Hi Korang,
Walaupun dah lama tinggalkan Johor Bahru sebab pindah tapi tetap di hati hehhehe
So memang setiap beberapa bulan sekali, kak lily akan ke Jb untuk melawat sanak saudara dan rakan-rakan dan setiap kali itulah kak lily akan menginap di hotel-hotel sekitar Johor Bahru.
Di sebabkan salah sorang daripada kawan kak lily adiknye kawin so ktorang beramai-ramailah meraikan. Makan-makan jatuh no. 2, reunion dengan kengkawan tuh yang lebih sebenarnya sebab lama tak jumpe.
Untuk trip 3 hari 2 malam ini, kak lily menginap di DoubleTree by Hilton Johor Bahru yang terletak betul-betul di Bandaraya Johor Bahru. Lokasinya sangat strategik dan hanya walking distance saja dengan Komtar JBCC dan City Square. Hotel DoubleTree by Hilton juga penginapan yang sesuai sekiranya untuk bercuti ke Singapore. Terletak kurang lima kilometer dari Johor-Singapore Immigration Checkpoint dan 25 kilomeer dari Senai International Airport.
Hotel ini dibuka pada tahun 2014 dan bertaraf 5 Bintang.
Lokasinya sangat stategik dan memudahkan semua perkara ketika bercuti ke sini. Ruang lobby dan check-innya sungguh luas dan amat selesa. Proses check-in dilakukan dengan cepat dan ditambahkan pula kemesraan petugas di sini.
Sebaik sahaja proses check-in selesai, kak lily dapat cookies panas yang dibuat khas untuk semua pelanggan DoubleTree by Hilton. Sedap wei makan panas-panas kalau ade kopi lagi sedap masa tuh.
Hotel ini menawarkan 335 bilik termasuk 52 suite equipped with the signature Sweet dreams by Double Tree, in-room work space, 40" LCD TV and walk-in rain shower. Toiletteries pula dari CITRON Honey & Coriander by Crabtree & Evelyn.
This is my room, king bed size. Luas dan amat selesa. Nampak katil jer terus baring sebab nampak macam memanggil-manggil je kan, sangat-sangat empuk nau.
Wifi ada di mana-mana, just log in then terus je di sambungkan internetnya even sampai ke swimming pool tau. Oh ye tetamu yang menyewa excutive rooms and suites diberi kelebihan untuk akses Executive Lounge where complimentary breakfast dan evening drinks
Sarapan Di Makan Kitchen
The all-day dining restaurant yang menyediakan makanan tempatan yang popular. Boleh tengok mereka masak secara live lagi tau.
Makan Kitchen adalah tempatnya untuk sarapan pagi, makan tengahari dan juga malam di DoubleTree by Hilton. Terletak di ground floor, lokasinya sangat mudah untuk dicari dan menyajikan pelbagai jenis makanan Melayu, Indian, Chinese dan juga barat.
Untuk sarapan pagi, ianya dibuka seawal jam 6.30pagi sehingga 10.00pagi.
Terlalu banyak pilihan makanan di sini sehingga semuanya pun nampak sedap. Diantara yang menjadi pilihan saya untuk sarapan pagi adalah nasi lemak dengan rendang ayam yang sedap. Selain itu, kaunter masakan makanan India juga amat berbeza kerana menggunakan Chef dari India. Sampai ke menu roti canai pun korang boleh dapat makan kat sini.
Lama jugaklah ktorang lepak kat Makan Kitchen ni, sebab banyak sangat menu sarapan enak-enak belaka.
Kemudahan Lain di DoubleTree By Hilton Johor Bahru
Kalau korang nak tau yang Swimming pool terletak di tingkat 13 dan berkonsepkan terbuka dan ada kolam untuk kanak-kanak dan juga dewasa.
Swimming poolnya sangat bersih dan selesa. Memang sangat santai dan rileks je petang-petang dapat rehat kat sini. Bersebelahan dengan swimming pool pula terdapat kemudahan Gym.
Untuk Gimnasium pula, hanya mereka yang menginap sahaja boleh menggunakan facilities di sini.
Ada juga jakuzi dan sauna yang di asingkan lelaki dan perempuan, ermm rasa rugi pula tak berkesempatan untuk menggunakan semua kemudahan ini, mungkin kak lily akan datang lagi ke sini.
Memang seronok bila menginap di hotel yang menyediakan segala-segalanya daripada keperluan sehingga kehendak para tetamunya. Sudah pasti kak lily akan kemari lagi ke sini.
Semua pekerjanya sangat membantu dan sepanjang kak lily menginap di sini tiada sebarang masalah dari segi bilik ataupun perkhidmatan. Kesemua pekerja di sini seolah-olah berlumba untuk membantu tetamu dan memberikan bantuan yang cepat.
DoubleTree By Hilton Johor Bahru
12, Jalan Ngee Heng,
80000 Johor Bahru.
Phone: +60-7-268 6868