Saturday, June 1, 2024

Abah23 Paradise Sekinchan Lubuk Nelayan Darat Memancing Ikan Air Masin

Hi Korang,

Kak lily bukan favour sangat hobi memancing ni tapi bila dah tengok suasana kolam memancing di Abah23 Paradise ini rasa macam nak menceburkan diri dalam hobi yang kena banyak bersabar ni plak hah.


Kalau korang nak tau yang mana kolam pancing Abah23 Paradise di Sungai Nibong Sekinchan Kuala Selangor merupakan lubuk kaki pancing ikan air masin pertama di Selangor. Mula dibuka pada 3 Jun 2023 pada keluasan 2 ekar dengan kedalaman kolam sehingga 8 kaki.



Kolam ikan air masin ini diusahakan oleh Encik Razif Aini yang juga pengusaha kepada Restoran Abah Ikan Bakar yang cukup popular di Sekinchan. Biarpun beliau tidak mendapat pendidikan tinggi namun usahawan yang berjiwa besar ini sentiasa percaya kepada rezeki daripada berniaga yang pada masa yang sama dapat membantu mereka yang mencari pendapatan.



Untuk info, Encik Razif yang baru berusia 38 tahun sememangnya seorang pemancing yang cukup tegar. Siapa sangka dari hobi yang paling disukainya ini dijadikan perniagaan tanpa beliau rancang sebelum ini.

Info Tentang Abah23 Paradise

Sumber air kolam Abah23 Paradise adalah dari air laut sebenar yang terletak berdekatan dengan kawasan kolam. Bagi mengusahakan kolam ikan air masin yang punca airnya adalah dari air laut sebenarnya memerlukan kos yang cukup tinggi. Namun disebabkan Encik Razif ingin mengekalkan kualiti kesegaran ikan di kolamnya serta memberikan yang terbaik kepada pemancing "nelayan darat" beliau tetap mengambil risiko dari segi kos.

Bukan itu sahaja, Abah23 Paradise juga menawarkan hampir 8 spesis didalam kolam ikan air masinnya. Namun 3 spesis yang sentiasa ada adalah ikan jenahak, siakap dan kaci.


Waktu operasi Abah23 Paradise adalah seperti berikut:

Isnin - Khamis : 2pm- 2am
Jumaat : Tutup untuk penyelenggaraan
Sabtu & Ahad : 10am - 2pm


Harga (caj):
RM100 untuk tempoh 5 jam
RM90 untuk tempoh 4 jam

Misi Encik Razif ingin menjadikan Abah23 Paradise bukan sahaja lokasi terbaik bagi pemancing melakukan aktiviti yang digemari iaitu memancing ikan bahkan boleh juga sebagai sumber pendapatan. Ini kerana setiap pemancing boleh membawa balik hasil tangkapan untuk di jual pasaran luar ataupun jual kembali kepada pihak Abah23 Paradise.

Ikan laut dari kolam ikan air masin Abah23 Paradise juga saiznya agak besar dan berat. Sangat berbaloi dengan caj yang dikenakan apabila melihat pada hasil tangkapan yang diperolehi.


Pertandingan Memancing Bersempena Dengan Ulangtahun Pertama

Bagi meraikan ulangtahun pertama Abah23 Paradise telah diadakan Pertandingan Memancing pada 1 Jun 2024. Seramai 220 pemancing telah mendapatkan penyertaan yang mana 80% adalah dikalangan pemacing daripada negeri Selangor.

Sesi pendaftaran dibuka pada jam 8.30 pagi 1 Jun dengan yuran serendah RM200.



Tawaran hadiah wang tunai bermula dari RM300 sehingga RM3000 untuk tempat 1 ke 15 bagi ikan yang dipancing paling berat. Lebih istimewa bersempena ulangtahun petama turut diadakan cabutan bertuah yang mana hadiah utamanya merupakan motorsikal Yamaha RXZ berserta barangan elektrik untuk hadiah saguhati.




