Tuesday, August 27, 2024

guardian Semarakkan Hari Kebangsaan dengan Kempen #LoveforLocal

Hi Korang,

Pada Hari Kebangsaan ini, guardian menyemarakkan sambutan kemerdekaan dengan kempen #LoveForLocal, yang menampilkan jenama kecantikan terbaik Malaysia. Sebagai sebahagian daripada inisiatif ini, guardian mengangkat 30 jenama tempatan terbaik, demi memudahkan rakyat Malaysia untuk meneroka, menemui, justeru menyokong produk kecantikan tempatan.


Dengan memberi tumpuan kepada jenama-jenama ini, guardian bukan sahaja meraikan kepelbagaian dan kreativiti usahawan Malaysia tetapi turut menggalakkan hubungan yang lebih kukuh dengan kekayaan warisan budaya yang diwakili oleh produk-produk ini.



Sama ada anda ingin mencuba sesuatu yang baru atau menunjukkan sokongan terhadap bakat tempatan, kempen #LoveforLocal guardian menyediakan peluang yang sempurna untuk berbuat demikian di samping menghargai semangat perpaduan dan berbangga dengan tawaran unik negara kita.

Anna Ng, Pengarah Pemasaran di guardian Malaysia, berkata, “Kami teruja untuk menyokong sepenuhnya jenama kecantikan tempatan ini dengan menarik pelanggan baru melalui peningkatan rangkaian pengedaran dan keterlihatan mereka di lebih 600 stor serta platform dalam talian kami. Ini akan membantu mereka mencapai tahap yang lebih tinggi dan menjadikan produk kecantikan tempatan berkualiti lebih mudah diakses daripada sebelumnya.”

Perintis kecantikan tempatan telah pun menyaksikan manfaatnya.

Adibah Mazlan, pengasas The Raw, berkongsi, “Kerjasama dengan guardian telah banyak memperluaskan rangkaian kami, membolehkan kami mempamerkan produk penjagaan kulit bertaraf farmaseutikal kepada khalayak yang lebih luas.”

Chryseis Tan, pengasas Lumi, menambah, “Di Lumi, kami berpegang kepada prinsip kecantikan berseri, tanpa kekejaman untuk semua orang. Sokongan guardian bermakna penyelesaian penjagaan kulit botani kami kini tersedia di seluruh negara, membantu lebih ramai rakyat Malaysia mencapai kejelitaan mereka.”

Sarah Shah Nor, pengasas Cuura, turut teruja: “Terima kasih kepada guardian, penjagaan kulit semulajadi dan diperakui halal Cuura kini boleh dinikmati oleh lebih ramai pelanggan, menyediakan penyelesaian lembut namun berkesan untuk kulit sensitif.”

Sue Aini, pengasas Mango Flamingo, menegaskan, “Matlamat kami adalah untuk membantu rakyat Malaysia mencapai kulit yang muda dan yakin. Sokongan guardian menjadikan produk berkualiti kami lebih mudah diakses oleh segenap lapisan pengguna.”


Keempat-empat jenama luar biasa ini akan mempamerkan produk terbaik mereka di acara guardian #IYKYK Beauty Atrium, yang diadakan dari 27 Ogos hingga 1 September di Blue Atrium, Sunway Pyramid.

Acara ini memuatkan aktiviti mesra keluarga, diskaun menarik, dan pertandingan tarian yang menggabungkan K-pop dan gaya Malaysia pada 31 Ogos, jam 12 tengah hari.

Nikmati diskaun sehingga 20% untuk semua produk kecantikan #LoveforLocal dan diskaun sehingga 50% untuk barangan penjagaan kulit dan penjagaan diri sepanjang kempen berlangsung. Selain itu, dapatkan mask kecantikan percuma dengan setiap pembelian dua produk, dan nikmati tawaran yang sama untuk aksesori kecantikan selagi stok masih ada.

“Manfaatkan kempen Hari Kebangsaan #LoveforLocal untuk tawaran terbaik dan temui jenama kecantikan terbaik Malaysia di stor kami, dalam talian, atau di acara atrium kami,” jelas Anna mengakhiri.


Facebook: @guardianmy
Instagram: @guardianmy
YouTube: @guardian MY
Telegram: @guardianMY

#guardianMy
#guardianMalaysia
#LoveforLocal

Tuesday, August 20, 2024

Meneroka Kembara Arab Saudi: Lawat Pameran Pelancongan Saudi di Putrajaya!

Hi Korang,

Pameran Pelancongan Saudi yang pertama seumpamanya, diterajui oleh Pihak Berkuasa Pelancongan Arab Saudi (Saudi Tourism Authority, STA). 

Bermula dari 28 Ogos hingga 1 September, raikan Hari Kebangsaan Malaysia dengan tawaran eksklusif seperti beli satu tiket SAUDIA, dan dapatkan potongan 50% untuk tiket kedua, nikmati pelbagai pertunjukan menarik, serta banyak hadiah-hadiah hebat akan diberikan.


