengalami imunokompromi berumur 18 tahun ke atas.xi

Dengan pelancaran RZV di Malaysia, GSK berharap dapat terus memainkan peranan dalam usaha mempertingkatan kesihatan awam di Malaysia.


PM-MY-SGX-COCO-240003

Tarikh Kelulusan: 16 Ogos 2024

KKLIU 2560 / EXP 29.01.2025


Tanda dagangan dimiliki oleh atau dilesenkan oleh GSK.