Hi Korang,
Seriously setelah penat bekerja berminggu-minggu tanpa cuti dan rehat yang secukupnya kak lily dan kengkawan pun mencheck in kan diri di Moxy Putrajaya Hotel.
Kalau korang nak tau yang MOXY Putrajaya Hotel ini terletak betul-betul bersebelahan dengan IOI City Mall Putrajaya, maka ramailah yang suke berstaycation di hujung minggu ni hotel ni sampai ktorang nak booking bilik pun kena revised banyak kali datenya hehehhehe
Memang cantik kawasan lobbynya yang kak lily rasa sangat vibrant. Proses daftar masuk adalah lancar dan cekap, dengan kakitangan yang ramah memberikan sambutan yang mesra dan juga info-info berguna untuk menerokai kawasan disekitar hotel ini. Bila kak lily naik ke tingkat bilik kak lily, ya ampun cantiknya rekabentuk dan design kontemporari hotel ni dengan warna-warna dan sentuhan unik menambahkan rasa excited pada ruang itu.
Ok welcome to room 701.
Yeahh bilik kak lily Deluxe Room mengadap Golf View tau, cantik
Bila masuk je ke bilik ermm memang cantik susun atur yang kemas dan bergaya, menampilkan semua kemudahan yang diperlukan untuk penginapan yang selesa.
Katil yang selesa dihiasi dengan bantal mewah dan linen yang bersih, of course lah tidur malam kak lily nyenyaklah 2 malam kan hehehehe manakala bilik mandi moden menawarkan peralatan mandian yang mewah dan pancuran mandian hujan yang menyegarkan.
Makan-makan di Three.6.5
Sebab muak makan di luar, ktorang memilih untuk makan-makan di Three. 6.5, salah satu restoran yang terdapat di Moxy Putrajaya ini. Selain daripada sarapan, makan tengahari dan makan malam jugak di sediakan.
Bila makan secara buffet ini memang seronoklah sebab kita boleh ambil dan makan apa sahaja yang kita ingini tapi jangan membazir ye. Sempat jugak ktorang belajar masak pasta dengan Chef Jeremy yang merupakan salah seorang Western Chef yang terkenal di Three. 6.5 ini.
Aktiviti Semasa Berstaycation di Moxy Putrajaya
Nampak macam healing-healing tapi dapat jugaklah ktorang berjalan-jalan di iOi City Mall ini. Selain daripada mencuci mata tengok barang-barang di butik, dapatlah kitorang melakukan aktiviti-aktiviti yang menenangkan minda seperti melihat binatang dan haiwan-haiwan comel di iOi City Farm dan bergembira berkaraoke di Maharaja.
Ermm nanti kak lily citer kat entry lain ek.
Moxy SkyBar
Salah satu aktiviti kemuncak semasa berstaycation di Moxy Putrajaya Hotel ialah merehatkan diri di Moxy Skybar di tingkat 18 yang mana ianya merupakan ruang sosial yang meriah yang menyajikan koktel kraf dan minuman tempatan di kawasan lounge yang selesa yang sesuai untuk beramah mesra dengan para tetamu yang ada di situ juga.
Sambil tuh boleh cuci mata menikmati keindahan pemandangan yang menakjubkan di sekitar Moxy Putrajaya ini.
Kemudahan Lain di MOXY Putrajaya Hotel
Selain daripada tempat OOTD yang cantik lagi menarik di dalam Moxy Putrajaya nie terdapat kemudahan asas yang lain seperti pusat kecergasan or gymnasium di tingkat 2 yang serba lengkap dan kolam renang luaran yang menyegarkan.
Secara keseluruhan, pengalaman staycation di Moxy Putrajaya Hotel melebihi jangkaan ktorang dalam segala hal.
Dengan penginapan yang bergaya, suasana sosial yang meriah dan lokasi yang selesa, ia merupakan destinasi yang sempurna untuk korang yang ingin melarikan diri dari kesibukan kehidupan bandar tanpa mengorbankan keselesaan atau gaya.
Sama ada korang merancang percutian hujung minggu atau penginapan yang lebih lama, of course kak lily amat mengesyorkan Moxy Putrajaya Hotel untuk pengalaman menginap yang tidak dapat dilupakan.
Jom kite ke :
Moxy Putrajaya Hotel
Lbh IRC, Ioi Resort,
62502 Putrajaya.
Tel : 03-8328 1111