Monday, August 19, 2024

Kari Kepala Ikan Dan Itik Salai Masak Lemak Juadah Istimewa Rakyat Malaysia Kini Di Hotel Armada Petaling Jaya

Hi Korang,

Kalau korang nak tau yang negeri kita ni merupakan sebuah negara yang sangat kaya dengan kepelbagaian makanan yang menjadi kegemaran seluruh rakyat. Bukan sahaja orang tempatan suka malah juga pelancong luar yang datang mesti nak cuba menu yang sedap di negara kita.


Di antara menu yang paling kak lily suker adalah Kari Kepada Ikan dan juga Itik Salai Masak Lemak. Banyak tempat kak lily cuba tapi tak berapa kena dengan selera hah. Kebetulan pula bulan ini Hotel Armada Petaling Jaya melalui Restoran Utara mereka memperkenal dua juadah istimewa ini untuk semua rakyat Malaysia nikmati sudah semestinya kak lily tidak ketinggalanlah kan


Kalau Kari Kepala Ikan yang sedap mesti kuah yang pekat dan juga kepala ikan yang besar, itu yang ditampilkan dalam Set Kari Kepala Ikan di Hotel Armada kali ini. Disediakan oleh barisan chef yang bepengalaman dalam masakan tradisional Malaysia ini. Set Kari Kepala Ikan ini boleh pilih samada Kari Kepala Ikan Merah atau juga Kari Kepala Ikan Salmon.

Kari Kepala Ikan Merah

Set Kari Kepala Ikan yang disediakan di sini sesuai untuk makan dua orang kerana ia disediakan sekali dengan dua hidangan nasi putih kukus, Papadom dan Chutney Mangga bagi mewujudkan keseimbangan rasa yang sempurna. Hari tu kak lily berkesempatan menikmati juadah ini. Memang betul power rasa kari dan rempah yang dimasak sempurna. Sehinggakan setiap celah kepala ikan tu kak lily boleh korek-korek untuk nikmati rasa yang begitu menepati citarasa Malaysia. Harga untuk satu set ini hanya RM68 sahaja boleh makan berdua sesuai bawa teman istimewa.


Itik Salai Masak Lemak

Selain itu juga, di Restoran Utara ini mereka sediakan juga Set Itik Salai Masak Lemak yang begitu popular di Negeri Sembilan. Cuma kali ini diolah lain sikit hidangan itik salai yang tiada bau hanyir itik dan dagingnya lembut. Set ini juga datang dengan dua hidangan nasi putih kukus, Ulam-Ulaman, Sambal Belacan dan Telur Masin, barulah ngam dan harmoni bila nak makan. Set ini sesuai untuk makan dua orang dengan kuantiti yang banyak. Harga untuk set Itik Salai Masak Lemak ini hanya RM68 juga.

"Grandma's" Sambal Udang

Telur Dadar Bawang

Ayam Goreng Berempah

Kobis Goreng "Ala Mamak"

Peria Goreng Rangup


Jadi berbaloi datang boleh pilih set mana yang kita nak. 

Bagi melengkapi juadah ini kita boleh jer nak tambah menu lain yang turut melengkapi dua juadah ini seperti Kobis Goreng "Ala Mamak", Peria Goreng Rangup, Telur Dadar Bawang, Ayam Goreng Berempah dan "Grandma's" Sambal Udang. Udang tu bukan biasa-biasa tau besar dan banyak kuantitinya. 


Harga berlainan untuk juadah tambahan ini, dan bagi kak lily ianya sangat kena dengan dua set yang disediakan tadi.

Jom kite ke :

Hotel Armada Petaling Jaya (Co. No: 116095-U) 
LOT 6 LORONG UTARA C, 
SECTION 52, 
46200 PETALING JAYA, SELANGOR 
Tel (603) 7954 6888
Fax (603) 7956 8088 

Saturday, August 17, 2024

Raikan Tradisi Pertengahan Musim Luruh dengan Kuih Bulan

Hi Korang,

Perayaan pertengahan musim luruh kali ini, Hotel Armada PJ juga meraikan tradisi pemberian kuih bulan yang dihormati dengan pilihan yang pelbagai. Dihasilkan oleh sendiri oleh barisan chef di Hotel Armada, kuih bulan ini sesuai untuk perjumpaan semula yang ikhlas dan dipersembahkan sebagai set hadiah elegan yang mendapat inspirasi daripada warisan tradisi yang tak luput di zaman.