Pertandingan yang berkonsepkan berkongsi rezeki bersama nelayan darat menjadi simbolik kepada kejayaan Abah Paradise23. Ini kerana biarpun baru berusia setahun pembukaannya tetapi sudah mendapat sambutan yang luar biasa dari kaki pancing.



Tidak hairanlah antara objektif penganjuran pertandingan ini adalah sebagai penghargaan kepada pelanggan yang terus menyokong kejayaan Encik Razif dan anak buahnya dalam menguruskan kolam pancing ikan air masin.

Pemancing di kolam ikan masin Abah23 Paradise tidak pernah pulang dengan tangan kosong. Selain pemancing dapat menjual hasil pancingan, Abah23 Paradise turut bersedekah beberapa ekor ikan kepada pemancing yang gagal mendapatkan hasilnya.


Untuk info lanjut mengenai kolam ikan air masin ini, boleh ikuti tiktok Abah23 Paradise untuk segala promosi dan info terkini.

Friday, May 31, 2024

Dododots announces latest partnerships with Quby and Guardian

Hi Everyone,

Dododots, the pimple patch brand known for its colourful and fun yet effective products, has announced the brand’s latest milestones. The first is a collaboration with popular chat sticker character Quby while the other is a continued expansion of the brand’s presence through pharmacy brand Guardian.


Dododots recently revealed its Quby connection by dropping a limited release Dododots x Quby mystery pack which uses the blind box concept where the contents are sealed and kept mysterious until purchased and opened. Each mystery pack contains a random sheet of Quby pimple patches from a series of four designs.


Arguably Malaysia’s favourite chat sticker in messaging apps, the little white figure known as Quby is easily recognisable by its distinctive huge head, rosy cheeks and stick-like limbs. Stickers featuring Quby in varying poses, outfits and situations are commonly used to spice up chats or express emotions without using words.




The brand will now be releasing the Dododots x Quby pimple patches as a full collection that will be available exclusively at all Guardian outlets in West Malaysia and Singapore from 1 June 2024. Each design style will be sold in individual packs and will retail at RM18.00 per pack.

The range comprises:

· I’m Just Quby, which has Quby expressing different moods;

· Work Quby, which features Quby in career mode;

· Baby Quby, with much younger versions of Quby;

· Dream Quby, that offers more whimsical Quby designs.





To commemorate the launch of this latest product, Dododots will be giving away 500 packs of the Dododots x Quby pimple patches in front of the Guardian outlet at Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur this weekend. Public queuing will commence from 2.00pm and the giveaway will run while stocks last.

“Dododots is excited to able to introduce a well-known IP like Quby to our customers and we hope to offer more collaborative designs in the future. We would also like to express our appreciation to Guardian for providing us with a wide platform to make our products more accessible to customers and are happy to announce that Dododots will soon be available at Guardian stores in Vietnam and Brunei,” said Esther Wong, CEO of Dodo Ventures Sdn Bhd and the brand’s co-founder.

“We believe that having acne and skin issues should not stop people from being able to step out of the house. The Dododots team has designed our pimple patches to be fun but functional – all customers have to do is apply a fun Dot that matches their mood or look and then go about their day. Meanwhile, the Dododots patch does its job to cover, protect and speed up healing while uplifting the person’s mood,” she added.

Dododots (pronounced doh-doh-dots) is a Malaysian creation and the brainchild of Esther Wong and Ethan Wong who both grew up battling acne problems and wanted others with the same issues to feel happy and comfortable in their own skins. The two science graduates put their medical biotechnology, environment biology and microbiology knowledge together to create these innovative pimple patches in 2021 during the pandemic.