Alami kembara pengisian rohani yang bukan sekadar ibadah Umrah melalui lebih 15 pakej eksklusif baharu daripada lebih 13 agensi pelancongan terkemuka di Malaysia, dengan tawaran diskaun istimewa dari Ikhlas.com, SAUDIA, Saff Travel, Rayhar Travel dan banyak lagi. Nikmati kepelbagaian budaya Arab Saudi dan pemandangan menakjubkan melalui pertunjukan secara maya, pameran berinteraktif dan aktiviti kebudayaan seperti di stesen Misbaha dan Zamzam di samping banyak lagi pameran diversiti budaya Arab Saudi yang pasti akan membuatkan anda terpegun.

Ikhlas, teraju utama agensi pelancongan Air Asia, turut akan melancarkan platform terbaharu mereka yang direka untuk Free Independent Travelers (FITs) yang mengaturkan perjalanan sendiri yang bukan sekadar mengerjakan Umrah. Platform ini membolehkan para pengunjung mengatur perjalanan mereka dengan lancar – dari tiket penerbangan dan penginapan hotel, segalanya di tersedia di sini.

Samada anda ingin bercuti sambil mengenali seni budaya asing, menerokai aktiviti penuh cabaran, atau mencari pengisian rohani, Pameran Pelancongan Saudi ada segalanya yang anda impikan untuk sebuah kembara yang menakjubkan.

Tak tahu nak ke mana? Di sini ada beberapa persinggahan yang boleh anda pelajari dan temui lebih lanjut di Pameran Pelancongan Saudi:


Jeddah
Hab kebudayaan Arab Saudi adalah gabungan kedua-dua, tradisional dan moden, yang kaya dengan kepelbagaian seni dan budaya. Al-Balad salah sebuah Tapak Warisan Dunia UNESCO, menampilkan keunikan rumah yang diperbuat daripada batu, galeri warisan bersejarah, serta kafe-kafe selesa, saling menghidupkan suasana yang indah. Sambil menikmati pemandangan Laut Merah yang mendamaikan, kaya dengan warisan bersejarah, dan berada di kedudukan tinggi untuk keselamatan di antara negara-negara G20, Jeddah adalah pilihan tepat untuk semua pengembara.

Sebagai pintu masuk untuk ke Mekah dan Madinah, serta pusat kulinari hidangan tempatan yang eklektik, Jeddah menyambut kedatangan semua tetamu dengan hati yang terbuka, samada anda bersendirian atau bersama yang tersayang, segalanya begitu lancar sebaik sahaja anda tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz.


Riyadh
Ibu negara Arab Saudi dan pusat ekonomi yang gah, adalah sebuah bandar sibuk dan sentiasa padat dengan lebih 17,000 aktiviti tahunannya. Sebagai nadi pelancongan, Riyadh adalah akses mudah untuk melawati mercu tanda Islam, termasuklah untuk ke Diriyah’s At-Turaif asal usul pertama negara Arab Saudi yang berusia 300 tahun dan Tapak Warisan Dunia UNESCO yang dikenali sebagai sebuah tempat bersejarah dan dikenali dengan seni bina batu bata yang diperbuat daripada lumpur.

Untuk kelainan dan lari dari kesibukan kota, saksikan keindahan padang pasir melalui kembara safari di mana anda akan dihidangkan dengan sajian tradisi Arab Saudi sambil mencuba pelbagai aktiviti penuh cabaran seperti meluncur di padang pasir dan menunggang unta.


Diapit antara dua oasis indah di barat laut - Khaybar dan Tayma, AlUla yang juga merupakan tempat asal kaum kuno Dadan, salah sebuah bandar termaju pada alaf pertama Sebelum Masihi di Semenanjung Arab, dan Jabal Ikmah, perpustakaan terbuka yang baru-baru ini telah disenaraikan dalam Daftar Memori Dunia UNESCO.

AlUla juga telah diiktiraf sebagai sebuah Destinasi Terkemuka Dunia di TIME 2024, baru-baru ini. Dar Tantora, The House Hotel dan Sharaan Nature Reserve yang menampilkan transformasi daerah tersebut menjadi hab warisan, kebudayaan, seni, kembara dan pusat pelancongan yang terunggul.

Keterhubungan dan Visa

Kini, sememangnya mengunjungi Saudi adalah lebih mudah, lancar dan selamat. Dengan peningkatan 28% kekerapan penerbangan dari 2023 hingga 2024, termasuk perjalanan baharu Air Asia (Kuala Lumpur ke Madinah), dan perjalanan baharu Syarikat Penerbangan Malaysia (Johor Bahru ke Madinah) telah menjadi titik utama kewujudan penerbangan terus ke Arab Saudi selain dari melalui pintu utamanya yang berpusat di Terminal 1 KLIA (KUL).