Kalau beli untuk satu set dalam kotak tu ada dua jenis Kuih Bulan yang boleh pilih perisa apa yang nak. Perisa yang begitu sinonim dengan Kuih Bulan seperti Kacang Merah, Kuning Telur Masin dan Teratai, Teratai dan Jade Custard (Pandan). 

Harga pula hanya RM88nett setiap kotak. Boleh dah booking mulai sekarang dan boleh datang ambil di hotel sehingga 17 September 2024.

Pure Lotus

Jade Custard (Pandan)

Lotus Single Yolk

Pure Red Bean

Tapi kalau datang makan kat Restoran Utara atau juga menginap di Hotel Armada PJ boleh singgah terus ruangan yang disediakan di lobi hotel. 


Simple jer ruangan tu tapi cantik dihias dengan suasana musim luruh dan juga boleh bergambar di sana. Hadiahkan kepada orang tua atau juga keluarga mahupun rakan yang kita sentiasa harga mesti mereka akan gembira.


Untuk tempahan dan pertanyaan hubungi:

Restoran Utara: (03) 7954 6888 samb. 4557

Friday, August 9, 2024

M&M’S® Membawakan Dunia Penuh Keriangan dan Perasaan Kekitaan kepada Rakyat Malaysia

Hi Korang,

M&M’S® meningkatkan tahap keseronokan kempennya "Fun for All" yang akan berlangsung sepanjang tahun ini. Melalui kempen ini, M&M’S® mengukuhkan komitmennya untuk memastikan setiap individu merasa diri mereka adalah sebahagian daripada sesuatu yang istimewa. 


Dengan legasi selama 80 tahun dalam mencipta detik-detik kebahagiaan melalui keseronokan, M&M’S® kekal komited untuk mengeratkan hubungan antara orang ramai dan memupuk kebersamaan.



Kempen “Fun for All” M&M’S® yang dilancarkan pada Januari tahun ini telah secara aktif menarik minat pengguna di tujuh pasaran di Asia menerusi siri aktiviti dalam dan luar talian yang dijalankan, menjadikan keseronokan yang ditawarkan dapat dinikmati oleh semua orang, memastikan ia inklusif untuk semua.

Di Malaysia, peminat M&M’S® kini boleh mengambil bahagian dalam aktiviti fizikal yang akan berlangsung dari 8 hingga 11 Ogos di Centre Court Aras Bawah, Main Concourse, One Utama (berdekatan Cotton On), di mana M&M’S® menjanjikan pengalaman imersif yang seiring dengan tujuannya dalam mewujudkan dunia penuh keriangan.

Direka khas untuk rakyat Malaysia berinteraksi dalam suasana interaktif, M&M’S® bersedia untuk membawakan keriangan melalui pelbagai aktiviti menyeronokkan yang akan menguji kekuatan serta kebolehan mengatasi pihak lawan mereka, di samping mencipta memori bersama rakan-rakan dan ahli keluarga! 


Antara permainan menarik yang menanti rakyat Malaysia termasuk “Candy Flip” untuk individu yang ingin beradu tenaga bersama rakan-rakan atau ahli keluarga dalam perlawanan 1 sama 1 atau 2 sama 2. Para pemenang berpeluang untuk menebus baucar bernilai sehingga RM8,000 dari jenama-jenama seperti JD Sports, Uniqlo, Watsons, Grab, Aeon dan banyak lagi[1].



Bukan itu sahaja - pengunjung yang melengkapkan kesemua tiga permainan mini di zon Free-to-Play oleh M&M’S® boleh menerima pencuci mulut istimewa dalam bentuk ais krim atau coklat dari M&M’S®, sementara stok masih ada[2]!


Kunjungi laman Facebook M&M’S® untuk maklumat terkini mengenai pengalaman fizikal eksklusif ini. Peminat juga boleh membeli-belah di Kedai Shopee dan Lazada rasmi Mars Wrigley Malaysia dan kongsi detik-detik keseronokan harian mereka!





[1] Sementara stok masih ada

[2] Tertakluk kepada terma dan syarat