The result was the innovative Dododots beauty patches that are made of 100% hydrocolloid material but fully coloured with various shapes and designs as a refreshing alternative to traditional transparent patches. The pimple patches use the same clinical-grade wound dressing material doctors use on patients after surgery making them not just fun but functional. Dododots patches are FDA-approved as well as ISO- and CE-certified and can be worn on pimples, small cuts or wounds and even mosquito bites. The product is suitable for all skin types and ages.

While the innovative products are available via the brand’s online store, the demand for wanting the products almost instantly prompted Dododots to introduce its own vending machines to offer on-ground convenience to its customers. These vending machines made their debut in 2023 and can be found at Asian Avenue in Sunway Pyramid, MyTOWN Shopping Centre and Paradigm Mall JB in Malaysia, and Plaza Singapura in Singapore.

Since its debut, Dododots has worked with other brands such as My Burger Lab, Colgate, Cetaphil, Jaya Grocer and now Quby. The Dododots partnership with Guardian – Malaysia’s leading health, beauty and personal care chain – extends the brand’s presence to over 500 stores at high streets, popular shopping malls, as well as in the e-commerce space.


Sunday, May 26, 2024

Quaker Menjemput Rakyat Malaysia Menjalani Kehidupan yang Lebih Sihat dalam Kempen Jom Quaker Fit

Hi Korang,

Quaker, jenama[1] oat no. 1 di dunia berbesar hati mengumumkan pelancaran kempen Jom Quaker Fit, yang bertujuan untuk menggalakkan rakyat Malaysia mengamalkan penjagaan dan peningkatan diri dengan memantau berat badan melalui diet yang betul dan gaya hidup yang lebih sihat. 


Bagi menggalakkan lagi rakyat Malaysia menyertai kempen ini, Quaker telah menyediakan Panduan Resipi 30-Hari untuk membantu mereka menikmati resipi yang lebih sihat dan enak dengan menggunakan oat serta berkolaborasi dengan empat orang pempengaruh media sebagai salah satu usaha menceriakan lagi kempen pengambilan makanan sihat dan sentiasa kekal aktif melalui Cabaran 30-Hari dalam kempen Jom Quaker Fit.

Direka bersama pencipta konten yang memfokuskan kepada kecergasan dan pemakanan bernutrisi, Cabaran 30-Hari Jom Quaker Fit menyediakan program berjadual yang mudah diikuti untuk membantu para peserta memantau berat badan mereka. Terdapat matlamat yang perlu dicapai dalam cabaran mingguan yang merangkumi pelbagai aspek amalan cara hidup sihat termasuklah rutin senaman seperti aktiviti fizikal selama 20 minit, serta menambah pengambilan lebih banyak serat dalam hidangan utama. Dengan setiap pencapaian, ia akan menjadi lebih mencabar untuk menggalakkan konsistensi, membiasakan diri dengan amalan gaya hidup yang lebih sihat serta pengurusan berat badan yang lebih efektif.



Peserta boleh memantau usaha pengurusan berat badan mereka dengan menggunakan templat Instagram Story yang disediakan oleh Quaker untuk pemeriksaan mingguan berkala. Templat ini merupakan cara yang menyeronokkan dan berinteraktif untuk para peserta yang terlibat melihat pencapaian masing-masing, berkongsi maklumat dan saling berhubung antara satu sama lain.

Aditya Ahuja, Ketua Komersil PepsiCo Malaysia berkata, “Gaya hidup yang sihat tak semestinya gaya hidup yang tidak menyeronokkan. Sebagai sebuah jenama yang komited dalam menggalakkan hidup sihat yang cergas, Quaker sangat teruja untuk memperkenalkan kempen Jom Quaker Fit yang disokong oleh Cabaran 30-Hari serta Panduan Resipi 30-Hari. Kami membentuk program ini untuk memberi tumpuan kepada perubahan-perubahan kecil yang boleh diurus dan boleh memberi impak besar dari masa ke semasa.