Dengan inisiatif yang dibangunkan secara berterusan, program eVisa kini merangkumi 66 negara. Rakyat Malaysia boleh memanfaatkan Visa Persinggahan 96 jam percuma atau memilih eVisa yang diluluskan. Bagi mereka yang dalam perjalanan untuk tujuan bekerja atau beribadah, visa adalah sah sehingga 90 hari untuk Umrah, dan boleh memilih untuk melanjutkan berada di sana bagi menziarahi destinasi lain seperti Jeddah, Riyadh atau AlUla. 

Untuk menambahkan lagi akses dan keterhubungan, kapasiti syarikat penerbangan telah meningkat di seluruh AirAsia X, Syarikat Penerbangan Malaysia, Batik Air dan SAUDIA, dengan penerbangan terus kini tersedia untuk ke Jeddah, Madinah, Taif dan Dammam.

Monday, August 19, 2024

Kari Kepala Ikan Dan Itik Salai Masak Lemak Juadah Istimewa Rakyat Malaysia Kini Di Hotel Armada Petaling Jaya

Hi Korang,

Kalau korang nak tau yang negeri kita ni merupakan sebuah negara yang sangat kaya dengan kepelbagaian makanan yang menjadi kegemaran seluruh rakyat. Bukan sahaja orang tempatan suka malah juga pelancong luar yang datang mesti nak cuba menu yang sedap di negara kita.


Di antara menu yang paling kak lily suker adalah Kari Kepada Ikan dan juga Itik Salai Masak Lemak. Banyak tempat kak lily cuba tapi tak berapa kena dengan selera hah. Kebetulan pula bulan ini Hotel Armada Petaling Jaya melalui Restoran Utara mereka memperkenal dua juadah istimewa ini untuk semua rakyat Malaysia nikmati sudah semestinya kak lily tidak ketinggalanlah kan


Kalau Kari Kepala Ikan yang sedap mesti kuah yang pekat dan juga kepala ikan yang besar, itu yang ditampilkan dalam Set Kari Kepala Ikan di Hotel Armada kali ini. Disediakan oleh barisan chef yang bepengalaman dalam masakan tradisional Malaysia ini. Set Kari Kepala Ikan ini boleh pilih samada Kari Kepala Ikan Merah atau juga Kari Kepala Ikan Salmon.

Kari Kepala Ikan Merah

Set Kari Kepala Ikan yang disediakan di sini sesuai untuk makan dua orang kerana ia disediakan sekali dengan dua hidangan nasi putih kukus, Papadom dan Chutney Mangga bagi mewujudkan keseimbangan rasa yang sempurna. Hari tu kak lily berkesempatan menikmati juadah ini. Memang betul power rasa kari dan rempah yang dimasak sempurna. Sehinggakan setiap celah kepala ikan tu kak lily boleh korek-korek untuk nikmati rasa yang begitu menepati citarasa Malaysia. Harga untuk satu set ini hanya RM68 sahaja boleh makan berdua sesuai bawa teman istimewa.


Itik Salai Masak Lemak

Selain itu juga, di Restoran Utara ini mereka sediakan juga Set Itik Salai Masak Lemak yang begitu popular di Negeri Sembilan. Cuma kali ini diolah lain sikit hidangan itik salai yang tiada bau hanyir itik dan dagingnya lembut. Set ini juga datang dengan dua hidangan nasi putih kukus, Ulam-Ulaman, Sambal Belacan dan Telur Masin, barulah ngam dan harmoni bila nak makan. Set ini sesuai untuk makan dua orang dengan kuantiti yang banyak. Harga untuk set Itik Salai Masak Lemak ini hanya RM68 juga.

"Grandma's" Sambal Udang

Telur Dadar Bawang

Ayam Goreng Berempah

Kobis Goreng "Ala Mamak"

Peria Goreng Rangup


Jadi berbaloi datang boleh pilih set mana yang kita nak. 

Bagi melengkapi juadah ini kita boleh jer nak tambah menu lain yang turut melengkapi dua juadah ini seperti Kobis Goreng "Ala Mamak", Peria Goreng Rangup, Telur Dadar Bawang, Ayam Goreng Berempah dan "Grandma's" Sambal Udang. Udang tu bukan biasa-biasa tau besar dan banyak kuantitinya. 


Harga berlainan untuk juadah tambahan ini, dan bagi kak lily ianya sangat kena dengan dua set yang disediakan tadi.

Jom kite ke :

Hotel Armada Petaling Jaya (Co. No: 116095-U) 
LOT 6 LORONG UTARA C, 
SECTION 52, 
46200 PETALING JAYA, SELANGOR 
Tel (603) 7954 6888
Fax (603) 7956 8088