Tambah beliau lagi, “Kami turut memperkenalkan templat log masuk ke dalam Instagram Story untuk memupuk semangat kemasyarakatan, di mana para peserta boleh saling memberi sokongan dan meraikan pencapaian masing-masing bersama-sama. Dengan berkongsi pengalaman mereka sendiri, ia bukan sahaja memastikan mereka kekal bermotivasi, malah ia membina tali persahabatan agar dapat sentiasa menyokong satu sama lain dan memberi inspirasi untuk terus berusaha mencapai berat badan yang sihat. Melalui kempen ini juga, kami ingin memberi inspirasi kepada lebih ramai rakyat Malaysia untuk menerokai pelbagai cara untuk sihat bersama Quaker dengan diet yang seimbang dan gaya hidup yang lebih sihat dengan pengambilan 7 kali lebih banyak serat.”

Dr.Kit (Phanvijhitsiri), Pengurus Penyelidikan & Pembangunan Sains Hayat PepsiCo Asia berkata, “Mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat tidak semestinya memerlukan perubahan yang drastik. Ia berkaitan dengan menjalani rutin yang sihat. Memperuntukkan 20 minit untuk aktiviti fizikal setiap hari dan menggunakan sekurang-kurangnya 75g oat dalam hidangan utama harian anda adalah permulaan yang baik untuk usaha anda mencapai kesejahteraan. Langkah-langkah kecil ini, jika dilakukan secara konsisten boleh membantu anda mengekalkan berat badan yang sihat serta memberi peningkatan yang signifikan ke atas kesihatan secara keseluruhan. Kami amat percaya setiap orang boleh berjaya mencapai kehidupan yang lebih baik, tak kira di mana mereka bermula.”

Demi memberi dorongan kepada rakyat Malaysia untuk turut serta dalam kembara ini, Quaker akan memilih seorang pemenang yang menunjukkan transformasi yang paling ketara selepas melengkapkan Cabaran 30-Hari Jom Quaker Fit. 


Hadiah utama termasuklah pemeriksaan seluruh badan yang komprehensif bernilai RM1,600, baucar melancong RM5,000 dan bekalan produk Quaker selama sebulan bernilai RM268. Berikut adalah syarat peraduan:

1. Lengkapkan kesemua empat minggu log masuk mingguan menggunakan templat “Add yours” yang disediakan oleh Quaker.

2. Paparkan sekurang-kurangnya satu produk Quaker dalam gambar setiap minggu.

3. Pamerkan dengan cara paling kreatif perbezaan paling ketara pada timbangan berat serta mood anda.

4. Tag @quakeroats_malaysia pada setiap hantaran Instagram Story mingguan anda. (Pastikan profil anda adalah umum/publik)

5. Quaker akan memilih peserta yang menunjukkan transformasi paling ketara dan memberi inspirasi.

6. Pemenang akan diumumkan di Instagram Quaker Malaysia. Tertakluk pada terma dan syarat.

Sempena Bulan Pemakanan Bernutrisi Malaysia (Nutrition Month Malaysia) dari 22 sehingga 26 Mei 2024, Quaker turut akan menganjurkan satu aktiviti di Pavilion Bukit Jalil sebagai tanda sokongan kepada rakyat Malaysia dalam perjalanan pengurusan berat badan untuk gaya hidup yang lebih sihat. Semasa majlis ini nanti, para pengunjung boleh bertemu dan bersoal jawab dengan pakar pemakanan, mendapatkan tip tentang pengambilan oat dalam hidangan,dan juga mendapatkan idea baharu agar dapat kekal aktif.


Untuk ketahui lebih lanjut tentang kempen Jom Quaker Fit atau ingin sertai Cabaran 30-Hari Cabaran 30-Hari Jom Quaker Fit, sila kunjungi laman sosial Quaker di Facebook dan Instagram.





[1] Sumber dari Euromonitor International Limited; edisi Staple Food 2024, seperti definisi bijirin panas, nila jualan runcit; rsp, kesemua saluran rencit, data 2023.